ORANG
By sofieadie
Simbolik bagi manusia yang selalu hilang dalam pencarian makna sebenar sebuah kehidupan.
ORANGFeb 02, 2020
3.12 TAUFAN
Taufan adalah episod terakhir bagi Season ke-3; Merangkak Atas Angin.
Orang dedikasikan kehidupan pada ketenangan tanpa keserabutan taufan hidup. Sempena musim Solidariti Palestin, Orang turut memahami yang dunia ini tiada erti hakiki. Sekadar sebuah medan ujian. Jadi segala kehidupan dia hanya sandar pada Dia.
Akhir penutup episod ini, Orang kongsikan nasyid Erti Dunia sebagai peringatan diri. Till then! See ya next Season!
3.11 TENANG
Salam Aidil Fitri Mubarak kepada semua! Dikesempatan ini Orang mohon maaf andai ada yang terguris rasa.
Sempena episod yang membawa ketenangan setelah damai, Orang menceritakan bagaimana satu Tweets yang dibaca boleh menjadi turning point untuk dia mengubah diri ke arah yang lebih baik. Semoga Syawal 1444 Hijrah ini menjadi sebuah permulaan untuk dia mengejar serta mengumpul bekalan buat alam sana.
Turut dikongsi juga rasa sepi dunia kedewasaan yang tidak ramai orang ceritakan. Nasyid dari kumpulan kegemaran Orang bertajuk Rahsia Bahagia juga diselitkan pada akhir episod. Semoga kita sentiasa dikurnia ketenangan jiwa. Aminn...
3.10 DAMAI
Salam Ramadan 1444H buat semua pendengar Orang!
Orang terlalu lama memulihkan diri dari sepoian pada tahun lalu, maka akhirnya Orang dan juga sofie kembali menerima kedamaian dalam hidup.
Tenang....ribut jiwa kata orang. Disamping itu juga orang berkongsi kisah donut yang tersilap sadur dan juga pengalaman menjadi kerja part-time menggunakan aplikasi GoGet.
Kalau korang nak isi masa lapang dengan mencari side income, korang boleh daftar di aplikasi GoGet di sini [https://goget.my/gogetters/]. Jangan lupa letak referral SOFIAH12
Dikongsikan juga satu nasyid nostalgia dari zaman kecil orang bertajuk Hati Damai. Semoga bermanfaat!
3.9 SEPOI
Sepoi direkod kala dia berada di kondisi paling rendah dalam hidup. Episod yang berat dan sarat dengan emosi. Orang adalah pemangkin bagi dia untuk terus bangkit walau harapan yang digenggam ibarat sepoian angin.
Jujurnya episod ini adalah spontan dari apa yang dia rasa. Otaknya seolah tidak waras dan hilang kompas.
Tapi, Orang buat dia percaya...yang Pelangi akan hadir....
Aku ada, kerna Kau Ada...
3.8 PELANGI
Bicara soal Pelangi, kita selalu berharap yang ia dapat dipetik semudah mengerdip mata.
Tapi sayangnya, itu bukan cara untuk Pelangi muncul. Kita perlu menerima kehadiran guruh, ribut serta hujan sebelum sirna mentari menyuluh agar Pelangi terbentuk.
Untuk menjadi Pelangi di awanan Orang, dia harus menerima segala ujian dengan redha. Dia, masih belajar...
3.7 KOSMOS
Sepatutnya rencana itu sejajar dengan kosmos. Tapi apa yang berlaku segalanya chaotic! Dalam sibuk mencari kasih manusia, Tuhan tunjukkan padanya yang Kasih Tuhan itu lebih tinggi nilainya.
Suatu kisah yang dia sendiri tidak sangka yang dia survive!
Dia pilih untuk redha.
3.6 LANGIT
Episod santai bersama sofie selepas beberapa bulan senyap dari dunia podcast. Bukan setakat podcast, dunia Alien pun dia senyap. Akhirnya, hari ini menjadi hari baru untuk dia kembali membebel di podcast. Abaikan segala kecelaruan bahasa yang diguna. Maklumlah 5 percent editing. Selebihnya, tanpa skrip.
