Skip to main content
LEGASI.tv Podcast

LEGASI.tv Podcast

By Richard Angelus

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLead

FOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳

FB: facebook.com/LEGASI.tv/
IG: www.instagram.com/legasi.alkitab
YouTube: youtube.com/c/LEGASItv
TikTok: tiktok.com/@legasi.tv
Blog: legasitv.blogspot.com/
Available on
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

Pemimpin, Adakah Kamu Mempengaruhi Orang dengan Baik atau Tidak? (1 Samuel 22:2)

LEGASI.tv PodcastSep 23, 2019

00:00
07:35
Lukas 12:13-21 Berjaga-Jagalah dengan Segala Sifat Ketamakan (atau Jiwamu Akan Dituntut!)

Lukas 12:13-21 Berjaga-Jagalah dengan Segala Sifat Ketamakan (atau Jiwamu Akan Dituntut!)

Dalam banyak² pekerjaan pada zaman dahulu, petani paling bergantung dengan kasih kurnia (grace) Allah. Memang petani harus rajin bekerja tetapi dalam banyak hal seperti keadaan tanah, matahari, hujan, suhu, serangga, burung, dan pertumbuhan tanaman adalah diluar kawalannya. Semua ini ialah pemeliharaan TUHAN 🌾


Namun begitu, ada “seorang kaya mempunyai tanah yang mengeluarkan hasil yang banyak. Dia berfikir dalam hatinya, ‘Apakah yang harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk menyimpan hasil tanahku...'" (Lukas 12:16-17). Lihat, dia tidak menyangkal Yesus atau menghina Roh Kudus, dia tidak membunuh atau berzina, tetapi kenapa TUHAN Allah berfirman kepadanya, "Engkau bodoh!" (v.20)? 🤔


Mari saya terangkan juga: Apakah maksud "ketamakan" menurut konteks petikan ini? Kenapa semua kita berpotensi untuk memiliki sifat ketamakan walaupun kita bukan "seorang kaya"? Dan apakah enam (6) kebenaran yang kita harus ingat baik-baik? ✍️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 23, 202401:03:11
Lukas 12:4-12 Samada Kamu Mengakui Yesus Mesias atau Menentang-Nya, Takut Akan Allah!

Lukas 12:4-12 Samada Kamu Mengakui Yesus Mesias atau Menentang-Nya, Takut Akan Allah!

Bagi mereka yang tidak mengakui atau menentang Yesus Mesias, mereka harus takut (gementar) akan Allah! "Takutlah akan Dia yang setelah memusnahkan jasad, berkuasa pula membuangmu ke dalam neraka!" (Lukas 12:5). Bagi yang mengakui atau berpihak kepada Yesus, kita juga harus takut (hormat) akan Allah kerana Dia peduli kepada kita dan kita berharga bagi Dia (12:6-7) 💎


Samada kamu percaya atau tidak kepada Yesus, kita harus takut akan Allah! 🔥 Sebagai orang percaya, kenapa "mengakui Yesus di hadapan manusia" (v.8) itu sangat penting? Kenapa "mereka yang menghina Roh Kudus tidak dapat diampuni" (v.10)? 😲 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 18, 202401:00:39
Lukas 12:1-3 Berhati-Hatilah dengan Ragi Orang Farisi, iaitu Sifat Munafik

Lukas 12:1-3 Berhati-Hatilah dengan Ragi Orang Farisi, iaitu Sifat Munafik

Yesus Mesias sudah bersemuka dengan orang Farisi dan mengecam mereka secara terus terang: "Hai orang yang bodoh! ...Malangnya kamu orang Farisi!" (rujuk Lukas 11:39-44). Sekarang, Yesus pula memberi peringatan kepada orang ramai, terutamanya para murid-Nya: "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, iaitu sifat munafik" (12:1) 🎭


Kenapa Yesus sangat kritikal dengan - bukan semua tetapi sesetengah kumpulan - orang Farisi? Apakah yang menjadikan "ragi" gambaran yang sesuai dengan "sifat munafik"? Bagaimana peringatan Yesus untuk "berhati-hatilah" ini harus kita praktik pada masa sekarang juga? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 16, 202446:48
Lukas 11:45-54 Pembunuh Para Nabi dan Tiga (3) Hipokrisi Ahli-Ahli Taurat

Lukas 11:45-54 Pembunuh Para Nabi dan Tiga (3) Hipokrisi Ahli-Ahli Taurat

Nabi Yeremia, sepanjang pelayanannya, dia ditolak, dikecam dan dianiaya 🚫 Tetapi beberapa abad selepas dia meninggal dunia, dia disanjungi sebagai salah seorang nabi yang besar dan makam yang indah dibina untuk mengingatinya! Ini juga dilakukan kepada para nabi yang lain. Tentang hal ini, Yesus Mesias berfirman:


"Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyangmu. Oleh itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyangmu itu; kerana mereka telah membunuh nabi-nabi itu tetapi kamu membina makam mereka pula... Jadi, orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi..." (Lukas 11:47-48, 50) 🫵 Kenapa mereka dipertanggungjawabkan atas pembunuhan "semua nabi"? 🤔 Ini dan banyak lagi! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 14, 202459:39
Lukas 11:37-44 Menolak Roh Kudus dan Tiga (3) Hipokrisi Orang Farisi

Lukas 11:37-44 Menolak Roh Kudus dan Tiga (3) Hipokrisi Orang Farisi

Dalam Injil Lukas bab 11, Yesus Mesias seringkali berfirman tentang Roh Kudus. Dia mengakhiri ajaran-Nya tentang berdoa begini: "[Bapamu yang di syurga] akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!” (Lukas 11:13). Kenapa meminta pemberian Roh Kudus sangat penting dan kos "menghina" iaitu menolak pekerjaan Roh Kudus sangat berat iaitu "tidak dapat diampuni" (12:10)? 🤔


Apakah kaitannya menolak Roh Kudus dengan tiga (3) kecaman Yesus kepada orang Farisi dalam Lukas 11:37-44? ⚠️ Klunya ialah ini - kerana mereka menolak Roh Kudus yang memberi HIDUP 🕊️ maka, keagamaan mereka hanya bergantung kepada adat istiadat manusia yang TIDAK memberi hidup💀Ini peringatan kepada kita semua! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 13, 202458:29
Lukas 11:33-36 Matamu Ialah Pelita Tubuhmu - Kenapa Ada Yang Percaya vs. Yang Menolak Yesus

Lukas 11:33-36 Matamu Ialah Pelita Tubuhmu - Kenapa Ada Yang Percaya vs. Yang Menolak Yesus

