Skip to main content
HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA

By Lydia Usun Ngimat

Podcast “HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIA” adalah dorongan penggembalaan disampaikan dalam Ibadah Keluarga sebagai pemangkin perbualan dan pertumbuhan kerohanian. Ini merupakan ajakan dari Ibrani 4:16 - “marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya”.

"AT THE THRONE OF GRACE" – Hebrews 4:16; are Pastoral care messages for Family Gatherings; a podcast in the Malay Language, Indonesia and Malaysia.
Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

E57: ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti, Roma 12:12.’

HADAPAN TAKHTA KASIH KURNIAFeb 14, 2021

00:00
41:05
E99: Tahun Baru, Miliki Hidup Baru. 2 Korintus 5:17.

E99: Tahun Baru, Miliki Hidup Baru. 2 Korintus 5:17.

"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." 2 Koristus 5:17, ITB.

[Rangka Perkongsian]

  1. Kita memiliki satu perhubungan yang baru dengan Allah.
  2. Kita memiliki satu kewargaan yang baru.
  3. Kita memiliki satu keluarga yang baru.

Penutup:

"Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Karena itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur." Kolose 2:6-7, ITB.


Shalom.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsikan dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 06 Februari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak. Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini.

Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook Gereja Lutong Baru Miri.]

Feb 06, 202201:13:20
E98: Tanggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11.

E98: Tanggungjawab Orang Percaya. 1 Peterus 4:7-11.

Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 January 2022, 8.30am.

Pr Welidi Usat.


[Rangka Perkongsian.]

Tunggungjawab Orang Percaya.

1 Peterus 4:7-11.

1)  Tanggungjawab terhadap diri, ayat 7.

a. mengguasai diri

b. tenanglah

c. berdoa

2)  Tanggungjawab terhadap orang lain , ayat 8 -9.

a.  Mengasihi satu sama lain

b.  Membantu tanpa bersunggut

3)  Tanggungjawab terhadap Tuhan, ayat 10-11.

Apakah tanggungjawab kita terhadap Tuhan?

Kalau kita berbicara, baiklah kita berbicara seperti menyampai Firman Tuhan.



Shalom.

Lydia.


[Firman Tuhan dikongsikan Pr Welidi Usat dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 30 Januari 2022, 8.30 am.

Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok Ipui.

Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook Gereja Lutong Baru Miri.]

Jan 30, 202201:32:19
E97: “Allah Yang Tidak Berubah. Yesaya 40:28; Wahyu 1:8; Maleakhi 3:6.”

E97: “Allah Yang Tidak Berubah. Yesaya 40:28; Wahyu 1:8; Maleakhi 3:6.”

Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 January 2022, 8.30am. Pr Usun Anyie Ngau.

[Rangka Perkongsian.]

“Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah…”, Maleakhi 3:6.


Apa ertinya Allah tidak berubah?

A. Keberadaan Allah tidak berubah. Mazmur 102:25-27.

B. Karakter dan kasih Allah tidak berubah. Bilangan 23:19, Mazmur 103:17, Yeremia 31:3.

C. Rencana dan tujuan Allah tidak berubah. Amsal 19:21, Mazmur 33:10-11, Yesaya 14:24.

D. Firman dan janji-janji Allah tidak berubah. Yesaya 40:8.

Sifat Tuhan yang tidak berubah adalah sumber penghiburan kepada orang-orang percaya kerana kita boleh bergantung kepada-Nya untuk menepati janji-janji-Nya.  Dia ada untuk kita apabila kita memerlukan-Nya.


Kerana Allah tidak berubah,

1. Kita percaya kesetiaan-Nya untuk memenuhi janji-janji-Nya dan melaksanakan rancangan-Nya.

2. Kita ada penghiburan dalam penderitaan kita dan dalam keselamatan kita.

3. Kita boleh hidup dengan penuh keyakinan. Tuhan sedang memerintah dan berdaulat di dunia ini.


Kesimpulan / Penutup.

Firman Tuhan mengatakan bahawa Allah adalah “kubu pertahanan” kita.  Itulah keyakinan kita dalam kita hidup bersama-Nya sebagai dasar kita dan perlindung bagi kita setiap hari.

Apabila kita takut dan khuatir, marilah kita ingat bahawa Allah kita tidak berubah; maka, kita sentiasa aman di dalam Dia. Apabila dunia berputar di sekeliling kita dengan begitu banyak ketidakpastian dan perubahan, Tuhan tetap sama.

Tidak kira apapun perubahan dalam hidup, tidak kira apapun keadaan disekeliling kita berubah, ketahuilah bahawa Tuhan tidak akan pernah berubah.

Dengan memahami, menghayati dan mengimani siapa Tuhan bagi hidup kita, maka seharusnya orang-orang yang percaya itu adalah orang yang paling tenang menghadapi hidup ini. Kerana mereka punya Tuhan yang berkuasa, Tuhan Pemelihara, Tuhan yang Setia pada janji-janji-Nya dan Tuhan yang mengasihi.

Seharusnya iman kita tidak boleh goyah hanya kerana rupa-rupa masalah kehidupan, kerana kita punya Tuhan yang lebih berkuasa dan kasih-Nya lebih besar dari masalah-masalah hidup kita. Iman menenteramkan jiwa kita, kasih Tuhan mendamaikan hati kita dan janji-janji-Nya menguatkan hidup kita.

Kerana Tuhan tidak berubah kita boleh menjadi tenang apabila segala-galanya di sekeliling kita berubah. Tuhan bekerja dalam perubahan kita untuk menggerakkan kita ke hadapan. Dalam setiap perubahan kita boleh yakin Tuhan merancang untuk kebaikan kita, mendekatkan kita kepada-Nya. Allah yang kekal dan tidak akan berubah selamanya! Kita manusia, keadaan, dan apa pun dalam dunia ini dapat dan akan berubah, kecuali Allah kita!

Mari kita jalani hari kita dengan mata yang tertuju kepada Allah kita yang kekal, Allah yang tidak pernah berubah kelmarin, hari ini dan selamanya.

Amen!

[Firman Tuhan dikongsikan Pr Usun Anyie dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 23 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Angela Mancha.

Nota: Kebaktian telah disiar secara langsung melalui facebook BEM Lutong Baru.]

Jan 23, 202201:12:05
E96: Persekutuan Doa 18 Januari 2022.

E96: Persekutuan Doa 18 Januari 2022.

Persekutuan Doa. 18 Januari 2022, Selasa, 8.00PM.

BEM Lutong Baru BM.

Pembacaan: Mazmur 121, ITB.

“1 Nyanyian ziarah.

Aku melayangkan mataku ke gunung-gunung;

dari manakah akan datang pertolonganku?

2 Pertolonganku ialah dari TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

3 Ia takkan membiarkan kakimu goyah,

Penjagamu tidak akan terlelap.

4 Sesungguhnya tidak terlelap dan tidak tertidur

Penjaga Israel.

5 TUHAN-lah Penjagamu,

TUHAN-lah naunganmu

di sebelah tangan kananmu.

6 Matahari tidak menyakiti engkau pada waktu siang,

atau bulan pada waktu malam.

7 TUHAN akan menjaga engkau terhadap segala kecelakaan;

Ia akan menjaga nyawamu.

8 TUHAN akan menjaga keluar masukmu,

dari sekarang sampai selama-lamanya.”


Shalom.

Lydia.


[Persekutuan Doa dipimpin (1) Saudari Julian Lakai - Pujian Penyembahan & (2) Saudara Michael Engan - Renungan & Perkara Doa.]

Jan 18, 202228:02
E94: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2.

E94: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2.

Mesej Dorongan Tahun 2022.

Guest: Pr Dicken Padan.

Tema: Fokus Pada Yesus. Ibrani 12:2.


"Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah. Ingatlah selalu akan Dia, yang tekun menanggung bantahan yang sehebat itu terhadap diri-Nya dari pihak orang-orang berdosa, supaya jangan kamu menjadi lemah dan putus asa." Ibrani 12:1-3, ITB.


Dorongan:

Dorongan agar "kita tetap fokus kepada Yesus, sebab Dia adalah segala-galanya bagi kita. Dia adalah keselamatan kita. Dia adalah penopang kita. Dia adalah pengantara dan pembela kita di hadapan Allah Bapa yang di syurga. Walau apapun, walau bagaimanapun cabaran yang kita hadapi di hari-hari yang akan datang, di dalam Tahun 2022, marilah kita tetap fokus kepada Yesus, sebab dari Dia-lah kita mendapat pertolongan."

___

Tuhan memberkati semua.

Shalom.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 09 Januari 2022, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Alvin Anthony & Keluarga.]

Jan 09, 202232:17
E93: Kuatkan & Teguhkan Hatimu. Yosua 1:9.

E93: Kuatkan & Teguhkan Hatimu. Yosua 1:9.

Kebaktian Tahun Baru 2022.

"Bukankah telah Ku-perintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allah-mu, menyertai engkau, ke mana pun engkau pergi.” Yosua 1:9, ITB.


Tuhan memberkati semua.

Shalom.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 02 Januari 2022, 8.30 am (Kebaktian Tahun Baru). Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok & Keluarga.]

Jan 03, 202237:22
E91: Yesus Juruselamat Kita; Lukas 2:8-11.

E91: Yesus Juruselamat Kita; Lukas 2:8-11.

Kebaktian PraKrismas 2021.

Guest: Pr Machya Magdalene Bala.

Tema: Yesus Juruselamat Kita. Lukas 2:8-11.

"Lalu kata malaikat itu kepada mereka: 'Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud." Lukas 2:10-11, ITB.

Rumusan Perkongsian:

"Erti Natal adalah kita menjemput, menerima, mengundang, Tuhan Yesus di dalam hati kita, di dalam keluarga kita, di dalam jemaat kita; dan kita hidup kudus, berkenan di hadapan Tuhan. Itulah ertinya Natal, iaitu, Tuhan Yesus datang untuk menyelamatkan kita dari kematian secara rohani supaya kita mendapat kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya."

___

Tuhan memberkati semua.

Shalom.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 19 Disember 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Alvin Anthony & Keluarga.]

Dec 19, 202134:12
E74: Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan. Galatia 1:1-7.

E74: Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan. Galatia 1:1-7.

Shalom!

Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini.

Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati Galatia 1:1-7, petikan dari surat Rasul Paulus kepada jemaat-jemaat Tuhan di Galatia. Tajuk perbualan kita adalah, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.”

Galatia 1:1-7, ITB:

1 Dari Paulus, seorang rasul, bukan karena manusia, juga bukan oleh seorang manusia, melainkan oleh Yesus Kristus dan Allah, Bapa, yang telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, 2dan dari semua saudara yang ada bersama-sama dengan aku, kepada jemaat-jemaat di Galatia: 3 kasih karunia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, Bapa kita, dan dari Tuhan Yesus Kristus, 4 yang telah menyerahkan diri-Nya karena dosa-dosa kita, untuk melepaskan kita dari dunia jahat yang sekarang ini, menurut kehendak Allah dan Bapa kita. 5 Bagi-Nyalah kemuliaan selama-lamanya! Amin.

6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain, 7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.

Dari teks pembacaan kita, saya membawa kita untuk melihat dua perkara untuk menghayati tajuk perbualan kita, “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.”

(1) Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus adalah lengkap dan sempurna.

(2) Keselamatan kita adalah kehendak Allah.


Rumusan & Kesimpulan:

Keselamatan kita adalah kerana kasih karunia Allah. Kasih karunia itu diperlihatkan dalam kematian Tuhan Yesus Kristus di kayu salib. Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus memperdamaikan kita dengan Allah. Pengorbanan Tuhan Yesus Kristus yang mati di kayu salib untuk dosa-dosa kita adalah sempurna dan lengkap untuk menyelamatkan kita dari zaman yang jahat ini. Keselamatan kita adalah kehendak Allah dan bagi kemuliaan-Nya.

Surat Galatia adalah teguran Rasul Paulus bagi jemaat-jemaat Galatia. Pada mulanya mereka mempercayai bahawa keselamatan mereka adalah kerana kasih karunia Allah semata-mata. Tetapi, mereka telah terpengaruh oleh ajaran-ajaran lain yang mengelirukan mereka sehingga mereka meragui bahawa mereka diselamat hanya kerana kasih karunia Allah. Itulah sebab Rasul Paulus meneruskan suratnya seperti ini:

6 Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain, 7 yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.

Doa saya adalah agar kita mengharungi perjalanan hidup kita sekarang dengan yakin bahawa keselamatan kita terletak dalam kasih karunia Allah. Jalanilah hidup ini dengan tenang dalam kasih karunia Tuhan. “Damai Sejahtera Dalam Kasih Karunia Tuhan.”


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 15 August 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.]

Aug 15, 202142:10
E73: “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian? (Kisah Para Rasul 11:6; 16:30-31).”

E73: “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian? (Kisah Para Rasul 11:6; 16:30-31).”

Shalom!

Dalam pertemuan kita pagi ini, saya membawa kita untuk menghayati satu soalan, “Bagaimana Saya Menjadi Seorang Kristian?” Harapan dan doa saya, adalah agar setiap kita, dapat berbual dengan jujur dan yakin akan kepercayaan kita secara peribadi. Mengetahui kenapa kita menggelar diri kita sebagai seorang Kristian, memboleh kita untuk berbual dengan jujur dengan sesiapa seandainya kita ditanya. Mengenal siapa diri kita sebagai seorang Kristian menjadi kita rendah hati dan dapat menghormati kepercayaan-kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita. Sebagai seorang Kristian yang menghormati kepercayaan orang lain yang berbeda dari kita, memboleh kita untuk bertukar-tukar fikiran tanpa perlu berdebat atau merasa tercabar.


Siapakah orang Kristian itu? Jawapan ringkas adalah, “seorang Kristian adalah seorang pengikut Tuhan Yesus Kristus.” Dia memperakui dan menerima Tuhan Jesus Kristus sebagai, Tuhan, Raja dan Juruselamat.


...  “Tuan-tuan, apakah yang harus aku perbuat, supaya aku selamat?” Jawab mereka: “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu.” Kisah Para Rasul 16:30-31, ITB.


Alkitab, atau Firman Tuhan, memberitahu kita bahawa keselamatan kita teletak di dalam kasih karunia Allah semata-mata. Dalam suratnya kepada orang percaya di Efesus, Rasul Paulus menulis, di Efesus 2:8-10 begini:

“Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri. Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.”


Kita jadi seorang Kristian, iaitu Pengikut Kristus, kerana kasih karunia Allah melalui iman. Kasih karunia Allah bertindak melalui perkerjaan Roh Kudus yang menyedarkan kita tentang dosa kita dan keperluan kita untuk bertaubat.“Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu.”


Tuhan memberkati semua.

Lydia.


[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 01 August 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak & Keluarga.]

Aug 01, 202137:24
E70: Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera, Efesus 6:15.

E70: Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera, Efesus 6:15.

Shalom!

Selamat beribadah, di mana pun anda berada. Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini.

Kita menghadapi musuh yang berusaha keras untuk merosak segala-gala yang baik dan merampas kedamaian kita. Setan mahu merosak kehidupan kita, keluarga kita, harapan kita. Dia mahu merosak hubungan kita dengan Tuhan. Tetapi di dalam peperangan rohani yang kita hadapi, kita diyakinkan oleh Firman Tuhan bahawa, kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Tuhan-lah yang memiliki kuasa untuk memberi kita kemenangan dalam setiap yang kita hadapi bagi kemuliaan-Nya.