Sempena Thanksgiving, Orang terima kasih kepada korang yang pernah wujud dalam hidup Orang. ^_^
Oh ya, Orang juga kembali aktif di dunia blog sofieadie.com. Rajin-rajin, singgahlah komen yo!
Till then!
3.5 AWAN
Awan, kalau dapat kugapai, maka saktilah hamba - Laksamana Sunan
Suatu kata-kata dari salah seorang idola novel yang menjadi igauan kala Orang hantu novel. Apa kaitan awan dengan hantu novel? Entah!
Setiap kali Orang mendongak melihat awan, dia pasti teringat dengan falsafah ni. Awan juga adalah pengubat bagi menghapuskan rungsing di jiwa. Dulu ya, Orang selalu rasa heavy...seolah dialah center of the universe (quote dari lagu Heavy oleh Linkin Park)
Tapi sekarang, Orang dah ada buddies. Iaitu Alien!!!!
No more Heavy feeling. Yeay!!! Oh, lagi satu Orang suka dengan satu quote ni, "Be a rainbow in someone else's cloud". Padahal dianya awan kelam. Mana nak ada pelangi.
3.4: NIL
Cerita itu selalu sarat dengan metafora. Jarang benar Orang bercakap lurus. Apa rahsia yang Orang cuba selindung?
Dia rela merangkak dari berlari. Janji dia tidak terkeluar dari prinsip hidup yang dia pegang. Apa prinsipnya? Adakah dia cuba menjaga prinsip atau sekadar pertahan ego semata? Nil...cerita itu masih belum berakhir.
3.3: NULL
Tidak pernah Orang menyangka yang kegelapan itukan menjadi tuan rumah dalam dirinya. Sudah lama dihalau, berkali jua dipaksa keluar. Namun kali ini dia kembali lagi dikala kerajaan itu dalam kondisi yang rapuh. Berjayakah Orang menghalaunya kali ini? Atau hanya berserah pada kewujudan kuasa baru?
3.2: NIHIL
Persoalan yang kerap bermain sejak Orang kenal erti hidup.
Dicampak didunia mana sekalipun Orang tetap akan kembali pada 'dia'. Ya, 'dia' yang membawa Orang kepada persoalan itu. Orang bukan tidak percaya pada DIA, cuma hidupnya sejak ada 'dia' membuatkan Orang sukar untuk keluar dari palitan itu.
Dan kembali pada nihil...
3.1: KOSONG
Selepas hampir dua bulan Orang sepi, dia kembali dengan Season Ke-3 berjudul 'Merangkak Atas Angin'.
Mengosongkan diri setelah sekian lama dipenuhi dengan pelbagai pengetahuan, rasa serta persepsi yang belum tentu diamal telah membawa Orang kembali merangkak seperti anak bayi dalam mengenal diri.
Pertarungan Minda vs Hati, Ego dan Akal telah mencetus kekucaran kerajaannya. Revolusi maknawi meletus!
2.12: TETAMU
2.11: TAKUT
TAKUT pada bayang sendiri itu seringkali terjadi. Orang menceritakan peristiwa yang ditakutkannya dulu sedang menjadi kenyataan. Takut diuji dengan ujian keyakinan. Episod dedikasi sempena pemergian ayah kepada rakan sekolahnya dahulu, telah membawa Orang ke zaman 20 tahun yang lampau. Semoga kita semua selamat dari fitnah dunia dan fitnah dajjal.
Salam perjuangan buat semua!
2.10: TIKUS
TIKUS adalah istilah yang Orang selalu gunakan bila dia hidup dibawah kawalan. Ia juga adalah teori mengenai sistem yang rata-ratanya manusia takkan terlepas dari menjadi bahan uji kaji. Orang juga membahasakan kenapa dan mengapa semua orang perlu keluar dari perlumbaan tikus itu penting, Turut dikongsi juga betapa pentingnya memperbaharui iman.
(p/s: kejanggalan bercakap detected)
2.9: TINGGAL
Selepas Orang ditinggalkan dari dunia kerjayanya, dia memilih untuk TINGGAL-kan segala perkara serta presepsi tentang dunia makan gaji. Alasan tidak logik seperti COVID-19 & kemerosotan ekonomi kepada beberapa industri yang bukan keperluan, telah menyebabkan kerjaya 10 minggunya ditamatkan. Sungguh, frasa Last In First Out itu benar.
