Skip to main content
Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul Jamil

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: www.patreon.com/hasrizal
Paypal: paypal.hasrizal.com
Revolut: revolut.me/hasrizal
Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

Meninjau Regulasi Emosi Kendiri ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi

HasrizalSep 23, 2022

00:00
11:11
The Injection of the Religious Flavour Into Zionism
Jan 15, 202405:14
Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Gaza, atau bagaimana?
Jika kita sandarkan komitmen solidariti kita kepada usaha menyebarkan foto-foto mangsa yang terkorban, jumlah yang terkorban itu sudah berganda-ganda jauh lebih besar daripada apa yang terjadi dua bulan yang lalu. Ketika menyentuh hal ini dua bulan yang lalu, saya berdepan dengan serangan daripada sesetengah netizen. Seumpama mereka hanya membaca tajuk, lantas salah faham dan tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca, bahawa konflik Palestin ini memerlukan kita bernafas panjang. Ia tidak boleh bergantung semata-mata kepada emosi amarah dan sedih yang berhubung rapat dengan penyebaran imej dan video grafik mangsa kekejaman Zionis itu.
Teruskan bersolidariti, jangan patah semangat dan murung dengan kesedihan demi kesedihan yang melanda.
Fokus, kukuhkan diri, ikuti laporan berita setiap hari, fahamkan daripada dimensi yang pelbagai, agar lebih memahami.
Jangan lupa berusaha bersama-sama memperbaiki diri, meningkatkan kelayakan kita ketika berdoa, agar Allah lebih memandang doa kita, para hamba-Nya.
Sambutlah juga solidariti dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia yang buat pertama kalinya membuka mata untuk melihat siapakah syaitan sebenar di sebalik segala musibah yang berlaku ini.
Bebas Palestin!
Artikel penuh di blog
PALESTIN.SAIFULISLAM.COM
#bebaspalestin

Jan 12, 202404:01
Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵
Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan ulama kita di Tanah Melayu di Nusantara, bukan perkara baru. Namun dahulukala, kita tidak jumpa masyaikh dan tok-tok guru kita menggunakan bahasa-bahasa demikian dalam ucapan ataupun tulisan mereka. Mereka tidak menggunakan bahasa kesat ketika menyampaikan agama.
Sesuatu yang mungkin orang ramai kurang faham kerana tidak mengalaminya ialah ujian di meja penceramah. Apabila kita duduk di meja ceramah, bermulalah satu ujian yang besar. Mungkin di peringkat amatur orang ramai berkata, “oh ini geng-geng ‘ustaz sampul’ belaka!” Masyarakat menganggap ustaz atau penceramah itu mahu menjaga kedudukannya berdasarkan kepada lumayannya sagu hati yang diberikan di dalam sampul tadi.
Tetapi di satu peringkat, wang bukan menjadi tarikan utamanya lagi. Bukan itu yang menarik perhatian dan mendatangkan lebih kepuasan kepada penceramah. Sebaliknya, apa yang lebih menguji malah beracun iaitu sokongan orang ramai. Orang angguk dengan pendapat kita. Orang ketawa dengan gurauan kita.
Kalau kita buat lawak, beratus-ratus malah beribu orang gelak, ‘feeling‘ ketika itu, masya Allah! Kalau kita cakap satu benda yang betul, beribu orang mengangguk kerana bersetuju dengan benda yang kita cakap, ujiannya sangat mendalam.
Saya yakin ramai yang tidak pernah kenal dan sudah lupa tentang siapa saya untuk mengulas hal ini.
“Siapa beliau nak cakap tentang hal ini?”
Saya tidaklah sepopular nama-nama besar yang ada hari ini. Tetapi serba sedikit, sekurang-kurangnya saya pernah berada di dalam situasi itu. Di pentas ceramah, di kaca tv saban waktu, poster dan banner di sana sini, berceramah keliling dunia, Allah rezekikan sedikit untuk berada di dalam situasi berkenaan.
Hakikatnya, setiap kita yang duduk di meja ceramah, kita diuji dengan ujian-ujian khusus untuk orang agama.
Artikel penuh di blog
www.saifulislam.com

Jan 08, 202409:28
Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok-tembok Rome
Dec 26, 202309:52
Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan”

Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir.

Kata Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu:

بسم الله الرحمن الرحيم، من خالد بن الوليد إلى ملوك فارس، فالحمد لله الذي حل نظامكم ووهن كيدكم، وفرق كلمتكم… فأسلموا وإلا فأدوا الجزية وإلا فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة.“

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang daripada Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi, segala puji bagi Allah yang telah membubarkan pemerintahanmu dan melemah hancurkan perancanganmu dan memecahbelahkan kesatuanmu, terimalah Islam atau bayarlah jizyah, jika tidak, aku datang bersama dengan satu kaum, yang mereka itu cintakan kematian seperti kamu cintakan kehidupan.“

Semangat inilah yang berada di belakang mereka yang berjuang membebaskan bumi Palestin yang tidak ada di dalam jiwa keji, pengecut, penakut yang ada pada tentera Zionis yang sedang berleluasa di bumi Isra wal Mi’raj itu.

Dec 20, 202303:17
Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

Harapan saya ialah pertembungan yang berlaku di antara pihak yang mahu menganjurkan acara ini dan mereka yang tidak bersetuju, sebolehnya biarlah pertembungan itu lahir dalam bentuk menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kedua belah pihak pada mencari jalan untuk mengharmonikan sesama rakyat Malaysia yang ada latar belakang yang berbeza dan bukan semata-mata menyambung bahasa pertembungan daripada masyarakat di tanah air yang sudah begitu kronik terpisah hidup dalam dunia masing-masing walaupun kita masih lagi berbangga untuk mendakwa Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, pelbagai agama, tetapi ia sukar untuk diserlahkan dalam hal-hal yang seperti ini.
Namun dalam suasana semasa ketika pelbagai perkara yang menyedihkan berlaku terutamanya dengan serangan yang terjadi di Palestin, jika kita hendak bersuka ria, nak berseronok, itu hak masing-masing, terpulanglah dengan agenda masing-masing, Friday night, Saturday night, Sunday night tetapi jika ia membabitkan penganjuran oleh rakyat Malaysia sendiri, sesama pelajar Malaysia, Mungkin masa ini adalah masa yang tidak sesuai, adalah lebih baik untuk perbelanjaan yang ada disumbangkan untuk membantu mangsa kepada peperangan tersebut yang amat memerlukan kepada bantuan.
Berusahalah untuk duduk semeja, berbincang dan mencari jalan yang lebih aman dan harmoni, menjauhkan diri daripada sikap memandang rendah dan memperlekeh antara satu sama lain, apatah lagi menyerang, mengaibkan sesama kita rakyat Malaysia dengan mencari keburukan, kesalahan, hal-hal peribadi individu-individu yang kita tidak setuju kerana itu adalah akhlak rendah yang tidak menggambarkan kualiti pelajar yang dibiayai sama ada oleh kerajaan ataupun oleh keluarga masing-masing dengan jumlah yang begitu besar untuk belajar di luar negara, tetapi berada hanya di tahap demikian untuk mengadu domba atau membawang bak kata orang sekarang.
Take care, jaga diri baik-baik, usahakanlah untuk mencari jalan perdamaian dan persahabatan sesama kita.
Artikel penuh di
https://saifulislam.com/2023/11/penganjuran-malam-malaysia-perbalahan-yang-menguji-jati-diri/

Nov 28, 202309:47
Panduan Boikot Menurut Pengasas Gerakan Boikot Sendiri: Omar Barghouti

Panduan Boikot Menurut Pengasas Gerakan Boikot Sendiri: Omar Barghouti

Perkongsian Omar Barghouti di majlis berkenaan menunjukkan bahawa boikot perlu dilakukan hasil daripada penelitian, mempertimbangkan kesan yang boleh dihasilkan dan bukan semata-mata untuk memuaskan emosi marah kita terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan kezaliman ke atas penduduk Palestin.

Saya menutup perkongsian ini dengan kita merenung kepada sepotong hadis Nabi ﷺ yang terdapat di dalam Sahih Muslim:
من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان‏
“Sekiranya sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah ia dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (hadith riwayat Muslim)

Saya ingin menyentuh tentang perkataan yang dipakai oleh Nabi ﷺ di dalam hadis tersebut. Bahawa tindakan yang kita lakukan terhadap kemungkaran yang kita lihat, bukan hanya mencegah atau menghalang. Perkataan yang dipakai di dalam bahasa Arab itu bukan falyamna’hu (فليمنعه) ataupun apa-apa yang memberikan maksud memberhentikannya, menghalangnya, atau mengepungnya. Tetapi perkataan yang baginda pakai adalah falyughayyirhu (فليغيره) “hendaklah dia mengubahnya.”

Maka mencegah kemungkaran mestilah mempunyai kualiti pada tindakan tersebut yang berpotensi mengubah kepada sesuatu yang lebih baik. Tindakan kita untuk mencegah kemungkaran tidak harus berada pada baseline yang rendah selama-lamanya dengan alasan “yang penting saya buat sesuatu.” Tetapi kita kena selalu memikirkan apakah langkah yang lebih efektif, paling efektif, untuk sebuah perubahan itu dapat dihasilkan.

Dan ini adalah merupakan satu saranan yang begitu produktif daripada Nabi ﷺ agar kita mengutamakan kualiti. Berbanding tindakan yang berasaskan semata-mata kepada sentimen.

Emosi itu adalah api yang akan padam apabila bekalan minyaknya berakhir.

Minyak itu datang daripada ilmu, pemerhatian, dan perbincangan, mesyuarat dan semua itu diperintahkan oleh agama agar menjadi sebahagian daripada modus operandi kita pada membantu Palestin dan Muslim seluruhnya.

Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/11/panduan-boikot-menurut-pengasas-gerakan-boikot-sendiri-omar-barghouti-bds/

#bebaspalestin

Nov 22, 202309:30
Isu Palestin di Ireland: Antara Rakyat dan Kerajaannya
Nov 21, 202306:53
Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Cipolla - Webinar 'Membedah Kebodohan'

Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Cipolla - Webinar 'Membedah Kebodohan'

Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Carlo M. Cipolla, petikan Webinar sepanjang 5 jam bertajuk 'Membedah Kebodohan'.

Nov 13, 202302:56
Foto Dan Video Dari Gaza: Tak Kongsi Maknanya Tak Simpati?
Nov 10, 202307:58
Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

Pada suatu ketika, seorang pemimpin yang dipuja puji oleh pengikutnya sampai ajal dan bertemu dengan kematian. Pemimpin agung itu dikebumikan dan atas rasa cinta kasih sayang pengikutnya, mereka membina sebuah patung yang rupanya tidak ubah seperti pemimpin itu semasa hayat beliau. Pada suatu hari, seekor burung kecil hinggap di atas hidung patung berkenaan. Burung kecil itu melepaskan hajatnya dengan penuh kehinaan ke atas hidung pemimpin yang agung itu. Kemudian burung itu pergi begitu sahaja, pemimpin yang agung itu tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang dirinya daripada dihina oleh burung itu tadi.
Mengapakah situasi itu berlaku? Jawapannya sangat mudah:
Walaupun yang dinajiskan itu adalah seorang pemimpin yang agung tetapi dia hanyalah sebuah patung. Burung yang kecil itu, tidak bernama, satu daripada burung yang banyak, tetapi burung itu adalah burung hidup, burung sebenar, burung yang hakiki.
Abu al-Hasan Ali al-Nadwi Rahimahullah di dalam sebuah buku kecil bertajuk Ila al-Islam min Jadid, atau "Kembali Semula Kepada Islam", di dalam salah satu daripada bab buku itu bertajuk, بين الصورة و الحقيقة, iaitu "Di Antara iIusi dan Realiti", beliau menjelaskan:
Hukum alam menetapkan bahawa realiti akan sentiasa mengalahkan ilusi.
Palestin sedang diganyang oleh musuh-musuh Allah yang tulen.
Palestin sedang menanti Muslim kembali kepada Islam agar kita menjadi Muslim hakiki dan bukan sekadar ilusi.
Artikel penuh di blog
https://saifulislam.com/2023/11/palestin-2023-antara-ilusi-dan-realiti/
#bebaspalestin

Nov 08, 202311:46
Perangkap Red Herring Media Melarikan Perhatian Dunia
Nov 06, 202318:22
Strategi Ibu Bapa Berinteraksi Dengan Anak di Rumah Perihal Konflik di Palestin
Nov 06, 202329:60
Baik Buruk Sebaran Visual Foto dan Video Peperangan di Palestin
Nov 06, 202307:31
Perbezaan Tiga Istilah Besar Dalam Isu Palestin

Perbezaan Tiga Istilah Besar Dalam Isu Palestin

Mungkin persoalan membezakan di antara Zionis dan Yahudi tidak begitu ketara kepentingannya di dalam konteks di Palestin. Namun di luar daripada bumi Palestin, perkara ini perlu diberikan perhatian secara khusus kerana kita perlu berlaku adil untuk tidak mengelompokkan orang orang yang beragama Yahudi sebagai golongan yang by default bersetuju dengan apa yang dilakukan di Israel. Malah mereka juga giat bekerjasama dengan gerakan gerakan anti kepada Zionis, bersolidariti dengan penduduk tempatan di lokasi masing masing memperjuangkan hak penduduk Palestin.
Jika kuasa Zionis memperalatkan istilah anti semitism, sebagai istilah yang diguna pakai untuk mengkritik sesiapa sahaja yang cuba mengkritik mereka dalam bentuk ketenteraan, politik dan polisi polisi lain yang menindas penduduk Palestin, khususnya umat Islam, sedangkan kritikan yang dikemukakan itu adalah merupakan kritikan terhadap Zionism, kepada gerakan Sohyuniyyah dan bukannya kepada Yahudi, agama Yahudi yang tidak menjadi asas kepada apa yang dilakukan oleh pengganas di bumi Palestin tersebut.
Hal ini perlu ditegaskan kerana ia merupakan point utama untuk diberikan sebagai satu amaran kepada Amerika Syarikat kepada negara negara Eropah yang melakukan perkara yang sama pada tidak membezakan di antara Hamas dengan penduduk Palestin sebagai juga merupakan sikap yang sama di bawah kategori anti semitism.
ASAS ILMU
Sebagai kesimpulan, akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan, oleh kerana isu Palestin ini adalah merupakan isu global dan membabitkan peperangan maklumat, informasi, propaganda, maka sangat penting untuk kita terus dari semasa ke semasa menghalusi penggunaan istilah cara kita memaparkan berita mengulas nya mengambil kira konteks dan pelbagai lagi dimensi lain yang hanya boleh dilakukan jika ada kesungguhan dan keikhlasan dalam diri kita untuk mengasaskan semangat membela Palestin dengan asas ilmu seperti yang dianjurkan oleh agama kita sendiri.
Artikel penuh di:
https://saifulislam.com/2023/10/perbezaan-tiga-istilah-besar-di-dalam-isu-palestin-israel-yahudi-zionis/

Oct 26, 202316:13
Crisis in Palestine: Our Role as Teachers

Crisis in Palestine: Our Role as Teachers



As teachers, should we tell our students in front of the classroom, are we supporting Palestine or Israel? 

As an individual, no one can or should force us to believe in something or support whatever we decide to support. We are all free men and women to determine our options.

But we must professionally uphold the integrity of being educators and teachers by understanding our priorities. Being teachers, what matters the most is the learning, the process. Hence, we need to deploy specific pedagogies to serve this objective. As teachers or educators, learning sciences should already become our second nature to refer to. It is always the basis of our work. 

I don't think we should or need to begin the conversation by saying, "I think it's Hamas who did it or not", or "Israel who did it or not", for at least two reasons. First, it doesn't matter what our opinion is, especially to the actual victims there in Palestine. They don't get any benefits, and they are not affected by our support or our decision to go against any of them, and it has no learning value.

But if we really want to engage our students in discussing the current issues in Palestine, especially if we are teachers or educators responsible for teaching social studies and especially history, then we might begin the conversation by asking the students, "Are you aware of what happened in Gaza, so and so, recently?"

Invite the students to think. 

Some might say, "Oh, I think Hamas are the criminals." And then some others might say, "Oh, I think it is Israel who is doing so and so." So, our responsibility as teachers is to guide our students, mediate the differences of opinion by helping them to investigate, make some comparisons between resources, and help them to think. 

Especially in history, historical thinking and investigating resources are the foundation of everything. And students deserve to be guided. Also, from the perspective of media literacy, students need our help to understand what is behind media, how to identify bias and specific interest, be it explicit or implicit, try to make some comparisons between different narratives and help to reach a conclusion.

We might be happy or unhappy with the conclusion that the students arrive at, but be it negative or positive, as teachers, we must understand how they actually arrive at the conclusion. They deserve to realise they did the right thing if it's right. And if the judgment has something wrong with it, we need to highlight to the students what went wrong and how that can be improved.

And, of course, in the end, we also need to guide our students on how to coexist in peace when opinions are divided and become very binary. That can be achieved by inviting students to investigate and learn about the virtues, values, and characters behind these events. Humanise the situation. Try to understand from that point of view.

Because justice and injustice, bullying, oppression, and wrongdoings are not only in foreign lands far, far, far away from our reality. It is universal. It happens in our schools, homes, and in our society. 

Without the learning process, there is no education. It is an indoctrination. An indoctrination doesn't need teachers or educators. Anyone can do it. 

An indoctrination makes teachers and educators irrelevant.

RIZAL.IE

Oct 20, 202303:53
Mengapa Ireland Kuat Menyokong Palestin?
Oct 16, 202308:16
Kenapa Amerika Syarikat Berbelanja Besar Untuk Regim Z itu?
Oct 11, 202324:48
SIrah dan Maulid: Antara Bahasa Akal dan Bahasa Kasih Sayang

SIrah dan Maulid: Antara Bahasa Akal dan Bahasa Kasih Sayang

Memetik saranan Said Hawwa di dalam bukunya agar musim kehadiran sambutan Maulid al-Rasul ﷺ , dimanfaatkan kesediaan masyarakat untuk berprogram, dengan mengadakan pengisian yang mendekatkan kita dengan Baginda ﷺ. Namun pengisian itu eloklah diusahakan agar seimbang di antara mengungkapkan Sirah dengan bahasa yang memberi kepuasan berfikir, dengan bahasa yang memberi kemanisan berperasaan. Asalkan kedua-duanya berlaku di dalam ruang lingkup garis panduan halal haram agama Islam ini.