Saya membawa kita untuk membaca dan merenung sekali lagi Efesus 6:10-20. Kita akan menghayati dan fokus atas ayat 15. Tema perbualan kita adalah, “Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera”.

Efesus 6:14-15, ITB;
Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera.”


Bahawa Tuhan mahu memberi kita kemenangan, merupakan Injil damai sejahtera itu. Injil atau Berita Baik yang memberi kita damai sejahtera adalah bahawa Tuhan Yesus, Raja Damai telah lahir kedalam dunia untuk memberikan kita damai sejahtera, walaupun kita sedang dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar dalam hidup di dunia ini, (Lukas 2:10, Matius 1:21). Allah adalah sumber Damai Sejahtera kita. Ini yang membuat kita kuat di dalam kekuatan Tuhan. Kita menang di dalam Tuhan. Maka, “kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, merupakan keberadaan kita di dalam Tuhan.


Rasul Paulus di Efesus 6:15, “kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, sedang mendasari nasihatnya di atas Firman Tuhan yang dia kenal dan di atas Kristus yang telah memperkenal Diri-Nya kepada Paulus dan telah menjadi Penyelamatnya.


Firman Tuhan di Yesaya 52:7, “Alangkah indahnya di atas gunung-gunung melihat kaki mereka yang membawa berita baik, yang mengkhabarkan kedamaian, yang membawa khabar kesukaan, yang mengkhabarkan penyelamatan, yang berkata kepada Sion, "Allah-mu bertakhta!" (AVB). Berita baik atau Injil damai sejahtera itu adalah bahawa "Allah bertakhta", bahawa “Allah Raja” (ITB).


Berita baik, adalah Allah bertakhta dan Dia akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka (Matius 1:21). Itulah Injil. Itulah Injil damai sejahtera. Firman Tuhan, Berita Baik ini, bukan sesuatu yang berkemungkinan, yang ragu-ragu. Ia bukan sesuatu yang mungkin jadi atau tidak jadi. Berita baik adalah pengisytiharan bahawa Allah semesta alam memerintah dan bertakhta ketika ini dan menjalankan kehendak-Nya untuk menebus dan menyelamat umat-Nya.

Jadi, pada hari ini, sekiranya anda berada di dalam Yesus Kristus, itu adalah berita baik. Berada di dalam Kristus adalah berita baik yang memberi kekuatan kepada anda dan saya melalui apa pun penderitaan atau cobaan yang kita hadapi. Inilah berita yang kita akui dan isytiharkan. Kita selamat di dalam Tuhan Yesus Kristus.


Yohanes 14:27, “Damai sejahtera Ku-tinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Ku-berikan kepadamu, dan apa yang Ku-berikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu.”


Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.


[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 04 July 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Wan & Keluarga.]

Jul 04, 202145:49
E69: Berdiri Tegap Di Dalam Kristus, Efesus 6:10-20.

E69: Berdiri Tegap Di Dalam Kristus, Efesus 6:10-20.

Shalom!

Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada.

Tajuk renungan kita pagi ini adalah, “Berdiri Tegap Di Dalam Kristus.” Kita telah diberi perlengkapan senjata Allah. Kita dapat melalui masa-masa yang mencabar kerana perlengkapan yang ada pada kita di dalam Kristus.

Teks, Efesus 6.10-20, yang kita telah baca menggambarkan perjalanan hidup yang sedang kita jalani sebagai medan peperangan. Kita semua berada di tengah-tengah medan peperangan yang memerlukan kita memakai perlengkapan senjata yang lengkap. Tidak ada satu orang pun terkecuali. Tetapi peperangan ini bukanlah melawan darah dan daging. Kita sedang melawan “tipu muslihat Iblis”. Kita berperang “melawan roh-roh jahat di udara.” Peperangan kita adalah Peperangan Rohani.

Bagaimanakah kita dapat bertahan dan berdiri tegap dalam peperangan hidup ini? Di ayat 10, Efesus 6, Rasul Paulus mengingatkan bahawa kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Kita kuat dan dapat berdiri tegap di dalam Kristus.

Kita akan menghayati dua perkara yang membolehkan kita untuk berdiri tegap dalam menempuhi cabaran hidup.

1. Memakai seluruh perlengkapan senjata daripada Allah.

2. Mengenakan Tuhan Yesus Kristus.

“Seluruh perlengkapan sejata Allah”yang disebut dalam Efesus 6:13-17 adalah gambaran Tuhan Yesus Kristus.

Kita kuat dan dapat berdiri tegap di dalam Kristus. Mengenakan atau memakai, “seluruh perlengkapan senjata Allah” adalah mengenakan Tuhan Yesus Kristus. Di dalam Tuhan dan di dalam kekuatan kuasa-Nya kita dapat bertahan dan berdiri tegap dalam menepuhi cabaran.

Kita sedang bertempur di medan peperangan rohani. Kita bertempur dalam kekuatan yang Tuhan beri kepada kita. Kadang-kadang kita merasa bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa, seolah-olah kita dikelilingi musuh. Keselamatan adalah milik Tuhan dan datang dari Tuhan. Tuhan-lah yang memberi kita kemenangan. Di dalam Tuhan kita kuat dan menang.

Mari kita dengan yakin berkata seperti kata-kata Rasul Paulus di Filipi 4:13, “segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.”

Kiranya Roh Tuhan meyakini kita agar berdiri tegap di dalam Kristus. Amen.


Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 27 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.]

Jun 27, 202142:22
E68: “Kebapaan Tuhan.” [Renungan Sempena Hari Bapa]

E68: “Kebapaan Tuhan.” [Renungan Sempena Hari Bapa]

Shalom umat Tuhan yang dikasihi.

Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada.

Selamat Hari Bapa.

Pagi ini kita menghargai Bapa-Bapa diantara kita. Dan, sempena Hari Bapa, saya membawa kita untuk menghayati panggilan “Bapa Kami” dari doa “Bapa Kami” di Matius 6:9, yang kita sering ucapkan dan ramai dari kita kenal dan hafal.

“Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, ..." [Matius 6:9-13, ITB]

Dari teks Firman Tuhan yang telah kita baca, saya membawa kita menghayati dua sifat “Kebapaan Tuhan” sebagai dorongan agar setiap kita dibawa kembali untuk melihat kepada Allah, yang kita hampiri dan panggil sebagai “Bapa” dalam doa-doa kita. Allah adalah Bapa kita. Tajuk perbualan kita adalah, “Kebapaan Tuhan”.

Kita dapat memanggil Allah, Bapa, oleh kerana perbuatan-Nya Sendiri. Firman Tuhan di Efesus 1:5, menyebut bahawa kita dijadi atau diangkat sebagai anak kerana Yesus Kristus. “Dalam kasih, Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya,” (AVB).

Oleh Yesus Kristus, menurut keredaan dan kehendak Allah, kita diangkat sebagai anak. Kerana anugerah Tuhan semata-mata kita diselamatkan dan diangkat sebagai anak. Sebagai anak angkat, kita dengan itu dapat menghampiri Tuhan dan memanggil-Nya, “Bapa”.

(1) Sifat Kebapaan Tuhan yang pertama kita hayati pagi ini adalah, “Kasih Sayang Bapa”. Dia adalah Bapa yang penuh belas kasihan. Bapa yang Maha Pemurah, Bapa yang Maha Pengasih dan Bapa yang Maha Penyayang.

Nabi Yesaya mengambarkan kasih sayang Allah Bapa kepada kita di Yesaya 46 sebagai Bapa yang bersama kita senantiasa, sejak dari dalam kandungan ibu kita terus-menerus ke alam kanak-kanak, alam dewasa kita dan melalui masa tua kita. Allah bukan saja sentiasa bersama kita, Dia mendukung kita kerana Dia Bapa kita. Dalam Yesaya 46:3-4, Tuhan berfirman melalui Nabi Yesaya begini, “…. hai orang-orang yang Ku-dukung sejak dari kandungan, hai orang-orang yang Ku-junjung sejak dari rahim. Sampai masa tuamu Aku tetap Dia dan sampai masa putih rambutmu Aku menggendong kamu. Aku telah melakukannya dan mau menanggung kamu terus; Aku mau memikul kamu dan menyelamatkan kamu.”

(2) Sifat Kebapaan Tuhan yang kedua untuk kita hayati pagi ini adalah, “Didikan dan Teguran Bapa”.

Di Amsal 3:11-12 kita membaca, “Hai anakku, jangan pandang sepi pengajaran TUHAN, dan janganlah berasa geram terhadap teguran-Nya, kerana TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya.”


Kesimpulan:

Selamat Hari Bapa. Hari ini hari untuk kita bersukacita di dalam Tuhan. Sebagai manusia yang rapuh dan lemah, Tuhan telah dalam anugerah-Nya memperbolehkan dan memampu dan melengkapi anda yang digelar bapa untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa yang mengasihi, menyayangi, dan mendisiplinkan anak-anak yang dipertanggungjawabkan Tuhan kepada anda. Anda tidak dapat melakukan tanggungjawab anda sebagai bapa dengan kekuatan anda sendiri. Anda dan saya perlu bergantung kepada Allah Bapa, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah Bapa akan memimpin melalui Roh dan Firman-Nya dan mengurapi anda dalam menjalankan peranan anda sebagai seorang bapa.


Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 20 Jun 2021, 8.30 am, sempena HARI BAPA. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Tracy Saman & Keluarga.]

Jun 20, 202150:02
E67: “Mengapa Kita Tak Perlu Takut, Yesaya 41:10.”

E67: “Mengapa Kita Tak Perlu Takut, Yesaya 41:10.”

Guest Speaker: Pr Welly Sigo.

Kebaktian Hari Ahad, BEM Lutong Baru BM, 13 Jun 2021, 8.30 am.


***

Ringkasan:

Melihat situasi-situasi yang terjadi di sekitar kita saat ini, dunia, pada umumnya merasa bingung, khuatir, takut, dan merasa ketidakpastian terjadi dalam kehidupan. Namun, kita akan melihat kebenaran Firman Tuhan yang akan mendorong kita bersama-sama, sehingga kita tidak seperti dunia ini. Kita adalah orang-orang yang mengikuti Yesus Kristus sebagai Tuhan yang memberi kita pengharapan dan kepastian.

Kita membaca kebenaran Firman Tuhan di Yesaya 41:10, yang berkata:

“… janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau,

janganlah bimbang, sebab Aku ini Allah-mu;

Aku akan meneguhkan, bahkan akan menolong engkau;

Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku yang membawa kemenangan.”


Mungkin timbul dalam fikiran kita persoalan:

“Mengapa dunia takut?” “Mengapa orang merasa takut dan bimbang? Mengapa ada kekuatiran?”


Jawapan yang mungkin menjadi alasan mengapa orang merasa takut, bimbang dan khuatir:

1. merasa diri tidak selamat.

2. sesuatu yang tidak pasti.


Mengapa kita tak perlu takut?

Berdasar teks Firman Tuhan yang kita baca, Yesaya 41:10, menjelaskan ada 6 alasan mengapa saya dan saudara tidak perlu takut di dalam kehidupan ini.

1. Aku menyertai engkau.

2. Aku ini Allah-mu.

3. Aku akan meneguhkan engkau.

4. Aku akan menolong engkau.

5. Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku.

6. Aku akan membawa kemenangan.


Kesimpulan:

Sebagai umat Allah, kita perlu mengalami hubungan yang intim dengan Allah. Keintiman itulah yang memberi bagi kita jaminan, yang memberi bagi kita kunci ataupun rahsia, sehingga kita mengalami kepastian di tengah-tengah ketidakpastian, sehingga kita mengalami keberanian di tengah-tengah ketakutan, sehingga kita mengalami pengharapan di tengah-tengah tidak ada pengharapan. Yang ada di sekitar kita mungkin mengerikan dan menakutkan, tetapi, ketika kita mengalami keintiman, kita hidup di dalam Kristus, kita akan tetap aman.

***


Terima kasih Pastor Welly.


Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.


[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 13 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak & Keluarga.]

Jun 13, 202143:11
E66: “Menjalani Hidup Yang Bererti, Mazmur 23:3.”

E66: “Menjalani Hidup Yang Bererti, Mazmur 23:3.”

Shalom.

Saudara, Saudari yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus; Selamat beribadah, dimanapun anda berada. Terima kasih kerana hadir dalam kebaktian ini. Kita akan adakan Perjamuan Kudus selepas perkongsian Firman Tuhan, dan anda dipelawa untuk turut serta di Meja Tuhan di mana pun anda berada ketika ini.

Minggu ini, kita, sekali lagi, berada dalam suasana PKP, Perintah Kawalan Pergerakkan. Kita telah bersama-sama mengharungi pandemik Covid-19 lebih setahun. Selama satu tahun, setiap kita mengalami berbagai pengalaman setelah pergerakkan dan kerja-kerja kita terhad dan dihad. 2020 berlalu seolah-olah dalam sekelip mata. Hari ini, kita sudah berada di pertengahan 2021. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Seolah-olah perjalanan hidup tidak menentu dan tanpa haluan yang kukuh. Persoalan demi persoalan mungkin berada di fikiran kita. Dan mungkin, juga, persoalan asas kehidupan terbit sekali lagi dalam fikiran kita. Antaranya, “ke mana kah arah tuju hidup ini?”, “apakah erti kehidupan ini?” dan, “siapa kah saya? atau kenapa saya ada di dunia ketika ini?”.

Pagi ini, saya membawa kita membaca Mazmur 23 sekali lagi. Mazmur yang ramai kita kenal. Kita akan menghayati ayat 3, dengan “Menjalani Hidup Yang Bererti”sebagai tema perbualan kita.

Kita akan menghayati ayat 3 - “Dia menyegarkan jiwaku. Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh kerana nama-Nya”, sebagai dorongan bahawa kita, anda dan saya, sedang “Menjalani Hidup Yang Bererti” kerana Yesus Kristus.

Kita akan menghayati 2 perkara.

1. Berada Di Jalan Yang Benar.

2. Kerana Yesus Kristus.


Di dalam Kristus, hidup yang anda sekarang jalani bererti. Di dalam Kristus, kehidupan anda sekarang bukan sesuatu yang sia-sia. Hidup kita ada tujuan dan ada maksudnya dalam Kristus Yesus. Kristus-lah yang membawa dan memulih makna dalam hidup kita. Tuhan Yesus Kristus, Gembala yang baik menuntun kita di jalan yang benar kerana kasih karunia Tuhan bagi kemuliaan Tuhan.


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 06 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Uding Anyie.]

Jun 06, 202139:10
E65: “Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar, Efesus 1:17”

E65: “Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar, Efesus 1:17”

Shalom.

Selamat beribadah kepada kita semua.

Pagi ini saya membawa kita untuk menghayati Efesus 1:17. Tema renungan kita adalah“Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu Untuk Mengenal Dia Yang Benar”.

Saya membaca Efesus 1:15-23.

Petikan yang kita baca, adalah sebuah doa. Kadang-kadang kita lebih cenderong untuk bercakap kepada orang tentang kebenaran. Itu, juga, adalah baik. Tetapi seringkali kita berusaha dalam daya dan kepandaian sendiri untuk menerangkan kebenaran tetang Tuhan dan lupa untuk berdoa, memohon agar Tuhan sendiri memperkenalkan Dirinya kepada orang. Saya percaya, doa Rasul Paulus tercatat dalam Alkitab agar kita bergantung sepenuh kepada Tuhan, yang bukan sahaja sumber kebenaran, tetapi Dia Sendiri adalah Kebenaran itu; agar kita dan setiap orang diperboleh untuk memahami kebenaran. Dari petikan yang kita baca, kita akan menghayati 2 perkara.