Jadi, Orang rasa begitu gembira dan lega kerana menemui kebebasan yang diimpi.
Kalau korang berada di tempat Orang, apa reaksi korang?
2.8: TAUFUFA
Ini bukan episod sejarah Taufufa mahupun resepi mengenai pembuatan taufufa. Ia adalah metafora yang Orang gunakan untuk menggambarkan situasi dunia pada hari ini. Diselit juga satu dua cerita Orang sepanjang dia menyepikan diri. Fasa Jatuh katanya.
"Dunia luar takkan mampu menumpaskan takhtamu melainkan dirimu membenarkannya masuk..."
2.7: TAQWA
TAQWA adalah episod yang Orang tak akan bahas. Sebab, bagi dia ramai lagi pakar diluar sana yang lebih layak untuk kupas isu ni. Jadinya, Orang kongsikan nasyid dari kumpulan Qathrunada bertajuk 'Bisikan Taqwa' sebagai renungan kita semua. Dan bermula episod ini, dia mulakan semula fasa hiatus soc-med.
Kerana "Offline is new luxury" - Orang
2.6: TAKDIR
Takdir itu bergerak sejajar dengan usaha Orang membaiki diri ke arah kebaikan. Kerana telah disebut dalam AlQuran yang “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.
Maka, kupasan yang dipetik dari khutbah Jumaat ini dijadikan peringatan bersama untuk kita belajar menerima suratan takdir.
2.5: TEMAN
Teman itu punya 7 macam. Tapi yang kekal hingga ke akhirat itu hanya satu cuma.
Orang bercerita mengenai kategori TEMAN selepas seminggu berehat. Kerana dia pilih untuk mengutamakan yang utama kerana yang utama itu lebih utama dari yang utama. Semoga kita dapat menjadi teman hingga ke akhirat. Amin!
Salam berjuang teman-teman sekalian!
2.4: TALI
Orang perlu bebas dari tali duniawi demi menggapai TALI yang boleh membawa dia kepada yang Haqiqi, Untuk mencapai TALI itu, dia perlu berpaut pada TALI yang boleh memimpin hatinya dalam meraih Redha Ilahi.
"Jangan sampai tersalah melepas tali. Persiagalah! Agar kamu tidak mudah diperdaya..." pesan ustazah lagi.
2.3: THROWBACK
Sebab ia adalah sebuah kisah love hate story. Ada kisah yang Orang boleh ketawa dan menangis dalam satu masa yang sama.
Sebuah episod yang menjadi pemula kenapa orang menjadi Orang....
"Life isn't about the perfect timeline....." 2009
2.2: TINGKAP
Peluang itu tidak selalunya datang mengetuk pintu, boleh jadi ia terjahan melalui tingkap yang kadang kita tidak bersedia untuk menerimanya sebagai tetamu.....
Tiba masanya untuk Orang terjun dari tingkap demi meluaskan perspektif terhadap kehidupan....
Katanya, jika dirimu dilanda keraguan yang tak pasti, sandarkanlah ia pada yang Tidak Mati....
2.1: TANGGA
SEASON 2: TINTA TANPA TARIKH telah bermula.
Tangga adalah sebuah fasa perubahan yang menakutkan dalam hidup Orang. Dia harus tinggalkan platform yang selesa dan terusan mendaki ke puncak yang seterusnya. Terlalu lama berada di tangga yang sama, lambat laun iakan rapuh dan runtuh. Jadi dengan bertemankan surah Al-An'am ayat 165 dia cuba faham yang ditakuk mana kedudukan kita, semuanya akan dipertanggungjawabkan.
Orang juga ada menceritakan bagaimana pemikiran dia boleh jadi senget dan kenapa dia takut pada tangga (secara realiti).
1.12: POKOK
Pokok yang tiada gantinya....pokoknya, pokok itu sudah tiada.....
p/s: gambar diambil ketika musim jerebu sebelum final exam hydrography surveying.
(1316)
1.11: BANGKIT
1.10: PENYU
Tiada siapa pernah mendengar suara penyukan?