Sep 29, 202305:35
ADHD: Advokasi Bukan Promosi

ADHD: Advokasi Bukan Promosi

Seronokkah jadi individu yang ada ADHD?
Apabila kita banyak memperkatakan tentang satu satu perkara, ada kecenderungan dalam masyarakat kita, perkara tersebut menjadi viral, diperkatakan, dan banyak benda pelik yang tidak berlaku di tempat lain berlaku di dalam masyarakat kita.
Makanan, pakaian, macam-macam benda, selalu dibentuk oleh apa yang tular, Tetapi ADHD bukan makanan, bukan minuman, bukan trend, bukan hype.
ADHD adalah cabaran yang benar-benar dihadapi oleh individu yang mengalaminya. Menjadi individu ADHD, bukan glamour, bukan eksklusif. Menjadi individu ADHD bermaksud telah berlaku banyak perkara yang mendukacitakan, mengecewakan, merugikan, mensia-siakan potensi dan peluang hidup.
Dan jika diagnosis seorang dewasa diterima begitu lambat seperti usia saya di akhir empat puluhan, pastinya ADHD yang tidak dikesan lebih awal itu telah meninggalkan tingkah laku, tabiat dan pelbagai kecederaan dalaman kepada individu ini tadi.
ADHD ini bukan alasan. ADHD adalah penjelasan. ADHD mungkin akan menjelaskan apabila penjelasan-penjelasan lain tidak dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh individu berkenaan.
ADHD bukan sesuatu yang terjadi kerana sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. ADHD berpunca daripada berbezanya cara otak kita berfungsi, disebabkan oleh aspek-aspek yang mungkin membabitkan faktor fizikal kepada otak itu sendiri. Saya tidak mahu mengupas lanjut sisi tersebut kerana saya bukan ahlinya.
Semasa belajar di Finland dahulu, apabila saya sudah dapat melihat kebarangkalian saya mungkin akan sekali lagi gagal melunaskan pengajian seperti tiga empat kali sebelumnya, mencuba dalam tempoh lebih sepuluh tahun, saya berada di dalam keadaan emosi yang sangat rendah. Setelah tanah air ditinggalkan beratus ribu duit habis, apakah perjalanan ini akan berakhir sekali lagi dengan sebuah kegagalan?
Ketika itu, saya kuatkan azam dan berkata kepada diri sendiri seandainya saya berjaya menghabiskan pengajian ini dan memang benar saya mengalami ADHD, saya mahu melakukan advokasi terutamanya untuk individu-individu yang berhasrat untuk menyambung pengajian. Mudah-mudahan kesedaran tentang apa itu ADHD dapat diambil kira sebelum memulakan perjalanan. Dapatlah kesakitan, kesusahan dan masalah yang individu seperti saya hadapi, dicegah daripada berlaku kepada orang lain.
Tapi nampaknya itu bukan rezeki saya.
Namun, advokasi itu masih boleh diteruskan. Mungkin bukan sebagai seorang yang berjaya tapi sebagai seorang yang gagal. Gagal, tetapi menjadikan kegagalan itu sebagai modal untuk meneruskan perjalanan. Baginya, kejayaan bukanlah sebuah destinasi tetapi sebuah kembara hidup menuju ke negeri abadi.
adhd.hasrizal.com
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon:
https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Sep 26, 202303:30
Cerita Otak ADHD Balik Kampung

Cerita Otak ADHD Balik Kampung

Merenung kembali musim panas baru baru ini, kali ini saya pulang bersama keluarga dan kena uruskan sendiri semua fungsi eksekutif berbanding pulang bekerja sekejap-sekejap sebelumnya. Sebagai individu ADHD, banyak sekali kejadian berkaitan yang berlaku.

Antaranya, saya kehilangan wallet ketika solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Alhamdulillah selepas solat Jumaat, imam yang bertugas telah membuat pengumuman meminta supaya pemilik wallet berjumpa dengan beliau ataupun pihak masjid untuk mendapatkannya semula. Syukur, semua kad, dokumen penting diperolehi semula.

Sebelum daripada itu pula, saya tertinggal banyak peralatan komputer di Airbnb yang kami sewa. Saya tidak menyedarinya kecuali selepas hampir seminggu apabila dihubungi.

Memandu kereta juga mengundang sakit kepala dek macam-macam sistem yang kita tidak biasa. Saya minta bantuan anak untuk jadi co-pilot, memberikan kepada saya Mykad, kad Touch n Go, kad bank, atau wang tunai, apabila perlu membayar tol, parking dan sebagainya.

Di dalam diam, kita tahu betapa 'overwhelming' otak memproses fungsi fungsi eksekutif berkenaan. Lalu banyak jugalah kesilapan dan kesalahan diri yang terjadi.

Apa yang saya nak kongsikan dalam video pada kali ini adalah kepentingan untuk kita 'own' hal tersebut. Tidak menjadikan ADHD sebagai alasan untuk menormalisasikan benda salah kepada tidak salah sehingga kita tidak rasa ada keperluan untuk meminta maaf.

ADHD tidak menjadikan kita tidak mukallaf. Kita bukan orang gila. Semuanya berlaku dalam keadaan kita sedar, dosa dan pahala masih berjalan sebagai seorang Muslim. Cuma dengan diagnosis dengan kefahaman kita mengenai bagaimanakah pre frontal cortex dan frontal lobe kita buat kerja, kita tahu bahawa kesilapan-kesilapan yang kita kesalkan itu bukanlah sepenuhnya bersandar kepada moral. Bukan sebab perangai kita tidak senonoh, pemalas, pendendam, atau pemarah. Tetapi otak kita secara fizikalnya ada cabaran untuk melakukan perkara yang sepatutnya lebih mudah andai dilakukan oleh yang bukan seperti kita. Menginsafi dimensi tersebut, muda- mudahan kita lebih terbuka hati untuk meminta maaf apabila ia memang salah kita.

Ini juga penting untuk kita amalkan supaya kita tidak dikecam oleh masyarakat sebagai golongan yang menjadikan diagnosis ADHD sebagai alasan untuk lepas tangan. Masyarakat sendiri sudah rumit untuk memahami apakah itu ADHD, dan masih ramai menganggap ia sebagai mitos atau benda rekaan 'Barat'. Apatah lagi ketika individu ADHD sendiri tidak menserasikan pandangan alam Barat dengan kita di timur, terutamanya sebagai individu Muslim.

Bagi saya, ADHD ini adalah cabaran yang memerlukan duit dan memerlukan pendidikan serta ilmu. ADHD memerlukan duit kerana untuk mendapatkan diagnosis pun sudah mahal. Diikuti dengan stimulant yang hendak diambil setiap bulan, kosnya juga mahal.

Ada pun mengenai ilmu dan pendidikan, kita sukar untuk memahami diri kita sendiri, apatah lagi orang lain. Bertambah-tambah lagilah susah untuk faham apa itu ADHD, dan cabarannya. Kecuali jika kita terbuka hati untuk mencari ilmu berkaitan dengannya. Sains, agama, moral, kemasyarakatan... Maka marilah sama-sama kita utamakan agenda membaca yang perlu berterusan ini. Terus mencari ilmu dan mengkaji.

Jangan letakkan harapan untuk mengubah dunia atau orang di sekeliling kita. Sebaliknya, gunakanlah ilmu pengetahuan itu untuk menyokong kelangsungan perjuangan diri kita sendiri.

Bersama keyakinan tidak ada satu perkara yang berlaku dalam hidup ini melainkan ada hikmah dan kebaikan di sisi Allah swt.

Satu dua tiga perkara yang kita keluh kesahkan menjadi beban kepada hidup ini , terlalu kecil untuk dibandingkan dengan sejuta rahmat Allah. Kasih sayang dan kebaikan yang Dia berikan tidak terbanding dengan beberapa kekurangan diri yang ada.

Mudah-mudahan sabar dan reda kita itu dibalas dengan syurga Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Amin.

Hasrizal

adhd.hasrizal.com

Sep 26, 202305:58
Islamikkah Sistem Pendidikan Kita Jika Murid dan Guru Teraniaya?

Islamikkah Sistem Pendidikan Kita Jika Murid dan Guru Teraniaya?

Islamikkah sebuah sistem pendidikan jika sendi-sendi yang mengoperasikan pendidikan itu bersalahan dengan prinsip-prinsip Islam? Misalnya: Katakanlah kaedah peperiksaan yang kita pakai meletakkan keputusan bergantung kepada markah peperiksaan akhir tahun. Seorang murid yang cemerlang sepanjang tahun mendapat markah rendah kerana semasa peperiksaan akhir tahun beliau kurang sihat dan ada masalah keluarga. Akibatnya, dia kehilangan peluang mendapat biasiswa. Adakah keadaan itu selari dengan Islam yang mengharamkan kezaliman? Apakah ada kaedah peperiksaan lain yang lebih menepati prinsip Islam? Jika guru dibebankan dengan tugas yang bukan tugasnya sebagai seorang guru, tidakkah ia menyalahi hukum ijab kabul yang kita kenal dalam muamalat Islam? Jika dalam muamalat ada isu riba, gharar, dan sebagainya, apakah ijab kabul guru semasa menandatangi surat perlantikannya sebagai seorang guru? Iltizam dengan Islam menuntut kita mengkritik sistem pendidikan bukan semata-mata kerana kita tidak kompetetif berbanding negara lain. Tetapi kita akan disoal di hadapan Allah swt di Akhirat bukan hanya perihal solat, malah termasuk hal seperti ini. Jika kerja kita mendatangkan mudarat dan aniaya kepada murid, tiadakah dosa dan pahala tercatat di situ? Setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan mengenai kerja-kerjanya. #ISUPENDIDIKAN #PENDIDIKAN #MUHASABAH

Sep 08, 202304:25
Apakah Orang Yang Berhijrah Tidak Patriotik?

Apakah Orang Yang Berhijrah Tidak Patriotik?

