Skip to main content
Belajar Sains KSSM

Belajar Sains KSSM

By Cikgu Mohd Azhar

Jom dengarkan perbincangan dan bual bicara berkaitan mata pelajaran Sains KSSM sekolah menengah bersama-sama Cikgu Mohd Azhar dan beberapa rakan-rakan guru Sains yang lain. Saluran podcast ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang memiliki capaian internet yang terhad (limited data). Diharapkan juga saluran ini membantu murid-murid untuk melaksanakan PdPR di sepanjang berlakunya penutupan sekolah akibat pandemik yang melanda negara kita. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua.
Currently playing episode

SAINS T5 - Topik 5.4: Lemak

Belajar Sains KSSMJul 05, 2021

00:00
13:58
SAINS T2 - Topik 8.2: Kesan Daya
Aug 24, 202107:00
SAINS T2 - Topik 8.1: Pasangan Daya Tindakan-Daya Tindak Balas
Aug 23, 202108:29
SAINS T2 - Topik 8.1: Pengukuran Daya
Aug 23, 202107:23
SAINS T5 - Topik 7.2: Prinsip Operasi Sistem Hidraulik
Aug 23, 202109:50
SAINS T5 - Topik 8.1: Prinsip Pascal
Aug 23, 202109:11
SAINS T4 - Topik 10.1: Sumber Ubatan
Aug 22, 202107:46
SAINS T4 - Topik 10.2: Radikal Bebas
Aug 22, 202110:18
SAINS T2 - Topik 8.1: Daya dan Jenisnya

SAINS T2 - Topik 8.1: Daya dan Jenisnya

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 168-171 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.


Daya ialah tarikan atau tolakan yang dikenakan ke atas sesuatu objek.

Daya graviti yang ada yang mengarah ke pusat bumi. Dan ini menyebabkan sesuatu objek itu akan jatuh ke permukaan tanah.

Daya geseran adalah daya yang menentang gerakan dan bertindak di antara dua permukaan yang saling bersentuhan di antara satu sama lain.

Daya normal ialah daya yang dihasilkan apabila suatu objek bersentuhan dengan suatu permukaan.

Daya apungan ialah daya tujah yang bertindak pada sesuatu objek yang terapung di dalam sesuatu bendalir seperti cecair atau gas.

Daya elastik wujud apabila sesuatu objek diregangkan atau dimampatkan.

Berat sesuatu objek ditakrifkan sebagai daya graviti yang bertindak ke atasnya.

Daya adalah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah.

Aug 19, 202115:15
SAINS T4 - Topik 10.1: Jenis Perubatan Komplementari

SAINS T4 - Topik 10.1: Jenis Perubatan Komplementari

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 208-209 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Perubatan komplimentari bukan hanya fokus kepada penyakit semata-mata tetapi ia secara menyeluruh seperti fizikal mental dan emosi. 

Akupuntur adalah sejenis rawatan yang menggunakan jarum steril yang dimasukkan ke dalam titik-titik akupuntur untuk merangsang sistem saraf bagi melegakan kesakitan. 

Kiropraktik tidak menggunakan ubat tetapi menggunakan kemahiran untuk membetulkan kedudukan tulang menggunakan tangan untuk merawat sakit belakang, sakit sendi, sakit kepala dan kecederaan akibat bersukan. 

Urutan tradisional adalah kaedah yang menggunakan tangan, jari dan penumbuk bagi memanipulasikan tisu lembut badan untuk melegakan keresahan, kesakitan, ketegangan otot, keletihan dan masalah urat saraf.

Homeopati adalah ubat yang diberikan kepada pesakit berdasarkan kepada gejala yang ditunjukkan seperti demam atau batuk dimana ubat yang diberikan ini adalah untuk menguatkan keupayaan tubuh badan bagi melawan penyakit dan bukannya ubat untuk membunuh kuman penyakit tersebut.

Terapi herba adalah menggunakan tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang mempunyai khasiat bagi mengubati penyakit. Penggunaan herba ini lebih diyakini kerana ia adalah bersumberkan daripada alam semulajadi yang tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada dadah yang boleh memudaratkan badan.

Aug 17, 202107:59
SAINS T4 - Topik 10.1: Ubat Tradisional dan Ubat Moden

SAINS T4 - Topik 10.1: Ubat Tradisional dan Ubat Moden

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 206-207 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Ubat adalah dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah sesuatu penyakit. 

Ubat tradisional adalah diperolehi daripada sumber semulajadi seperti haiwan dan tumbuhan tanpa diproses secara kimia. Contoh ubat tradisional adalah seperti aloe vera, ginseng, halia, pokok bunga raya dan kuinina. Aloe vera berfungsi untuk mengurangkan kesakitan kulit akibat selaran matahari (sunburn) atau terkena objek panas. Ginseng adalah popular digunakan dalam kalangan kaum Cina untuk memelihara kesihatan. Halia berfungsi untuk melegakan bengkak dan menghilangkan sengal-sengal pada badan dan menghilangkan angin dari badan. Pokok bunga raya digunakan untuk merawat keguguran rambut dan sakit kepala. Kuinina digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria.

Ubat moden telah dihasilkan dalam makmal secara kimia dan dijual secara meluas di pasaran. Terdapat tiga jenis ubat moden iaitu analgesik, antibiotik dan psikoteraputik. Analgesic berfungsi untuk melegakan kesakitan. Contohnya seperti aspirin, paracetamol dan kodeina. Antibiotik berfungsi untuk membunuh dan menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit. Ia dihasilkan daripada kumpulan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Ubat antibiotik perlu dihabiskan mengikut dos yang telah ditetapkan oleh pengamal perubatan. Contoh aktiviti adalah seperti penisilin dan streptomisin. Psikoteraputik adalah digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik. Ubat ini tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan pesakit yang mengambil ubat ini perlulah mengikut dos yang telah ditetapkan kerana ia boleh mengubah perasaan pemikiran dan tingkah laku seseorang individu. Ubat ini terdiri daripada tiga jenis iaitu stimulan antidepresan dan antipsikotik. Stimulan berfungsi untuk merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak badan dan perasaan pesakit. Contoh stimulan adalah amfetamina. Antidepresan berfungsi untuk mengawal keadaan kemurungan. Contoh ubat adalah imipramin dan amitriptilin. Antipsikotok adalah ubat penenang. Contoh adalah trankuiliser, barbiturat dozapin dan haloperidol.

Aug 17, 202111:08
SAINS T5 - Topik 7.2: Peralatan Optik

SAINS T5 - Topik 7.2: Peralatan Optik

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 210-214 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah. 

Kegunaan peralatan optik kebiasaannya dihubungkaitkan dengan jenis imej seperti nyata atau Maya dan saiz imej yang dibentuk oleh kanta. Antara peralatan yang menggunakan objek adalah seperti kanta pembesar,  mikroskop dan teleskop astronomi.