(1) Menerima Roh Hikmat Dan Wahyu.

(2) Mengenal Dia Yang Benar.


“Aku berdoa semoga Allah Tuhan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-Nya. Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman.” Efesus 1:17-19, AVB.


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 23 Mei 2021, 8.30 am, BEM Lutong Baru BM.
Pemimpin Pujian : Saudara Desmond Jok.]

May 23, 202139:52
E64: “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan, Yesaya 49:14-16.”

E64: “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan, Yesaya 49:14-16.”

Shalom.

Selamat Hari Ibu.

Pagi ini kita menghargai ibu-ibu diantara kita. Dan, sempena Hari Ibu, saya membawa kita untuk menghayati Yesaya 49:14-16. Tema renungan kita adalah “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan”.


14 Tetapi Sion berkata, "TUHAN telah meninggalkan aku. Tuhan telah melupakan aku."

15 "Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak menyayangi anak daripada kandungannya? Ya, dia mungkin akan lupa, tetapi Aku tidak akan melupakan engkau!

16 Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku, tembok-tembok kotamu sentiasa ada di hadapan-Ku.”

Yesaya 49:14-16, AVB.


Dan dari teks renungan kita, doa saya adalah, agar dalam kita merayakan Hari Ibu kita diyakinkan oleh Roh Tuhan mengenai hati Allah Bapa untuk kita. Dia mengasihi kita, seperti seorang ibu mengasihi anaknya. Tuhan tidak dapat melupakan kita kerana Dia telah ukirkan kita di telapak tangan-Nya, yang terbukti dari lobang paku di tangan Yesus kerana pengorban di kayu salib bagi kita. “Isi Hati Bapa Dalam Kasih Ibu: Mengenal Tuhan Dalam Sifat Keibuan”. Firman Tuhan mengambar kasih Tuhan kepada kita dengan sifat keibuan, seperti anak yang menyusu, kasih Allah kepada kita terletak sepenuhnya dalam Diri Tuhan sendiri. Kasih tanpa syarat. Allah mengasihi anda dan saya.


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, BEM Lutong Baru BM, 09 May 2021, 8.30 am, sempena Hari Ibu.

Pujian Penyembahan dipimpin oleh Puan Angela Mancha.]

May 09, 202143:26
E63: “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”, Ibrani 10:19-25.

E63: “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”, Ibrani 10:19-25.

Shalom dan selamat pagi umat Tuhan yang dikasihi.

Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci setelah kita mendengar perkongsian Firman Tuhan.

Teks renungan kita pagi ini diambil dari Ibrani 10:16-25. Tema perbualan kita adalah “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”. Iaitu, anda dan saya sentiasa berada dalam hadirat Tuhan oleh kerana Tuhan Yesus Kristus. Oleh kerana itu, didalam Kristus, kita ada keistimewaan sedia ada dalam kita menempuhi perjalanan hidup kita.

Dari teks pembacaan kita, kita akan menghayati 2 perkara:

(1) Berada Di Ruang Mahakudus, ayat 19 - 21.

(2) Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan, ayat 22 – 25.

(1) Berada Di Ruang Mahakudus, ayat 19 - 21.

Terdahulu dalam Surat Ibrani, kita membaca di Ibrani 4:16, “Sebab itu marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.”

Dan dalam teks pembacaan kita pagi ini, keberanian menghampiri takhta kasih karunia, iaitu, kebebasan dan keyakinan untuk berada dalam hadirat Tuhan terletak dalam, dua perkara iaitu, (1) Yesus sudah membuka jalan masuk bagi kita, ayat 20, dan (2) kita mempunyai Imam Besar, iaitu Yesus sendiri, yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah, ayat 21.

(2) Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan, ayat 22 – 25.

Oleh kerana kita sudah berada dalam hadirat Tuhan, dalam ruang yang Mahakudus, kita diajak begini:

  • Marilah Kita Menghadap Allah, ayat 22.
  • Marilah kita teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita,ayat 23.
  • Dan marilah kita saling memperhatikan dan saling menasihati,ayat 24-25.

Kesimpulan:

“Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”. Kita, anda dan saya sentiasa berada dalam hadirat Tuhan oleh kerana Tuhan Yesus Kristus. Oleh kerana itu, didalam Kristus, kita ada keistimewaan sedia ada dalam kita menempuhi perjalanan hidup kita. Tuhan Yesus-lah Pintu dan Pembela kita, agar kita dapat berada di dalam ruang Mahakudus. Kerana Yesus Kristus dan didalam Kristus Yesus kita dibebas dan bebas untuk menghadap Allah. Pengharapan kita di dalam perbuatan Kristus adalah sauh yang membuat jiwa kita aman. Dan setiap kita, didalam Kristus dapat saling mendorong dan menasihati satu sama lain.

Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 02 Mei 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Wan.]

May 02, 202137:40
E62: “Tindakan Di Saat Kita Tidak Tahu Apa Yang Perlu Dibuat, 2 Tawarikh 20:1-12.”

E62: “Tindakan Di Saat Kita Tidak Tahu Apa Yang Perlu Dibuat, 2 Tawarikh 20:1-12.”

Shalom.

Pagi ini, saya ingin membawa kita menghayati tindakan Raja Yosafat disaat dia menghadapi situasi yang dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Kita akan melihat tindakan yang dia ambil disaat dia menghadapi jalan buntu dalam hidupnya. Teks renungan kita adalah 2 Tawarikh 20.1-12. Tema perbualan kita adalah, “Tindakan di saat kita tidak tahu apa yang perlu di buat”.


"... kami tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi laskar yang besar ini, yang datang menyerang kami. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi mata kami tertuju kepada-Mu.” 2 Tawarikh 20:12, ITB.


Dalam hidup ini, seperti Raja Yosafat, pasti ada kalanya kita menghadapi jalan buntu dalam hidup kita. Kita tidak tahu apa yang perlu kita buat dalam situasi itu. Kadang-kadang dalam keadaan tertekan kita mudah terburu-buru bertindak tanpa berfikir dengan mendalam, atau tanpa berdoa, dan bergantung kepada nasihat-nasihat yang mungkin “separuh masak” atau nasihat yang dibuat tanpa dipertimbangkan dengan mendalam.

Kita yakin bahawa, peristiwa kemenangan Yosafat diatas musuhnya adalah untuk kita, agar kita tahu apa yang perlu dilakukan apabila kita berada dalam keadaan yang memerlu kita untuk bertindak. Perkara pertama yang Yosafat lakukan adalah mencari wajah Tuhan terlebih dahulu - ayat 3, “mengambil keputusan untuk mencari Tuhan.” Mengambil keputusan merujuk kepada tekad Yosafat untuk terlebih dahulu mencari wajah Tuhan dan untuk mengetahui apa yang Tuhan mahu dia lakukan. Tekadnya dilihat dalam tindakannya menyeru seluruh rakyat Yehuda untuk bersama-sama berpuasa. Dia bukan sahaja menyeru, tetapi turut serta sebagai teladan bagi rakyatnya. Mereka berpuasa dan berdoa memohon tindakan Tuhan dalam delima mereka.

Kadangkala kita terburu-buru dan mengabai untuk berdoa dan mencari wajah Tuhan dan bertindak dalam budibicara kita sendiri; bila kita menghadapi keadaan yang susah atau sukar. Kadang-kadang kita berdoa setelah kita bertindak atau keadaan yang kita hadapi menjadi lebih teruk akibat tindakan kita yang terburu-buru.

Tidak dapat kita nafi dan elak bahawa kita hadapi banyak perkara yang kita tidak tahu apa yang perlu dibuat dalam menempuh hidup kita. Banyak keputusan perlu kita lakukan. Kita sudah setahun lebih berada dalam suasana pandemik Covid-19, yang tidak menentu. Walaupun kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada keesokan harinya, kita percaya Tuhan ada bersama kita.


Kesimpulan:

Raja Yosafat berdoa, “kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi mata kami tertuju kepada-Mu.” Disaat kita tidak tahu apa perlu dibuat, carilah wajah Tuhan! “Diberkatilah orang yang mengandalkan TUHAN, yang menaruh harapannya pada TUHAN!” (Yeremia 17.7, ITB).

Tuhan memberkati semua.


Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 25 April 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Gordon Pirak.]

Apr 25, 202146:45
E61: “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus”, Filipi 3:4-11.

E61: “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus”, Filipi 3:4-11.

Shalom.

Teks Firman Tuhan untuk kita hayati pagi ini diambil dari Filipi 3:4-11. Tema perbualan kita adalah “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus” sebagai dorongan agar kita mengharungi perjalanan hidup kita dengan tabah.

Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta.


Dari teks pembacaan kita, Filipi 3:4-11, saya membawa kita untuk menghayati dua perkara:

1. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah hidup yang mengenal Tuhan Yesus Kristus. ayat 8.

2. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus. ayat 10.


1. Mengenal Tuhan Yesus Kristus.

Hidup dalam kuasa kebangkitan Kristus adalah hidup kita di dalam Kristus, oleh kasih karunia Allah. Kuasa kebangkitan adalah kuasa Tuhan. Kuasa Tuhan yang membangkitkan Kristus dari kematian. Kuasa itulah yang menghidupkan kita agar mengenal Kristus. Mengenal Yesus Kristus adalah tanda kuasa kebangkitan Tuhan di dalam hidup kita.

Kita bukan sekadar mengetahui tentang Yesus Kristus, tetapi mengenal Dia. Mengenal Kristus bererti, kita bermegah dalam Kristus sahaja. Kemuliaan, kuasa dan hormat adalah milik Tuhan sahaja. Kuasa kebangkitan Kristus adalah kuasa Tuhan agar kita dapat meneruskan perjalanan hidup dengan yakin dan tabah. Tuhan ada ditengah kita.


2. Persekutuan Dalam Penderitaan Kristus.

“… berada dalam Dia bukan dengan kebenaranku sendiri karena mentaati hukum Taurat, melainkan dengan kebenaran karena kepercayaan kepada Kristus, yaitu kebenaran yang Allah anugerahkan berdasarkan kepercayaan. Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya ...”, ayat 9 - 10.

Kerana kita berada dalam Kristus, hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus. Kuasa kebangkitan Kristus tidak dapat kita pisah dari persekutuan dalam penderitaan Kristus. Jumaat Agung tidak dapat kita pisah dari Hari Kebangkitan (Hari Easter).

Berada dalam Kristus dan persekutuan dalam penderitaan Kristus boleh dilihat juga sebagai proses permurnian atau pengudusan kita. Pembentukan kerohanian kita. Dari teks kita, kita telah membaca, “di mana aku menjadi serupa dengan Dia dalam kematian-Nya, supaya aku akhirnya beroleh kebangkitan dari antara orang mati.”

“Menjadi serupa”, merujuk kepada proses, kita mengalami kuasa kebangkitan terus menerus, agar menjadi serupa Kristus. Persekutuan kita dalam penderitaan Kristus adalah tanda kasih anugerah Tuhan yang meneguhkan harapan kita dalam Kristus.


Kesimpulan:

Saudara, Saudari yang dikasihi dalam Kristus, Tuhan Yesus berjanji menyertai kita sentiasa. Berhubunglah sentiasa dengan Dia. Dengar suara-Nya dalam Alkitab. Berbicara dengan-Nya dalam doa. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah hidup yang mengenal Tuhan Yesus Kristus, bukan sekadar mengetahui tentang Yesus. Kita kenal Dia sebagai Tuhan, Raja dan Juruselamat kita. Dan, hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus, kita tabah dalam perjalanan hidup kita, mengetahui bahawa kita berada di dalam Kristus.


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 11 April 2021, 8.30am. BEM Lutong Baru BM.]

Apr 11, 202144:20
E60: ‘Pewaris Berkat Abraham, Kejadian 12:1-9.’

E60: ‘Pewaris Berkat Abraham, Kejadian 12:1-9.’

Shalom.


Pagi ini kita membaca Kejadian 12.1-9 untuk menghayati panggilan Abraham. Dari panggilan Abraham itu, kita akan melihat keistimewaan kita sebagai ‘Pewaris Berkat Abraham’.


Kita akan menghayati 3 perkara mengenai Iman Abraham, sebagai gambaran kepada apa yang kita warisi.

(1) Iman mempercayai bahawa Firman Tuhan adalah benar, ayat 1 - 3.

(2) Iman mentaati Firman Tuhan dengan menyerah perjalanan hidup kita dalam pimpinan Tuhan, ayat 4 – 6.

(3) Iman mengisytiharkan Nama Tuhan di mana-mana pun kita berada, dalam apapun keadaan atau persekitaran yang kita alami, ayat 6 – 9.


Mempercayai. Mentaati. Mengisytiharkan. Iman mempercayai bahawa Allah wujud, dan Firman-Nya adalah benar. Respons kita kepada mempercayai, adalah mentaati Firman Tuhan dan mengisytiharkan Nama Tuhan.

Tentang Abraham, Firman Tuhan berkata begini, “lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran”, Kejadian 15.6, ITB.

Kepada Jemaat Galatia, Rasul Paulus menulis;

Sebab kamu semua adalah anak-anak Allah karena iman di dalam Yesus Kristus. Karena kamu semua, yang dibaptis dalam Kristus, telah mengenakan Kristus. Dalam hal ini tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani, tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada laki-laki atau perempuan, karena kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus. Dan jikalau kamu adalah milik Kristus, maka kamu juga adalah keturunan Abraham dan berhak menerima janji Allah.Galatia 3.26-29, ITB.

Anda dan saya adalah Pewaris Berkat Abraham didalam Kristus. Kita diberkati Tuhan agar kita menjadi berkat kepada semua kaum di muka bumi ini.

Panggilan Abraham bukan sekadar agar dia diberkati, tetapi dalam dia melangkah dalam pimpinan Tuhan dia dapat membawa berkat Tuhan kepada “semua kaum di muka bumi,. Dan kita semua, sebagai pewaris berkat Abraham, di dalam Kristus, bukan sahaja menerima berkat Tuhan, tetapi, setiap kita juga diterap kedalam rencana penyelamatan Tuhan untuk memberkati semua kaum di muka bumi.


Tuhan memberkati kita semua.

Lydia.

[Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.

Kebaktian Hari Ahad, 14 Mac 2021, 8.30am. BEM Lutong Baru BM.]

Mar 14, 202135:58
E59: “Mencari dan Mengenal Hikmat, Amsal 4:7.”

E59: “Mencari dan Mengenal Hikmat, Amsal 4:7.”

[Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.]


Shalom.

Pagi ini, teks renungan kita diambil dari Amsal 4:7. Tema perbualan kita adalah “Mencari dan Mengenal Hikmat” sebagai ajakan dan dorongan bahawa kita, dapat menemui dan memperoleh hikmat. Hikmat bukan satu rahsia atau sesuatu yang tersembunyi dari kita.

Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta.

Amsal 4:7 (ITB), “Permulaan hikmat ialah: perolehlah hikmat dan dengan segala yang kauperoleh perolehlah pengertian.” Dari Alkitab Berita Baik, “Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian.” Dan dari Alkitab Versi Borneo, “Hikmah adalah yang paling utama. Peroleh hikmah dengan segala pemerolehanmu itu, perolehlah pengertian.”