Orang yang berhijrah ke negara lain tidak sayangkan tanahairnya, tidak patriotik, malah pengkhianat! Benarkah begitu? Kata orang putih, "love is a verb". Cinta itu adalah kata perbuatan. Cinta tidak punya apa-apa makna jika ia hanya slogan kosong dan sentimen membuta tuli semata-mata. Memang benar, setiap orang yang berhijrah itu ada sebab-sebab peribadi masing-masing. Tetapi itu tidak bermaksud mereka tidak sayangkan tanahair. Sayangkan seseorang, kita buat benda yang memberi manfaat dan kegembiraan kepada orang itu. Jika kita sayangkan negara, kita buat benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada orang sekeliling kita, kepada negara. Tanya diri masing-masing, apakah yang aku buat setiap hari? Pada masa yang sama, cinta boleh terluka jika insan yang kita sayang membuat perkara yang memalukan dan melukakan hati kita. Demikian juga rasa sayang kepada negara. Ia akan terluka apabila negara dibelenggu korupsi dan hal-hal yang mengaibkan. Apatah lagi, selepas menjadi buah mulut dunia, kita belum menampakkan kesungguhan untuk membanterasnya. Semoga saya tetap menjadi seorang insan yang bermanfaat untuk tanahairnya walaupun berada jauh entah di mana. Ilmu yang dipelajari, diamal, dikongsi, buku yang ditulis, dua buah 'model school' yang diperjuangkan, semuanya demi pesan Nabi saya, Nabi Muhammad ﷺ bahawa: خيرُ الناسَ أنفعُهُمْ لِلناسِ "Sebaik-baik manusia, ialah manusia yang bermanfaat kepada orang ramai." Ikhlaskan hati memberi makna cinta kepada negara dengan memberi fokus kepada amal sendiri, kerana satu hari kita akan berhijrah meninggalkan tanah air itu. Di bumi mana entah, tetapi kita akan dikuburkan. Di dalam kubur, kita tidak akan ditanya tentang amal orang lain. Sebaliknya kita akan disoal tentang amalan diri masing-masing, oleh Tuhan yang buat kita. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66. Hasrizal Ireland 31 Ogos 2023 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Aug 31, 202305:17
Malu Dengan Konflik?

Malu Dengan Konflik?

Kalau boleh kita mahu ada standard tertentu sebagai 'baseline' kehidupan bermasyarakat. Kita malu orang agama bergaduh, malu industri buku agama dan ilmu berkrisis, malu melihat orang politik bercakaran. Tetapi hakikatnya, realiti kehidupan tidak pernah ideal menurut standard berkenaan. Tiada yang baharu. Seawal beberapa tahun pasca kewafatan Nabi Muhammad ﷺ umat ini sudah perlu berhadapan dengan 'krisis paling memalukan' apabila generasi yang dididik oleh Baginda ﷺ sendiri terjebak di dalam perang saudara. Bukan setakat malu-malu, banyak nyawa sampai terkorban, pergi tidak berganti. Tetapi... Walaupun kita kena terus berusaha memperbaiki diri dan secara proaktif mengelak daripada terjebak atau mencetuskan 'perkara-perkara yang memalukan itu tadi', apa yang perlu kita fokus adalah kekuatan yang agama kita bekalkan untuk menguruskan krisis dan fitnah paling besar, walau sebesar mana pun ia. Agama datang tidak berfungsi menutup fitrah manusia daripada kebarangkaliannya melakukan kerosakan atau menimbulkan masalah. Tetapi agama datang mengajar kita, semasa masalah timbul, macam mana kita nak selesaikan masalah itu. Sama ada kita yang menonton, atau mereka yang terlibat, kita sama-sama sedang diuji. Adakah kita memilih untuk diam dan berkecuali, atau memilih untuk terlibat, melibatkan diri? Jika terlibat, kita terlibat bersama mata yang bagaimana? Mata lalat yang sentiasa mencari kekotoran walaupun terbang di taman bunga? Atau mata lebah yang semasa terbang di celah semak samun pun tetap mencari bunga dan madu untuk mengutip kebaikan dan manfaat kehidupan? "Dialah Allah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan sebagai UJIAN, untuk menguji siapa di kalangan kamu yang mengelokkan amalan?" (Al-Mulk : 2)

Aug 09, 202302:48
Jika Suami / Ayah Bukan Penjana Utama Kewangan Keluarga | The Boy Crisis

Jika Suami / Ayah Bukan Penjana Utama Kewangan Keluarga | The Boy Crisis

Diskusi 5 Syarat Kerukunan Rumahtangga dan Kesejahteraan Mesej Keibubapaan Jika Suami / Ayah Bukan Penjana Kewangan Utama Keluarga. Meninjau wacana Dr Warren Farrell di dalam bukunya The Boy Crisis. Kata beliau: And although the children usually do extremely well with dad as the primary parent, if the mom does not see the light at the end of the tunnel of his unemployment, she often loses respect for him. Moreover, he feels that loss of respect both from her and from within himself. This makes him even less appealing to her, which increases his insecurity, and the marriage becomes vulnerable to divorce. That said, dad can exercise the full-time dad option to the benefit of everyone (as we’ll see in part IV on dad-deprived boys versus dad-enriched boys) without endangering the marriage if these five conditions are met: The Five Conditions for Successful Marriage with a Full-Time Dad 1.​ The dad is internally secure. 2.​ The dad understands and articulates to the mom the nature of his value to the children. 3.​ The mom fully values his stay-at-home dad role and never shames him for earning less. 4.​ The mom finds enormous purpose in her career, and also carves out time for the children. 5.​ The mom does not feel resentful of the children’s deeper connection to the dad. If the dad is also either making a reasonable income from home, or developing something they both feel will eventually succeed, that enhances the probability of mom maintaining respect for dad. Since meeting these five conditions is more the exception than the rule, the stay-at-home dad with a happy marriage is more the exception than the rule. Communicating about these conditions can help your son and his partner be an exception. Farrell, Warren . The Boy Crisis (pp. 76-77). BenBella Books. Kindle Edition. Manakala kata-kata berimpak besar oleh Khadijah r.a dalam dinamik perkahwinannya bersama Nabi Muhammad ﷺ yang dirujuk ialah: كَلاَّ أَبْشِرْ، فَوَاللَّهِ لاَ يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، فَوَاللَّهِ إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَصْدُقُ الْحَدِيثَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ، وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ‏. "Demi Allah, Dia tidak akan mengkhianatimu selama-lamanya. Engkau penyambung silaturahim, engkau bercakap benar, engkau memikul beban orang lain, engkau memberi kecukupan kepada kekurangan orang lain, engkau meraikan tetamu dan engkau sentiasa membela kebenaran." (Sahih al-Bukhari : 4953) Semoga bermanfaat.

Jun 22, 202332:52
Faedah Diagnosis ADHD Dewasa Sebelum Berumahtangga

Faedah Diagnosis ADHD Dewasa Sebelum Berumahtangga

𝗙𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗚𝗡𝗢𝗦𝗜𝗦 𝗔𝗗𝗛𝗗 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 Diagnosis ADHD, sentiasa lebih awal lebih baik. Walaupun realitinya ia sukar berlaku. Bagi individu lelaki, diagnosis ADHD bermanfaat sebelum membuat keputusan berumahtangga, pada mengambil kira faktor-faktor berikut: 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 1. Ramai individu ADHD sukar mengekalkan komitmen kepada satu pekerjaan terutamanya yang berbentuk rutin lagi membosankan. Kesukaran mengekalkan komitmen kepada pekerjaan merisikokan kemampuannya menjana pendapatan. Ia menjejaskan peranan yang hendak dimainkan sebagai 'breadwinner' di dalam keluarga. 2. Kegagalan mengurusan hal kerjaya dan pendapatan berisiko menjadi faktor paling besar ke atas survival perkahwinan dan kerukunan keluarga. Ia juga mengundang impostor syndrome yang kronik lagi tidak berpenghujung. 3. Diagnosis awal membolehkan perbincangan dibuat dengan pasangan, mengatur strategi malah mungkin memilih kerjaya yang lebih fleksibel, menjadi usahawan (entrepreneur) dan memiliki perniagaan sendiri. 4. Intervensi dalam bentuk pengambilan stimulant juga membabitkan komitmen kewangan yang tinggi. Tanpa persediaan awal, ia berisiko menambah krisis dalam perkahwinan dan keluarga. 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗧𝗜𝗞 1. Oleh kerana ADHD adalah 'highly genetic', isu ini juga boleh menjadikan pasangan lebih bersedia dan peka memantau perkembangan anak-anak di kemudian hari. 𝗥𝗘𝗚𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 1. Jika individu ADHD lelaki itu mengalami gangguan regulasi emosi, berkahwin dan berkeluarga membuka risiko yang besar kepada cabaran yang berpanjangan jika pasangan turut mempunyai emosi yang tidak stabil. Ia diburukkan lagi jika pasangan bersifat argumentative, menjadikan kekerapan berbalah lebih daripada biasa. 2. Berselisih faham dan bertengkar adalah perkara lumrah dalam perkahwinan. Cuma, individu ADHD yang mengalami gangguan regulasi emosi akan mengalami tekanan emosi yang jauh lebih 'intense' berbanding individu bukan ADHD. 3. Tekanan ini secara sedar atau tidak sedar boleh menyebabkan lelaki berkenaan mengelak daripada tercetusnya masalah dengan mendiamkan diri, setuju sahaja, serta berhenti berpendapat. Ini boleh meningkatkan risiko kemurungan yang berpanjangan. 4.Atau sebaliknya, emosi yang 'intense' jadi tidak terkawal hingga mencetuskan tindakan fizikal yang memudaratkan, nauzubillah. 5. Dengan adanya diagnosis awal, individu berkenaan dan pasangannya boleh lebih faham memahami, bersedia lebih awal. 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 Akses kepada diagnosis dan ilmu pengetahuan, boleh membantu menjadikan isu neurodiversiti sebagai salah satu kriteria yang diambil kira pada menentukan sekufu atau tidak sekufunya dua insan yang berhasrat untuk membina ikatan perkahwinan bersama. Melangkaui definisi tradisional yang kita semua sedia maklum. Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah... Hasrizal adhd.saifulislam.com 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal#adhddewasa #adhdmalaysia #adhd

Jun 14, 202305:05
ITQAN Bukan Pendidikan 'Asalkan Ada' (Cincai)

ITQAN Bukan Pendidikan 'Asalkan Ada' (Cincai)

Kalau mindset kita ialah 'asalkan ada', cincai, dan tiada keinginan mengelokkan satu-satu pekerjaan, perubahan dalam pendidikan memang tak masuk akal. Tak ada sebab.
Kecuali kita jumpa sebab tulen, kenapa apabila buat satu-satu benda itu, kita nak cuba buat dengan lebih baik, dengan tekun, dengan ITQAN.
Kata Nabi ﷺ:
إنّ اللهَ تعالى يُحِبُّ إذا عمِلَ أحدُكمْ عملًا أنْ يُتقِنَهُ
"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka,apabila sesiapa di kalangan kamu melakukan sesuatu perkara, dia melakukannya dengan itqan" (Sahih al-Jami' : 1880)
Mengelokkan kerja supaya Allah sayang kita, tidak pentingkah ia?
Pendidikan ladang pahala.
Bukan medan menganiaya dan menambah dosa.