Menentukan kuasa pembesaran mikroskop:

Kuasa pembesaran mikroskop =  kuasa pembesaran kanta objek x  kuasa pembesaran kanta mata

Teknologi dalam bidang optik ini membolehkan ketebalan kanta yang digunakan dalam peralatan optik seperti telefon pintar televisyen litar tertutup (CCTV) menjadi setebal beberapa mm sahaja iaitu sangat nipis. Panjang fokus kanta dalam kamera dslr mempengaruhi medan penglihatan dimana semakin pendek panjang fokus kanta semakin luas medan penglihatan.

Aug 16, 202116:40
SAINS T2 - Topik 7.3: Elektromagnet & Petua Genggaman Tangan Kanan

SAINS T2 - Topik 7.3: Elektromagnet & Petua Genggaman Tangan Kanan

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 160-162 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Elektromagnet adalah sejenis magnet yang mempunyai kesan magnet untuk sementara waktu apabila arus elektrik dialirkan melaluinya.

Corak medan magnet yang terbentuk adalah bergantung kepada bentuk konduktor yang digunakan. Garisan medan magnet lebih rapat di kawasan yang memiliki medan magnet yang lebih kuat. Kekuatan medan magnet adalah berkurang apabila menjauhi pusat konduktor dan corak medan magnet yang terbentuk tidak dipengaruhi oleh arah aliran arus yang melalui konduktor.

Arah medan magnet adalah ditentukan oleh arah arus elektrik menggunakan petua genggaman tangan kanan.

Aplikasi magnet dan elektromagnet dalam kehidupan harian adalah seperti penggunaan kompas dimana jarum kompas digunakan untuk menentukan arah. Selain itu kad kredit atau kad debit menggunakan jalur elektromagnet yang menyimpan maklumat. Kunci bermagnet pada pintu hotel juga menggunakan elektromagnet untuk mengunci pintu secara automatik.

Aug 10, 202110:58
SAINS T4 - Topik 10.1: Perubatan Tradisional, Perubatan Moden & Perubatan Komplimentari

SAINS T4 - Topik 10.1: Perubatan Tradisional, Perubatan Moden & Perubatan Komplimentari

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 204-205 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Perubatan tradisional adalah kaedah perubatan yang menggunakan haiwan atau tumbuh-tumbuhan serta bahan semulajadi dan diaplikasikan secara khusus ataupun secara gabungan bagi mendiagnosis dan merawat penyakit. Ciri-ciri perubatan tradisional adalah seperti:

  • kos rawatan yang rendah
  • rawatan menggunakan bahan semulajadi daripada haiwan dan tumbuhan
  • Keberkesanan yang perlahan
  • diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun
  • pembuktian adalah secara pengalaman atau testimoni

Perubatan moden adalah campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan secara terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan serta melibatkan bidang seperti perubatan klinikal penyelidikan perubatan dan pembedahan untuk merawat penyakit atau kecederaan. Ciri-ciri perubatan moden adalah:

  • kos rawatan yang mahal
  • rawatan menggunakan ubat sintetik
  • melibatkan rawatan moden seperti pembedahan rawatan laser dan radioterapi
  • rawatan lebih berkesan dan cepat
  • keberkesanan terbukti secara klinikal

Perubatan komplimentari adalah merujuk kepada pelbagai kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman berzaman. Ia merangkumi beberapa bahagian iaitu produk semulajadi senaman badan dan minda. Kaedah ini digunakan bersama rawatan moden bagi merawat sesuatu penyakit. Ciri-ciri perubatan komplimentari adalah seperti:

  • tidak melibatkan pembedahan dan jahitan terhadap tubuh badan.
  • tidak menggunakan ubatan theraputic dadah dan bahan sintetik kimia
  • mengambil kira pandangan perubatan moden dan tradisional
Aug 10, 202109:09
SAINS T2 - Topik 7.3: Kemagnetan (Sifat Magnet & Medan Magnet)

SAINS T2 - Topik 7.3: Kemagnetan (Sifat Magnet & Medan Magnet)

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 158-159 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Magnet boleh wujud secara semulajadi dalam bentuk bentuk magnet walaubagaimanapun terdapat juga magnet buatan manusia yang diperbuat daripada gabungan bahan seperti besi, keluli, kobalt dan nikel yang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.

Sifat magnet ialah menarik bahan magnet, berkutub kutub utara dan kutub selatan, kutub sama jenis menolak manakala kutub berlainan jenis akan menarik dan menunjukkan arah utara-selatan apabila digantungkan secara bebas.

Medan magnet ialah kawasan di sekitar magnet yang wujud kesan daya oleh magnet. Ciri ciri garisan medan magnet ialah garisan medan magnet mengarah dari kutub utara ke kutub selatan magnet, garisan medan magnet tidak akan bertemu atau bersilang dan garisan medan magnet lebih rapat antara satu sama lain di kawasan yang mempunyai medan magnet yang lebih kuat. 

Medan magnet di antara dua kutub yang sama jenis akan menghasilkan satu titik neutral dan tidak mempunyai sebarang medan magnet.

Aug 05, 202110:15
SAINS T4 - Topik 9.3: Pemvulkanan Getah

SAINS T4 - Topik 9.3: Pemvulkanan Getah

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 196-197 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Pemvulkanan getah adalah proses dimana getah dipanaskan bersama-sama dengan atom sulfur. Tujuan proses pemvulkanan ini adalah untuk membaiki sifat getah bagi menjadikan kita lebih kuat dan tahan terhadap. Dengan proses pemvulkanan atom-atom sulfur akan ditambah ke dalam molekul-molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai panjang. Getah yang terhasil melalui proses ini dikenali sebagai getah tervulkan.

Struktur getah tervulkan akan mempunyai ikatan antara setiap rantai polimer getah. Rangkai silang sulfur akan mengikat di antara setiap rantai polimer getah. Rangkai silang sulfur ini akan menyebabkan getah tervulkan sukar untuk menggelongsor di antara satu sama lain apabila daya atau haba dikenakan ke atasnya. Struktur getah tervulkan yang sukar untuk diputuskan ini memberikannya sifat baru iaitu lebih keras dan mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi.

Ciri-ciri getah tervulkan ialah keras, lebih kenyal, penebat elektrik yang baik, tidak bertindak balas dengan asid atau alkali, tidak mudah teroksida di udara, tahan terhadap haba dan tidak telap terhadap cecair dan udara.

Antara barangan yang dihasilkan menggunakan getah tervulkan ialah tayar kenderaan, getah sarung tangan, tapak kasut, getah colour, Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dan pad landasan kereta api elektrik.

