Skip to main content
Akal Jenuh Podcast

Akal Jenuh Podcast

By Akal Jenuh Podcast

Kami adalah bahagian dari suara anak-anak muda pertengahan 20-an yang sedang membina hidup di ibu kota. Suara kami suara unik; masih kurang reputasi untuk diambil serius tapi tentunya sudah matang untuk didengari. Sertai dua anak muda - Faiz & Thoriq - dalam diskusi perkara-perkara yang dekat di hati kita semua. Awas, loghat utara yang pekat!
Available on
Google Podcasts Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

402 - Moja dan Pengurusan Covid-19

Akal Jenuh PodcastJun 19, 2021

00:00
52:01
402 - Moja dan Pengurusan Covid-19

402 - Moja dan Pengurusan Covid-19

Disiplin ialah kebebasan. Kami berdua tahu dan sedar betul bahawa ayat tersebut kekal sebagai ayat kalau tiada tindakan yang kami ambil keatasnya. Dengan perkembangan COVID-19 di Malaysia lebih terarah kepada kegagalan berbanding kejayaan di negara kita, apakah sebenarnya jalur disiplin yang lemah menyebabkan kita terus-terusan tewas? Bersama rakan kami Dr. Moja, kita kupas beberapa hal melibatkan virus sial ini dan beberapa perkara lain seputar kesihatan. Episod ini juga tersedia di laman YouTube kami di https://youtu.be/OGq9a72WSJM


--- Untuk menghubungi kami, anda Jenuhrians boleh berhubung melalui emel di akaljenuhpodcast@gmail.com atau melalui twitter di https://twitter.com/akaljenuhpod

Jun 19, 202152:01
401 - Keluar Dari Semak
Jun 12, 202139:46
307 - Shevan

307 - Shevan

Semua Jenuhrians pasti punya kawan yang memgambil peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, bukan? Ada yang kembali sebagai orang baru dan ada juga yang kembali sebagai diri sendiri dengan jati diri yang lebih mapan. Tapi pernahkah kita terfikir akan orang luad yang datang belajar di Malaysia? Kita kupas perkara tersebut dengan sahabat kita Shevan yang sudah jauh-jauh kesini dari Sri Lanka untuk sekeping ijazah.

Oct 03, 202001:03:54
306 - Ombak Kewartawanan Muda ft. Nailah Huda & Faris Danial

306 - Ombak Kewartawanan Muda ft. Nailah Huda & Faris Danial

Sekiranya Jenuhrians semua berfikir bahawa menjadi pembaca berita ialah tugas menyampai kabar semata-mata, ianya adalah kesilapan yang mungkin boleh diperbetulkan dengan mendengar episod kali ini. Bersama bintang tamu istimewa Nailah dan Faris (dengan timbre suara khas mereka), kita selami kehidupan sehari-hari dua anak muda ini sebagai penyambung suara Malaysia sambil mempelajari seni menyampai pesan secara profesional.

Aug 01, 202001:12:25
305 - Menuju Puncak di Dunia Kreatif ft. Elmi Elmo

305 - Menuju Puncak di Dunia Kreatif ft. Elmi Elmo

Sejurus masuk ke studio Akal Jenuh yang terletak bersebelahan Sungai Thames di London, Elmi memberikan satu aura yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Aura ini boleh jadi hanya boleh disebar oleh orang yang berpengalaman dalam kerja-kerja halus dan kasar. Kita duduk lama kali ini bersama-sama beliau untuk bertukar pendapat tentang membanting tulang di dalam bidang kreatif.
Jul 25, 202001:28:48
304 - Remaja di Masa Itu ft. Amirul Rasid a.k.a Chop

304 - Remaja di Masa Itu ft. Amirul Rasid a.k.a Chop

Sulit untuk dinafikan bahawa remaja adalah zaman di mana nikmat persahabatan terasa paling nikmat. Kerja kita mudah, ke sekolah, berkawan dan kadang-kadang bersiul ke gadis yang kita minat. Tak ada bil api atau cukai jalan untuk kita fikirkan. Bersama Chop yang kami gelar sebagai pemuda paling tenang pernah kami jumpa, kita berdiskusi sambil mengingat masa lalu.