"Matamu ialah pelita tubuhmu," firman Yesus Mesias, "Jika matamu terang [baik], seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur [jahat], seluruh tubuhmu pun menjadi gelap" (Lukas 11:34). Ini ialah isu orang ramai dalam Lukas 11:14-32, mereka mengalami masalah katarak "mata" 👁️


Apakah tujuan Yesus memberi perumpamaan ini? Kenapa mereka (dan kita) akan dipertanggungjawabkan atas keadaan rohani mereka (dan kita) sendiri? Bagaimana untuk melakukan 'pembedahan' "mata" menurut Alkitab? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 10, 202437:56
Lukas 11:29-32 Yesus Mesias LEBIH BESAR daripada Nabi Yunus dan Raja Salomo

Lukas 11:29-32 Yesus Mesias LEBIH BESAR daripada Nabi Yunus dan Raja Salomo

"Pada hari penghakiman," kata Yesus Mesias kepada orang ramai yang tidak percaya, "Ratu Syeba dari Selatan [dan orang Niniwe] akan bangkit bersama orang dari zaman ini dan menuduh mereka pula, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar hikmah Raja Solomo [dan orang Niniwe bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus]" (Lukas 11:31-32) 🙌


"Sekarang di sini," tambah Yesus, "ada yang lebih besar daripada Raja Salomo [dan daripada Yunus]" 😲 Kenapa Yesus LEBIH BESAR daripada Yunus dan Solomo? Apakah yang dimaksudkan dengan "tanda Yunus" dalam ayat 29? Dan apakah kesudahan bagi mereka - dan kita juga! - yang enggan datang dan mendengar perkhabaran Yesus? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 09, 202452:09
Lukas 11:21-28 Yesus Mesias LEBIH GAGAH daripada Iblis dan roh-rohnya (dan akibat menolak Yesus)

Lukas 11:21-28 Yesus Mesias LEBIH GAGAH daripada Iblis dan roh-rohnya (dan akibat menolak Yesus)

Yesus Mesias menggambarkan Iblis sebagai "seorang yang gagah dan bersenjata lengkap" (Lukas 11:21). Ini benar kerana jika kita melawan Iblis dan roh-rohnya, kita akan kala ✔️ Namun begitu, Yesus memberi gambaran untuk diri-Nya pula sebagai "seorang yang lebih gagah" dan dengan mudah "mengalahkannya" (ayat 22). Yesus jauh LEBIH GAGAH daripada Iblis ✔️


Jadi, hanya melalui autoriti Yesus dan kuasa Roh Kudus (sebab itu minta! rujuk Lukas 11:13), kita berpihak kepada-Nya dan boleh mengalahkan Iblis dan roh-rohnya 💪 Begini, jika kita tidak berpihak kepada Yesus, kita menentang-Nya (ayat 24) dan jika berterusan, keadaan kita akan lebih teruk daripada yang sebelumnya (ayat 26). Mari saya jelaskan kenapa❓#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 05, 202451:02
Lukas 11:14-20 Kuasa Yesus Mesias daripada TUHAN Allah (YHWH) atau Beelzebul (Iblis)?

Lukas 11:14-20 Kuasa Yesus Mesias daripada TUHAN Allah (YHWH) atau Beelzebul (Iblis)?

Diakhir konflik diantara Yesus Mesias dengan para guru agama, Alkitab menyatakan bahawa mereka "cuba memerangkap [Yesus] dengan mencari kesalahan dalam sesuatu yang dikatakan-Nya" (Lukas 11:54). Kenapa kata-kata-Nya dan BUKAN perbuatan-Nya? Ini kerana mereka tidak boleh menafikan bahawa Yesus berwibawa dan berkuasa dalam semua hal 💪


Kerana perbuatan Yesus ("menghalau roh iblis") tidak boleh dinafikan, jadi, mereka ("memerangkap Dia" dengan) menimbulkan keraguan orang ramai dengan mempersoalkan sumber kuasa-Nya ⚡️ Mereka menuduh: "dengan kuasa Beelzebul" (v.15) tetapi Yesus berkata: "dengan kuasa Allah" (v.20). Bagaimana Yesus membuktikan Dia benar? Apakah implikasinya kepada kita - orang yang percaya dan belum percaya - sekarang? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Mar 04, 202450:24
Lukas 11:5-13 Tuhan Yesus Mengajar Analogi & Prinsip-Prinsip Berdoa

Lukas 11:5-13 Tuhan Yesus Mengajar Analogi & Prinsip-Prinsip Berdoa

"Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu," firman Yesus Mesias kepada para murid-Nya (Lukas 11:13a). Bayangkan perasaan dan fikiran mereka pada ketika itu, "Kamu yang berdosa pun..." - bayangkan kamu sendiri! 🫵 Yesus menggunakan contoh yang terteruk (kerana kita tahu siapa kita) untuk membandingkan realiti yang terbaik, iaitu, "lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga" (v.13b).


Oleh itu, berdoa melibatkan teologi, hubungan dan pengenalan tentang siapa TUHAN Allah itu. Adakah Dia "Bapamu"? Jika ya, berdoalah kerana Dia baik! 😊 Apakah lima (5) prinsip-prinsip penting tentang berdoa? Dan, kenapa Yesus berfirman tentang "Roh Kudus," apakah kaitannya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 23, 202443:20
Lukas 11:1-4 Tuhan Yesus Mesias, Ajarlah Kami Berdoa

Lukas 11:1-4 Tuhan Yesus Mesias, Ajarlah Kami Berdoa

Sekurang-kurangnya ada lima kali dinyatakan dalam kitab Injil Lukas yang Yesus Mesias berdoa 🙏 Semasa Dia dibaptiskan (Lukas 3:21), sebelum memilih 12 orang rasul (6:12), sebelum dipermulia di atas bukit (9:29), selepas melawat Marta dan Maria (11:1), dan di Bukit Zaitun sebelum Dia ditangkap (22:41). Kita tahu bahawa Yesus berdoa setiap hari 🛐


Oleh itu, kerana teladan, disiplin dan kehidupan Yesus yang nyata, murid-Nya bertanya, "Tuhan, ajarlah kami berdoa...." dan Yesus berkata, "Apabila kamu berdoa, katakanlah..." (Lukas 11:1-2) 📖 Apa itu doa? Bagaimana doa ini (v.2-4) menunjukkan siapa kita dan menyerlahkan siapa TUHAN Allah itu? Apakah teologi disebalik doa? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjiLukas
Feb 22, 202457:06
Lukas 10:38-42 Mari Memilih Yang TERBAIK: Kisah Marta, Maria & Kamu