Aug 04, 202111:50
SAINS T5 - Topik 7.1: Pembentukan Imej oleh Kanta Cembung & Kanta Cekung

SAINS T5 - Topik 7.1: Pembentukan Imej oleh Kanta Cembung & Kanta Cekung

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 202-203 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Kanta adalah medium lutsinar seperti kaca yang mempunyai satu ataupun dua permukaan melengkung. Terdapat dua jenis kanta iaitu kanta cembung dan kanta cekung. Kanta cembung terbahagi kepada 3 jenis lagi iaitu dwicekung planocembung dan meniskus cembung manakala kanta cekung terdiri daripada dwicekung planocekung dan meniskus cekung.

Sinar cahaya adalah menumpu setelah melalui kanta cembung manakala sinar cahaya akan mencapai setelah melalui kanta cekung. Kanta cembung dikenali sebagai kanta penumpu manakala kanta cekung dikenali sebagai kanta pencapah.

Titik fokus, F adalah satu titik dengan keadaan Sinar cahaya tuju yang selari dengan paksi utama akan tertumpu kepadanya setelah melalui kanta cembung. Panjang fokus, f adalah jarak di antara titik fokus dengan garisan tengah kanta.

Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung ialah nyata, mengecil dan songsang manakala ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cekung ialah maya, mengecil dan menegak.

Aug 03, 202113:57
SAINS T2 - Topik 7.2: Pengaliran Arus Elektrik Litar Selari
Aug 02, 202113:30
SAINS T5 - Topik 6.2: Sel Kimia

SAINS T5 - Topik 6.2: Sel Kimia

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 192-194 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Sel kimia ringkas terdiri daripada dua logam yang berlainan jenis yang di celupkan ke dalam suatu elektrolit dan disambungkan melalui litar keluar dengan wayar penyambung.

Logam yang berlainan yang digunakan sebagai elektrolit bagi sel kimia akan menghasilkan tenaga elektrik. Namun sekiranya logam yang sama jenis digunakan sebagai terminal positif dan negatif bagi sel ringkas tidak akan menghasilkan tenaga elektrik. Pergerakan elektron dari terminal negatif ke terminal positif melalui litar luar sel akan menghasilkan tenaga elektrik dan perubahan tenaga yang berlaku dalam sel kimia adalah daripada tenaga kimia kepada tenaga elektrik.

Terdapat beberapa jenis aplikasi konsep sel kimia yang digunakan dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah seperti sel kering, akumulator asid plumbum, bateri alkali, bateri nikel kadmium dan bateri argentum oksida merkuri.

Aug 02, 202111:33
SAINS T4 - Topik 9.3: Getah Asli

SAINS T4 - Topik 9.3: Getah Asli

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 194 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Getah asli juga dikenali sebagai lateks. Antara ciri getah asli adalah lembut, kenyal, tidak tahan haba, penebat elektrik yang baik dan tidak telap udara.

Molekul getah terdiri daripada lapisan membran protein yang mengelilingi rantaian polimer getah. Permukaan luar membran protein terdiri daripada cas cas negatif. Cas cas negatif ini akan menyebabkan molekul getah menolak di antara satu sama lain dan menjadikan lateks kekal sebagai cecair. 

Apabila asid ditambahkan ke dalam lateks, ion hidrogen yang bercas positif daripada asid akan meneutralkan cas negatif di permukaan membran protein. Hal ini akan menyebabkan molekul-molekul getah tidak lagi saling menolak antara satu sama lain tetapi akan berlanggar di antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan saling berbelit dan membentuk gumpalan.


Begitu juga jika lateks dibiarkan lama terdedah kepada udara, bakteria di udara akan bertindak ke atas lateks dengan menghasilkan asid dan meneutralkan membran protein molekul getah menjadikan lateks menggumpal.

Lateks dapat dicegah pengumpalan nya dengan menggunakan alkali. Alkali yang ditambahkan ke dalam lateks mengandungi ion-ion hidroksida yang akan meneutralkan ion hidrogen daripada asid yang dihasilkan oleh bakteria. Oleh itu tanpa asid, cas-cas negatif kekal pada membran protein dan molekul getah tetap menolak antara satu sama lain dan tidak berlanggar. Justeru molekul getah akan kekal dalam keadaan cecair.

Aug 02, 202116:21
SAINS T4 - Topik 9.3: Polimer

SAINS T4 - Topik 9.3: Polimer

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 189 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Polimer adalah molekul besar berbentuk rantaian yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil yang dikenali sebagai monomer.

Polimer boleh dikelaskan kepada polimer semulajadi dan polimer sintetik. Polimer semulajadi ialah polimer yang wujud secara semulajadi manakala polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan secara perkilangan menggunakan bahan kimia. Antara contoh polimer semulajadi ialah kanji yang terdiri daripada monomer glukosa, protein yang terdiri daripada monumer asid amino dan getah asli yang terdiri daripada monomer isoprena.

Contoh polimer sintetik pula ialah polietena yang terdiri daripada monomer etena, polistrena yang terdiri daripada monomers stirena, perspeks yang terdiri daripada monomer metil metakrilat dan getah sintetik yang terdiri daripada monomer neoprena.

Pempolimeran ialah proses percantuman atau penggabungan monumen melalui pembentukan ikatan kimia yang membentuk polimer bermolekul besar dalam bentuk rantaian panjang.

Pempolimeran adalah proses yang yang berlaku apabila molekul polimer berbentuk rantai panjang dipisahkan kepada monomer-monomernya.

Pempolimeran yang melibatkan monomer jenis yang sama dengan pemecahan ikatan ganda dua menjadikan ikatan tunggal dikenali sebagai pempolimeran penambahan seperti polimer polietena.

Jul 28, 202112:50
SAINS T2 - Topik 7.2: Pengaliran Arus Elektrik Litar Bersiri
Jul 28, 202114:19
SAINS T5 - Topik 6.1: Sel Elektrolitik (Aplikasi Elektrolisis)
Jul 27, 202107:39
SAINS T4 - Topik 9.2: Kaca dan Seramik
Jul 25, 202109:36
SAINS T2 - Topik 7.1: Keelektrikan (Hukum Ohm)

SAINS T2 - Topik 7.1: Keelektrikan (Hukum Ohm)

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 150 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.


Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar terus dengan voltan yang merentasi dua hujung konduktor dengan syarat suhu dan keadaan fizikal lain adalah tetap.

Rintangan ialah keupayaan sesuatu konduktor untuk menghadkan atau menentang aliran arus elektrik melaluinya.

Unit rintangan ialah Ohm (Ω). Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang piawai yang mempunyai rintangan yang tetap dan perintang boleh ubah seperti reostat yang mempunyai rintangan yang boleh diubah.