Jun 14, 202303:43
Islamikkah Hidup Tak Cukup Tidur?

Islamikkah Hidup Tak Cukup Tidur?

𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗞𝗞𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗧𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥?
Allah swt telah jadikan malam dan siang untuk kita tidur dan bekerja. Ia sebahagian daripada rahmat-Nya. Jika tidur itu rahmat Allah, mungkinkah mengabaikan tidur itu suatu keingkaran?
Hari ini, kita secara tidak cermat meromantikkan masalah remaja tidak cukup tidur termasuk yang tinggal di asrama sebagai hebat dan latihan untuk kecekalan hidup. Kita rujuk kepada ilmuan silam yang sikitnya tidur mereka untuk menjustifikasikan ia. Namun, bagaimanakah sebenarnya rutin tidur di dalam Islam? Nabi ﷺ sendiri, tidur baginda bagaimana?
Hadith-hadith dan catatan sejarah silam tidak merekodkan pukul berapa Muslim di zaman kegemilangannya masuk tidur dan bangun kerana sistem pengukuran dan pengurusan masa yang berlainan. Tetapi, Rasulullah ﷺ tidak menyukai perbuatan tidur sebelum Isyak, serta bersembang selepas Isyak. Ia menggambarkan amalan masuk tidur awal tidak lama usai mengerjakan solat Isyak. Ia disusuli dengan bangun awal untuk merebut keberkatan ⅓ terakhir malam. Jumlah tidur yang sederhana itu, dikemaskan pula dengan amalan qailulah di tengah hari.
Bolehkah pelajar di asrama kita tidur sejurus selepas solat Isyak? Bagaimana dengan 'prep' malam, 'homework' yang tidak pernah selesai, membasuh dan menggosok baju, dan bersembang pula selepas lampu asrama ditutup? Pukul berapa mereka bangun, dan bagaimana pula di asrama yang daripada 10 tandas, hanya 2 yang berfungsi lalu berebut-rebut di kalangan ratusan murid?
Dr Aqtar Mohamed Ummar di Khalifah Model School (Secondary) di dalam risalah sarjana beliau membuat kajian mengenai Tahap Keberkesanan Tidur Petang (Qailulah) Terhadap Pelajar Tahfiz di sekolah kami, bersama tinjauan ke banyak sekolah lain. Dapatan daripada kajian beliau moga boleh menggalakkan pihak sekolah memperbaiki kualiti tidur murid dan tidak sewenang-wenangnya mengambil mudah akan hal ini.
Baca kajian beliau di sini:
https://www.academia.edu/48925654/TAHAP_KEBERKESANAN_TIDUR_PETANG_QAYLULAH_TERHADAP_HAFAZAN_PELAJAR_TAHFIZ_DI_KHALIFAH_MODEL_SCHOOL_SECONDARY
Hafazan al-Quran, SPM dan IGCSE adalah tiga program besar yang menuntut kerja keras otak pelajar. Fungsi kognitif adalah mangsa pertama apabila sleep deprive menjadi kronik. Umat Islam adalah umat yang tidur mereka adalah ibadah.
Mengabaikan kepentingan tidur adalah amalan yang tidak islamik, tidak saintifik, hanya nostalgik.
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Jun 12, 202309:60
Iktibar Krisis Pendidikan Era Pandemik Yang Sudah Dilupakan
Jun 11, 202302:39
Semasa Ujian Memalukan Diri

Semasa Ujian Memalukan Diri

Jika kita diuji dengan ujian penindasan orang berkuasa, manusia mudah simpati dengan kita, melihat kita bersabar dan mungkin berakhir sebagai hero yang mendapat tepukan. Tetapi bagaimana jika kita diuji dengan ujian yang memalukan diri? Diuji dengan penyakit kulit, hingga mengundang kecaman bahawa kita pengotor, mempunyai cara hidup yang bermasalah dan sebagainya? Sedangkan itu adalah ujian Allah ke atas Nabi Ayyub a.s! Bagaimana jika kita diuji dengan kematian anak? Kedukaan dan kesabaran Nabi Muhammad ﷺ apabila kematian anak-anaknya seorang demi seorang, biar pun perit, ia boleh diproses dengan mudah. Tetapi bagaimana jika kita diuji dengan zuriat yang menolak didikan, bimbingan, dakwah malah kasih sayang kita, memilih melakukan maksiat terang-terangan? Lantas kita dikecam sebagai lelaki dayus, lemah kepimpinan dalam rumahtangga dan keluarga serta gagal dalam mendidik anak-anak? Sedangkan, itu adalah ujian Allah ke atas Nabi Nuh a.s, Nabi Yaakub a.s, dan Abu Bakr al-Siddiq r.a. Adakah semasa diuji sedemikian rupa, kita berhasil mendekatkan diri kepada Allah menghitung iktibar, atau kita mempersoalkan-Nya, "mengapa aku diuji sebegini?" Hakikatnya, ujian-ujian seperti itu hadir, untuk mendorong kita mencapai ketinggian iman, dengan mengikhlaskan diri dalam mengimani-Nya. Dan kita tidak akan mencapainya sehinggalah mā fī qalbī ghairullāh... tiada apa-apa dalam hatiku, kecuali Allah.

Jun 09, 202301:60
Perangkap Pakar Jadi Merepek

Perangkap Pakar Jadi Merepek

Usaha membumikan ilmu adalah kerja murni. Memudahkan untuk orang ramai memahami perkara kompleks.

Tetapi usaha ini berisiko menjerumus pakar ke daerah populis hingga kesarjanaan merosot sedikit demi sedikit beralih daripada seorang pakar, kepada penceramah merepek.

Orang ramai lazimnya teruja dapat memahami perkara hebat. Reaksi mereka lebih bersifat emosional. Kagum, tergamam, dan ramai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih.

Reaksi emosional itu mempengaruhi emosi penceramah juga.

Ia memberi rasa semangat untuk usaha banyak lagi. Motivasi adalah hubungan emosi seseorang dengan kerja yang dibuatnya.

Kitaran ‘supply and demand’ boleh memerangkap kedua-dua penceramah dan hadirin.

Tidak mengapa beri sedikit, terima sedikit, kekerapan pun kurang, agar antara satu yang diberi dan diterima, ada ruang yang cukup untuk redakan emosi, melanjutkan renungan yang lebih mendalam. Bukannya melompat daripada satu kepada satu, hendak dan hendak lagi, hingga merosakkan kita.

Sains jadi pseudosains.

Sejarah jadi pseudosejarah.

Agama jadi pseudoagama.

Amanah ilmu benda berat.

Takwa kepada Allah swt adalah mekanisme untuk yang mengajar dan yang belajar, sama-sama bermuhasabah.

Jun 04, 202302:49
‘Kesal’ Tidak Habis Belajar Fizik dan Matematik Tambahan di Sekolah

‘Kesal’ Tidak Habis Belajar Fizik dan Matematik Tambahan di Sekolah

‘𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟’ 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛

Saya jarang layan persoalan “kalaulah”, “bagaimana jika diberi peluang berpatah balik” dan yang seumpama dengannya sebab ia tidak akan berlaku, hanya membuang masa meneroka jawapannya.

Kecuali jika jawapan kepada persoalan itu bermanfaat untuk sesuatu yang boleh dilakukan sekarang.

Misalnya, jika saya boleh berpatah balik ke zaman sekolah, antara yang saya kesalkan ialah semasa bersekolah, saya tidak mendapat idea bagaimana sains boleh menolong saya meneroka dan mencari kebenaran. Dapat sedikit semasa belajar biologi kerana cikgu kami, Cikgu Mohd Arip Kasmo memang memberi penekanan. Tetapi ia lebih kepada apa yang kita belajar di dalam biologi, ada di dalam al-Quran, justeru membuktikan kebenaran al-Quran dan kebesaran Allah swt.

Apa yang saya hajatkan adalah bagaimana mengenai fizik dan matematik tambahan. Bagaimana menguasai kemahiran subjek berkenaan boleh menolong saya meneroka theoretical physics dan fizik angkasa yang kompleks. Hari ini, apabila mendengar atau membaca penerangan mengenai hal ehwal ini, saya hanya dapat menghargai hasil akhir. Tidak memahami prosesnya.

Saya mula membaca kembali buku-buku sains yang ditulis untuk kanak-kanak berumur 10 ke 12 tahun, agar saya dapat faham semula betul-betul apa itu sel, atom, molekul, bagaimana photons itu unik, perlahan-lahan. Supaya saya boleh terangkan kenapa kucing kami tak akan boleh menangkap cahaya laser di lantai yang saya gunakan untuk bermain dengannya.

Mungkin sudah terlambat. Saya pun sudah tua. Kekesalan mengenang hal ini saya gunakan untuk membebel dengan anak-anak sahajalah. At least saya dahulu kehilangan peluang belajar sains kerana mahu belajar agama dan bahasa Arab. Kalian, agama pun tak sangat, sains pun tak sangat, ruginya kalau sibuk hal rambut dan kasut sahaja.