Saya galak anda untuk membaca Buku Amsal, dan membacanya berulang-ulang. Sebagai permulaan dan untuk memudah pembacaan kita, tiga puluh satu fasal dalam Buku Amsal dapat kita bagi kepada dua bahagian, iaitu, Fasal 1 hingga Fasal 9 adalah gambaran umum perkara-perkara yang disebut dengan terperinci dalam Fasal 10 hingga Fasal 31.

Kita akan membaca beberapa petikan dari Fasal 1 hingga Fasal 9 untuk menghayati tajuk perbualan kita, “Mencari dan Mengenal Hikmat”.

Takut akan Tuhan bermaksud bahawa hikmat dan pengetahuan tidak mungkin tanpa kerpercayaan kepada Tuhan. Kita perlu ada iman, dan percaya bahawa Tuhan wujud. Iaitu, kerana kita beriman, kita mencari pengertian akan hikmat. Dalam masa yang sama, bila kita bersungguh-sungguh mencari hikmat, takut akan Tuhan itu timbul dalam kita, dalam kita mencari hikmat. Amsal 2:4-5, “…jikalau engkau mencarinya (iaitu, hikmat) seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam, maka engkau akan memperoleh pengertian tentang takut akan Tuhan dan mendapat pengenalan akan Allah.”

Hikmat berasal dari Tuhan (Amsal 1:7; 9:10); dan hikmat membawa kita kepada hikmat itu sendiri (Amsal 2:5). Amsal 4:7, “Permulaan hikmat ialah: perolehlah hikmat dan dengan segala yang kau peroleh perolehlah pengertian.”  Bila kita mencari, kita akan mengenal hikmat.

Tentang Yesus Kristus, Nabi Yesaya telah bernubuat sebelum kelahiran Kristus, berkata, “Roh Tuhan akan ada pada-Nya, Roh hikmat dan pengertian, Roh nasihat dan keperkasaan, Roh pengenalan dan takut akan Tuhan; ya, kesenangan-Nya ialah takut akan Tuhan.” Yesaya 11:2.

Kristus-lah hikmat kita, “sebab di dalam Dia-lah tersembunyi segala harta hikmat dan pengetahuan”, (Kolose 2:3).


Tuhan memberkati kita semua.


Lydia.

Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Angela Mancha & Keluarga.

Kebaktian Hari Ahad, 7 March 2021, 8.30am. BEM Lutong Baru BM.

Mar 07, 202134:29
E58: “Hidup Dalam Kebijaksanaan, Amsal 1.7.”

E58: “Hidup Dalam Kebijaksanaan, Amsal 1.7.”

Shalom.

Kita meneruskan renungan kita dalam siri Hidup Bijaksana yang kita telah mulai awal bulan Januari.

Kehidupan kita hari ini boleh dikaitkan dengan pilihan-pilihan yang kita telah buat. Saya dorong agar kita imbas kembali dan dari masa ke masa membuat evaluasi terhadap perjalanan hidup kita agar kita tidak terperangkap dalam situasi-situasi yang rumit, dan kita dapat memperbaiki hidup kita sekiranya terdapat kesilapan langkah.

Hidup Dalam Kebijaksanaan adalah tajuk perbualan kita pagi. Kita menghayati Amsal 1.1-7, untuk mendapat petunjuk dari pengalaman mereka-mereka yang mendasarkan hidup kepada TUHAN.

Amsal 1.1-7 yang telah kita baca merupakan pendahuluan atau pengenalan kepada Buku Amsal. Buku Amsal mengandungi kata-kata hikmat. Secara ringkas kita akan melihat 2 perkara: (1) matlamat kenapa buku ini ditulis, dan dari matlamat kenapa ianya ditulis, (2) mendapat petunjuk untuk “hidup dalam kebijaksanaan”.

(1) Matlamat Kenapa Buku Amsal Ditulis.

(a) Kepada siapakah Buku Amsal ini ditulis?

Buku Amsal dituju kepada kita semua; kepada orang yang tak berpengalaman, kepada orang muda, dan kepada orang bijaksana.

(b) Kenapa Buku Amsal ini ditulis?

Sebab utama buku Amsal ditulis adalah supaya pendengar dapat mengetahui “hikmat”. Bagi memudah renungan kita, kita boleh melihat bahawa ayat 3 hingga 6 sebagai sinonim kepada hikmat atau ulasan tetang hikmat, iaitu, “untuk mengetahui didikan, untuk mengerti kata-kata yang bermakna, untuk menerima didikan yang menjadikan pandai, serta kebenaran, keadilan dan kejujuran, untuk memberikan kecerdasan kepada orang yang tak berpengalaman, dan pengetahuan serta kebijaksanaan kepada orang muda, untuk mengerti amsal dan ibarat, perkataan dan teka-teki orang bijak”.

Dan ayat 7 boleh kita ambil sebagai ringkasan kepada semua yang mahu disampaikan kepada kita oleh Buku Amsal, iaitu, “Takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didikan”.

“Takut akan Tuhan”, adalah sikap sanjungan dan pujaan yang kita ambil terhadap Tuhan. Kita mengasihi, kagum dan merendahkan diri untuk taat kepada Firman-Nya. Orang yang tidak takut akan Tuhan disebut sebagai “orang bodoh” yang “menghina hikmat dan didikan”. Menghina atau meremehkan didikan berasaskan Firman Tuhan adalah sikap mereka yang tidak mengenal Tuhan.

(2) Petunjuk Untuk Hidup Dalam Kebijaksanaan.

Jadi, dari Amsal 1.1-7, kita dipanggil untuk mengenal dan memiliki kebijaksanaan dengan mengambil sikap “takut akan Tuhan”. “Takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan”. Atau, “Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan”, Amsal 9.10. Amsal 1.7, menyingkap “hidup dalam kebijaksanaan”.

“Permulaan” bererti dasar. Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, bererti hikmat sejati, hikmat sebenar, hikmat sepenuh, terletak dalam Tuhan. Hikmat sebenar adalah mengenal Tuhan, “permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian”, (Amsal 3.19-20).

Jadi untuk “hidup dalam kebijaksanaan” adalah mengenal Tuhan dan mengenal bahawa hikmat sejati terletak didalam Tuhan. Rasul Paulus menulis kepada jemaat Kolose di Kolose 2.3, “… di dalam Dia-lah (iaitu, Kristus) tersembunyi segala harta hikmat dan pengetahuan”.

Kesimpulan:

Untuk “hidup dalam kebijaksanaan” kita di ajak untuk mengenal hikmat. Hikmat sejati adalah didalam Kristus. Dan dari Amsal 1.7, kita diberitahu bahawa, “Takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan,” atau “permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan” (Amsal 9.10).


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Anyie & Keluarga]

Feb 28, 202134:05
E57: ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti, Roma 12:12.’

E57: ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti, Roma 12:12.’

Kebaktian Hari Ahad 14 February 2021, 8.30am, BEM Lutong Baru BM.


Shalom.

Pagi ini, saya membawa kita menghayati Roma 12:12 dengan tema, ‘Ketabahan Berdasarkan Pengharapan Yang Pasti’.

Roma 12:12, ITB; “Bersukacitalah dalam pengharapan, sabarlah dalam kesesakan, dan bertekunlah dalam doa!” (‘Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa, AVB.)

Pengenalan: 

Buku Roma adalah Surat dari Rasul Paulus kepada orang percaya yang berada di Rom mendahului rencananya untuk ada bersama-sama mereka (Rom 1:10; 15:32).

Secara umum kita boleh bahagi buku ini kepada dua bahagian: Fasal 1 - Fasal 11, Dasar Pengajaran Tentang Keselamatan; dan Fasal 12 – Fasal 16, Gaya Hidup Umat Tuhan Yang Diselamatkan.

Dalam bahagian pertama keselamatan kita adalah kerana kasih anugerah Allah, melalui iman kita dalam Tuhan Yesus Kristus.

Di Roma 5:1, kita membaca;

“(1) Sebab itu, kita yang dibenarkan karena iman, kita hidup dalam damai sejahtera dengan Allah oleh karena Tuhan kita, Yesus Kristus. (2) Oleh Dia kita juga beroleh jalan masuk oleh iman kepada kasih karunia ini. Di dalam kasih karunia ini kita berdiri dan kita bermegah dalam pengharapan akan menerima kemuliaan Allah. (3) Dan bukan hanya itu saja. Kita malah bermegah juga dalam kesengsaraan kita, karena kita tahu, bahwa kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan, (4) dan ketekunan menimbulkan tahan uji dan tahan uji menimbulkan pengharapan. (5) Dan pengharapan tidak mengecewakan, karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita. (6) Karena waktu kita masih lemah, Kristus telah mati untuk kita orang-orang durhaka pada waktu yang ditentukan oleh Allah.”

Bagaimanakah Umat Allah yang telah diselamatkan oleh kasih anugerah Allah ini hidup? Inilah pengajaran dan nasihat yang diberi Rasul Paulus dalam Fasal 12 dan seterusnya.

Dari teks, Roma 12:12, kita melihat 3 perkara yang antaranya menggambar orang-orang percaya kepada Kristus.

1.  Sukacita Dalam Pengharapan

Roma 5:1-6. 1 Peterus 1:6-9.

Roma 15:13, “semoga Allah, sumber pengharapan, memenuhi kamu dengan segala sukacita dan damai sejahtera dalam iman kamu, supaya oleh kekuatan Roh kudus kamu berlimpah-limpah dalam pengharapan.”

2.  Sabar Dalam Kesesakan (Tabah Menghadapi Kesusahan).

Roma 8:18. Ibrani 12:2-4.

Yohanes 16:33, “semuanya itu Ku-katakan kepadamu, supaya kamu beroleh damai sejahtera dalam Aku. Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia.” – Tuhan Yesus Kristus.

Roma 8:37-38.

3.  Tekun Dalam Doa (Terus-Menerus Berdoa)

Roma 8:26-27, “demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa, tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan. Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.”

Penutup:

Roma 15:4, “sebab segala sesuatu yang ditulis dahulu, telah ditulis untuk menjadi pelajaran bagi kita, supaya kita teguh berpegang pada pengharapan oleh ketekunan dan penghiburan dari Kitab Suci.”

Tuhan memberkati kita semua.

Lydia.

[Pujian Penyembahan Dipimpin Pn Uding Anyie & Keluarga]

Feb 14, 202141:05
E56: ‘Jaminan & Keyakinan Keselamatan Orang Percaya, Ibrani 9:27-28’.

E56: ‘Jaminan & Keyakinan Keselamatan Orang Percaya, Ibrani 9:27-28’.

KEBAKTIAN HARI AHAD, 07 February 2021, 8.30am.

BEM LUTONG BARU BM.

[Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.]


Shalom. Selamat beribadah kepada kita semua.

Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci. Dimanapun anda berada ketika ini, anda dipelawa untuk turut serta.

Bila seseorang mempercayai, mengakui dan menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat; dia mengisytiharkan pengakuannya dengan memberi diri untuk dibaptis. Seterusnya bersama-sama dengan umat Tuhan sejagat, mengambil Perjamuan Suci sebagai pengakuan keyakinan bahawa keselamatannya terletak dalam kasih anugerah Tuhan yang disempurnakan didalam Yesus Kristus.

_____


Sebagai lanjutan dari renungan kita di Meja Perjamuan Suci, mari kita menghayati bersama-sama Firman Tuhan yang terdapat di Ibrani 9:27-28. Tema perbualan kita pagi ini adalah, “Jaminan dan Keyakinan Keselamatan Orang Percaya”.

Ibrani 9:27-28, ITB;

(27) Dan sama seperti manusia ditetapkanuntuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi, (28) demikian pula Kristus hanya satu kali sajamengorbankan diri-Nya untuk menanggung dosa banyak orang. Sesudah itu Ia akan menyatakan diri-Nya sekali lagi tanpa menanggung dosauntuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka, yang menantikan Dia.

Dalam dua ayat ini, kita telah membaca “dan sama seperti manusia…”, di sambung dengan, “demikian pula Kristus…”. Iaitu, penulis Buku Ibrani mahu menekankan perkara-pekara yang pasti akan terjadidengan membandingkan kedua ayat ini.


Pagi ini, kita menghayati 4 perkara pasti yang disebut akan terjadi; iaitu, di ayat 27, setiap manusia akan (1) mati, dan (2) dihakimi. Dan di ayat 28, Kristus akan (3) menyatakan diri-Nya sekali lagi, dan (4) untuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka yang menanti-Nya.


Dan, dalam teks yang kita hayati, kita juga diberi penjelasan bahawa sama seperti manusia telah ditetapkan untuk mati sekali, Tuhan Yesus Kristus juga telah korbankan DiriNya hanya sekali untuk menanggung dosa kita. Iaitu, pengorbanan Tuhan Tuhan Yesus Kristus adalah sempurna, agar kita ditebus dan kita menerima pengampunan dosa. Kristus akan datang lagi untuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka yang menanti Dia. Maka jaminan dan keyakinan keselamatan bagi setiap orang percaya terletak dalam kesempurnaan pengorbanan Tuhan Yesus Kristus. Efesus 1:7, “Sebab di dalam Dia [Kristus] dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya.”

Puji Tuhan. Tuhan Yesus akan datang sekali lagi untuk menganugerahkan keselamatan bagi setiap orang yang setia menantikan Dia. Pengorbanan Yesus Kristus-lah jaminan dan keyakinan keselamatan kita orang percaya.


Tuhan memberkati kita semua.

Lydia.

[Pujian Penyembahan Dipimpin Saudara Desmond Jok Ipui & Keluarga]

Feb 07, 202127:50
E54: ‘Hidup Bijaksana, Membangun Di Atas Dasar Yang Teguh.’ Matius 7:24-27.

E54: ‘Hidup Bijaksana, Membangun Di Atas Dasar Yang Teguh.’ Matius 7:24-27.

[Kebaktian Ahad BEM Lutong Baru BM, 17 January 2021. 8.30am].

Shalom.

Selamat bertemu melalui Ibadah Online sekali lagi.

Teks Firman Tuhan yang kita renung bersama pagi ini terdapat di Matius 7:24-27.

Minggu lepas (Episod E53) kita membaca Efesus 5:15-17, dimana kita menghayati “Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada” sebagai tema perbualan. Firman Tuhan mengingatkan kita supaya memerhatikan cara hidup kita, agar kita menggunakan setiap waktu yang ada dengan bijaksana dengan mengenal kehendak Allah kerana hari-hari adalah jahat.

Pagi ini Firman Tuhan memanggil kita untuk hidup bijaksana dengan bukan hanya mendengar Firman tetapi melakukannya. Dalam teks pagi ini, kita melihat kehidupan seorang yang dikatakan bijaksana dan seorang yang bodoh. Dari pembacaan Firman Tuhan, kita diberitahu bahawa orang yang mendengar perkataan Tuhan dan melakukannya dikatakan orang yang bijaksana. Orang yang bijaksana ini disebutkan seperti seseorang yang mendirikan rumahnya di atas batu, kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak roboh sebab didirikan di atas batu.

Tetapi setiap orang yang mendengar perkataan Tuhan tetapi tidak melakukannya, ia sama dengan orang yang bodoh, yang mendirikan rumahnya di atas pasir. Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, sehingga robohlah rumah itu dan hebatlah kerosakannya.