Jul 25, 202117:14
SAINS T4 - Topik 9.1: Aloi (Kekerasan, Ketahanan Kakisan & Kegunaan)

SAINS T4 - Topik 9.1: Aloi (Kekerasan, Ketahanan Kakisan & Kegunaan)

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 184 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Aloi yang merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dengan bukan logam mengikut campuran yang tertentu. Terdapat beberapa jenis aloi seperti keluli, piuter, gangsa, loyang dan duralumin.

Komposisi keluli ialah besi dan karbon yang mempunyai sifat keras dan kuat dan kebiasaannya digunakan untuk membina bangunan dan jambatan serta kenderaan.

Piuter terdiri daripada komposisi timah, kuprum dan antimoni yang mempunyai sifat berkilau dan tahan kakisan dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan barangan perhiasan seperti bingkai gambar.

Gangsa terdiri daripada kuprum dan timah yang mempunyai sifat keras, tahan kakisan dan warna yang menarik dan kebiasaannya digunakan untuk membuat tugu, duit syiling dan pingat.

Loyang terdiri daripada kuprum dan zink yang memberikan sifat kuat, berkilat, mudah ditempa dan warna keemasan dan kebiasaannya digunakan untuk membuat kunci alatan muzik dan trompet.

Duralumin terdiri daripada aluminium kuprum, magnesium dan mangan yang mempunyai sifat ringan kuat dan tahan kakisan. Ia digunakan untuk membuat badan pesawat dan kapal terbang.

Proses untuk menghasilkan aloi ialah proses pengaloian. Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis menyebabkan ianya mudah menggelongsor apabila dikenakan daya.

Apabila satu unsur atau lebih unsur logam atau bukan logam lain ditambah ke dalam atom tulen, maka atom atom unsur ini akan menyukarkan lapisan atom tulen daripada menggelongsor antara satu sama lain.

Ini kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka aloi lebih kuat dan keras daripada logam tulen.

Jul 14, 202110:46
SAINS T4 - Topik 9.1: Aloi (Pengaloian & Contoh Aloi)

SAINS T4 - Topik 9.1: Aloi (Pengaloian & Contoh Aloi)

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 4 m/s 184 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Aloi yang merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dengan bukan logam mengikut campuran yang tertentu. Terdapat beberapa jenis aloi seperti keluli, piuter, gangsa, loyang dan duralumin. 

Komposisi keluli ialah besi dan karbon yang mempunyai sifat keras dan kuat dan kebiasaannya digunakan untuk membina bangunan dan jambatan serta kenderaan.

Piuter terdiri daripada komposisi timah, kuprum dan antimoni yang mempunyai sifat berkilau dan tahan kakisan dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan barangan perhiasan seperti bingkai gambar.

Gangsa terdiri daripada kuprum dan timah yang mempunyai sifat keras, tahan kakisan dan warna yang menarik dan kebiasaannya digunakan untuk membuat tugu, duit syiling dan pingat.

Loyang terdiri daripada kuprum dan zink yang memberikan sifat kuat, berkilat, mudah ditempa dan warna keemasan dan kebiasaannya digunakan untuk membuat kunci alatan muzik dan trompet.

Duralumin terdiri daripada aluminium kuprum, magnesium dan mangan yang mempunyai sifat ringan kuat dan tahan kakisan. Ia digunakan untuk membuat badan pesawat dan kapal terbang.

Proses untuk menghasilkan aloi ialah proses pengaloian. Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis menyebabkan ianya mudah menggelongsor apabila dikenakan daya.

Apabila satu unsur atau lebih unsur logam atau bukan logam lain ditambah ke dalam atom tulen, maka atom atom unsur ini akan menyukarkan lapisan atom tulen daripada menggelongsor antara satu sama lain.

Ini kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka aloi lebih kuat dan keras daripada logam tulen.

Jul 14, 202113:15
SAINS T2 - Topik 7.1: Keelektrikan (Arus, Voltan & Rintangan)

SAINS T2 - Topik 7.1: Keelektrikan (Arus, Voltan & Rintangan)

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 148 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.


Arus Elektrik

Arus adalah aliran sesuatu, seperti air laut atau udara atmosfera. Dalam konteks elektrik, aliran cas elektrik, biasanya aliran elektron melalui konduktor, dikenali sebagai arus elektrik. Arus dihasilkan dengan pergerakan cas atau kita katakan sebagai kadar pengaliran cas-cas elektrik atau elektron menerusi sesuatu konduktor. Arus diukur dalam ampere (A) dengan ammeter. Arus selalu bergantung pada voltan kerana aliran cas tidak dapat berlaku tanpa perbezaan yang berpotensi.

Voltan

Voltan ditakrifkan sebagai perbezaan tenaga keupayaan elektrik antara dua titik. Voltan boleh wujud tanpa menghasilkan arus; contohnya, dalam bateri. Atau kita takrifkan sebagai tenaga elektrik yang menggerakkan cas-cas elektrik atau elektron dari satu titik ke titik yang lain dalam konduktor. Votan diukur dalam unit voltan (V) menggunakan volmeter.

Rintangan

Keupayaan sesuatu konduktor untuk hadkan atau menentangaliran arus elektrik. Rintangan diukur dalam unit ohm (Ω).

Jul 13, 202109:11
SAINS T5 - Topik 6.1: Sel Elektrolitik (Pengenalan Elektrosis)

SAINS T5 - Topik 6.1: Sel Elektrolitik (Pengenalan Elektrosis)

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 178 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Elektrokimia adalah berkaitan dengan kajian untuk melihat perkaitan antara fenomena elektrik dengan kimia. Terdapat dua jenis sel elektrokimia iaitu sel elektrolitik dan sel kimia. 

Dalam sel elektrolitik arus elektrik dialirkan melalui elektrolit untuk menghasilkan tindak balas kimia dan perubahan tenaga berlaku daripada tenaga elektrik kepada tenaga kimia melalui proses elektrolisis.

Dalam sel kimia perubahan kimia berlaku untuk menghasilkan arus elektrik dan perubahan tenaga yang berlaku ialah daripada tenaga kimia kepada tenaga elektrik dalam sel tersebut.

Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian dalam keadaan leburan atau akueus kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik dialirkan.

Sel ektrolitik terdiri daripada sumber elektrik seperti bateri. Elektrod yang terdiri daripada anod dan katod. Anod adalah elektrod yang disambungkan kepada terminal positif sumber elektrik manakala katod merupakan elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif sumber elektrik. 

Elektrolit ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan atau akueus dan mengalami perubahan kimia. Contoh elektrolit ialah plumbum (II) bromida, natrium (II) klorida, natrium hidroksida dan kuprum (II) sulfat. Bukan elektrolit ialah bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan atau akueus seperti naftalena, asetamida, larutan glukosa dan etanol.