Lukas 10:38-42 Mari Memilih Yang TERBAIK: Kisah Marta, Maria & Kamu

Yang datang ke rumah Marta ialah Tuhan Yesus Mesias, tetamu yang bukan biasa-biasa! Tetapi Marta "sibuk melayani" (Lukas 10:40) kerana "khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara" (v.41). Berbeza dengan Maria, dia "duduk sahaja untuk mendengar pengajaran Tuhan" (v.39). Bukan Maria tidak menolong Marta langsung, tetapi dalam dia melayani ("who also" dalam Bahasa Inggeris bermaksud "dia juga"), dia lebih lagi mengutamakan Yesus ✔️


Motif Marta baik, perbuatan Marta baik dan layanan Marta baik. Namun begitu, pilihannya kurang baik 😅 "Maria," kata Yesus, "telah memilih perkara yang baik itu yang tidak akan diambil daripadanya" (v.42). Dalam kehidupan Kristian dan pelayanan, bagaimana untuk kita memilih yang terbaik? Apa tentang Marta/Maria yang harus kita hindari/contohi? Kenapa ini ialah kisah tentang kamu juga? 🫵 Dengar episod ini baik-baik 📢 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 20, 202454:01
Lukas 10:30-37 Bukan SIAPA Semasa Manusia Tetapi Siapa yang MENJADI Sesama Manusia

Lukas 10:30-37 Bukan SIAPA Semasa Manusia Tetapi Siapa yang MENJADI Sesama Manusia

Seorang ahli Taurat (expert!) yang ingin membela dirinya, bertanya kepada Yesus Mesias, "Siapakah sesama manusia itu?" (Lukas 10:29). Yesus menjawabnya melalui perumpamaan atau ibarat. Diakhirnya, Yesus pula yang bertanya kepada ahli Taurat itu, "[Siapakah] pada pandangan kamu menjadi sesama manusia...?" (v.36).


Bagi kebanyakkan para guru agama pada ketika itu, mereka suka untuk bertanya soalan teori dan berdebat hal teologi (sekarang juga!). Tetapi bagi Yesus, teori tentang firman Allah atau teologi tentang mengasihi sesama manusia tanpa perbuatan adalah sia-sia. BUKAN hanya tentang "siapa" tetapi siapa yang "MENJADI" sesama manusia ialah lebih penting lagi 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 17, 202444:03
Lukas 10:25-29 Jangan Hanya Tahu Firman Allah Tetapi Mentafsir Dengan Salah

Lukas 10:25-29 Jangan Hanya Tahu Firman Allah Tetapi Mentafsir Dengan Salah

Seorang ahli Taurat (expert!) datang kepada Yesus Mesias untuk memerangkap-Nya. Dia bertanya soalan kemudian Yesus menjawab dengan bertanya balik. Dia menjawab dan Yesus berkata, "Betullah jawapanmu" (Lukas 10:28a). Jawapan dia betul dan tepat tetapi Yesus menambah, "Berbuatlah demikian dan kamu akan hidup" (v.28b).


Pada dasarnya tidak ada masalah di sini. Namun begitu, jika diteliti, kita akan mendapati bahawa: jawapan ahli Taurat ini benar ✔️ tetapi tafsirannya salah ❌ Mari saya terangkan kenapa - dan bagaimana kita boleh menghindari (atau mengurangkan) tafsiran yang salah, lebih-lebih lagi tentang isu yang besar 📖 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 17, 202447:16
Lukas 10:21-24 Apa Yang Menjadikan Yesus Mesias Sangat Bersukacita

Lukas 10:21-24 Apa Yang Menjadikan Yesus Mesias Sangat Bersukacita

Salah satu ayat dalam Perjanjian Baru yang paling sedih ialah "Yesus menangis" (Yohanes 11:35). Boleh kamu bayangkan bagaimana rasanya melihat Yesus menangis? Besar kemungkinan, jika kita - para pengikut-Nya yang benar - melihat-Nya, kita juga akan turut sedih dan menangis 🥲 Tetapi salah satu ayat yang paling gembira pula ialah "Yesus bersukacita" (Lukas 10:21). Boleh kamu membayangkan wajah Yesus dan ekspresi-Nya? Pasti, jika kita membayangkan-Nya, kita juga turus bersukacita! 😄


Sebagai pengikut Tuhan Yesus Mesias, apa yang menjadikan Dia bersukacita ialah apa yang harus menjadikan kita bersukacita juga - dan kita ingin melakukan hal itu dengan sukacita 💪 Ada tiga (3) sebab utama kenapa Dia bersukacita... #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 13, 202445:00
Lukas 10:12-20 Kesan Injil: Akibat Menolak Injil & Sukacita Memberitakan Injil

Lukas 10:12-20 Kesan Injil: Akibat Menolak Injil & Sukacita Memberitakan Injil

"Aku melihat Iblis jatuh dari langit seperti kilat," kata Tuhan Yesus Mesias kepada para pengikut-Nya selepas mereka balik daripada misi penginjilan (Lukas 10:18). Adakah Yesus berkata tentang hal yang TELAH terjadi kepada Iblis (Yesaya 14)? Atau hal yang AKAN terjadi (Wahyu 12)? Kita tidak pasti 🤔 Yang pasti ialah, menurut konteks, samada secara literal atau gambaran, hal tersebut - "Iblis jatuh dari langit" - terjadi pada masa itu.

Kenapa? Kerana Injil tentang Mesias dan Kerajaan-Nya telah diberitakan kepada ramai orang dan kuasa-Nya telah ditunjukkan melalui para pengikut-Nya ⚡ "Iblis jatuh dari langit" memberi petunjuk bahawa kerajaan Iblis sudah goyah! Inilah sebabnya kita harus memberitakan Injil 📢 Jika tidak...? Ini yang akan terjadi... dengar episod ini 👂#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 08, 202440:32
Lukas 10:4-11 PENGINJILAN 101: Prinsip-Prinsip Secara Praktikal

Lukas 10:4-11 PENGINJILAN 101: Prinsip-Prinsip Secara Praktikal

Prinsip penginjilan yang pertama ialah BERSAKSI DAN MENJADI SAKSI BERSAMA 📢 Ayat kunci ialah 'bersama.' Selepas Yesus Mesias memilih para pengikut-Nya, Dia "menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya" (Lukas 10:1). Kenapa "berdua-dua"? Sebab pertama ialah untuk mendorong dan menjaga satu sama lain ✔️ dan kedua, supaya mereka boleh menjadi saksi yang sah ✔️ Ini tidak bermaksud mesti berdua-dua tetapi secara ideal, berdua atau lebih, lebih baik dari segi prinsip 👍


Melakukan penginjilan seorang diri tidak mustahil (contohnya, Filipus dalam KPR 6) tetapi selalunya berdua-dua atau lebih, lebih Alkitabiah dan sesuai dengan prinsip Yesus (contohnya, Paulus dan Barnabas dalam KPR 13-15) 🤝 Ada 8️⃣ prinsip-prinsip praktikal dalam penginjilan... ketahui semuanya dalam episod ini 😉 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 07, 202455:05
Lukas 10:1-3 PENGINJILAN 101 - Tujuan, Urgensi dan Risiko

Lukas 10:1-3 PENGINJILAN 101 - Tujuan, Urgensi dan Risiko

Yesus Mesias berfirman: “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir..." (Lukas 10:2). Realiti ini benar pada masa itu dan masih lagi benar pada masa sekarang. "Tuaian banyak sekali..." 🌾🌾🌾 Tetapi berapa ramai para pengikut-Nya - kamu dan saya - yang mengambil inisiatif untuk menjangkau jiwa-jiwa yang hilang?