Dari pembacaan kita.

1. Kekuatan Sebuah Rumah Bergantung Kepada Dasarnya.

Dasar dimana rumah itu didirikan memastikan ia tahan kuat bila dilanda angin dan hujan.

2. Kedua rumah dilanda hujan, angin, yang sama.

Kedua-dua rumah itu dilanda perkara yang sama, iaitu angin dan hujan. Setiap manusia di muka bumi ini tidak terkecuali dari menghadapi tekanan hidup, cobaan, cabaran, penderitaan, masaalah, konflik hidup dan sebagainya.

3. Penjelasan Firman:

a. Untuk menjadi orang yang bijaksana kita harus bukan saja mendengar Firman Tuhan, tetapi, mendengar dan melakukannya. Orang yang mendengar dan melakukan Firman, Ia seperti orang bijak yang membina rumah atas batu. ‘Hidup Bijaksana, Membangun Di Atas Batu.’ Dirikan kehidupan kita atas Dasar Yang Teguh.

b. Orang yang dikatakan bodoh hanya mendengar Firman Tuhan dan tidak melakukannya. Ia seperti orang yang mendirikan rumah atas pasir. Bila hujan dan angin melanda rumah itu, rumah itu roboh dan hebatlah kerosakkannya.

Penutup.

Hidup di dunia sangat mencabar. Setiap kehidupan kita tak terlepas dari diserang angin, dan ditimpa hujan di bumi ini. Tidak seorang pun boleh terlepas apa pun status kita dan di mana pun kita berada di muka bumi ini. Contohnya, seluruh dunia tak terlepas dari Covid 19. Bencana alam terjadi di mana-mana.

Tuhan Yesus memanggil kita datang kepada Nya. Matius 11:28, “Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu. Pikullah kuk yang Ku pasang dan belajarlah pada-Ku, karena Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan.


1 Peterus 5:7, “Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu.


Tuhan memberkati semua.


Lydia.

Feb 02, 202123:41
E53: Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada. Efesus 5:14-17. [Mesej Tahun Baru 2021].

E53: Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada. Efesus 5:14-17. [Mesej Tahun Baru 2021].

[Kebaktian Hari Ahad, 10 January 2021. Mesej Tahun Baru 2021.]


Nota:

(1) Kebaktian sepenuh telah disiar secara langsung melalui “Facebook Live” di Facebook Page Gereja BEM Lutong Baru BM. Audio yang dikongsi disini adalah sebahagian (singkatan) dari kebaktian itu.

(2) Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Sekiranya anda mahu turut serta, anda boleh “pause” audio untuk menyesuaikan audio dengan masa anda.


Mesej Dorongan Tahun Baru 2021.

Efesus 5:14-17, ITB;

(14) ’Itulah sebabnya dikatakan: ”Bangunlah, hai kamu yang tidur dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan bercahaya atas kamu.”

(15) Karena itu, perhatikanlah dengan saksama, bagaimana kamu hidup, janganlah seperti orang bebal, tetapi seperti orang arif, (16) dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat. (17) Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.’


Rumusan Perkongsian:

Teks Efesus 5:14-17, merupakan panggilan untuk kita agar “Hidup Bijaksana, Pergunakan Waktu Yang Ada”.

Ayat 15, “karena itu, perhatikanlah dengan saksama, bagaimana kamu hidup, janganlah seperti orang bebal, tetapi seperti orang arif”.

Orang yang bijak berusaha mengerti kehendak Tuhan (ayat 17). Bagaimana kita mengenal kehendak Tuhan? Iaitu, perhatikanlah dengan saksama, bagimana kita hidup. Reflect. Ambil masa untuk tenggok kembali bagaimana cara kita hidup. Perhatikan hidup kita, ayat 16, dalam penggunaan masa. “Perhatikanlah”, penggunaan masa kita. Contoh, semasa MCO 2020, apakah hidup kita? Dengan keluarga? "Stay at Home", ambil waktu berdiam di hadapan Tuhan. Mencari wajah Tuhan.


2021 gunakan kesempatan yang ada untuk memulih, membina, mengerat hubungan kita dengan (i) Tuhan, dan (ii) dengan keluarga.


Masa berdiam adalah untuk mendengar Tuhan & untuk bersama keluarga. Ambil waktu bersama Tuhan, berdiam dalam Firman Tuhan (membaca Alkitab) & berdoa. Kehendak Tuhan berada dalam Firman Tuhan, contoh, mengampuni, mengasihi, berbuat baik. Tuhan berbicara dengan kita dalam Firman Tuhan. Berdiam dalam hadir Tuhan mempercayai bahawa Roh Tuhan akan mencerahkan Firman Tuhan itu kepada kita. Tuhan bersama kita dan mahu berbicara dengan kita semua.


Tuhan memberkati semua.

Lydia.

Feb 01, 202155:15
E55: “Berjaga-Jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus”, 1 Tesalonika 5:1-11.

E55: “Berjaga-Jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus”, 1 Tesalonika 5:1-11.

[Kebaktian Hari Ahad 31 Januari 2021]

Shalom. Selamat beribadah kepada semua umat Tuhan, di mana pun anda berada ketika ini. Pagi ini saya membawa kita membaca dan diperingatkan oleh Firman Allah dari 1 Tesalonika 5:1-11. Tema perbualan kita, “Berjaga-jaga Untuk Kedatangan Tuhan Yesus.”

[Pengenalan]

Bila kita berbicara tentang kedatangan Tuhan; ada pelbagai respon terhadap berita ini.

Mari kita melihat beberapa perkara yang dapat kita pelajari dari Firman Tuhan yang kita telah baca bersama. Ada dua golongan yang disebut dalam petikan ini. Orang percaya dan orang yang tidak percaya.


A. Orang Percaya

1. Orang percaya sudah tahu tentang kedatangan Tuhan, ayat 1-2.

Matius 24:42, “karena itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu pada hari mana Tuhan-mu datang.”

2. Orang percaya hidup dalam terang, sentiasa berjaga-jaga dan bersedia, ayat 4-6.

Yudas 1:2, “peliharalah dirimu demikian dalam kasih Allah sambil menantikan rahmat Tuhan kita, Yesus Kristus, untuk hidup yang kekal.”

Filipi 3: 13b, “aku melupakan apa yang telah di belakangku dan mengarahkan diri kepada apa yang di hadapanku dan berlari-lari kepada tujuan untuk memperoleh hadiah, yaitu panggilan sorgawi dari Allah dalam Kristus Yesus”.

3. Orang percaya tidak ditetapkan Allah untuk ditimpa murka-Nya tetapi beroleh keselamatan oleh Yesus Keristus Tuhan kita, baik kita mati atau masih hidup kita hidup bersama-sama Tuhan Yesus, ayat 9-10.

Filipi 1: 21, “ karena bagi ku hidup adalah adalah Krsitus dan mati adalah keuntungan”.

4. Kita orang percaya harus saling menasihati satu dengan lain dan saling membangun seperti yang kita sedang buat, ayat 11.


B. Orang Tidak Percaya

1. Orang yang tidak percaya tidak dapat melepaskan diri dari kebinasaan, ayat 3.

Yohanes 3:17-18, “sebab Allah mengutus Anak-Nya kedalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia. Barangsiapa percaya kepada-Nya, ia tidak akan di hukum, barangsiapa tidak percaya, ia telah berada di bawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama anak tunggal Allah”.

2. Orang yang tidak percaya hidup dalam kegelapan, mereka tidur dan mabuk, ayat 7.

1 Yohanes 2:15-17, “janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada didalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada didalam orang itu. Sebab semua yang ada dalam dunia, yaitu keinginan daging, keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia. Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.”


[Penutup]

1. Mari kita terus saling membangun iman satu dengan yang lain.

Galatia 6: 9-10, “janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, karena apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah. Karena itu, selama masih ada kesempatan bagi kita, marilah kita berbuat baik kepada semua orang, tetapi terutama kepada kawan-kawan kita seiman”.

2. Peluang pertobatan bagi orang yang tidak percaya.

2 Peterus 3:9-10, “Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya, sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi Ia sabar terhadap kamu, karena Ia mengkehendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat. Tetapi hari Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada hari itu langit akan lenyap dengan gemuruh yang dahsyat dan unsur-unsur dunia akan hangus dalam nyala api, dan bumi dan segala yang ada diatasnya akan hilang lenyap.


Audio mesej sepenuh boleh didengar dilink podcast yang diberi.

Terima kasih. Tuhan memberkati.

Lydia.


Jan 31, 202137:13
E52: PERJALANAN HIDUP ORANG PERCAYA, IBRANI 11:13-16.

E52: PERJALANAN HIDUP ORANG PERCAYA, IBRANI 11:13-16.

Shalom,

Dalam Kebaktian Hari Ahad pertama 2020, kita telah menghayati Roma 8:37 sebagai landasan untuk kita bagi merentasi tahun 2020. Dari Firman Tuhan di Roma 8:37, kita didorong begini, “… kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita.” (ITB). Roma 8:37 dalam konteks, iaitu, dalam ayat seterusnya, ayat 38, memberitahu kita bahawa kita berada “dalam bahaya maut sepanjang hari, … dianggap sebagai domba-domba sembelihan”. Iaitu, kita tidak terkecuali dari cabaran, rintangan, dan tantangan, dalam perjalanan hidup kita; yang mungkin tidak dapat kita fahami. Dan kebanyakan khotbah-khotbah seterusnya adalah bagi mendorong kita dalam perjalanan hidup ini; bahawa Allah mengasihi kita dengan kasih yang kekal.

15 Mac 2020, Hari Ahad sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan dikuatkuasa, kita menghayati Mazmur 73 dan menyimpul serta diyakinkan bahawa apapun yang kita tempuhi dalam perjalanan hidup ini, Tuhan ada di tengah kita. Dalam kata-kata nabi Zefanya, “TUHAN Allah-mu ada di antaramu sebagai pahlawan yang memberi kemenangan. Ia bergirang kerana engkau dengan sukacita. Ia membaharui engkau dalam kasih-Nya. Ia bersorak-sorak karena engkau dengan sorak-sorai”, Zefanya 3:17. Allah ada di tengah kita. Dia beserta kita. Dia ada di tengah kita sebagai pahlawan yang memberi kemenangan. Kita lebih dari pemenang, kerana Allah mengasihi kita..

Hari ini, 30 Ogos 2020, saya yakin, bahawa, setelah mengharungi lapan bulan, setiap kita dapat sekali lagi mengakui dengan yakin bahawa kita “lebih dari pemenang” kerana Allah mengasihi kita. Tuhan tidak berubah. Kasih-Nya terhadap kita tetap.

Tajuk perkongsian saya pagi ini adalah “Perjalanan Hidup Orang Percaya”; sebagai lanjutan dari apa yang kita hayati pada awal tahun, dan sebagai dorongan bahawa mata Tuhan tetap terarah kepada kita. Teks renungan kita adalah Ibrani 11:13-16.

Dalam iman mereka semua ini telah mati sebagai orang-orang yang tidak memperoleh apa yang dijanjikan itu, tetapi yang hanya dari jauh melihatnya dan melambai-lambai kepadanya dan yang mengakui, bahwa mereka adalah orang asing dan pendatang di bumi ini. Sebab mereka yang berkata demikian menyatakan, bahwa mereka dengan rindu mencari suatu tanah air. Dan kalau sekiranya dalam hal itu mereka ingat akan tanah asal, yang telah mereka tinggalkan, maka mereka cukup mempunyai kesempatan untuk pulang ke situ. Tetapi sekarang mereka merindukan tanah air yang lebih baik yaitu satu tanah air sorgawi. Sebab itu Allah tidak malu disebut Allah mereka, karena Ia telah mempersiapkan sebuah kota bagi mereka.

Kehidupan kita, boleh dilihat sebagai satu perjalanan. Pergerakan kehidupan kita tidak dapat kita tahan. Masa tetap berlalu. Sekarang akan berubah menjadi masa silam esok hari.

Bagi kita, orang-orang percaya, kita melihat perjalanan hidup sebagai bukti anugerah Tuhan, dimana kita dibentuk dan bertumbuh untuk mengenal siapa diri kita didalam Kristus. Dan dari teks pembacaan kita, hidup kita bukan sahaja satu perjalanan, tetapi ianya satu perjalanan yang mempunyai arahtuju yang terang, dan, kepada destinasi yang pasti. Iaitu, kehidupan adalah satu perjalanan menuju destinasi yang pasti.

Kehidupan adalah satu perjalanan menuju destinasi yang pasti. Itu adalah rumusan untuk “Perjalanan Hidup Orang Percaya”, tajuk perbualan kita pagi ini. Dan dari teks kita, saya membawa kita untuk menghayati dua perkara.

(1). Kehidupan adalah satu perjalanan iman, dan (2). Kehidupan adalah satu destinasi pasti.

Tuhan memberkati.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi pada Kebaktian Hari Ahad, 30 Ogos 2020, 10AM]

*Pujian-Penyembahan dipimpin oleh Puan Angela Mancha & Keluarga.

Jan 28, 202131:36
E50: Episod Khas - Kebaktian Penguburan Bapa Saya, 19 Ogos 2020.

E50: Episod Khas - Kebaktian Penguburan Bapa Saya, 19 Ogos 2020.

Naam Keriden @ Ngimat Ulun @ Uban Adun.
08 Mac 1931 - 17 Ogos 2020.

"Di tempat di mana Aku berada, kamu pun berada." - Yesus Kristus (Yohanes 14:3).


___


Ini adalah sebahagian acara di tanah perkuburan pada petang hari Rabu, 19 Ogos 2020 untuk bapa saya. Bapa kembali kepada Bapa Syurgawi pada 10.35 malam Isnin, 17 Ogos 2020.

(i) "Pengharapanku Hanya Yesus Sahaja" (My Hope Is Christ Alone).

(ii) Dorongan dari Firman Tuhan - Pr Sinawat Buayeh.

(iii) "Katu Nuk Nan Mawa Tu Tu" (Amazing Grace in Lun Bawang).

(iv) Acara penyerahan.


Kami merakamkan berbanyak terima kasih di atas doa-doa dan dorongan semua. Tuhan memberkati.

Lydia.

Aug 25, 202022:06
E49: Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9.

E49: Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9.

Guest: Doreen Abeng


Persekutuan Doa, 25 Ogos 2020, Selasa 8PM

Shalom.

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Dalam persekutuan doa malam ini Puan Doreen Abeng membawa Firman Tuhan sebagai renungan kita.

Rumusan perkongsian seperti berikut:

___

“Rindu Akan Allah – Mazmur 63:1-9.”

“Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau.” Mazmur 63:2, Berita Baik – BM.


Dari Mazmur 63:1-9, kita membaca pengisytiharan dan pengakuan Raja Daud bahawa Allah adalah Allah-nya. Dan kerinduanya adalah kepada Allah-nya. Dia merindui Tuhan, kerana dia mengenal Tuhan.

Antara yang Raja Daud akui tentang Allah dalam pembacaan kita adalah bahawa,

·  Allah sumber kehidupannya, 2.

·  Tuhan yang berkuasa dan Tuhan yang mulia, 3.

·  Allah yang mengasihi dia, 4.

·  Allah yang memberi kepuasan kepadanya, 6.

·  Tuhan yang menolongnya, 8.

·  Dia selamat dalam pelindungan Tuhan, 8.