Elektrolit merupakan sebatian ion dalam keadaan leburan dan akueus terdiri daripada ion positif iaitu kation dan ion negatif yaitu anion. Sebagai contoh natrium klorida terdiri daripada ion natrium sebagai kation manakala ion klorida sebagai anion.

Jul 12, 202114:32
SAINS T5 - Topik 5.5: Saponifikasi

SAINS T5 - Topik 5.5: Saponifikasi

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 167 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Sabun merupakan garam asid lemak yang diperolehi melalui tindak balas antara minyak sawit dengan alkali pekat. Proses penghasilan sabun dikenali sebagai proses saponifikasi.

Minyak masak dipanaskan bersama sama dengan larutan natrium hidroksida dan kemudian ditambah dengan air suling dan natrium klorida iaitu garam. Campuran seterusnya dipanaskan sehingga terbentuk pepejal putih pada permukaan campuran. Pepejal putih ini ialah garam asid lemak iaitu sabun dan seterusnya sabun diuji dengan menggunakan air suling yang digoncang di dalam tabung uji untuk melihat buih yang terhasil dan kemudian diuji dengan menggunakan kertas litmus merah. Kertas litmus merah bertukar kepada warna biru menunjukkan sabun adalah bersifat alkali.

Sabun terdiri daripada 2 komponen utama iaitu kepala yang bersifat hidrofilik dan ekor yang bersifat hidrofobik. Hidrofilik ialah bahagian kepala yang dapat melarut di dalam air yang terdiri daripada komponen ionik manakala hidrofobik ialah bahagian ekor yang tidak melarut di dalam air tetapi melarut dalam minyak atau gris. Hidrofobik terdiri daripada rantai hidrokarbon.

Tindakan pencucian sabun.
Bahagian ekor molekul sabun yang hidrofobik akan melarut dan melekat dalam kotoran bergris manakala bahagian hidrofilik melarut di dalam air.

Tindakan menggosok atau memberus kain atau pergerakan air akan menanggalkan kotoran bergris daripada permukaan kain dan menjadi titisan garis yang dikelilingi oleh mereka sabun dan terampai di dalam air.

Air sabun yang memerangkap titisan gris tadi oleh buih-buih sabun yang dihasilkan akan disingkirkan semasa membilas dan kotoran gris turut dibuang bersama

Pengurusan Lestari adalah penting dalam industri kelapa sawit termasuk penggunaan tanah secara optimum, air sisa kilang minyak sawit yang dijadikan sebagai baja organik dan bahan biogas, membantu kepada peningkatan kualiti udara dengan mengurangkan karbon dioksida dan membebaskan lebih banyak oksigen menerusi proses fotosintesis dan pengurusan industri yang mengamalkan sifat sisa ataupun zero waste yang menukarkan sisa kelapa sawit kepada pelbagai jenis produk yang bermanfaat.

Antara jenis sisa kelapa sawit ialah pelepah dijadikan sebagai baja, batang pokok sebagai bahan gantian kayu tandan sebagai kompos, tempurung digunakan untuk mendidihkan air, sabut dijadikan sebagai permaidani atau tekstil dan POME (Palm Oil Mill Effluent) dijadikan sebagai biogas dan baja.

Sumber imej: freepik.com

Jul 12, 202116:09
SAINS T4 - Topik 8.3: Isotop

SAINS T4 - Topik 8.3: Isotop

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com atau di https://youtu.be/ZefXr4BExwE Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 4 m/s 175 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Isotop ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. 

Isotop ditulis dengan nombor nukleon. Nombor nukleon merujuk kepada jumlah bilangan proton dan Neutron di dalam nukleus sesuatu atom itu. Sebagai contoh isotop hidrogen mempunyai satu proton dan Neutron ditulis sebagai Hidrogen-3.

Isotop digunakan dalam pelbagai bidang seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Radioisotop ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif. Walaupun ia mengeluarkan sinaran berbahaya seperti sinar gamma, namun ia mempunyai kegunaan yang penting jika dikendalikan dengan betul. Sebagai contoh sinar gamma daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. Sinar gamma daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayuran tanpa mengubah kualiti makanan tersebut. Dalam pertanian fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan.

Amerisium-241 digunakan untuk mengawal ketebalan kertas. Uranium 235 digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam reaktor nuklear. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji usia artifak purba. Karbon-14 juga digunakan untuk menentukan usia batuan. Iodin-131 memancarkan sinar gama digunakan untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid. Karbon-14 juga digunakan untuk mengkaji lintasan karbon dalam proses fotosintesis pada tumbuhan hijau.


Jul 11, 202114:19
SAINS T2 - Topik 7.1: Keelektrikan

SAINS T2 - Topik 7.1: Keelektrikan

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 142 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.


Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi ia boleh berubah dalam pelbagai bentuk. Tenaga diukur dengan menggunakan unit S.I iaitu joule (J). Tenaga boleh diperoleh dari pelbagai sumber seperti matahari, geoterma, angin, air, ombak, biojisim, bahan api fosil dan bahan radioaktif. 


Sekiranya anda pernah terkena renjatan elektrik, ia berlaku kerana pemindahan caj elektrik antara badan kita dengan sumber elektrik tersebut yang mempunyai cas elektrik yang statik. Cas elektrik yang statik itu dikenali sebagai cas elektrostatik. 


Secara asasnya cas-cas yang sama jenis seperti positif dengan positif atau negatif dengan negatif akan saling menolak antara satu sama lain. Cas-cas yang berlainan jenis seperti positif dengan negatif akan saling menarik. Daya tarikan dan daya tolakan antara charge elektrik ini dikenali sebagai daya elektrostatik. 


Apabila dua bahan digosok, hanya elektron sahaja yang dipindahkan daripada satu bahan ke bahan yang lain manakala proton tidak bergerak. Bahan yang menerima elektron akan bercas negatif kerana ia memiliki pertambahan bilangan elektron di dalamnya. Bahan yang mengalami kehilangan elektron pula akan memiliki bilangan proton yang lebih banyak maka ia akan bercas positif. Sesuatu bahan dikatakan neutral apabila bilangan proton dan elektron adalah sama.


Pembaris yang digosok dengan kain bulu, akan menerima elektron daripada kain bulu dan akan bercas negatif. Ini membolehkan pembaris menarik cebisan kertas yang bercas neutral kerana wujudnya daya tarikan antara cas positif pada kertas dan cas negatif pada pembaris.


Elektroskop adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas elektrik pada sesuatu objek. Kerajang emas yang terdapat di dalam elektroskop tidak mencapah apabila sesuatu bahan itu bersifat neutral. Kerajang emas pula akan mencapah apabila sesuatu bahan itu bercas positif atau negatif kerana cas yang sama akan menolak antara satu sama lain. (Sila rujuk rajah 7.5 perpuluhan lima m/s 146).