Jul 18, 202001:31:06
303 - Dunia Arkitek Muda ft. Arif Faisal (& Aqmal Hakim)

303 - Dunia Arkitek Muda ft. Arif Faisal (& Aqmal Hakim)

Pemahaman umum tentang arkitek ialah mereka bertanggungjawab merekabentuk bangunan, mempunyai kereta sedap, keluarga bahagia dan rumah yang cantik. Namun benarkah itu realita hidup seorang arkitek? Kita kupas lanjut dengan arkitek muda dan tegap asal Johor bernama Arif Faisal sambil dibantu Aqmal Hakim (juga seorang arkitek lanskap).

Jul 11, 202052:50
302 - Bicara Sepakbola ft. Yud

302 - Bicara Sepakbola ft. Yud

Di era pekerja mesin slot pun boleh jadi pengulas bola ini, kami dahagakan ulasan bola sepak yang tulen. Kami tidak mahu lagi ‘pengulas’ ekspres yang hanya menterjemah isi dari tabloid sukan barat. Kami mahu ulasan dari otak bola yang mapan. Dengan itu, kami hadirkan Yud untuk memberi pandangan beliau tentang dunia bolasepak kini.

Jun 27, 202001:15:34
301 - Segenap Dimensi JoyBerry, Grup Sad-Pop dari Utara

301 - Segenap Dimensi JoyBerry, Grup Sad-Pop dari Utara

Puas kita disuap lagu-lagu cinta berbentuk harapan dan rayuan, tapi bilakah kali terakhir kita dibuai lagu-lagu yang menunjukkan penyanyinya sedang ‘menikmati’ kesedihan? Itulah beza Joyberry dengan grup lain di Malaysia. Jika kena nasib, tak mustahil semua belia di negara ini bakal terjangkit virus kesedihan yang amat dahsyat.

Jun 20, 202054:50
206 - Antara Cita-Cita dan Harapan ft. Wish Fix of I Lost The Plot

206 - Antara Cita-Cita dan Harapan ft. Wish Fix of I Lost The Plot

WAWASAN 2020, adakah ia sudah tercapai?
Kita sering disogok dan dipaksa untuk ada perasaan yang Wawasan 2020 merupakan sesuatu yang akan dicapai. Namun, adakah pada tahun 2020 ini, perkara yang sering diutarakan pada 20 atau 10 tahun lepas itu sudah tercapai? Episod pertama Akal Jenuh tahun 2020 ini merungkai segala perkara yang boleh dikaitkan dengan Wawasan 2020 - secara harfiah atau teknikal. Dengan isu perkaumannya, isu kebencian sesama masyarakat, dan pelbagai lagi. Nak tau lagi dalam, dengaq sampai habis. Tim Akal Jenuh dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pendengar, semoga 2020 menjadi lebih bermakna dalam hidup anda, tidak kisah sama ada anda bahagia dan elak-elak lah dari mengapi-api kan isu perkauman. Buang masa ja semua tu.
Feb 01, 202058:48
205 - Mengatasi Rasa Sangsi ft. Baz Ahmad

205 - Mengatasi Rasa Sangsi ft. Baz Ahmad

Baz Ahmad, seorang anak muda yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni berkongsi pengalaman dan pendapat bersama kami berdua. Satu episod yang syahdu. Kalau dilihat dari foto di bawah, mungkin anda merasa sangsi yang ter-dahsyat. 

Nov 09, 201901:06:22
204 - Ashfan, kerjaya jurugambar dan persatuan.

204 - Ashfan, kerjaya jurugambar dan persatuan.

Menceritakan pengalaman Ashfan, seorang anak muda berasal dari Sungai Petani yang kerjayanya sebagai jurugambar bebas dan merupakan seorang yang gemar dengan aktiviti berpersatuan. Gambar di bawah merupakan salah satu gambar yang diambil oleh Ashfan.
Sep 30, 201945:03
203 - Adaptasi

203 - Adaptasi

Nak adapt ni ingat senang ka?