Selepas Yesus bangkit daripada kematian, Dia memberi perintah: "Pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku" (Matius 28:19); "Pergilah ke serata dunia dan sebarkan Injil kepada setiap insan" (Markus 16:15). Adakah kamu mentaati perintah-Nya? Mari saya ajak kita untuk melihat tujuan utama penginjilan, kenapa ia sangat 'urgent' dan apakah risiko jika kita pergi melakukannya 🤔#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Feb 04, 202450:34
Lukas 10:1 Kenapa Yesus Mesias Memilih 70 Orang Pengikut

Lukas 10:1 Kenapa Yesus Mesias Memilih 70 Orang Pengikut

Dalam Lukas 10:1, Alkitab menyatakan bahawa Yesus "memilih tujuh puluh orang pengikut lain." Kenapa? Untuk mendahului-Nya ke setiap tempat yang akan dikunjungi-Nya ✔️ Tetapi kenapa 70? Kenapa bukan 80? Atau 90? Atau 153? Sekurang-kurangnya ada empat (4) sebab - dan sebab yang terakhir ialah apa yang membuatkan saya berkata, "Wow!" 🙀 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jan 29, 202436:31
Lukas 9:57-62 Kos dan Pengorbanan Menjadi Murid Yesus Mesias

Lukas 9:57-62 Kos dan Pengorbanan Menjadi Murid Yesus Mesias

Dalam Lukas 9:57-62, ada tiga orang berpotensi untuk menjadi murid Yesus Mesias. Yang pertama berkata, "Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja..." Yang kedua berkata, "Tuhan, izinkanlah aku pulang dahulu..." Dan yang ketiga berkata, "Aku hendak mengikut Tuan, tetapi..."


Kita tahu apa firman Yesus kepada mereka tetapi kita tidak diberitahu tentang kesudahan mereka 🤷 Adakah mereka akhirnya mengikuti Yesus? Atau pergi meninggalkan-Nya? Adakah kamu seperti salah seorang daripada mereka? Apa kesudahan kamu? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Jan 23, 202448:04
Lukas 9:51-56 Yesus Mesias Berbelas Kasihan Kepada Orang Jahil

Lukas 9:51-56 Yesus Mesias Berbelas Kasihan Kepada Orang Jahil

Apabila orang Samaria tidak menerima Yesus Mesias, dua orang murid-Nya - Yakobus dan Yohanes - cuba untuk memberi pengajaran kepada mereka: "Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?" (Lukas 9:54). Mereka mahukan penghakiman terus 🔥 tetapi Yesus mahu berbelas kasihan kepada mereka💧

Kenapa Yesus ingin pergi ke Samaria? Kenapa orang Yahudi terutamanya orang Farisi tidak suka orang Samaria (dan sebaliknya)? Apakah bezanya diantara orang Samaria yang jahil menolak Yesus dengan orang Galilea yang sengaja menolak-Nya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jan 22, 202446:28
Lukas 9:51 Kenapa Yesus Mesias Menetapkan Hati-Nya untuk Menuju ke Yerusalem

Lukas 9:51 Kenapa Yesus Mesias Menetapkan Hati-Nya untuk Menuju ke Yerusalem

Alkitab menyatakan bahawa Yesus Mesias "menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem" (Lukas 9:51). Terjemahan lain berkata begini, Yesus "meneguhkan hati-Nya" (AYT) atau "mengarahkan pandangan-Nya" (TB) atau "memantapkan pandangan-Nya" (ILT). Semua ini menunjukkan tentang kesungguhan, keazaman dan resolusi Yesus - Dia harus pergi ke Yerusalem 💪 Persoalannya, KENAPA? Jawapan yang mudah (dan popular) ialah untuk mati di kayu salib 🩸 Betul ✔️ tetapi kurang tepat 〰️ Mari saya terangkan... 🎧 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jan 12, 202436:00
Lukas 9:46-50 Jangan Menjadi Pengikut Yesus Mesias Yang Gila Kuasa

Lukas 9:46-50 Jangan Menjadi Pengikut Yesus Mesias Yang Gila Kuasa

Para murid Yesus Mesias "bertengkar sesama sendiri tentang siapa antara mereka yang terbesar" (Lukas 9:46). Ini bukan kali yang pertama kerana nanti dikatakan "satu perselisihan timbul dalam kalangan murid itu tentang siapa antara mereka yang dianggar terbesar" (22:24). Adakah ini hanya terjadi kepada para murid Yesus DAHULU sahaja? Tidak! Kamu dan saya tahu bahawa SEKARANG juga hal yang sama sedang terjadi 🥲Pada pandangan saya dan melalui pemerhatian Alkitab, saya mendapati ada 4️⃣ empat sikap negatif yang mereka ada yang menjadikan mereka bertengkar sesama sendiri. Mari saya juga kongsikan bagaimana kita ada atau akan ada sikap-sikap ini jika kita tidak berhati-hati... dan ini cara untuk mengatasinya 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jan 08, 202441:24
Lukas 9:44-45 Menurut Alkitab, Yesus Ialah Mesias yang Macam Mana?

Lukas 9:44-45 Menurut Alkitab, Yesus Ialah Mesias yang Macam Mana?

Yesus berkata kepada para murid-Nya dengan sangat jelas: "Anak Manusia akan diserahkan ke tangan manusia" (Lukas 9:44). Kita tahu maksud kata-kata Yesus ini - Dia akan dibunuh! (rujuk Lukas 9:22). Tetapi kenapa respon mereka ialah "tidak mengetahui maksud kata-kata itu" dan "tidak memahaminya" (9:45)?

Ada tiga sebab utama, tetapi mari saya berfokus kepada sebab ketiga 3️⃣ iaitu konsep atau idea mereka tentang Mesias (atau Kristus) itu kurang tepat atau tidak secara menyeluruh ❌ jadi, Yesus ialah Mesias yang macam mana? Mari saya jelaskan... dengar episod ini! 🎧 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Jan 04, 202435:07
Lukas 9:37-45 Ini Ialah Generasi yang Tidak Percaya dan Sesat!