·  Dia berpaut kepada kekuatan Tuhan / kekuatan Tuhan yang ada pada dia, 9.


Raja Daud mengalami semua ini,  maka dia dapat mengatakankan dan mengakui semua ini mengenai Tuhan. Dia dengan itu merindui untuk berada dalam hadirat Tuhan, dimana dia mendapat keteduhan. Di dalam hadirat Tuhan, dia memuji Tuhan dan bersyukur, dia berdoa dan menyanyi, dia merenungkan kebaikan Tuhan.

Dia ingin berada dalam hadirat Tuhan kerana dia mengenal dan mengalami Tuhan.

Apakah yang kita rindui?


___

Terima kasih Puan Doreen.

Keluarga besar yang dikasihi, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.

Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

[Firman Tuhan dikongsi untuk Persekutuan Doa 25 Ogos 2020, 8PM]

Aug 25, 202016:13
E48: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan. Mazmur 77:12

E48: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan. Mazmur 77:12

Persekutuan Doa Keluarga | 11 OGOS 2020, Selasa, 8 PM.
Guest Speaker: Desmond Jok Ipui


Shalom.

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Dalam persekutuan doa malam ini Saudara Desmond Jok Ipui membawa Firman Tuhan sebagai renungan kita.

Ringkasan renungan adalah seperti berikut:

___

Tema Renungan: Ingin Mujizat? Datang Kepada Tuhan.

Mazmur 77:12, “Aku hendak mengingat perbuatan-perbuatan TUHAN, ya, aku hendak mengingat keajaiban-keajaiban-Mu dari zaman purbakala.”

Mujizat-mujizat yang tertulis di dalam Alkitab merupakan kisah nyata sebagai bukti bahawa Tuhan yang kita sembah adalah Tuhan yang ajaib dan berkuasa. Alkitab mencatat kejadian-kejadian secara terperinci agar kita semakin kuat dan teguh dalam Tuhan. Firman Tuhan di Ibrani 13:8, “Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya.” Tuhan tidak berubah.

Ambil contoh masa lalu, dari 2 Raja-Raja 4:1-7; kisah seorang janda miskin yang mempunyai persoalan berat. Dalam keadaan tersepit ia mengadu kepada Elisha. Dalam pergumulan berat janda itu datang ke alamat tepat, iaitu kepada Tuhan. Mencari Tuhan dan berseru kepada-Nya. Dia taat kepada apa yang perlu dilakukan. Iman yang hidup, iman yang disertai perbuatan. Dia mengalami mujizat yang luar biasa.

Tuhan tidak pernah berubah, dari dahulu sampai sekarang. Melihat situasi yang kita alami saat ini, apapun terjadi, Tuhan tetap sama, datanglah kepada Tuhan.

Yesus adalah sumber mujizat, datanglah kepada-Nya dengan iman.

___


Terima kasih Saudara Desmond.

Saudara, Saudari, Keluarga besar, Jemaat BEM Lutong Baru BM yang dikasihi, marilah kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.

Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

[Firman Tuhan dikongsi untuk Persekutuan Doa 11 Ogos 2020, 8PM]

Aug 11, 202007:11
E47: “Tanda Hidup Yang Telah Diubah Oleh Firman Tuhan” - Yakobus 1:26-27

E47: “Tanda Hidup Yang Telah Diubah Oleh Firman Tuhan” - Yakobus 1:26-27

KEBAKTIAN HARI AHAD, 09 AUGUST 2020, 8AM

Guest Speaker: Pr Usun Anyie Ngau | Sambutan & Doa Pembukaan: Pn Paya Anyie | Syafaat & Doa Penutup : Pn Mbang Martin


Shalom!

Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.


Pagi ini Pr Usun Anyie Ngau menyampai Firman Tuhan kepada kita. Terima kasih Pr Usun. Rangka perkongsian, adalah seperti berikut:

“Tanda Hidup Yang Telah Diubah Oleh Firman Tuhan” - Yakobus 1:26-27

Jikalau ada seorang menganggap dirinya beribadah, tetapi tidak mengekang lidahnya, ia menipu dirinya sendiri, maka sia-sialah ibadahnya. Ibadah yang murni dan yang tak bercacat di hadapan Allah, Bapa kita, ialah mengunjungi yatim piatu dan janda-janda dalam kesusahan mereka, dan menjaga supaya dirinya sendiri tidak dicemarkan oleh dunia.” Yakobus 1:26-27, ITB.

Bukti / Impak / Pengaruh Firman Tuhan Dalam Kehidupan Orang Percaya:

Dari buahnya pohon itu dikenal” (Matius 12:33), dan dari Yakobus 1:26-27 ada tiga tanda yang dapat dilihat dalam kehidupan orang percaya yang hidupnya berada di bawah kewibawaan Firman Tuhan. Kehidupannya dibukti dengan ibadah yang murni (membuahi ibadah yang murni).

Ibadah yang murni merangkumi:

1.  Penguasaan Diri / Self Control.

Diilustrasi dengan mengekang lidah; dapat mengendali lidahnya. “Jikalau ada seorang menganggap dirinya beribadah, tetapi tidak mengekang lidahnya, ia menipu dirinya sendiri, maka sia-sialah ibadahnya”; 26.

2.  Hati Yang Siap Melayani / Rela Melayani Orang.

“Ibadah yang murni dan yang tak bercacat di hadapan Allah, Bapa kita, ialah mengunjungi yatim piatu dan janda-janda dalam kesusahan mereka”; 27a.

Ini dapat dilihat sebagai gambaran tentang pelayanan. Iman dan perbuatan; perbuatan sebagai tindakan semulajadi / spontan dari iman kita; (banding Yakobus 2:14-17).

Prinsip memberi pertolongan kepada “yatim piatu dan janda-janda” dalam konteks semasa merangkumi – orang yang tidak berdaya, tidak dapat membela diri, orang yang dipinggirkan, orang dalam keperluan, orang yang lemah.

3.  Hidup Yang Suci

“Dan menjaga supaya dirinya sendiri tidak dicemarkan oleh dunia”; 27b.

Iaitu memperlihatkan identiti kita sebagai anak-anak terang, sebagai umat Tuhan. “Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna”, Roma 12:2, ITB.

Kesimpulan:

Ibadah yang murni perlu mempunyai iman dengan kerendahan hati menerima Firman Allah, dan iman itu disertai dengan perbuatan; kerana apabila Firman Tuhan mula bertumbuh dan berakar dalam kehidupan seseorang tentulah hidupnya akan menghasilkan buah, iaitu buah kebaikkan. Matius 7:6-20, “dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka ... setiap pohon yang baik menghasilkan buah yang baik”. Inilah yang dituntut Yakobus bahawa ibadah yang sejati adalah melakukan / menjalankan iman kita dengan perbuatan yang baik.

Pengusaan diri, kerelaan untuk melayani orang dalam keperluan, dan hidup suci; tiga tanda yang kita pelajari dari Yakobus ini menjadi cermin bagi kita untuk melihat diri kita dan seterusnya ciri ibadah yang murni yang kita miliki dalam kita, sebagai orang percaya sejati.

“Kiranya hati mereka selalu begitu, yakni takut akan Daku dan berpegang pada segala perintah-Ku, supaya baik keadaan mereka dan anak-anak mereka untuk selama-lamanya!” – Ulangan 5:29, ITB.

Dengan pertolongan Tuhan kita dapat melakukannya.

Amen.


Tuhan memberkati.

Lydia.

Aug 10, 202030:07
E46: “Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.”

E46: “Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.”

Guest Speaker: Helen Wan Jok

Persekutuan Doa Keluarga, 04 Ogos 2020, Selasa 8PM.


Shalom.

Dalam persekutuan doa malam ini Puan Helen Wan Jok membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita.


Rumusan perkongsian seperti berikut:

“Tuhan Menyertai Kita; Hagai 2:1-9.”

3 perkara yang dapat kita pelajari dari petikan renungan kita adalah:

1. Dorongan dari Tuhan untuk umat Israel yang kembali dari buangan di Babilonia, adalah dorongan sama untuk kita hari ini untuk terus setia dan tidak putus asa. Tuhan sentiasa menyertai kita.

2. Jangan ingatkan masa dulu (yang tidak kekal, walau bertapa megah) tetapi teruskan perjalananmu bersama Tuhan.

3. Segala alam semesta di bawah kekuasaan Tuhan. Apapun yang terjadi, Tuhan tetap menyertai kita.


Terima kasih Puan Helen.

Keluarga besar yang dikasihi, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.


Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

Aug 04, 202013:19
E45: Mengatasi Godaan, Yakobus 1:12-18

E45: Mengatasi Godaan, Yakobus 1:12-18

KEBAKTIAN HARI AHAD, 02 AUGUST 2020, 10AM.

[Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.]


Shalom.

Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.


Hari ini saya membawa kita untuk berbual mengenai tajuk “Mengatasi Godaan”.


Ketika kita memulakan perjalanan hidup sebagai seorang Kristian, ramai dari kita telah mengikuti kelas-kelas asas mengenai iman kita dalam Tuhan Yesus Kristus. Antara topik asas yang kita perlu tahu dan seterusnya dapat ceritakan dan kongsikan kepada orang lain adalah: keyakinan keselamatan didalam Tuhan Yesus Kristus; hubungan dengan Tuhan melalui doa dan mendengar Dia berbicara kepada kita melalui Alkitab, Firman Tuhan ditulis; dan tekun dalam persekutuan dengan orang-orang percaya dalam beribadah kepada Tuhan. Antara lain, semua kelas-kelas asas ini kita adakan, agar kita tahu dan kenal bahawa dalam perjalanan hidup, kita semua bergelut dengan godaan untuk berdosa.

Kita membaca Yakobus 1:12-18, sebagai landasan perbualan kita.

Godaan bukan sesuatu yang asing. Godaan bukan dosa. Godaan adalah perangkap nyata yang berusaha mengalih perhatian kita agar tersasar dari “Jalan Kebenaran dan Hidup”. Godaan mahu memikat dan mengheret kita ke dalam dosa. Tetapi, dalam kasih anugerah Tuhan, kita dapat mengatasi godaan. Banyak sumber tersedia untuk membantu dalam kita menghadapi godaan. Justeru, nasihat Yakobus dari petikan yang kita telah baca adalah: “Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terpadaya.”

Janganlah terperdaya”, memperingatkan kita bahawa kita dapat menang. Kita dapat mengatasi godaan. Dari Yakobus 1:12-18, kita akan melihat empat perkara yang kita perlu tahu tentang godaan.

(1)  Asal Godaan: Darimana datangnya godaan dalam perjalanan hidup kita; 13-14.

(2)  Arahtuju Godaan: Apakah akibat godaan jika kita menurutinya; 15.

(3)  Awasi Godaan: Kenapa kita perlu berwaspada terhadap godaan; 16-17.

(4)  Atasi Godaan: Mengenal identiti kita dalam Yesus Kristus; 12, 18.

Untuk menyimpul perbualan kita, dari Yakobus 1:12-18, kita diperingatkan agar “janganlah terperdaya”, dan diberi keyakinan bahawa kita dapat mengatasi godaan. Kita yakin bahawa kita dapat mengatasi godaan, kerana siapa diri kita didalam Tuhan Yesus Kristus. Anda dikasihi Allah.

___

Perjamuan Tuhan.

Pagi ini kita akan bersama-sama dalam Perjamuan Kudus. Anda dan saya dapat berada di meja Tuhan oleh kerana kasih anugerah Tuhan semata-mata. Sebagai landasan kesyukuran kita dalam menghampiri meja Tuhan, saya membaca Ibrani 4:14-16.

Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita. Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa. Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.”


Tuhan memberkati.

Lydia

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 02 Ogos 2020, 10AM]

Aug 02, 202023:36
E44: Kita Menang Oleh Kasih Allah, Roma 8:37-39

E44: Kita Menang Oleh Kasih Allah, Roma 8:37-39

Persekutuan Doa, 28 July 2020, 8PM Selasa.

“Kita Menang Oleh Kasih Allah”, Roma 8:37-39


Shalom,

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Untuk persekutuan doa hari ini kita menghayati Roma 8:37-39 sebagai landasan doa-doa kita.

Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita. Sebab aku yakin, bahawa baik  maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang diatas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Allah, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” ITB.

Dunia hari ini semakin mencabar. Kehidupan manusia di dunia melalui pelbagai keadaan yang perlukan kekuatan dan ketenangan untuk menghadapinya. Kadang-kadang kita digoda untuk meragui kasih Allah kepada kita bila kita melalui tantangan, tekanan, cabaran dalam hidup ini.

Marilah kita datang dalam doa kepada Allah yang sangat mengasihi kita dan kasih-Nya tak dapat dipisahkan daripada kita oleh apapun yang kita lalui dalam hidup ini. Oleh itu, sebagai satu keluarga “marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” Ibrani 4:16.


Tuhan memberkati.

Lydia

[Firman Tuhan dikongsi untuk Persekutuan Doa 28 July 2020, 8PM]

Jul 28, 202013:48
E43: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8.

E43: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8.

Guest Speaker: Elder Anyi Imang Ngau


Shalom.

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Dalam persekutuan doa malam ini Penatua Anyi Imang Ngau membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita.

Rumusan perkongsian seperti berikut:

“Tema Renungan: Adakah Kita Memiliki Iman Yang Dapat Bertahan Menghadapi Saat-Saat Mencabar?, Yakobus 1:1-8.

Bagaimana kita menghadapi dugaan dan saat-saat yang mencabar? Dari Yakobus 1:1-8, Yakobus mengesa kita agar tetap percaya kepada Kristus. Dia yang dapat memberi kita kelepasan daripada permasalahan kita. Tanpa Tuhan kita tidak dapat mengharungi dugaan, tetapi kita diajak untuk tabah menghadapi apapun keadaan kerana akhirnya kemenangan terletak dalam Tuhan. Kita didorong untuk berpegang teguh kepada kepercayaan dan iman kita kepada Yesus Kristus. Jadi, adakah kita memiliki iman yang dapat bertahan menghadapi saat-saat mencabar? Bagi Tuhan tiada yang mustahil, berpegang teguh kepada kepercayaan kita dalam Tuhan Yesus Kristus.”


Terima kasih Penatua Anyi.


Keluarga besar, jemaat BEM Lutong Baru BM, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.

Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

[Firman Tuhan dikongsi untuk Persekutuan Doa 21 July 2020, 8PM]

Jul 21, 202013:06
E41: Hidup Yang Penuh Pengharapan - 1 Peterus 1:3-9

E41: Hidup Yang Penuh Pengharapan - 1 Peterus 1:3-9

Guest Speaker: Michael Ajang Engan Shalom. Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus. Dalam persekutuan doa malam ini, Saudara Michael Ajang Engan, Ketua Deacon & Pengerusi Majlis Gereja, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rumusan perkongsian seperti berikut: Tajuk / Tema: Tempat Tinggal Umat-Nya, 1 Peterus 1:3-9 “Erti iman kita – dia yang percaya kepada Kristus, ada pengharapan yang pasti dalam Tuhan. Mengharungi realiti hidup dalam iman, mengukuhkan kita agar tetap pada pengharapan. Dari 1 Peterus 1;3-9; 1.  Pengharapan tentang keselamatan. 2.  Pengharapan tentang warisan yang tidak binasa. 3.  Pengharapan tentang kemuliaan. Firman Tuhan ini mengajak kita untuk hidup dengan penuh pengharapan kepada Kristus. Tuhan yang kita sembah merupakan sumber pengharapan kita yang sejati dan pasti. Justeru, teruslah giat dalam kehendak Tuhan, walauapapun badai yang kita tempuh.” Terima kasih Saudara Michael. Keluarga besar, jemaat BEM Lutong Baru BM, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung. Tuhan memberkati. Lydia Usun Ngimat. [Firman Tuhan dikongsi untuk Persekutuan Doa 23 June 2020, 8PM]
Jul 19, 202008:23
E42: HIdup Yang Baik, Filemon 1 [The Good Life, Philemon 1]

E42: HIdup Yang Baik, Filemon 1 [The Good Life, Philemon 1]

Shalom.

Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Hari ini, saya membawa kita menghayati Surat Filemon. Kita mengambil tajuk perbualan kita, “Hidup Yang Baik”, dari ayat 6, “aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang beriman kepada Kristus akan membawa pengertian yang lebih mendalam tentang segala yang baik yang kita miliki dalam Kristus.”

Sebagai panduan renungan kita, saya merangka perbualan kita kepada 5 bahagian:

[1] Konteks Ringkas Surat Filemon.

[2] Mengalami Hidup Yang Baik Bersama Kerana Yesus Kristus, 1-3.

[3] Mendalami Hidup Yang Baik Bersama, 4-7.

[4] Menghidupi atau Mempraktik Hidup Yang Baik, 8-24.

[5] Kesimpulan: Kita Menimati Hidup Yang Baik Kerana Kasih Kurnia Tuhan Yesus Kristus, 25.

Di Kejadian 1:31 kita membaca, “maka Allah melihat segala yang Dia jadikan itu, dan kesemuanya sungguh baik.” Alkitab memberitahu kita bahawa dunia dan kita; dicipta sangat baik. Tetapi oleh kerana kejahatan, kita telah memberontak dan berdosa kepada Allah. Maka hubungan kita dengan Allah terpisah. Hubungan kita antara satu sama lain dan persekitaran kita juga rosak. Allah memberi Yesus Kristus sebagai jalan pemulihan hubungan yang terpisah itu. Maka pemulihan yang terjadi kerana kasih kurnia Tuhan membolehkan kita mengenal Hidup Yang Baik yang kita miliki dalam Tuhan Yesus Kristus.

Dan dari Surat Filemon kita mengalami dan mendalami hidup yang baik bersama kerana Yesus Kristus. Kita dibentuk atau bertumbuh untuk mengerti dan mendalami hidup yang baik dalam kita menghidupi kehidupan kita di dalam Kristus, sebagai saudara, sebagai saluran pemulihan, bertanggungjawab dalam kelakuan kita, saling menerima, dan mengenal bahawa kita tidak beseorangan tetapi mempunyai rangkaian saudara-saudari yang banyak.

Tuhan memberkati.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 19 July 2020, 10AM]

Jul 19, 202033:06
E40: "Tempat Tinggal Umat-Nya" - Ulangan 19: 1-2, 14.

E40: "Tempat Tinggal Umat-Nya" - Ulangan 19: 1-2, 14.

Guest Speaker: Kading Labo


Shalom.

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Untuk persekutuan doa malam ini, Saudara Kading Labo, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita.


Rumusan perkongsian seperti berikut:

Tajuk: "Tempat Tinggal Umat-Nya", Ulangan 19:1-2, 14.

Janganlah menggeser batas tanah sesamamu yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu di dalam milik pusaka yang akan kaumiliki di negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk menjadi milikmu.” Ulangan 19: 14, ITB.

Allah telah menyediakan tempat tinggal, tempat berlindung, tempat Allah dapat tinggal bersama kita; kerana Allah perlindungan bagi kita. Setiap pemberian Allah kepada kita ada atas kehendak dan rencana indah-Nya bagi kita agar kita dapat hidup dalam sejahtera-Nya, kerana Allah sumber kehidupan kita.


Terima kasih Saudara Kading.

Keluarga besar, jemaat BEM Lutong Baru BM, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.


Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

[Firman Tuhan dikongsi untuk Persekutuan Doa 14 July 2020, 8PM]

Jul 14, 202011:44
E39: Dia Yang Memberi Kekuatan - Filipi 4:13

E39: Dia Yang Memberi Kekuatan - Filipi 4:13

Guest Speaker for this episode: Elder Pengiran Bala.


Shalom.

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Untuk persekutuan doa malam ini, Penatua Pengiran Bala, membawa perkongsian Firman Tuhan sebagai renungan kita. Rangka perkongsian Firman Tuhan seperti berikut:

Tema: Dia Yang Memberi Kekuatan.

Filipi 4:13: “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepada ku.”

Rasul Paulus mengalami berbagai keadaan yang dihadapi tetapi tahu Tuhan adalah sumber yang memberi kekuatan.

Apa tindakan jika mengalami kegoncangan iman?

1.  Berserah dan percaya kepada Tuhan.

Mazmur 37-5  Serahkanlah hidupmu kepada Tuhan.

2.  Minta pertolongan Roh Kudus.

Roma 8.26 Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita.

3.  Tinggal di dalam Tuhan.

Yohanes 15.4 Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu.


Marilah kita menjadi pribadi yang selalu mengandalkan Tuhan Yesus dalam segala aspek kehidupan kita sebab Dia yang memberi kekuatan.


Terima kasih Penatua Pengiran.

Keluarga besar, Jemaat BEM Lutong Baru BM, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.


Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

[Perkongsian Firman Tuhan untuk Persekutuan Doa, 07 July 2020, 8PM]

Jul 07, 202016:47
E38: "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN" – Mazmur 144

E38: "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN" – Mazmur 144

Shalom.


[Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.]


Pagi ini kita menghayati Mazmur 144. Mazmur 144 disebut sebagai dari Daud. Iaitu, Mazmur Raja Daud. Kita mengambil tema perbualan kita dari ayat 15. "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN", ITB dan dari Bahasa Malaysia - Berita Baik, “Diberkatilah Orang Yang Allah-nya ialah TUHAN”.

Kita akan melihat tiga perkara kenapa orang yang Allah-nya ialah TUHAN disebut bahagia atau diberkati.

Mereka bahagia atau diberkati kerana,

1.  Allah memelihara mereka, 1 – 4.

2.  Allah menyelamat dan memberi mereka kemenagan, 5 – 11.

3.  Allah memberkati mereka dengan limpah, 12 -15.

Orang-orang yang mengandalkan Tuhan, yang menaruhkan harapan mereka dalam Tuhan menikmati manfaat dan berkat yang datang dari Tuhan. Orang-orang yang Allah-nya ialah TUHAN disebut bahagia atau diberkati, kerana Allah memelihara, menyelamat dan memberi mereka kemenangan; mereka dapat menikmati manfaat dari kasih anugerah Tuhan.

Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dan diberkati, pagi ini, saya yakin, kita dapat berkata dengan yakin bahawa kitalah, bahawa andalah, orang yang berbahagia dan diberkati itu. Letakkan nama anda dalam pengakuan itu, “Berbahagialah dan diberkatilah (sebut nama anda) kerana Allah-nya ialah TUHAN”.


Renungan Untuk Perjamuan Tuhan: Efesus 1:3-14

Pagi ini, sebagai pengisytiharan bahawa kita adalah orang-orang yang diberkati dan bahagia semata-mata kerana kasih kurnia dan rahmat Tuhan, kita akan bersama-sama di meja Tuhan untuk mengambil perjamuan Tuhan.

Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus yang dalam Kristus telah mengaruniakan kepada kita segala berkat rohani di dalam sorga. Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya. Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya, supaya terpujilah kasih karunia-Nya yang mulia, yang dikaruniakan-Nya kepada kita di dalam Dia, yang dikasihi-Nya. Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya, yang dilimpahkan-Nya kepada kita dalam segala hikmat dan pengertian.” Efesus 1:3-8, ITB.

Puji Tuhan.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 05 July 2020]

Jul 05, 202037:05
E37: Bersama Yesus Hadapi Ribut Taufan, Lukas 8:22-25

E37: Bersama Yesus Hadapi Ribut Taufan, Lukas 8:22-25

Guest: Uding Anyie.

Shalom.

Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Untuk persekutuan doa malam ini, kita akan membaca Lukas 8:22-25 sebagai renungan pertemuan kita.

Lukas 8:22-25 merakam peristiwa Yesus dan murid-murid-Nya dilanda ribut taufan kencang ketika mereka sedang berperahu menyeberangi danau.

Sebagai renungan persekutuan doa kita, kita menghayati peristiwa ini dengan tema, “Bersama Yesus Hadapi Ribut Taufan”.

1.  Sebagai orang-orang percaya, kita melangkah bergerak maju bersama Yesus, mentaati ajakan Yesus untuk melangkah maju bersama-Nya kearah kematangan iman kita.

2.  Dalam kita melayari kehidupan, kita juga menghadapi angin kencang yang melanda perjalanan hidup kita dalam bentuk tantangan dan cabaran. Tuhan Yesus berada dan perlu ada dalam hidup kita. Jika Yesus belum ada dalam perahu kehidupan anda, jemputlah Dia. Jangan tunggu perahu kita hampir tenggelam atau tenggelam untuk berfikir atau menjemput-Nya.

3.  Pada saat kita berseru kepada Tuhan, kita melihat campurtangan Tuhan yang berdaulat. Adakah kita tetap setia berdoa, atau sudah putus asa?

4.  Adakah kita mempercayai Yesus? Tidak ada yang mustahil bagi mereka yang percaya, dan Tuhan-lah yang memampu kita untuk beriman Markus 9:22b-23. Tetaplah beriman dan percaya kepada Yesus dalam apapun keadaan yang kita alami.

5.  Tantangan dan cabaran hidup membawa dan mengajak kita untuk mengenali Yesus secara mendalam. Ambillah inisiatif untuk mengenal-Nya secara lebih mendalam.


Sebagai rumusan perbualan kita, apapun jenis taufan, ombak, ribut yang melanda hidup kita ketika ini, samada ekonomi, pekerjaan, penyakit, rumahtangga, anak, suami, isteri, tempat kerja, penyakit; bawalah kepada Yesus yang bersama kita dalam perahu, melayari hidup ini. Percayalah Dia.

Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi, mari kita terus bersama-sama mendokong satu sama lain dalam doa, dan terus saling berhubung.


Tuhan memberkati.

Lydia Usun Ngimat.

[Firman Tuhan dikongsi oleh Pn Uding Anyie dalam persekutuan doa keluarga 30 Jun 2020, 8PM]

Jun 30, 202022:18
E36: Berpautlah Kepada Pokok Anggur Yang Benar – Yohanes 15:1-8

E36: Berpautlah Kepada Pokok Anggur Yang Benar – Yohanes 15:1-8

Guest: Pr Usun Anyie Ngau.


Shalom!

Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Berbanyak terima kasih kepada Pr Usun Anyie yang meluang masa untuk menyampai Firman Tuhan kepada kita hari ini.


“Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.” - Yesus, Yohanes 15:5, ITB.

Petikan “perumpamaan pokok anggur yang benar”, Yohanes 15:1-8, dapat kita lihat sebagai dua bahagian, 1-3, perhubungan dan kedudukan kita dengan pokok anggur, dan 4-8, tanggungjawab / peranan kita sebagai dahan kepada pokok tersebut. Kita akan menghayati perumpamaan ini dengan tema, “Berpaut Kepada Pokok Anggur Yang Benar”.


Bagaimana kita “berpaut kepada pokok anggur yang benar” ini?:

i. Mengetahui hubungan atau kedudukan kita dengan Yesus, 1-3.

ii. Mengetahui tetang tanggungjawab kita sebagai ranting / dahan, 4-5.

iii. Mengetahui akibat tidak melekat kepada pokok anggur yang benar, 6.

iv. Mengetahui janji dan tujuan Tuhan bagi kita, 7-8.


Kesimpulan dari renungan kita, kita dapat simpulkan bahawa perumpamaan ini merupakan janji dan nasihat untuk tetap tinggal dan bertumbuh di dalam Yesus Kristus. Kita adalah ranting-ranting pokok anggur. Yesus adalah pokok anggur yang benar dan merupakan perhubungan kita dengan Allah Bapa, Pengusaha kebun anggur itu yang memberi kita hidup dan memboleh kita berbuahkan tujuan-Nya untuk kita.


Tuhan memberkati.

Lydia.


[Firman Tuhan dikongsi Oleh Pr Usun Anyie Ngau pada Kebaktian Hari Ahad, 28 Jun 2020, 10AM]

Jun 29, 202043:29
E35: Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Anaknya, Lukas 15:11-32. [Mesej Hari Bapa 21 Jun 2020]

E35: Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Anaknya, Lukas 15:11-32. [Mesej Hari Bapa 21 Jun 2020]

Shalom. Selamat Hari Bapa.

Sempena Hari Bapa saya membaca perumpamaan yang diberi Tuhan Yesus di Lukas 15:11-32, untuk kita hayati, dengan tajuk, “Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Orang Anaknya”.

Perumpamaan tentang anak yang hilang adalah satu perumpamaan yang sangat terkenal. Banyak buku ditulis, banyak khotbah disampaikan, banyak lukisan disiapkan mengenai perumpamaan ini. Iaitu, banyak yang telah kita hayati bersama tentang perumpamaan ini. Kita tetap mendengar cerita ini seakan-akan kita membuka “photo album keluarga” – melihat gambar-gambar perjalanan hidup kita dan untuk melekat gambar-gambar baru dalam photo album kita. Pagi ini, dalam kita merayakan Hari Bapa saya membawa kita untuk menghayati perumpamaan ini sekali lagi dengan tajuk, “Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan dan Dua Anaknya”. Iaitu, kita akan melihat secara menyeluruh ketiga peribadi utama dalam cerita, bapa, anak bungsu dan anak sulung.


Kita akan menghayati teks kita dengan melihat 4 perkara:

[1] Hati Bapa Yang Melimpah Dengan Kemurahan dan Belas Kasihan, Lukas 15:11-21.

[2] Hati Bapa Yang Melimpah Dengan Sukacita Kerana Anaknya, Lukas 15:22-24, 31-32

[3] Identiti Anak Berada di Hati Bapa. Lukas 15:18-19, 29.

[4] Hati Bapa Tetap Terbuka Untuk Anak Nya. Lukas 15:28, 32


Untuk memudahkan renungan kita, kita membuat tiga perkara sebagai batas perbualan kita.

(a)  Bapa, anak bungsu dan anak sulung merujuk kepada kita sebagai manusia dalam satu keluarga.

(b)  Kita juga akan kaitkan perbualan sebagai pertumbuhan atau pembentukan kita secara rohani daripada hati anak bongsu dan hati anak sulung kepada hati bapa.

(c)  Kita juga akan melihat “bapa” sebagai gambaran Allah Bapa, dan anak-anak adalah kita  .


Daripada empat perkara yang telah kita hayati, kita dapat merumus bahawa hati Allah Bapa terarah kepada kita semua. Dan dari perbualan kita, dari semua yang kita telah renungkan, panggilan untuk kita adalah:

(i)  Kita adalah anak kepada Allah Bapa. Perumpamaan yang telah kita renung adalah untuk membawa hati kita daripada hati anak bungsu dan hati anak sulung kepada hati bapa. Kita bukan saja menjadi orang yang diampuni tetapi juga menjadi orang yang mengampuni. Kita bukan saja menjadi orang yang diterima tetapi juga orang yang dapat menerima. Kita bukan saja menerima belas kasihan tetapi juga yang memberi belas kasihan.