Sep 21, 201939:45
202 - Sembang-Sembang Merdeka

202 - Sembang-Sembang Merdeka

Kemerdekaan itu bukanlah sekadar berdiri di perhimpunan sekolah dan menyanyikan lagu-lagu patriotik. Kemerdekaan itu juga bukanlah sesuatu yang senang untuk kita perolehi. Jadi apakah kemerdekaan? Adakah merdeka dari pengawasan isteri untuk kita bebas pergi minum kopi sampai jam 3 pagi? Kami cuba untuk menyungkil dan berbincang mengenai kemerdekaan pada episod kali ini. SALAM MERDEKA 62 KEPADA SEMUA!


Sumber Gambar: shorturl.at/kBCKX

Gambar Direkabentuk Oleh: Nazar Nasaruddin

Aug 31, 201930:24
201 - Kisah Angker Peribadi

201 - Kisah Angker Peribadi

angan sesali kehidupan angker anda di masa lampau. Seangker mana pun ia, berlapang dadalah bahawa ia telah mengajarmu 1001 perkara mengenai kehidupan. Yang paling penting, terimalah kenyataan dan teruskanlah kehidupanmu. Sesungguhnya lebih banyak perkara angker yang akan menemuimu di masa hadapan.
Aug 23, 201932:34
114 - Over/Under Sukan

114 - Over/Under Sukan

Kami di Akal Jenuh Podcast memang suka meraikan perbezaan pendapat. Baik dari segi sedapnya lontong di hari raya mahupun ideologi parti politik mana yang bagus untuk meneruskan kemakmuran di Malaysia. Dalam episod kali ini, kami berdua cuba mencari perbezaan pendapat di dalam sukan. Sungguhpun kami berdua sangat minat dalam aktiviti sukan, kami tidak boleh lari dari perbezaan ideologi dalam sesebuah sukan. 

Jul 20, 201933:55
113 - Mami Jarum

113 - Mami Jarum

Masalah penyebaran berita yang kurang sahih di zaman moden serba canggih. Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari dari perkara-perkara sensasi kerana secara fitrahnya, kita memang akan tertarik dengan cerita-cerita sensasi. Sama ada benar ataupun fitnah, cerita sensasi memang senang untuk menarik perhatian manusia-manusia. Pada episod ini, kami cuba untuk membuat perbandingan baik dan buruk dalam usaha para agen-agen penyebaran berita sensasi di Malaysia secara khususnya dan dunia pada amnya. 

Jul 13, 201934:47
112 - #NJM19

112 - #NJM19

Naib Johan Music Festival 2019 atau bahasa modennya, #NJM19 adalah sebuah acara yang dikendalikan untuk menjuarai pemuzik-pemuzik alternatif (baca: naib johan) di dalam Malaysia. Bukan sekadar itu, acara ini juga menghidangkan pemuzik-pemuzik yang secara harfiahnya, memang alternatif (bukan pilihan pertama). Dalam episod kali ini, kami menjemput Noor Aqmal Hakim atau lebih dikenali sebagai Boy bagi kawan-kawan dari Bedong dan ke atas untuk sama-sama berbincang mengenai tujuan, harapan dan cita-cita disebalik pengendalian acara #NJM19 ini.

Jul 07, 201933:16
111 - Jika Aku Seorang...

111 - Jika Aku Seorang...

Bak kata Loque, Jikaku Seorang Robot, Otakku Import Eksport. Angan-angan seseorang kita memang tidak dapat nak tunaikan. Tetapi seseorang itu boleh berusaha untuk mencapai angan-angan dia. Harus diingat, angan-angan kadang-kadang boleh menjurus ke lembah durjana. Dengarkan kami berbincang mengenai angan-angan kami dalam episod kali ini.

Jun 29, 201932:32
110 - Over/Under Aidilfitri 1450H/2019M

110 - Over/Under Aidilfitri 1450H/2019M

Sedikit ulasan mengenai sesetengah umat manusia yang suka buat teruk di Aidilfitri.