Lukas 9:37-45 Ini Ialah Generasi yang Tidak Percaya dan Sesat!

Di atas bukit, tiga orang murid Yesus Mesias melihat kemuliaan, kesucian dan kebesaran-Nya (Lukas 9:28-36). Tetapi selepas turun dari bukit, mereka bertemu dengan sembilan orang murid yang lain sedang berdepan dengan roh jahat, kekotoran dan ketidakpercayaan (v.37-40).

Saya bayangkan Yesus melihat semua orang yang ada di sana apabila Dia berkata: "Hai, kamu generasi yang tidak percaya dan sesat! Berapa lama lagi Aku harus tinggal bersamamu dan bersabar terhadap kamu?" (v.41, AYT). Jika Yesus melihat generasi para murid-Nya dan orang ramai sekarang, apa yang Dia akan katakan? Bagaimana dengan keadaan generasi kita? Apa yang kita boleh lakukan untuk terus percaya dan beriman kepada-Nya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 30, 202338:51
Lukas 9:28-36 Yesus, Musa & Elia: Persamaan, Perbezaan & Terutama

Lukas 9:28-36 Yesus, Musa & Elia: Persamaan, Perbezaan & Terutama

Apabila Petrus melihat Yesus bersama Musa dan Elia, dia berkata: "Tuan, baik sekali kami di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah: satu untuk Engkau [Yesus], satu untuk Musa dan satu lagi untuk Elia" (Lukas 9:33). Motif Petrus sangat baik (mungkin juga berkaitan dengan perayaan Pondok Daun) tetapi anggapannya salah. Dengan ingin mendirikan tiga khemah, dia beranggapan bahawa Yesus, Musa dan Elia setara. Ini salah ❌

Sebab itu, Allah Bapa 'mengganggu' tindakkan Petrus dengan meliputi mereka dengan awan, iaitu, hadirat-Nya, dan berfirman tentang Yesus, "Inilah Anak-Ku yang Kupilih. Dengarlah kata-kata-Nya!" (v.35). Bukan Musa atau Elia, tetapi Anak-Nya yang terutama. Yesus unik dan tidak setara dengan Musa dan Elia ✔️ Dengar episod ini untuk mengetahui lebih lagi tentang tajuk petikan ini 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 27, 202342:28
Lukas 9:28-36 Identiti Yesus Menentukan Kematian dan Kemuliaan-Nya

Lukas 9:28-36 Identiti Yesus Menentukan Kematian dan Kemuliaan-Nya

Salah satu tujuan transfigurasi Yesus di atas bukit adalah supaya (beberapa) murid-murid-Nya dapat memperoleh pemahaman yang lebih besar lagi tentang siapa Dia yang sebenarnya. Selama ini, mereka hanya mengenal Yesus dalam kemanusiaan-Nya, sekarang, mereka melihat keilahian-Nya buat seketika sebelum kematian-Nya.

Bagaimana mungkin - kemanusiaan dan keilahian, kematian dan kemuliaan Yesus - boleh terjadi kepada seorang peribadi? Ini sebabnya: identiti Yesus 👑 Mari saya terangkan... 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 25, 202331:24
Lukas 9:28-29 Siapa Yesus Mesias SEBELUM Dia Datang Ke Dunia

Lukas 9:28-29 Siapa Yesus Mesias SEBELUM Dia Datang Ke Dunia

Bayangkan wajah Yesus Mesias yang seperti manusia biasa dan berpakaian seorang Yahudi yang tinggal di Galilea, Israel, tiba-tiba "wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan" (Lukas 9:29). Dalam kitab-kitab Injil yang lain ada menerangkan juga bahawa "wajah-Nya bersinar seperti matahari" (Matius 17:2) dan "pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan laksana salji, tiada siapa di bumi ini dapat memutihkan kain sehingga seputih itu" (Markus 9:3) 😯

Boleh kamu bayangkan bagaimana wajah Yesus ketika itu? Boleh kamu gambarkan bagaimana Dia berubah? Dan apa respon kamu jika kamu menyaksikan semua ini secara langsung? Ini ialah 'preview' tentang siapa Yesus sebenarnya ✨ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 19, 202342:58
Luke 9:21-27 Mengikuti Yesus Mesias dengan Memikul Salib Setiap Hari

Luke 9:21-27 Mengikuti Yesus Mesias dengan Memikul Salib Setiap Hari

"Jika seseorang hendak mengikut-Ku," firman Yesus Mesias, "dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku" (Lukas 9:23). Ada satu perkataan yang penting dalam petikan ini, iaitu, "jika" atau "if." Ini memberi gambaran bahawa mengikuti Yesus ialah bukan suatu paksaan tetapi sukarela; kerana kasih kurnia-Nya bukan takut masuk neraka. "Jika" kita hendak mengikuti-Nya barulah kita "harus" begini begitu ✔️

Kenapa Yesus menceritakan tentang kematian-Nya (v.22) selepas Petrus mengakui bahawa Dia Mesias (v.20)? Apakah yang dimaksudkan dengan "memikul salib setiap hari" (v.23)? Apa kaitan diantara mengikuti Yesus dengan jangan malu mengakui-Nya dan ajaran-Nya (v.26)? 🤔

#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 12, 202345:09
Lukas 9:18-20 Yesus Ialah Mesias Tuhan dan Anak Allah Yang Maha Tinggi

Lukas 9:18-20 Yesus Ialah Mesias Tuhan dan Anak Allah Yang Maha Tinggi

"Menurut orang ramai," tanya Yesus kepada para murid-Nya, "siapakah Aku?" Mereka menjawab bahawa ada yang menyangkakan Dia ialah Yohanes Pembaptis, Elia atau salah seorang nabi (dalam Perjanjian Lama) telah bangkit semula. Jika ditanya kepada orang ramai sekarang, mungkin ada yang menjawab: Nabi Isa Al-Masih, Guru New Age, reinkarnasi Krisna, dan sebagainya.