Fed up anak-anak dengar orang tuanya membebel macam ini 😆.

Paling utama…

Hendaklah kita beringat dan berhati-hati bahawa Rasulullah ﷺ melarang ungkapan berkalau-kalau sebagai kekesalan kerana ia membuka pintu hasutan syaitan:

وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata "kalau" itu membuka pintu amalan syaitan.” (Hadith riwayat Muslim, no. 22664)



May 22, 202306:55
Makin Mudah Tahu, Makin Tidak Tahu: Kenapa?

Makin Mudah Tahu, Makin Tidak Tahu: Kenapa?

"Mengapa Kebodohan Masih Membebani Umat Islam?" Muslim umumnya setuju dan menganggap agama mereka, Islam, sebagai agama yang mengutamakan ilmu. Bahkan, majoriti umat Islam mengetahui bahawa ayat pertama yang diwahyukan adalah IQRA, simbol pentingnya ilmu. Seharusnya, dengan menjadi Muslim, masalah ilmu selesai. Namun, mengapa masalah kebodohan masih menjadi isu utama kita? Bahkan di zaman yang sangat mudah untuk tahu seperti hari ini, kejahilan berleluasa sebagai wabak? Dahulu, bentuk kejahilan mudah diatasi. Kebodohan adalah hasil dari ketidaktahuan, dan solusinya sederhana: informasi. Jika kita tidak tahu, kita cari maklumat, lalu menjadi tahu. Namun, sekarang ini, kebodohan telah menjadi beban yang berlapis-lapis. Kita menjadi bingung, tahu sebahagian sebagai serpihan, tahu sedikit tetapi rasa tahu banyak dan bahkan tidak tahu apa yang perlu diketahui. Kita mendakwa sudah memahami IQRA. Namun, apakah mungkin kita sebenarnya belum sepenuhnya memahami? Mungkinkah kita belum faham apa sebenarnya yang Allah swt mahu kita ambil daripada perintah IQRA itu? Jika hanya ilmu agama yang penting, ayat kedua surah al-'Alaq itu sudah menuntut kita memahami berbekalkan ilmu yang hari ini bukan dalam kategori ilmu agama? "Dia menciptakan manusia daripada seketul daging yang tergantung?" Apa implikasinya apabila ilmu matematik dan fizik, disingkir daripada senarai ilmu yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi alim? Apa sejarahnya di abad ke-17 Istanbul selepas Balai Cerap Taqi al-Din Muhammad ibn Ma’ruf dirobohkan? Saya ingin menjemput sahabat melabur 12 minit masa anda untuk membincangkan hal yang kritikal ini. Terima kasih.

May 18, 202311:51
Mengapa Saya Berhijrah Episod Akhir: Tragedi 3M Melayu Muslim Malaysia

Mengapa Saya Berhijrah Episod Akhir: Tragedi 3M Melayu Muslim Malaysia

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

May 18, 202342:40
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 4: Kehidupan Anak Muda 'Haraki' Pasca Bai'ah

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 4: Kehidupan Anak Muda 'Haraki' Pasca Bai'ah

Mengapa Saya Berhijrah?

Masih meneroka jawapan kepada pertanyaan ini.

Kali ini, di episod keempat, saya merenung kembali kenangan, impian, dan harapan saya sebagai anak muda ‘haraki’ yang baru sahaja meninggalkan alam persekolahan. Saya menggerakan definisi diri melalui bai'ah pada tahun 1993.

Saya cuba memahami liku-liku fikrah haraki saya terbentuk, menggunakan kerangka Psychopolitical Analysis model Jungian. Ia digunakan oleh Lawrence Alschuler di dalam kajiannya, “Islamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.” Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Alschuler mengkaji autobiografi bekas aktivis Hizb al-Tahrir, Ed Husain bertajuk The Islamist: Why I Joined Radical Islam in Britain, What I Saw Inside and Why I Left.

Hizb al-Tahrir berbeza dengan gerakan seperti PAS, kerana di zaman Ed Husain, mereka menolak penyertaan Islamis di dalam aktiviti demokrasi. Tidak seperti PAS. Tetapi saya kira proses pembentukan fikrah saya di dalam PAS masih boleh mengguna pakai model Jungian tersebut.

Tahap-tahap seperti naive consciousness, fanaticised consciousness, liberated consciousness, dan lain-lain yang Alschuler terangkan di dalam kajiannya, menjelaskan pola-pola fikiran saya ketika itu.

Di dalam siri ini, saya berusaha menjaga maruah semua yang terlibat, menjauhkan diri daripada menyebut nama, dan sekali lagi mengulang, bahawa saya mengkisahkan semula kenangan itu hari ini hanya untuk mencari ibrah dan kebaikan buat bekalan sisa-sisa kehidupan yang ada.Saya sudah meninggalkan luka dan parut ujian itu di dalam lipatan kenangan silam.

Saya Hasrizal, ana uhibbukum fillah.

May 11, 202329:38
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 3: Realiti Alternatif Remaja 'Haraki'

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 3: Realiti Alternatif Remaja 'Haraki'

Biar pun bersekolah di sekolah yang sama, tinggal di asrama yang sama, saya menempuh alam persekolahan terpisah daripada sahabat-sahabat kerana seawal usia telah masuk ke dalam realiti alternatif pada memprogramkan diri menjadi seorang 'pejuang Islam'.

Istilah yang disebut dengan selesa sebagai 'haraki', 'jundi' atau 'amilin' oleh mereka yang berada di dalamnya, dan dikaji sebagai Islamist di dalam literatur masa kini.Ia menjadikan saya sukar berpatah balik mengenang alam remaja itu disebabkan oleh pelbagai insiden peribadi, masyarakat dan nasional, yang menjadikan agenda 'perjuangan Islam' berubah rentak dan wajah.

Hal ini menjadi topik ketiga pada usaha saya menjawab pertanyaan, "mengapa saya berhijrah?"

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

May 05, 202333:57
Religious, But Divisive?
May 03, 202301:42
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 2: Kegagalan Primary Attachment

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 2: Kegagalan Primary Attachment

Primary attachment merujuk kepada hubungan emosi yang kita bina semenjak lahir dengan individu paling rapat (ibu, bapa), untuk berasa aman dan selamat. Seumpama anak kambing, apabila meningkat umur, semakin berani meninggalkan kumpulannya untuk meneroka. Tetapi apabila timbul ancaman, anak kambing itu boleh balik kepada ibunya, memisahkan diri daripada ancaman yang menakutkan itu.


Kehidupan di sekolah berasrama menghilangkan fungsi primary attachment ini. Sebab itu, menghantar anak pada usia kecil (misalnya umur sekolah rendah) untuk bersekolah di asrama, adalah yang paling meninggikan risiko kegagalan primary attachment ini. Apatah lagi budaya masyarakat kita, mengejek dan memandang hina perasaan rindu dan berhajatkan kepada ibu. Kita anggap ia lemah dan memalukan. Lalu, emosi itu dipendam, disembunyikan dan perlahan-lahan, si anak membina usaha bersendirian mempertahankan diri.


Ia turut terjadi di sekolah agama.


Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ menunjukkan pendekatan yang berlawanan dengan itu. Apabila Malik bin al-Huwairith r.a. serta anak-anak muda yang belajar bersamanya dengan Rasulullah ﷺ rindukan keluarga selepas 20 malam berpisah, Rasulullah ﷺ menangguhkan aktiviti pembelajaran, mengiktiraf kerinduan itu, dan menyuruh anak-anak muda itu pulang ke keluarga masing-masing.


Kita mengutip amalan jahiliah yang menyalahi fitrah, menyangkanya sebagai Islamik dan Saintifik.


Lanjutan 5 tahun berada di asrama, terus 11 tahun merantau di luar negara, saya berhasrat untuk menebus kehilangan hubungan dengan ibu dan peluang berbakti kepadanya. Tetapi kehidupan di tanahair tidak berjaya. Saya ralat kerana sentiasa terhalang daripada membahagiakan hati ibu sendiri hingga ibu perlahan-lahan dihinggapi dimentia dan hilang kemesraan dengan saya. Akhirnya saya nekad membawa diri pada tahun 2016 ke Finland.


Apabila mendapat khabar mengejut tentang pemergian ibu secara tiba-tiba, saya rasa seperti layang-layang terputus tali dan hilang ditelan kabus perantauan. Tiada sesiapa di sekeliling saya yang dapat sama-sama bersedih dengan pemergian ibu. Saya menangis sepuas-puasnya di bawah pohon birch di belakang rumah. Ia menutup hati saya untuk kembali ke tanahair kerana saki baki usia yang ada tidak memungkinkan saya untuk memulakan kembali kehidupan di tanahair kerana ibu yang menjadi pengikat hati saya dengan kampung halaman, telah pergi buat selamanya.


Primary Attachment, di dalam tema Boarding School Syndrome, menjelaskan mengapa ex boarders, ramai yang mempunyai karakter diri yang dikagumi sebagai tokoh masyarakat, ahli korporat dan profesional yang berkarisma, tetapi di dalam kehidupan peribadi, individu ini rumit meluahkan perasaan dan mencetuskan rasa terasing pada diri pasangan akibatnya.


Ia boleh diatasi melalui terapi dan kesabaran. Namun ia harus bermula dengan memahami terlebih dahulu mengapa ia berlaku.


John Bowlby sebagai ilmuan yang mengasas dan mengembangkan Attachment Theory itu sendiri, adalah bekas murid sekolah berasrama. Dalam suratnya kepada isteri, beliau berkata, "usahkan anak, anjing aku pun tidak akan aku hantar tinggal dan hidup di sekolah berasrama!"


Sesuatu untuk renungan kita bersama.