Contoh elektrostatik dalam kehidupan harian kita ialah kejadian kilat. Kilat ialah fenomena berkaitan dengan cas elektrostatik. Geseran antara awan dan udara akan menyebabkan awan dicas dengan cas - cas elektrik. Kilat berlaku kerana daya tarikan yang wujud antara caj positif kepada bumi dan cas negatif kepada awan.

Jul 11, 202127:11
SAINS T4 - Topik 8.2C: Pembentukan Ion Positif & Ion Negatif
Jul 07, 202110:06
SAINS T4 - Topik 8.2B: Susunan Unsur Elektron
Jul 07, 202109:60
SAINS T4 - Topik 8.2A: Jadual Berkala Unsur Moden
Jul 07, 202109:56
SAINS T2 - Topik 6.2: Peneutralan

SAINS T2 - Topik 6.2: Peneutralan

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 133 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Peneutralan adalah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Semasa peneutralan, asid hilang sifat asidnya dan alkali hilang sifat alkalinya. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan tindak balas peneutralan ini ialah pentitratan.

Aplikasi peneutralan dalam kehidupan harian adalah seperti penggunaan ubat gigi yang beralkali dan meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria di sekitar gigi ataupun dalam mulut kita. Penggunaan pembersih muka yang beralkali akan menjadikan kulit lebih kering, oleh itu terdapat produk seperti penyegar berasid digunakan untuk meneutralkan semula kulit muka kita. Syampu rambut adalah sedikit beralkali. Manakala perapi rambut yang kita gunakan pula adalah sedikit berasid dapat meneutralkan sisa syampu pada rambut dan menjadikan rambut lebih lembut dan sihat. 

Dalam pertanian pula, tanah yang berasid dapat dirawat dengan menggunakan kapur mati yang bersifat alkali ditabur pada tanah berasid supaya tanaman dapat tumbuh dengan sihat dan subur.

Pelembut fabrik yang mempunyai sifat asid akan meneutralkan kain fabrik yang sedikit beralkali kesan penggunaan serbuk pencuci.

Bahan buangan berasid daripada kilang juga dirawat dengan alkali sebelum ia dibebaskan secara peneutralan.

Jul 06, 202111:28
SAINS T5 - Topik 5.5: Minyak Sawit

SAINS T5 - Topik 5.5: Minyak Sawit

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 160) atau klik 👉 http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Struktur buah kelapa sawit terbahagi kepada sabut (mesokarp), isirung (kernel) dan tempurung (endokarp).

Sabut mengandungi minyak yang paling banyak manakala isirung mempunyai minyak yang sedikit tetapi paling berkualiti tinggi.

Proses pengekstrakan minyak sawit secara industri bermula daripada proses pensterilan, penanggalan dan pencernaan. Setelah sabut dan tempurung diasingkan kemudian  isirung akan diproses menerusi proses pengekstrakan secara berasingan. Sabut akan diekstrak menggunakan penekanan hidraulik dan seterusnya gentian sabut diasingkan daripada minyak sawit melalui penurasan. Stim dialirkan melalui minyak sawit untuk menghilangkan bau dan menyingkirkan asid yang menyebabkan ia menjadi masam. Minyak sawit akan dilalukan pada karbon yang diaktifkan untuk menuturkan warnanya.

Isirung pula dikukus pada tekanan tinggi dan diasingkan serta dikeringkan. Kemudian diekstrak dengan penekan hidraulik. Seterusnya isirung diasingkan daripada minyak sawit isirung melalui proses penurasan.

Minyak sawit terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Sifat kimia bagi minyak sawit ialah dari aspek pengoksidaan, hidrolisis dan pengaturan. Untuk penjelasan lebih lanjut tentang aspek yang dinyatakan ini sila tonton video penerangan di atas.

Kandungan nutrisi dalam minyak sawit ialah ia mengandungi lemak vitamin E dan vitamin A, bahan antioksidan dan bahan yang terkandung dalam minyak sawit kurang daripada satu perarus seperti sterol, fosfatida, triterfenik dan alkohol alifatik.

Minyak sawit digunakan dalam bidang penjagaan kesihatan dan makanan seperti penghasilan tablet minyak vitamin E, barangan kosmetik dan pembuatan sabun.

Jul 06, 202120:42
SAINS T5 - Topik 5.4: Lemak

SAINS T5 - Topik 5.4: Lemak

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 157) atau klik 👉 http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.


Lemak ialah sejenis sebatian karbon organik yang mengandungi unsur karbon hidrogen dan oksigen.

Lemak wujud dalam dua keadaan iaitu pepejal dan cecair. Lemak dalam keadaan pepejal pada suhu bilik Biasanya berasal daripada haiwan manakala lemak yang berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik kebiasaannya berasal daripada tumbuhan.

Lemak terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu berasal daripada haiwan dan berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Lemak tepu juga memiliki takat lebur yang tinggi dan bilangan atom hidrogen yang maksimum.

Lemak tak tepu berasal daripada tumbuhan dan berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Lemak tak tepu memiliki takat lebur nya rendah kerana bilangan atom hidrogen dalam molekul adalah belum maksimum. Lemak tak tepu masih boleh ditambah atom hidrogen ke dalam molekul.

Kesan pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan kepada kesihatan manusia ialah menyebabkan pembentukan batu karang hempedu yang boleh menyekat salur hempedu dan menyebabkan berlakunya jaundis. Selain itu mendapan kolestrol pada bahagian dalam dinding arteri akan menyebabkan lumen arteri menjadi semakin sempit dan keadaan ini dikenali sebagai arteriosklerosis. Kesan daripada penyempitan lumen arteri ini menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi, stroke dan boleh menyebabkan serangan jantung yang membawa maut. Oleh itu kita perlulah mengurangkan pengambilan lemak tepu dalam pemakanan seharian kita dan mengambil lemak tak tepu kerana lemak tak tepu dapat merendahkan aras kolestrol dalam darah.

Jul 05, 202113:58
SAINS T4 - Topik 8.1: Asas Jirim

SAINS T4 - Topik 8.1: Asas Jirim

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar rakaman audio Podcast atau video ini bersama-sama buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 168 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini anyflip.com/phexa/rpxa.

Terdapat tiga jenis bahan iaitu bahan atom bahan molekul dan bahan ion.
Bahan atom ialah darah yang paling kecil di dalam sesuatu unsur. Atom ialah unit paling asas dalam unsur. Bahan atau mengandungi zarah atom sahaja. Semua jenis logam adalah terdiri daripada bahan atom yang disusun secara rapat dan teratur. Namun bagi gas nadir susunan atom adalah berjauhan dan tidak teratur. Contoh bahan atom ialah emas, besi dan gas helium.
Molekul ialah gabungan dua atau lebih atom secara kimia. Molekul boleh terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama atau berbeza. Contoh bahan molekul ialah oksigen, air dan karbon dioksida.
Ion ialah zarah zarah yang bercas, sama ada positif atau negatif. Ion terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron. Contoh bahan ion ialah natrium klorida dan kuprum (II) sulfat.