Tetapi Yesus bertanya soalan yang lebih penting lagi kepada mereka. Malah, kepada semua kita sekarang, "Menurut kamu," tanya Yesus. Ya kamu! Bukan paderi atau pastor atau ustaz kamu, tetapi kamu! "siapakah Aku ini?" (Lukas 9:20). Jadi, menurut kamu, siapakah Yesus ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 04, 202337:33
Lukas 9:11-17 Yesus Mesias Akan Menyediakan Roti Yang Memberi Hidup

Lukas 9:11-17 Yesus Mesias Akan Menyediakan Roti Yang Memberi Hidup

Sebenarnya ada lebih kurang 10 hingga 15 ribu orang yang datang untuk bertemu dengan Yesus Mesias (rujuk Lukas 9:14 & Matius 14:21). Apabila hari mulai malam, sedang Yesus mengajar dan melayani, para murid menyuruh-Nya mengarahkan orang ramai untuk balik dan mencari makanan sendiri. Tetapi Yesus berkata, "Kamulah memberi mereka makanan" (Lukas 9:13) 🫵 Tahukah kamu, akhirnya, firman Yesus ini benar-benar terjadi iaitu para murid-Nya yang akan memberi orang ramai makan? Bagaimana mukjizat ini menjadi simbolik untuk peristiwa yang lepas dan realiti untuk peristiwa yang akan datang? Kenapa impikasi mukjizat ini sangat penting bagi kita sekarang? 🍞🐟 Untuk mengtahui semua ini dan lebih lagi, dengar episod ini! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Dec 01, 202355:45
Lukas 9:1-10 Enam (6) Prinsip Pelayanan Misi & Penginjilan

Lukas 9:1-10 Enam (6) Prinsip Pelayanan Misi & Penginjilan

Dalam pelayanan misi dan penginjilan, satu kebenaran yang asas ialah ini: TUHAN yang memanggil kita akan memberikan kebolehan dan kuasa untuk kita (dengan iman) melakukan panggilan-Nya - dan apabila kita boleh melakukannya, kita harus memberikan segala kemuliaan kepada TUHAN kerana Dialah yang telah membolehkan kita ✔️

Untuk mengetahui di mana saya belajar tentang kebenaran ini 😊 dan enam (6) prinsip pelayanan misi, dengar episod ini! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 30, 202349:02
Lukas 8:49-56 Jangan Takut, Percaya Sahaja & Anakmu Akan Dipulihkan

Lukas 8:49-56 Jangan Takut, Percaya Sahaja & Anakmu Akan Dipulihkan

Ianya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji.


Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepada wanita yang telah disembuhkan itu, “Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu..." (v.48). Tetapi sekali lagi iman Yairus diuji apabila seorang utusan berkata kepadanya, “Anak perempuan tuan telah mati..." (v.49).


Bagaimanakah perubahan iman Yairus turun naik tetapi tetap ada menggalakkan iman kita? Bagaimana Yesus memberi harapan kepada Yairus? Dan, kenapa kita harus sentiasa mengarahkan mata kita kepada Yesus untuk iman kita? 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 26, 202345:26
Lukas 8:40-48 Ada Satu Sahaja Peluang, Sanggupkah Kamu Datang dengan Iman & Menyentuh Jubah Yesus?

Lukas 8:40-48 Ada Satu Sahaja Peluang, Sanggupkah Kamu Datang dengan Iman & Menyentuh Jubah Yesus?

Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang lama yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan 😔


Tetapi suatu hari, Yesus Mesias datang ke tempatnya. Wanita ini terus mengambil peluang! Kali ini atau tidak lagi. Seperti wanita ini, selagi bernyawa, kita juga harus mengambil peluang. Hari ini, jika kamu mendengar Dia ada, jangan keraskan harimu. Datang kepada-Nya! Apakah kesudahan bagi wanita ini? Dan, lebih penting lagi, bagaimana kesudahan kamu pula? 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 10, 202353:48
Lukas 8:34-39 Seorang Kerasukan Iblis Sekarang Telah Menjadi Pemberita Injil

Lukas 8:34-39 Seorang Kerasukan Iblis Sekarang Telah Menjadi Pemberita Injil

Firman Allah menyatakan ketika Yesus Mesias sampai ke daerah Gerasa, Dia didekati oleh seorang lelaki yang telah dirasuki oleh roh-roh iblis. Dia tidak berpakaian, tinggal di gua kubur, dan ada kesan-kesan luka pada tangan serta kakinya kerana dia seringkali dirantai tetapi berjaya diputuskannya. Selepas Yesus menyembuhkan dan membebaskan dia 💯, lelaki itu "duduk di kaki Yesus... berpakaian dan sudah siuman" (Lukas 8:35).

Ini hal yang sepatutnya memberi sukacita tetapi kenapa orang ramai di daerah itu "ketakutan" (ayat 35 dan 37)? Berbaloikah Yesus datang untuk seorang lelaki ini SAHAJA kemudian "pulang" (ayat 37)? Apakah kesannya apabila lelaki ini bersaksi tentang perbuatan Yesus kepada orang ramai? Episod ini akan mendorong kamu! 💪

#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 08, 202345:22
Lukas 8:26-33 Anak Allah vs. Legion: Kekuasaan-Nya ke Atas Iblis & roh-rohnya

Lukas 8:26-33 Anak Allah vs. Legion: Kekuasaan-Nya ke Atas Iblis & roh-rohnya

Yesus Mesias bertanya kepada orang yang dirasuki itu, "Siapakah namamu?" Dia (atau mereka) menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh "ramai roh iblis" (Lukas 8:30). "Legion" ialah bukan nama tetapi bilangan. Kerana Yesus ialah Anak Allah Yang Maha Tinggi (8:28), mereka harus menjawab. Tetapi kerana roh-roh Iblis ialah roh-roh memberontak dan intimidasi, mereka ingin mencabar-Nya dengan menyatakan bilangan mereka. Namun begitu, Yesus tetap menang! 💪


Apakah ciri-ciri orang yang dirasuki oleh roh iblis? Bolehkah orang Kristian dirasuki? Siapa Yesus menurut petikan ini? Ada apa dengan sekawan babi yang mati? Bolehkah kita mengalahkan Iblis? (TIDAK dan YA) 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 06, 202358:20
Perbincangan E.32 Siapa Yang Boleh Mengampuni Dosa Kecuali Allah? (Lukas 5:12-26)

Perbincangan E.32 Siapa Yang Boleh Mengampuni Dosa Kecuali Allah? (Lukas 5:12-26)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 12 hingga 26: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 3:48 • Apa beberapa pemerhatian tentang dua kisah penyembuhan ini yang menarik minat kamu? Kenapa? 5:11 • Berdasarkan ayat 17-26. Jika kamu ada di sana, bagaimana kejadian ini mendorong dan/atau mencabar kamu? 15:58 Apa lagi tentang keperibadian Yesus yang kamu perhatikan? 30:25 • Bagaimana pula respon kamu tentang siapa Yesus? 36:44 _____________ Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast ini: Yesus Mesias Menyentuh Orang Yang Dihina dan Ditindas 🔗 https://spotify.link/xOHka6ERbEb Yesus, Anak Manusia, Berkuasa Mengampuni Dosa 🔗 https://spotify.link/MtLBbXORbEb #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Nov 05, 202339:41
Lukas 8:22-25 Siapa Yesus Mesias Ini Yang Boleh Mengherdik Angin dan Ombak?

Lukas 8:22-25 Siapa Yesus Mesias Ini Yang Boleh Mengherdik Angin dan Ombak?