Jun 15, 201935:20
109 - Ketagihan

109 - Ketagihan

Yang ketagih itu manusia dan yang menyebabkan ketagihan pula boleh jadi macam-macam. Lelaki pertengahan 20-an seperti kami berdepan ancaman ketagihan yang pelbagai, berujung dari judi, arak, dadah, perempuan dan lain-lain. Namun tak semua ketagihan itu buruk. Apa pula ketagihan anda?
Jun 01, 201928:30
108 - Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan

108 - Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan

Benar kata orang, berjalan dan bermusafir itu bukan saja dapat membuka mata kita kepada kebesaran alam, malah mampu hadirkan rasa syukur dan berfikir dalam diri. Kami mengulas perjalan terbaru kami menjelajah beberapa tempat membawa mata dan hati. Pengalaman kami itu telah cuba kami sematkan dalam bual bicara santai kali ini.
Apr 20, 201937:48
107 - Kerjaya

107 - Kerjaya

Kita takut lapar. Kita takut tidak punya tempat berteduh. Kita takut tak punya alas tubuh. Oleh kerana itu, kita berkerjaya. Tapi benarkah itu wahai rakan-rakan semua? Apa itu sebabmu berkerjaya? Apakah itu puncamu membanting tulang empat kerat yang diselaputi lemak nasi campur dan teh ais itu dari pagi ke petang? Kita ikuti apa erti sebenar kerjaya dan mungkin juga anda boleh mengenang masa-masa di mana anda kerja menghabiskan duit ibu bapa anda satu ketika dulu. Awas, intro yang menusuk ke setiap jantung anda!
Apr 13, 201937:57
106 - Over/Under

106 - Over/Under

Kami mempromosi toleransi akal, di mana pandangan individu dilontarkan terhadap perkara-perkara yang rawak. Justeru dalam episod ini, kami meraikan perbezaan - satu perkara yang jarang dilakukan oleh umat era internet ini. Apa pandangan anda? Kami berdua overrated atau underrated?
Apr 06, 201934:20
105 - Muzik Tempatan

105 - Muzik Tempatan

“Muzik adalah hidupku. Dan kalau ia juga sebahagian dari hidupmu, maka nikmatilah ia” - Dalai Lama. Sedekat mana anda dan muzik tempatan? Adakah anda tidak langsung mendengar? Atau hanya kadang-kadang? Tiada minat langsung? Budak Indie? Atau anda berharap Ariana Grande dihidupkan semula sebagai anak kelahiran Permas Jaya supaya anda boleh ‘claim’ yang dia dari Malaysia? Kita berbahas santai mengenai semua yang di atas dalam episod kali ini. Kalau anda percaya yang ayat sebentar tadi adalah dari Dalai Lama, saya tak terkejut bahawa andalah yang mengharap Ariana Grande itu orang Permas Jaya.
Mar 23, 201932:51
103 - Marah

103 - Marah

Perasaan amarah yang melanda di dalam jiwa seseorang memang tak dapat kita nak gambarkan. Apatah lagi, jikalau marah itu boleh merubah persepsi seseorang di dalam hubungan yang terjalin setelah sekian lama. Ada yang cakap, marah itu rakan kepada syaitan. Apakah marah itu bermanfaat? Dalam episod kali ini, 2 orang anak muda yang berwawasan ini cuba merungkai dan berbincang berkenaan marah.

Feb 15, 201949:13
102 - Filem Tempatan

102 - Filem Tempatan

#2 FILEM TEMPATAN - Untuk sekian lama, Faiz percaya yang Layar Lara adalah filem tempatan terbaik pernah dihasilkan. Thoriq kurang pasti dengan pilihan beliau, tapi mengangkat Paskal sebagai filem terbaik dihasilkan dalam masa terdekat ini. Apa pula pandangan anda?
Feb 09, 201936:53
101 - Hobi (Pilot)

101 - Hobi (Pilot)

#1 HOBI - Peri penting hobi tak sekadar berkisar di kekerapan kamu melakukannya. Ia harus dipandang lebih dari sekadar objek kesukaan. Malah ia perlu menjadi bahagian dari dirimu dan sekitarmu. Ikuti Faiz dan Thoriq dalam mengupas perihal hobi di episod perdana ini.
Feb 03, 201936:53