Orang tertarik berhujah teori penyu bersama rakan hujahannya Major A. Dan penerangan yang Orang dapat adalah sangat menakjubkan. Kisah teori penyu ini juga disertakan bersama dengan potongan ayat dari Surah Al-An'am ayat 133 dan 134.
Marilah bersama kita mengkaji kisah penyu ini dengan lebih mendalam!
1.9: SENJA
Season 1, Bahagian 3: Bangkit
Senja menggambarkan situasi kebangkitan Orang setelah Jatuh mengharungi badai kehidupan dalam meninggalkan status sebagai seorang pelajar selepas 20 tahun menggalasnya. Walau secara hakiki dunia pembelajaran itu tak akan pernah terhenti hingga mata terpejam.
Persiagakan diri kala senja menjelma bertemankan ayat 28 surah Al-Kahfi.
1.8: RAWAN
Walau pemikiran itu sering membuat Orang rawan, ia tidak bermakna dia tewas dengan peperangan dalaman. Dia harus kuat! Dia perlu bangkit! Dia harus keluar dari dunia kegelapan yang terlalu payah untuk dibuang lekitnya. Kerana, ini bukan pengakhiran.
Dia pilih untuk bebas bahagia.....bagaimana???
1.7: HATI
Kejatuhan sebuah kerajaan dalam diri Orang telah menimbulkan huru hara serta kacau bilau secara fizikal. Hingga Akal dan Iman memilih untuk menghukum Pesalah yang menjadi punca utama takhta itu jatuh di pihak yang salah.
Pertempuran ilusi itu nyata lebih sukar ditemui kata sepakat....Mereka terpenjara dalam perangkap samar....
1.6: H.I.N.A
Akronim yang direka Orang. Monolog tercetus di zaman kegelapan yang dia sendiri tidak sedar bilakah waktu Orang ditakluk. Gelap....kelam....dia sesat dalam cahaya....
Dia tewas kala mencari makna kehidupan. Kalau boleh, dia tidak mahu melalui zaman itu lagi...kalau boleh, biarlah ia menjadi detik terakhir. Tapi itu semua kalau......
1.5: HILANG
Part 2: Jatuh
Orang hilang kala mencari identiti baru. Setiap kali perubahan, dia pasti hilang...kadang sesat hingga lupa jalan pulang....
Tulisan adalah peneman untuk dia kembali pada dunia nyata sebelum kembali ke dunia haqiqi....
1.4: TULIS
Episod terakhir bahagian pertama siri CUBA, JATUH DAN BANGKIT.
Tulis.
Setiap orang boleh menulis. Ubah tulisan dan menjadi penulis....Kita boleh edit muka surat yang ditulis, tapi kita tak boleh edit muka surat yang kosong.
Cuba mengubah tulisan hidup, namun ada beberapa Tulisan yang hanya Dia saja tahu jawapannya. Kita merancang, Dialah yang tentukan...perkongsiaan potongan ayat 34 surah Luqman menjadi peringatan kala Orang sering lalai dalam hal yang mengkhayalkan....
1.3: TAKLUK
Orang mengetengahkan penggunaan bahasa melayu Sarawak dalam episod kali tok. Sekda sari kata, pande-pandelah paham kedirik. Kita berloya pasal 'raja dalam diri', camney mok kontrol 'sidak' dengan tingkatkan kesabaran berdasarkan ayat 200 surah al-Imran. Selain dari ya juak, Orang mengajak kita semua supaya menguatkan benteng tentera dalam diri supaya sidak sik kecundang dengan anasir luar dengan mudahnya....
(p/s: ralat. Bukan Toy Story 3, tapi Toy Story 4😅)
1.2: GENRE
Bercerita mengenai pengalaman kali pertama di tempat asing. Menyebabkan Orang tertanya apa sebenarnya pemula bagi genre hidup dia.
Penguatnya pula adalah potongan ayat ke-110 dari Surah Al-Imran. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus mencari definisi pemula dan genre hidup kita.
1.1: PILOT
Musim 'Cuba, Jatuh dan Bangkit'
Episod pengenalan Orang secara ringkas dan perkongsian mengenai kepentingan Niat dalam setiap perkara.
Salam Tahun Baru Hijrah 1441 kepada seluruh umat Islam. ^_^