Dalam Kitab Mazmur, apabila orang "berseru kepada TUHAN (YHWH) dalam kesusahan mereka, [Dia akan] membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka. Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi. Maka mereka bersukacita kerana telah tenang..." (107:28-30a). Yesus Mesias juga melakukan hal yang sama. Yesus "mengherdik angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang" (Lukas 8:24) 😲


Ini soalan Yesus kepada para murid-Nya - dan kepada kita juga - "Dimanakah kepercayaanmu?" (v.25a). Ini persoalan yang harus kita renungkan. Tetapi soalan para murid Yesus kepada-Nya - yang kita juga harus tanya - sama pentingnya, "Siapakah Dia ini sehingga angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya?" (v.25b). Menurut kamu, siapakah Dia ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Oct 25, 202348:34
Lukas 8:19-21 Siapa Ibu dan Saudara-Saudara Yesus Mesias DAHULU & SEKARANG?

Lukas 8:19-21 Siapa Ibu dan Saudara-Saudara Yesus Mesias DAHULU & SEKARANG?

Alkitab menyatakan bahawa "Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya" (Lukas 8:19). Siapa "ibu Yesus"? Kita tahu, Maria (Lukas 1-2). Tetapi siapa "saudara-saudara-Nya" ("brothers")?

Sekurang-kurangnya ada tiga (3) kemungkinan siapa mereka ✍️ Kenapa mereka "datang" dan "mahu bertemu" dengan Yesus? Kenapa Dia tidak berkata "bapa-Ku"? Menurut Yesus, siapa pula ibu dan saudara-saudara-Nya SEKARANG? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 23, 202332:00
Lukas 8:16-18 Iman Kristian Yang Eksklusif dan Inklusif

Lukas 8:16-18 Iman Kristian Yang Eksklusif dan Inklusif

Iman Kristian ialah iman yang EKSKLUSIF. “Kamu," firman Yesus Mesias kepada para murid-Nya, "telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi orang lain diberitahu melalui ibarat, supaya mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti" (Lukas 8:10) 🔎


Tetapi pada masa yang sama, ia juga ialah iman yang INKLUSIF seperti apa yang Yesus firmankan melalui ibarat tentang pelita dalam Lukas 8:16. Apakah maksud ibarat ini? Kenapa Yesus berkata "tiada sesuatu pun yang tersembunyi yang tidak didedahkan" (v.17)? Kenapa bagaimana kita mendengar firman Allah sangat penting (v.18)? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas


Oct 21, 202327:36
Perbincangan E.31 Mengikuti Yesus kerana Panggilan-Nya atau Mukjizat-Nya? (Lukas 5:1-11, 27-32)

Perbincangan E.31 Mengikuti Yesus kerana Panggilan-Nya atau Mukjizat-Nya? (Lukas 5:1-11, 27-32)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 5 ayat 1 hingga 11 dan ayat 27 hingga 32: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 1:56 • Kenapa Yesus melakukan mukjizat SELEPAS Dia menyampaikan firman Allah? 3:35 • Apa yang menjadikan mereka - Simon, Yakobus, Yohanes dan malah Lewi - membuat keputusan untuk mengikuti Yesus? 11:52 • Menurut pengalaman kamu sendiri dan firman Allah, apa keuntungan (berkat, sukacita) vs. kos (pengorbanan) mengikuti Yesus? 21:31 • Kesimpulan/Takeaways 34:20 _____________ Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast ini: Panggilan Yesus Mesias - Menjadi Penjala Manusia 🔗 https://spotify.link/Xc1zw86DZDb Yesus Mesias Datang untuk Memanggil Orang Berdosa 🔗 https://spotify.link/YwQ2OedEZDb #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 20, 202340:09
Lukas 8:11-15 Beberapa Pengajaran Penting untuk Penabur & Mendengar Firman Allah

Lukas 8:11-15 Beberapa Pengajaran Penting untuk Penabur & Mendengar Firman Allah

Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu.

Apabila saya mengkaji petikan dalam Lukas 8:4-15, sebenarnya ia BUKAN ibarat tentang "Seorang Penabur" atau "Benih yang Ditabur" TETAPI "Ibarat tentang Tanah (atau Tempat) Benih itu Ditabur" 🌿 Apa yang dimaksudkan dengan setiap empat (4) tempat benih firman Allah itu jatuh dan contoh-contohnya? dan apakah pengajaran-pengajaran penting untuk para penabur dan pendengar firman Allah pada masakini?🍃#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Oct 19, 202348:51
Lukas 8:4-10 Kenapa Yesus Mesias Mengajar Melalui Ibarat atau Perumpamaan

Lukas 8:4-10 Kenapa Yesus Mesias Mengajar Melalui Ibarat atau Perumpamaan

Apabila orang ramai datang kepada Yesus Mesias, Dia menceritakan suatu ibarat atau perumpamaan (Lukas 8:4). Ini pelik kerana, jika Dia mahu orang memahami apa yang Dia ajar dan ramai orang yang datang mungkin kurang pengertian, bukankah lebih logik untuk Dia mengajar secara terus terang tanpa berselindung? 🤔

Apa itu perumpamaan? Bagaimana untuk mentafsir perumpamaan dengan jelas atau dekat dengan maksud petikan yang sebenar? Kenapa Yesus mengajar dengan menggunakan perumpamaan? Bagaimana semua ini sangat relevan untuk kita sekarang? "Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!" (8:8) 💬#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 17, 202343:37
Perbincangan E.30 Apa Terjadi Bila Yesus Mesias Bertembung dengan roh-roh jahat? (Lukas 4:31-44)

Perbincangan E.30 Apa Terjadi Bila Yesus Mesias Bertembung dengan roh-roh jahat? (Lukas 4:31-44)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 4 ayat 31 hingga 44: • Klip pendek dari The Gospel of Luke (LUMO) versi Indonesia 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 2:34 • Apa yang kamu perhatikan dalam pertembungan diantara Yesus dan roh Iblis yang menarik perhatian kamu? 4:40 • Kenapa Yesus tidak mahu roh-roh Iblis bercakap tentang identiti-Nya? 13:03 • Bagi kamu, apa pandangan orang ramai tentang identiti Yesus apabila mrk datang untuk disembuhkan-Nya? 20:40 • Bagi Yesus, mengkhabarkan Berita Baik ialah yang terutama. Bagaimana kita boleh hilang fokus (masakini) utk melakukan hal yang sama? 29:20 • Apa yang kamu bawa balik daripada perbincangan ini? 38:36 _____________ Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast ini: Yesus & Firman-Nya Berkuasa Atas Iblis & roh-rohnya 🔗 https://spotify.link/aaCJIpbgMDb Teladan Yesus: Pelayanan & Masa Sunyi 🔗 https://spotify.link/2PaKeMfgMDb #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 10, 202342:26
Lukas 8:1-3 Yesus Mesias & Martabat Perempuan dalam Perjanjian Baru