Jalan berliku untuk ditempuh di celah kemegahan arus perdana bersekolah di sekolah-sekolah berasrama generasi ke generasi kita.

Apr 30, 202316:28
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 1: Boarding School Syndrome
Apr 27, 202321:25
ChatGPT Sebagai Analogi Memahami Qadha’ Dan Qadar

ChatGPT Sebagai Analogi Memahami Qadha’ Dan Qadar

Artificial intelligence seperti Chat GPT mempamerkan kemampuannya belajar, memenuhi permintaan dan menghasilkan keputusan dalam bentuk produk yang cemerlang. Cara ia belajar dan menghasilkan kerja, menjadi renungan kepada saya untuk menjadikannya sebagai analogi untuk membantu kita memahami persoalan Qadha dan Qadar. حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ فَجَرَى بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ ‏"‏ Al-Walid bin Ubadah bin As-Samit berkata beliau mendengar bapanya meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ‘Azza wa Jalla adalah pena (al-Qalam). Maka Allah berkata kepadanya, TULISLAH! Pena bertanya, “wahai Tuhanku apakah yang patut aku tulis? Allah menjawab, “Tuliskan al-Qadar” maka pena terus menerus menulis pada ketika tentang apa yang telah termaktub untuk selama-lamanya” (Jami` at-Tirmidhi 3319)

Apr 15, 202314:26
Islam Hukum Hakam Yang Keciciran Iman

Islam Hukum Hakam Yang Keciciran Iman

𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗞𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗖𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡 "Kalaulah ayat-ayat awal yang turun adalah larangan minum arak dan larangan berzina, nescaya orang ramai akan berkata kami tidak akan berhenti minum arak selama-lamanya, dan kami tidak akan meninggalkan zina sama sekali..." itu teguran Umm al-Mu'minin Aishah r.a. kepada lelaki Iraq berkenaan. Beliau gusarkan hal-hal yang bukan keutamaan di dalam Islam. Jika kita maklum betapa pentingnya iman dibina terlebih dahulu agar hukum hakam ada daya melaksanakannya, mengapa perkara ini tidak mempengaruhi pandangan kita terhadap orientasi pendidikan dan keberagamaan kita hari ini? Andai Islam diperkenalkan sebagai do's and don'ts, kemudian akidah pula menjadi maklumat kering sebagai factual knowledge yang tidak menjawab cabaran semasa yang kita hadapi, kita boleh berdebat dan berbalah tentang hal-hal agama tanpa kesudahan. Sangka kita, semangat dan kesibukan itu adalah usaha agama, tetapi kita hanyut dalam senario keberagamaan yang kehilangan Tuhan. يُوسُفُ بْنُ مَاهَكَ، قَالَ إِنِّي عِنْدَ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ ـ رضى الله عنها ـ إِذْ جَاءَهَا عِرَاقِيٌّ فَقَالَ أَىُّ الْكَفَنِ خَيْرٌ قَالَتْ وَيْحَكَ وَمَا يَضُرُّكَ قَالَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَرِينِي مُصْحَفَكِ. قَالَتْ لِمَ قَالَ لَعَلِّي أُوَلِّفُ الْقُرْآنَ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُقْرَأُ غَيْرَ مُؤَلَّفٍ. قَالَتْ وَمَا يَضُرُّكَ أَيَّهُ قَرَأْتَ قَبْلُ، إِنَّمَا نَزَلَ أَوَّلَ مَا نَزَلَ مِنْهُ سُورَةٌ مِنَ الْمُفَصَّلِ فِيهَا ذِكْرُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ حَتَّى إِذَا ثَابَ النَّاسُ إِلَى الإِسْلاَمِ نَزَلَ الْحَلاَلُ وَالْحَرَامُ، وَلَوْ نَزَلَ أَوَّلَ شَىْءٍ لاَ تَشْرَبُوا الْخَمْرَ. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الْخَمْرَ أَبَدًا. وَلَوْ نَزَلَ. لاَ تَزْنُوا. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الزِّنَا أَبَدًا. لَقَدْ نَزَلَ بِمَكَّةَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَإِنِّي لَجَارِيَةٌ أَلْعَبُ {بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ} وَمَا نَزَلَتْ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَالنِّسَاءِ إِلاَّ وَأَنَا عِنْدَهُ. قَالَ فَأَخْرَجَتْ لَهُ الْمُصْحَفَ فَأَمْلَتْ عَلَيْهِ آىَ السُّوَرِ https://sunnah.com/bukhari:4993 Buku Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf diterbitkan oleh Abideen Books mengulas perkara ini. Dapatkan di https://ibrah.hasrizal.com

Apr 13, 202311:05
Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

Memetik kisah yang saya muatkan di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu (https://jt.hasrizal.com), pengalaman berada dua malam di dalam tahanan sebuah penjara di Scotland memberi pelajaran berharga buat diri ini. Saya belajar tentang keberkatan masa selepas lazim mengeluh tidak cukup masa, menggunakan malam yang sangat panjang itu membaca al-Quran tanpa gangguan sepuas-puasnya. 


Berada di dalam tahanan itu juga menyedarkan saya tentang keluarga. Sama ada keluarga menjadi sumber kekuatan utama kita, atau boleh menjadi titik kelemahan diri paling berbahaya. Andai keluarga bersama dengan apa yang kita perjuangkan, beruntunglah dengan kurniaan itu. Andai mereka menentang atau merayu sesuatu yang berlawanan, ia penuh risiko dan menguji.


Penjara juga menjadi tempat lahirnya begitu banyak kebaikan seperti kitab-kitab tafsir karangan ilmuan, semasa mereka merengkuk di dalam tahanan.


Kita tidak memerlukan penjara dan janganlah ada yang bercita-cita menempuhnya. Tetapi kita boleh melakukan uzlah, malah perlu melakukannya.


Bukan uzlah secara fizikal. Tetapi uzlah fikiran dan perasaan, melepaskan diri daripada kesibukan kehidupan dunia hari ini yang bising dan penuh perkara sia-sia. Saya ambil sedikit peluang mengulas hal ini di dalam buku terbaharu 2023 ini iaitu Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf (https://ibrah.hasrizal.com).


Kita belajar daripada doa Ashab al-Kahf seperti yang terakam di dalam ayat ke-10 surah berkenaan:


 رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا 


"Ya Allah kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu, RAHMAT, dan luruskan urusan-urusan kehidupan kami"


Adakalanya kita menjadi begitu materialistik semasa berdoa. Meminta daripada Allah kejayaan peperiksaan, kemewahan hidup, kemurahan rezeki. Ia tidak salah. Cuma, ada masanya kita perlu meminta daripada Allah swt bukan apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu.


Kita boleh jadi tidak tahu apa sebenarnya yang kita perlu dalam hidup ini. Justeru, keperluan paling utama adalah RAHMAT-NYA. Dengan rahmat itu, sempit boleh menjadi lapang, kurang boleh menjadi cukup, miskin tidak sinonim dengan derita, kaya tidak semestinya sombong dan derhaka.


Gunakanlah Ramadan ini untuk kita lakukan uzlah. Merenung kembali persoalan daripada masa asalnya kita, mengapa kita berada di sini, pada usia yang berbaki apa yang kita mahu lakukan, demi menjawab persoalan yang paling besar: ke manakah kita akan pergi selepas ini.


Hasrizal

Naas, IE

https://rizal.ie


📌


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.


Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Apr 04, 202306:05
Emotional Security: Gurauan Jadi Selamat Antara Kawan

Emotional Security: Gurauan Jadi Selamat Antara Kawan

‘Emotional security’ menjadikan gurauan selamat sesama sahabat walaupun isinya agak KBAT dan boleh kedengaran ‘kasar’ andai kehilangan konteks.

Apr 03, 202302:36
The Pedagogy of Ramadan
Apr 01, 202305:04
Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 Kita hari ini dikelilingi 'kesempurnaan' dalam beragama, sehingga ketidaksempurnaan tidak mempunyai ruang untuk dibincangkan mengenainya. Agama kita beransur-ansur menjadi tidak manusiawi dan ia memudahkan merebaknya kemunafikan dan penyakit jiwa kesan saling menghentam ketidaksempurnaan itu. Sedangkan kita semua manusia. Seorang anak muda dari Kufah mempersoalkan 'standard' para sahabat yang Huzaifah bin al-Yaman r.a. ungkap tanpa 'wow factor'. "Kalaulah kami berada di tempat kamu, berpeluang berjumpa Nabi ﷺ , nescaya kami tidak akan biarkan baginda berjalan di tanah (mengotorkan kakinya yang mulia). Kami akan junjung baginda di leher kami!"

Huzaifah r.a. menyantuni semangat anak muda ini dan membuka kisah yang terjadi di dalam perang Khandaq (tonton video ini untuk perincian dan terjemahannya). Para sahabat tidak ada seorang pun yang bangun menyahut tawaran Syurga, tawaran keselamatan, tawaran menjadi sahabat akrab Nabi ﷺ di Syurga, dek sebab-sebab yang sangat manusiawi. Sehinggalah baginda secara spesifik menyebut nama Huzaifah, lantas beliau tiada pilihan kecuali bangun dan menunaikan perintah berkenaan. Perasaan adalah sebahagian kemanusiaan kita. Al-Quran, al-Sunnah dan Sirah kaya dengan panduan Allah swt untuk kita uruskan kemanusiaan ini. Agama bukan mengikut perasaan, tetapi agama juga tidak menganiaya dan mengkesampingkan perasaan. Dunia ini tidak pernah bermaksud menjadi daerah kegembiraan tanpa kedukaan, kebahagiaan tanpa penderitaan. Daerah yang sempurna hanyalah Dar al-Salam (surah Yunus : 25), yang harus menjadikan kita kekal berada di jalan menujunya, baik jalan advance, jalan intermediate, mahu pun jalan amatur yang penuh kekurangan.