Sumber imej: freepik.com
Jul 04, 202114:40
SAINS T5 - Topik 5.3B: Kesan Pengambilan Alkohol

SAINS T5 - Topik 5.3B: Kesan Pengambilan Alkohol

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bagi Bab 4 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 150) atau klik 👉 http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan ketagihan. Pelbagai kesan masalah sosial boleh berlaku dalam keluarga dan masyarakat. Kaum ibu mengandung yang mengambil alkohol akan menyebabkan kandungan bayi mengalami sindrom fetal alcohol. Alkohol yang berlebihan diambil oleh individu boleh merosakkan organ badan seperti otak, mata, peparu, jantung, perut, hati, ginjal dan pundi kencing. Apakah kesan alkohol terhadap organ-organ dalam badan yang disebutkan ini..? Ikuti penerangan menerusi audio podcast di atas..

Sumber imej: freepik.com

Jun 29, 202104:56
SAINS T5 - Topik 5.3A: Penghasilan Alkohol dan Sifat Fizik & Sifat Kimia Alkohol

SAINS T5 - Topik 5.3A: Penghasilan Alkohol dan Sifat Fizik & Sifat Kimia Alkohol

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bagi Bab 4 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 150) atau klik 👉 http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd) atau mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Alkohol merupakan sebatian karbon organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen.

Alkohol diperolehi melalui proses penapaian menggunakan tindakan terhadap makanan yang mengandungi glukosa atau kanji seperti gula, anggur, tepung, beras, gandum dan barli.

Proses penyediaan alkohol menerusi proses penapaian melibatkan pembebasan enzim zimase oleh yang mana enzim ini akan menguraikan glukosa kepada etanol dan membebaskan gas karbon dioksida.

Sifat fizik dan sifat kimia alkohol ialah tidak berwarna cecair pada suhu bilik, mempunyai bau yang tersendiri, takat didih meningkat apabila bilangan atom karbon meningkat, keterlarutan dalam air berkurang apabila bilangan karbon meningkat. Alkohol boleh digunakan bagi penghasilan ester (wangian) melalui proses pengesteran. Antara kegunaan alkohol ialah sebagai bahan api, perubatan, kosmetik dan industri.

Sumber imej: freepik.com

Jun 29, 202108:52
SAINS T2 - Topik 6.1B: Nilai pH dan Kegunaan Asid & Alkali

SAINS T2 - Topik 6.1B: Nilai pH dan Kegunaan Asid & Alkali

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 126 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.

Skala pH digunakan untuk menentukan kekuatan sesuatu asid atau alkali. Julat nilai pH adalah antara 0 hingga 14. Sekiranya nilai menurun daripada 6 hingga 0 itu menunjukkan keasidan semakin bertambah. Sekiranya nilai pH bertambah daripada 8 hingga 14 itu menunjukkan kealkalian semakin bertambah.

Asid dan alkali sering digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti cuka dan sabun serta pencuci pakaian. Sebahagian asid dan alkali juga digunakan dalam pelbagai sektor seperti sektor pertanian, sektor perindustrian dan perubatan.

Antara kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian ialah seperti asid tartarik, asid karbonik dalam minuman bergas, asid sulfurik dalam bateri kereta, cuka untuk jerukkan makanan, kalium hidroksida dalam sabun mandi, ammonia dalam baja, magnesium hidroksida dalam pil mencegah gastrik dan natrium hidroksida dalam detergen.


Sumber foto: freepik.com

Jun 29, 202104:20
SAINS T2 - Topik 6.1A: Sifat Asid & Alkali

SAINS T2 - Topik 6.1A: Sifat Asid & Alkali

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 126 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.


Contoh asid ialah asid hidroklorik dan cuka manakala alkali contohnya ialah larutan natrium hidroksida dan air sabun. 

Sifat alkali ialah nilai pH kurang daripada 7, berasa masam, mengakis, menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen. Sifat alkali ialah nilai pH lebih daripada 7, berasa pahit, mengakis, menukarkan kertas litmus merah kepada biru dan tidak bertindak balas dengan logam.

Sekiranya sesuatu bahan mengandungi asid seperti jus oren maka ia dikenali sebagai bahan berasid. Sekiranya sesuatu bahan mengandungi alkali seperti ubat gigi dan sabun maka ia dikatakan sebagai bahan beralkali.

Air berperanan penting untuk menunjukkan sifat sifat asid dan alkali. Kertas litmus merah tidak akan bertukar kepada warna biru sekiranya natrium hidroksida tidak ditambahkan dengan air. Begitu juga dengan kertas litmus biru tidak akan berubah warna kepada merah sekiranya Haid tidak ditambahkan di dalam air.

Sifat bahan yang berbeza dapat ditentukan sama ada ia beralkali atau berasid dengan menggunakan penunjuk yang sesuai. Penunjuk ialah sejenis pewarna atau campuran beberapa jenis pewarna yang berubah warna berdasarkan kepada bahan yang diuji.

Antara penunjuk ialah Fenolftalein, penunjuk semesta, metil jingga, kertas litmus biru dan kertas litmus merah.

  • Fenolftalein tidak akan berubah warna sekiranya bahan itu berasid atau neutral, sebaliknya ia menjadi merah jambu sekiranya bahan itu berasid.
  • Penunjuk semesta akan berubah kepada warna merah jika bahan berasid, hijau jika neutral dan biru jika beralkali.
  • Metil jingga akan berubah menjadi warna merah jika bahan berasid dan berubah menjadi kuning sekiranya bahan itu neutral atau beralkali.
  • Kertas litmus biru akan berubah kepada warna merah sekiranya bahan itu brexit namun tidak berubah warna jika neutral atau alkali. 
  • Kertas litmus merah akan berubah warna kepada biru sekiranya bahan itu beralkali tetapi kekal berwarna merah sekiranya bahan itu berasid atau neutral.