Lukas 8:1-3 Yesus Mesias & Martabat Perempuan dalam Perjanjian Baru

Dahulu, apabila saya membaca kitab-kitab Injil, saya menyangka bahawa Yesus Mesias hanya ada 12 orang murid. Tetapi sebenarnya Yesus ada para murid lain yang turut bersama-Nya yang terdiri daripada "ramai perempuan" juga (Lukas 8:3). Ini tidak unik tetapi mengejutkan! Pada zaman itu, budaya patriarki sangat tinggi tetapi Dia telah melakukan sesuatu yang baru 💪

Kenapa para murid Yesus sangat berbeza? Apa pandangan - asas dan spesifik - Alkitab tentang perempuan? Bagaimana martabat perempuan sangat ditinggikan dalam Perjanjian Baru? 🤔

#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 09, 202345:37
Lukas 7:36-50 Orang Farisi, Perempuan Berdosa dan Mesias-Tuhan

Lukas 7:36-50 Orang Farisi, Perempuan Berdosa dan Mesias-Tuhan

Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka ❌

Tetapi, tanggapan ini lama-kelamaan menjadi panggilan yang positif kerana MEMANG BENAR bahawa Yesus mengasihi, mendekati dan menarik minat ramai orang berdosa ✔️ Dalam petikan ini, selepas mendengar Yesus ada di kota, "seorang perempuan yang hidup dalam dosa" (Lukas 7:37) datang kepada-Nya. Apa reaksi Simon orang Farisi? Apa respon Yesus Mesias? Bagaimana tindakkan perempuan berdosa ini mengajar kita untuk mengasihi dan mengimani Tuhan? 🤔

#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Oct 07, 202354:08
Lukas 7:29-35 Orang-Orang Pada Generasi Ini Seperti...

Lukas 7:29-35 Orang-Orang Pada Generasi Ini Seperti...

Kitab-kitab Injil, kalau ditulis oleh orang yang berfikir secara duniawi, akan meninggikan orang yang nampak benar tetapi merendahkan orang yang dianggap jahat. Tetapi kitab-kitab Injil ditulis oleh orang yang diilhami oleh Roh Kudus dan mengenali kebenaran kerana orang yang nampak benar sebenarnya jahat dan orang yang dianggap jahat tetapi beriman akan diperbenarkan oleh TUHAN Allah.

Inilah bezanya para pemungut cukai dengan orang Farisi dan ahli-ahli Taurat dalam petikan ini ✍️ Kemudian Tuhan Yesus Mesias berkata: "Dengan apakah dapat Kubandingkan orang zaman (atau generasi) ini? Bagaimana keadaan mereka?" (Lukas 7:31). Ada tiga (3) ciri-ciri orang pada generasi Yesus yang sama dengan orang pada generasi sekarang juga dan ada tiga (3) aplikasi utama untuk petikan ini ☑️

#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 06, 202353:17
Perbincangan E.29 Kenapa Yesus Mesias Datang - and Respon Orang Kepada-Nya? (Lukas 4:16-30)

Perbincangan E.29 Kenapa Yesus Mesias Datang - and Respon Orang Kepada-Nya? (Lukas 4:16-30)

Ini ialah siri video perbincangan bersama dengan beberapa ahli persekutuan pengajian Alkitab #DugDownDeep dimana kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari, renungan peribadi, dan hal yang boleh diaplikasi melalui Injil Lukas. Dalam video ini, kita akan melihat Lukas bab 4 ayat 16 hingga 30: • Klip pendek dari "Jesus Film Project" 0:00 • Pengenalan & Ringkasan 1:30 • Secara keseluruhan, apa tentang karakter Yesus yang menarik perhatian kamu? 3:10 • Apakah antara perkhabaran "khabar baik" Yesus yang jarang kamu dengar atau kurang diambil perhatian masakini? 8:55 • Apa tentang sifat manusia yang kamu perhatikan dalam petikan ini? Bagaimana ia boleh diubah/diatasi? 19:15 • Apa yang kamu akan bawa balik dari perbincangan ini 28:35 _____________ Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast ini: Yesus Mesias Membaca & Menggenapi Kitab Suci 🔗 https://spoti.fi/3Iyc8o9 Yesus Mesias Dipersoalkan, Ditolak & Cuba Dibunuh di Nazareth 🔗 https://spoti.fi/4301PkK #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Oct 02, 202336:38
Lukas 7:24-28 Yang Terkecil dalam Kerajaan Allah Lebih Besar daripada Yohanes Pembaptis

Lukas 7:24-28 Yang Terkecil dalam Kerajaan Allah Lebih Besar daripada Yohanes Pembaptis

Apabila Yohanes Pembaptis bertanya tentang identiti Yesus Mesias ketika berada di penjara, orang ramai yang mendengar hal itu mungkin beranggapan bahawa Yohanes sudah mulai ragu-ragu atau hampir goyah iman (mungkin ya, mungkin tidak). Tetapi Yesus mempertahankan Yohanes dengan berkata tentang hal-hal yang mulia tentangnya kepada orang ramai 💪

"Aku berkata kepadamu bahawa Yohanes itu lebih besar daripada semua orang yang pernah dilahirkan. Akan tetapi, orang yang terkecil dalam kerajaan Allah lebih besar daripadanya" (Lukas 7:28). Apa lima (5) hal yang menjadikan Yohanes LEBIH BESAR? Apa tiga (3) APLIKASI yang kita boleh belajar melalui petikan ini? Dan, bagaimana YANG TERKECIL boleh menjadi lebih besar? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilYohanes
Oct 01, 202354:35
Lukas 7:18-23 Beriman Tetapi Ada Keraguan

Lukas 7:18-23 Beriman Tetapi Ada Keraguan

Pada pandangan saya, ketika Yohanes Pembaptis bertanya kepada Yesus Mesias melalui para muridnya, "Adakah Tuan ini orang yang akan datang itu atau perlukah kami menunggu seorang yang lain?" (Lukas 7:19), dia TIDAK semestinya 100% ragu-ragu tentang siapa Yesus. Sekurang-kurangnya ada dua sebab atau faktor lain lagi yang saya kongsikan dalam episod ini.

Tetapi tidak dinafikan ada unsur-unsur keraguan dalam soalan Yohanes ini. Dia masih beriman tetapi juga ada keraguan. Kenapa keraguan timbul? Bagaimana kita boleh mengatasinya? Apa yang lebih bahaya lagi daripada keraguan? Mari mendengar episod ini - dan terus digalakkan oleh Firman TUHAN! 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas




Sep 28, 202358:17