#pedagogiramadan

https://pedagogiramadan.hasrizal.com


Mar 30, 202314:23
Tabung Kebajikan dan Dana Pendidikan Khalifah Model School

Tabung Kebajikan dan Dana Pendidikan Khalifah Model School

Wakaf ini bernilai: RM150/lot 1 kaki persegi Sasaran kutipan: 6600 lot per unit bangunan, berjumlah 19800 lot dan RM 2,970,000.00 untuk 3 unit bangunan (maaf, saya tersilap menyebut dua unit di dalam video). Sama-sama kita gandakan pahala di bulan Ramadan dengan menyumbang melalui pembelian lot wakaf ini, juga sebagai sumber pahala berterusan, bekalan di akhirat nanti. Salurkan wakaf kalian secara online melalui: https://kmss.edu.my/wakaf

https://kmss.edu.my/wakaf Baca latar belakang projek di sini: https://www.facebook.com/108268732585047/posts/6002285383183323/?app=fbl Untuk sebarang pertanyaan, hubungi: Ustaz Qayyum: 019-2281931 Puan Hanisah: 010-3213901 Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah rahmati dan lapangkan rezeki kalian. وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ (١٩٥) Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah 2:195) #tabungkebajikan

#wakafpendidikan

#kmssedumy

#shapingexcellentcharacter

#wakafpendidikankmss

#wakaf

#ramadan

Mar 27, 202307:10
Meneroka Punca Muslim Berpuasa Tetapi Tidak Solat

Meneroka Punca Muslim Berpuasa Tetapi Tidak Solat

PEDAGOGIRAMADAN.HASRIZAL.COM
𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁?
Jawapan terbaik sudah tentu ada pada kesudian individu berkeadaan seperti ini berkongsi fikiran dan perasaan mereka. Kita ingin memahami, agar dengannya kita boleh memikirkan penambahbaikan pada urusan pendidikan agama, baik formal mahu pun tidak formal; keibubapaan.
GANJARAN: Puasa hadir dengan ganjaran segera dan menarik. Pujian, hidangan berbuka puasa, duit raya. Berbeza dengan solat. Sudah tentu tidak munasabah solat diberi ganjaran seperti puasa kerana kita solat lima kali sehari sepanjang tahun. Tetapi ganjaran tidak semestinya dengan wang atau hadiah. Senyuman dan pujian juga sudah mengaktifkan sistem ganjaran di otak, mempengaruhi bermakna atau tidak bermaknanya sesuatu yang seorang anak lakukan.
SOSIAL: Puasa tiba sebulan sekali. Ia memecah rutin. Tiba-tiba sekeluarga bangun awal pagi makan bersama, berbuka puasa, masjid meriah, sibuk bersiap untuk menyambut raya, dan sebagainya. Semua ini menjadikan pengalaman berpuasa 'memorable'. Ia tidak jelas terjadi di dalam rutin solat. Hal ini boleh mendorong puasa masuk ke daerah kabur antara ibadat dan adat. Sedangkan solat, terutamanya di luar 'controlled environment' seperti sekolah, asrama, keluarga Islamik dan sebagainya, solat itu tidak ada banyak sebab untuk seseorang memilih mendirikannya, kecuali sesuatu sedang terjadi di dalam kepercayaannya.
Juga, puasa kurang mengundang risiko sosial. Ia ibadah yang tidak kelihatan. Tetapi solat menjadi satu pengisytiharan. Seseorang itu perlu melakukan konfrontasi terhadap persekitarannya jika hendak bersolat, andai persekitarannya itu bukan mesra solat.
Oleh kerana solat dan puasa itu demikian bentuknya, puasa itu terkandung padanya mekanisme untuk mencegah ia daripada menjadi adat.
Semasa Allah swt wajibkan ia melalui wahyu surah al-Baqarah ayat 183, Allah swt memanggil kita dengan panggilan "wahai orang-orang yang beriman" agar kita berpuasa kerana iman. Di dalam sepotong hadith Qudsi juga, Nabi ﷺ menceritakan bahawa Allah swt menerangkan puasa itu adalah khusus untuk-Nya, maka Dialah yang secara eksklusif menentukan ganjarannya.
Malah, apabila surah al-Baqarah ayat 183 itu turut menyebut "sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu", apakah dimensi yang harus kita terokai? Apa yang terjadi kepada puasa umat terdahulu hingga ia disebut ketika pensyariatan puasa itu diperbaharui di era Nabi Muhammad ﷺ ?
Moga hal ini boleh kita renungkan bersama, agar kita boleh melakukan penambahbaikan dalam didikan agama di rumah, sekolah dan masyarakat seluruhnya.
Ekoran itu juga, jika kita melihat senario umat Islam berpuasa tetapi tidak solat, kita juga ingin meninjau senario umat Islam bersolat tetapi melakukan kemungkaran. Ia juga masalah dan dimanakah silapnya?
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Mar 24, 202308:28
Pendidikan Inklusif: Isu dan Kesedaran, Antara Malaysia, Finland dan Ireland
Mar 16, 202301:56:02
Mencari Makna Ramadan Yang Hilang

Mencari Makna Ramadan Yang Hilang

7:08 HUBUNGAN: Mengapa hubungan kita dengan Ramadan tidak 'natural'?  

11:06 OVERDO: Kita boleh gagal memperolehi hasil, apabila kita 'berlebih-lebihan secara salah' dalam usaha. Bagaimanakah Ramadan diperkenalkan kepada anak?  

14:35 MEMORI negatif zaman kanak-kanak semasa belajar berpuasa.  

16:31 PERMULAAN: Kewajipan puasa Ramadan bermula selepas lebih 13 tahun usaha intensif membentuk akidah generasi sahabat.   

17:56 IMBANG: Hilang keseimbangan dalam membina keberagamaan antara keimanan dan hukum hakam.  

20:00 AKIDAH Pentingnya akidah pula, diterjemahkan secara tidak tepat dengan melihatnya sebagai keperluan membanyakkan fakta semata-mata.  

21:09 SOSIOLOGI: Finland kecilkan jurang antara rumah dan sekolah untuk hapuskan 'the unnatural kid' yang belajar hanya apabila berada di sekolah. Bagaimana jurang antara Ramadan kita dan bulan-bulan lain? Lebih besar jurang, lebih 'unnatural' perubahan kita di bulan Ramadan tersebut.  

28:43 HILANG MAKNA: Ingin mendekati agama, tetapi dengan ketiadaan makna ke atas jiwa. Bagaimana?  

30:40 ILMU: Asas yang tetap sama. Kesedaran hanya spark plug yang memerlukan bahan bakar untuk terus menyala dan menggerakkan enjin.  

35:08 NIAT: Apa signifikannya 'lillahi Ta'ala' di dalam niat kita beribadah?  

37:58 AKIDAH & ANAK: Adakah 'meaningful' kanak-kanak usia 7 tahun belajar fakta-fakta standard akidah kita?  

39:55 IMAGINASI: Dialog Rasulullah ﷺ dengan Aishah r.a. mengenai imaginasi kuda Nabi Sulaiman a.s. bersayap dua. Bagaimana?  

44:06 BINARI: Pendekatan kita dalam mendidik kanak-kanak terlebih memberi berat ke atas betul vs salah, hingga 'correcting' lebih banyak berbanding 'connecting'.  

48:08 MINORITI vs MAJORITI: Mengamalkan Islam sebagai muslim minoriti di negara bukan Islam, konteksnya lebih mirip kepada pengalaman generasi sahabat yang bercampur aduk antara Muslim dan non Muslim, sebelum era formaliti, struktur, institusi dan controlled environment.  

53:25 EROPAH: Anak-anak terjejas pengamalan dan penampilan sebagai Muslim, tetapi akidah secara sengaja atau tidak sengaja menjadi lebih terang kerana desakan survival sebagai minoriti yang masih mengamalkan Islam.  

1:00:00 TAKWA: Challenge vs response: takwa sebagai alat navigasi zaman senang dan susah, majoriti dan minoriti.  

1:05:07 ISLAH & TAJDID: Kitaran islah dan tajdid sepanjang zaman kerana meneroka dinamika konteks satu zaman ke satu zaman.   

Semoga bermanfaat.  

Perbincangan mengenai cabaran-cabaran manusia sebagai penghasil makna (meaning makers) pada mengertikan makna Ramadan.  

Di manakah silapnya sehingga perubahan-perubahan yang berlaku di bulan Ramadan, sukar dibawa ke bulan-bulan seterusnya?  

Perbincangan juga bertujuan mempromosi program Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan pada 18 Mac 2023 akan datang. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com   

📌  

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal 

Paypal: https://paypal.hasrizal.com 

Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Mar 14, 202301:14:15
Bagaimana Saya Boleh Sembuh Dengan Ramadan?

Bagaimana Saya Boleh Sembuh Dengan Ramadan?

Kita berusaha mencari titik seimbang antara berempati dengan cabaran hidup yang dihadapi, kesakitan yang dialami, dengan keengganan memilih jalan-jalan kesembuhan yang ada. Antaranya, kita menghabiskan masa mencari teman yang memahami atau senasib, untuk saling co-ruminating, mengheret sesama sahabat karib ke daerah emosi yang lebih gelap, menjauhi solusi dan kesembuhan. Akhirnya, kita berisiko mensesiakan peluang sembuh kerana memilih jalan kesembuhan yang kita mahu, bukan yang kita perlu.

Petikan IG Live hari ini, berkongsi beberapa pandangan sebagai persiapan menyambut Ramadan. Juga mengajak sahabat menyertai program penuh anjuran Iman Publication, Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan. Program bakal berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar pada 18 Mac 2023 dan juga melalui livestreaming menggunakan Zoom. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com 🥰

Mar 09, 202309:40