Sumber foto: freepik.com

Jun 29, 202107:43
SAINS T5 - Topik 5.2: Hidrokarbon

SAINS T5 - Topik 5.2: Hidrokarbon

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bagi Bab 4 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 145-149) atau klik 👉 online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd).
Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon? Hidrokarbon ialah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja. Sebatian hidrokarbon adalah diperolehi daripada sumber semulajadi. Hidupan laut yang mati terbenam di dasar laut. Selepas berjuta-juta tahun, sisa tu tertanam semakin jauh ke dalam dasar laut. Penggabungan kesan tekanan oleh lapisan pasir dan lumpur, haba yang diserap daripada persekitaran dan proses penguraian oleh bakteria mengubah sistem itu menjadi petroleum dan gas asli. Begitu juga dengan pembentukan arang batu, berjuta-juta tahun dahulu sisa tumbuhan yang mati tertanam secara semula jadi. Selepas berjuta-juta tahun sisa itu tertanam semakin jauh ke dalam tanah di bawah lapisan batu tebal. Penggabungan kesan tekanan oleh lapisan batu haba yang diserap daripada persekitaran dan proses penguraian oleh bakteria mengubah fosil tumbuhan menjadi arang batu. Petroleum ialah campuran hidrokarbon. Proses penyulingan berperingkat digunakan kerana pecahan pecahan petroleum mempunyai takat didih yang berbeza. Hidrokarbon terbahagi kepada 2 iaitu sebatian hidrokarbon tepu dan tak tepu. Hidrokarbon tepu mempunyai ikatan kovalen tunggal antara atom karbon dengan atom karbon. Manakala hidrokarbon tak tepu mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon atau ikatan kovalen ganda tiga di antara atom karbon dengan atom karbon. Siri homolog termasuklah alkana dan alkena. Alkana ialah sebatian hidrokarbon tepu manakala alkena ialah sebatian hidrokarbon tak tepu. Sumber tenaga alternatif adalah seperti sumber tenaga solar, sumber tenaga angin, sumber tenaga hidro, sumber tenaga biojisim dan beberapa lagi.
Sumber imej: freepik.com
Jun 29, 202111:12
SAINS T2 - Topik 5.3B: Kelestarian Air

SAINS T2 - Topik 5.3B: Kelestarian Air

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 118 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih.


Kelestarian air ialah merujuk kepada suatu keadaan di mana usaha Kita sebagai manusia untuk memelihara alam sekitar terutamanya sumber air. Antara punca kepada berlakunya pencemaran air ialah disebabkan oleh bahan pencemar air seperti bahan buangan domestik, bahan buangan industri, bahan kimia dalam pertanian dan tumpahan minyak. Topik yang diterangkan adalah berkiatan dengan punca berlakunya pencemaran air. Apakah bahan pencemaran yang mencemarkan air sebagai sumber bekalan air kita? Antaranya adalah bahan buangan domestik. Cara mengatasinya adalah menerusi penyediaan sistem pembentungan yang lebih sempurna dan mendidik masyarakat tentang cara pembuangan sampah sarap yang bertul. Ikuti penerangan audio ini beberapa lagi bahan pencemar air yang boleh menjejaskan sumber bekalan air manusia serta cara-cara mengatasi masalah tersebut.

Jun 27, 202107:01
SAINS T2 - Topik 5.3A: Pembersihan & Pembekalan Air

SAINS T2 - Topik 5.3A: Pembersihan & Pembekalan Air

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 113-117 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih.

Kaedah Pembersihan Air antaranya ialah pendidihan penurasan pengklorinan dan penyulingan.

Pendidikan bertujuan untuk membunuh mikroorganisma. Pengklorinan juga untuk membunuh mikroorganisma. Penurasan adalah bertujuan untuk memisahkan bendasing terampai daripada cecair. Penyulingan pula untuk menyingkirkan bendasing terampai, bahan terlarut dan membunuh mikroorganisma.

Singapura adalah antara negara yang kekurangan sumber air. Mereka menggunakan teknologi moden iaitu melalui projek yang dikenali sebagai NEWater. Projek ini mengambil dan mengitar semula air kumbahan supaya dapat digunakan sebagai air minuman dan kegunaan industri.

Sistem pembekalan air.

Ada 6 proses utama dalam sistem pembekalan air iaitu penapisan, pengoksidaan, penggumpalan, pengenapan, penurasan dan pengklorinan dan pemflouridaan. 

  1. Penapisan bertujuan untuk menyingkirkan bendasing seperti ranting kayu dan daun.
  2. Pengoksidaan untuk menambah kandungan oksigen di dalam air bagi menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan.
  3. Penggumpalan adalah di mana alum dimasukkan supaya zarah-zarah Lumpur bergumpal dan tenggelam. Kapur mati iaitu kalsium hidroksida digunakan untuk mengurangkan keasidan air.
  4. Pengenapan ialah proses dimana bahan terampai mendak di dasar tangki.
  5. Penurasan bertujuan menyingkirkan bendasing dengan menggunakan penapis pasir.
  6. Pengklorinan dan penceritaan ialah bertujuan untuk membunuh mikroorganisma di dalam air dengan menggunakan klorin. Manakala natrium klorida digunakan untuk mengelakkan pereputan gigi.


Jun 27, 202112:44
SAINS T4 - Topik 7.3: Minda Yang Sihat
Jun 27, 202105:06
SAINS T2 - Topik 5.2: Larutan dan Kadar Keterlarutan

SAINS T2 - Topik 5.2: Larutan dan Kadar Keterlarutan

Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Topik yang diterangkan adalah berkiatan dengan zat terlarut, pelarut, larutan (cair, pekat, tepu), ampaian dan koloid. Zat terlarut adalah bahan yang boleh melarut dalam pelarut seperti air. Air adalah pelarut semesta. Apabila sesuatu zat terlarut (seperti gula) melarut dalam pelarut (seperti air) ia akan menghasilkan larutan (seperti larutan gula). Ampaian pula adalah terhasil apabila sesuatu bahan itu tidak dapat melarut dalam pelarut dan membentuk suatu campuran yang keruh. Koloid pula adalah dua atau lebih zat terlarut yang tersebar secara sekata. Namun koloid tidak membentuk campuran jernih dan juga tidak menghasilkan mendakan. Terdapat juga pelarut bukan air seperti alkohol, eter, kerosin, aseton dan turpentin. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 106-112 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Topik 5.1 Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih.

Jun 27, 202114:40
SAINS T4 - Topik 7.2: Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol
Jun 23, 202110:52
SAINS T4 - Topik 7.2: Gangguan Kepada Koordinasi Badan
Jun 23, 202108:22
SAINS T5 - Topik 5.1: Pengenalan Sebatian Karbon

SAINS T5 - Topik 5.1: Pengenalan Sebatian Karbon

Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bagi Bab 4 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 142-143) atau klik 👉 http://gg.gg/SainsT5-5-1) (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd).

Apakah yang dimaksudkan dengan sebatian karbon? Sebatian karbon dikelaskan kepada sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik. Sebatian karbon organik berasal daripada benda hidup manakala sebatian karbon bukan organik pula berasal daripada bukan benda hidup. Ikuti penerangan berkaitan kitar karbon dan kepentingan kitar karbon.

Sumber imej: unsplash.com

Jun 22, 202107:51