(ii)  Hati Bapa melimpah dengan kemurahan dan belaskasihan. Dan di Lukas 6:36, Tuhan Yesus mengajar kita begini, “hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa-mu yang berbelas kasihan”.


“Selamat Hari Bapa”

Tuhan memberkati.


Lydia.

[Mesej Hari Bapa dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 21 Jun 2020, 10AM]

Jun 22, 202026:58
E34: “Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus” – Titus 1

E34: “Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus” – Titus 1

Shalom.

Hari ini, kita akan menghayati Titus 1 dengan tajuk “Pengarahan Rohani : Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus”. Kita merangka perbualan kita kepada:

[1] Pengertian Ringkas “Pengarahan Rohani”.

[2] Imbasan Perbualan Sebelum Ini, iaitu, Rumusan Titus 2 & Titus 3.

[3] Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus - Titus 1.


[1] Pengertian Ringkas “Pengarahan Rohani”.

Secara ringkas kita melihat pengarahan rohani sebagai pimpinan atau bimbingan yang diberi seorang Kristian yang dewasa kepada seseorang yang lain agar dia boleh mengenal dan memberi perhatian kepada suara Allah berbicara kepadanya secara peribadi. Dengan mengenal suara Allah, seseorang itu dapat meresponi dalam perbualan atau doa nyata, serta betumbuh dalam kepekaan dan keintiman kepada suara Allah berbicara kepadanya melalui Firman-Nya dan dalam pengalaman peribadinya dan seterusnya dapat menghidupi hubungan itu.

Antara lain, Pengarahan Rohani melibat perbualan bersama untuk mengenal suara serta pimpinan Roh Kudus dalam pembentukan kerohanian kita. Pada asasnya perbualan-perbualan ini adalah untuk mengenal pengalaman hadirat Tuhan agar kita semakin peka dan intim. Tujuan kita adalah untuk mendorong keintiman hubungan dengan Tuhan. Maka kita tidak terburu-buru untuk mentafsir maksud sesuatu. Dalam kasih anugerah Tuhan, Roh Tuhan sendiri akan memimpin kita masing-masing dalam rencana baik Tuhan bagi kita.


[2] Imbasan Perbualan Sebelum Ini, Titus 2 & Titus 3.

Pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kerana kasih kurnia Tuhan agar kemuliaan Allah dilihat dan sinaran kemuliaan itu memancar kepada luar sebagai pekerjaan baik yang bermanfaat kepada manusia sejagat.


[3] Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus. - Titus 1.

Kita menghayati Titus 1, dari sudut pengarahan kerohanian, atau spiritual directing,

dengan tema, “Pengarahan Rohani: Bekerjasama Dengan Pekerjaan Roh Kudus”. Kita akan lihat 2 perkara:

(i)  Pengarahan Rohani adalah Pelayanan Penatalayanan Yang Diamanah Oleh Tuhan kepada kita.

(ii)  Pengarahan Rohani adalah pentalayanan yang diamanah kepada kita agar Mengendali Pekerjaan Allah dan Meneguh Iman Orang Percaya.


Kita telah menghayati seluruh Surat Titus sebagai surat untuk meyakinkan kita bahawa dalam kasih kurnia Tuhan kita diselamatkan, dibentuk dalam rencana baik Tuhan bagi kita agar kita dapat mengendalikan pekerjaan Tuhan yang Dia amanahkan dan sediakan untuk kita. Dalam anugerah Tuhan, kita diterap untuk bekerjasama dengan Roh Kudus dalam pekerjaan-Nya.

Tuhan memberkati.

Lydia.

[Ibadah Keluarga, Jumaat 19 Jun 2020.]

Jun 19, 202022:51
E33: “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan” - Mazmur 3.

E33: “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan” - Mazmur 3.

Shalom.

Pagi ini kita menghayati Mazmur 3 dengan tema, “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan”.

Keterangan ringkas yang diberi kepada Mazmur 3 adalah nyanyian pagi dalam menghadapi musuh. Ayat 1 memberi latarbelakang nyanyian ini kepada kita, “Mazmur Daud, ketika ia lari dari Absalom, Anaknya”.  Kita dapat membaca peristiwa pemberontakan yang dipimpin Absalom untuk merampas takhta Raja dari bapanya, Raja Daud di 2 Samuel 15 - 19.

Dari latarbelakang singkat di ayat 1, kita akan menghayati Mazmur 3, dengan tema “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan”. Kita akan melihat 2 perkara: [1] Berseru Kepada Tuhan Ketika Diserang, 1-3. [2] Percaya Tuhan Bertindak Untuk Kebaikan Kita, 4-9. Dan menyimpul perbualan kita dengan kata-kata Tuhan Yesus di Matius 6:25-34 mengenai kekuatiran yang kerap menyerang kita.

Dari Mazmur 3, kita diyakinkan bahawa kita berada dalam dakapan Tuhan ketika kita mengharungi rintangan dan cabaran, apapun sumber rintangan itu. Di dalam Tuhan kita menang. “Kemenangan Dalam Dakapan Tuhan”. Tuhan bertindak bila kita berseru kepada-Nya bagi kebaikan kita di dalam rencana-Nya. Kata-kata Tuhan Yesus di Matius 6:25-34 adalah untuk kita. Allah Bapa memperhatikan kita. Di Matius 6:33 kita perlu yakin bahawa kita berada dalam pemerintahan Allah, sebagai warganegara Kerajaan Allah. Kita diperbenarkan didalam Yesus Kristus kerana kasih kurnia Tuhan. Jika Allah memerhatikan kita sebagaimana Dia memberi makanan kepada burung-burung yang berterbangan di langit, dan keindahan kepada bunga-bunga bakung di ladang, kita boleh seperti Raja Daud menyanyi, “Aku membaringkan diri, lalu tidur; aku bangun, sebab Tuhan menopang aku!”, walaupun dia sedang dikejar musuh.

Saudara, Saudari, Keluarga besarku yang dikasihi; jangan biar diri kita di “bully” oleh Iblis sehingga kita menjadi mangsa yang bergumul sentiasa dalam kekuatiran, dan sebagainya. Tuhan telah menyelamatkan anda, hiduplah dalam anugerah Tuhan. Serah kepada-Nya kekuatiran dan ketakutan kita.

Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Kebaktian Hari Ahad, 14 Jun 2020, 10AM]

Jun 14, 202023:52
E32: “BERITA BAIK MEMBUAHKAN PEKERJAAN BAIK” - Titus 3:8-9

E32: “BERITA BAIK MEMBUAHKAN PEKERJAAN BAIK” - Titus 3:8-9

Shalom!

Hari ini kita menyambung perbualan dalam Titus 3 dan mengambil “Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik”sebagai tema.

Mengimbas kembali perbualan kita dalam Surat Titus; di Titus 2 kita mengenal bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dimana kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Seterusnya, di Titus 3, kita bermula dengan mengatakan bahawa kita adalah warganegara yang bertanggungjawab berdasarkan diri kita yang diperbaharui. Kita diperbaharui oleh kasih kurnia Tuhan.

Kita membaca Titus 3:8-9 bagi menghayati tema kita, “Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik”, dan melihat dua perkara, [1] Berita Baik, dan [2] Pekerjaan Baik.

Perkataan ini benar dan aku mau supaya engkau dengan yakin menguatkannya, agar mereka yang sudah percaya kepada Allah sungguh-sungguh berusaha melakukan pekerjaan yang baik. Itulah yang baik dan berguna bagi manusia. Tetapi hindarilah persoalan yang dicari-cari dan yang bodoh, persoalan silsilah, percekcokan dan pertengkaran mengenai hukum Taurat, karena semua itu tidak berguna dan sia-sia belaka”, ITB.


[1] Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik : Berita Baik

Berita Baik - kita diselamatkan kerana kasih kurnia Tuhan. Pertama kita disedar bahawa kita orang berdosa dan kita bertaubat. Kedua, kita mempercayai Tuhan bahawa keselamatan kita adalah dalam tangan-Nya, iaitu, rahmat-Nya dan kasih kurnia-Nya. Seterusnya, adalah respons kita kepada Berita Baik itu. Penerimaan Berita Baik itu membuahkan yang baik.


[2] Berita Baik Membuahkan Pekerjaan Baik : Pekerjaan Baik

Pekerjaan baik didorong oleh kasih kurnia Tuhan. Kerana kasih kurnia Tuhan kita dapat kenal siapa diri kita, kerana pemberitaan Berita Baik kepada kita. Firman Tuhan mengalak kita untuk menumpukan perhatian kita kepada pemberitaan Berita Baik ini dan menghidupinya dalam kehidupan kita. Dalam pada itu, Firman Tuhan juga mengingatkan kita agar berwaspada. “Tetapi hindarilah persoalan yang dicari-cari dan yang bodoh, persoalan silsilah, percekcokan dan pertengkaran mengenai hukum Taurat, karena semua itu tidak berguna dan sia-sia belaka”, Titus 3:9.


Berwaspada agar kita tidak mengandalkan keselamatan kita kepada amalan kita. Amalan dan pekerjaan baik adalah dorongan dari kasih kurnia Tuhan yang menyelamatkan kita. Amalan dan pekerjaan baik adalah sinaran kemuliaan pembaharuan yang terjadi dalam diri kita kerana kasih kurnia Tuhan dan agar Tuhan dimuliakan.


Akhirkata, Berita Baik mebuahkan pekerjaan baik. Hidup kita adalah kerana kasih kurnia Tuhan. Maka itulah sebab salam Surat Titus ini bermula di Titus 1:4 dengan “kasih karunia dan damai sejahtera dari Allah Bapa dan Kristus Yesus, Juruselamat kita, menyertai engkau”, dan diakhiri di Titus 3:15 dengan “kasih karunia menyertai kamu sekalian!”


Saudara, Saudari, Keluarga besarku yang dikasihi, “kasih karunia Tuhan Yesus Kristus, dan kasih Allah, dan persekutuan Roh Kudus menyertai kamu sekalian”.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi untuk Ibadah Keluarga, Jumaat 12 Jun 2020, 8PM]

Jun 12, 202011:32
E31: TITUS 3: “Warganegara Yang Bertanggungjawab”

E31: TITUS 3: “Warganegara Yang Bertanggungjawab”

Shalom!

Kita telah melihat Titus 2 dan menyimpul bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dan kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Jalur-jalur sinaran kemuliaan diperlihatkan melalui kematangan kita dalam menangani hidup; pelaku Firman Tuhan dalam rumahtangga dan keluarga; jadi teladan yang baik; dan bertanggungjawab dalam pekerjaan kita. Kita diajak untuk terlibat aktif dalam masyarakat untuk melakukan perbuatan baik bagi manfaat manusia sejagat, beribadah kepada Tuhan dan berpegang kepada ajaran-ajaran sihat.

Kita menerus perbualan ke Titus 3 dan mula dengan dasar nasihat yang diberi Rasul Paulus agar kita jadi “Warganegara Yang Bertanggungjawab”.

Warganegara Yang Bertanggungjawab Didasarkan Diri Kita Yang Diperbaharui Tuhan, Titus 3:3-7.

Titus 3:3-7, meringkas dengan padat asas pengajaran kita dan dasar iman kita. Tuhan telah menyelamatkan kita.

Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita. Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus. Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita. Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan.”

Rumusan yang sangat padat, perkerjaan Allah Tritunggal dirumus dalam keselamatan kita. Asas keselamatan kita terletak di tangan Allah dan belas kasihan atau rahmat-Nya. Keselamatan kita adalah didalam Yesus Kristus kerana kasih kurnia Tuhan. Kita menerima dan alami keselamatan kita kerana perkerjaan aktif Roh Kudus dalam hidup kita. Saya harap dalam kita bersama-sama berbual dan meneruskan perbualan hari demi hari, kita semua akan belajar dan menghayati apa yang berlaku dalam hidup kita, sebelum, sekarang, dan harapan kita. Dalam ayat 4 – 7, Rasul Paulus memadat banyak “perkataan teknikal”. Saya galak anda untuk mengulang dengar episod-episod podcast perbualan kita dan bincangkan dalam kelompok kecil pengertian anda dan beri maksumbalas dan soalan kepada saya. Episod-episod perbualan sebelum ini terdapat di podcast “Hadapan Takhta Kasih Kurnia”, dihos oleh Anchor.fm dan boleh didengar di beberapa platform kegemaran anda.

Kita perlu kenal bahawa, “Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya.” Kita diselamatkan kerana perkerjaan Tuhan. Kita bukan diselamatkan berdasar perbuatan baik kita. Dalam surat kepada Titus ini, Rasul Paulus mendorong agar kita melakukan kebaikan. Dorongan adalah atas kasih kurnia Tuhan. Itulah antara sebab kenapa dia sebut “maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris”, kita adalah waris kepada berkat Abraham, diberkati menjadi berkat, rujuk Galatia 3:29.

Titus dinasihati agar memberikan perhatian terhadap asas iman kita, “supaya orang yang beriman kepada Allah berusaha sepenuhnya untuk melakukan segala yang baik serta bermanfaat kepada semua orang”.

Maka dengan itu Rasul Paulus menasihati kita orang-orang percaya agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab. “Nasihati jemaahmu supaya taat akan pemerintah dan penguasa, serta sentiasa bersedia melakukan kebaikan”.

Sebagai kesimpulan saya membaca Rukun Negara yang pada dasarnya mencakupi semua aspek tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia, untuk kita fikirkan dan menilai diri kita - (1) Kepercayaan Kepada Tuhan, (2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara, (3) Keluhuran Perlembagaan, (4) Kedaulatan Undang-Undang, dan (5) Kesopanan dan Kesusilaan.

Tuhan memberkati.

Lydia.

[Dikongsi untuk Ibadah Keluarga, Rabu 10 Jun 2020]

Jun 10, 202014:25
E30: “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:1-10.

E30: “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:1-10.

Shalom!

Kita telah melihat Titus Bab 2 dari sudut “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”. Dari Titus 2:12 dan 14, kita mengenal bahawa kasih kurnia Tuhan “mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini”. Tuhan, yang “membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik”. Kita menyingkap bahawa pembentukan kita adalah; (1) oleh kasih kurnia Tuhan, Titus 2:11-14 dan (2) rumahtangga atau keluarga kitalah yang menyinari pembaharuan itu agar Tuhan dimuliakan, Titus 2:2-10.

Hari ini, kita melihat Titus 2:1-10 sekali lagi, untuk menghayati nilai-nilai dan cara hidup yang disebut dengan tema, “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah”.

Titus 2:1-10 adalah petunjuk yang diberi oleh Paulus kepada Titus tentang cara mengajar berbagai-bagai golongan jemaat dalam gereja. Hari ini, bila kita membaca teks seperti Titus 2:1-10, kita perlu melihatnya dalam konteks semasa teks itu ditulis, jika tidak, kita boleh terperangkap dengan pendapat kedagingan kita. Sebagai satu contoh, ayat 4-5, kita perlu melihat senarai nasihat mengikut konteks dalam kebijaksanaan dan bukan berkeras dengan tafsiran bahawa perempuan muda yang berkahwin perlu tinggal dirumah untuk mengurus rumahtangga. Nilai-nilai perlu dilihat tanpa membuat jentina sebagai batas; dimana prinsip pegangan adalah, yang baik perlu ada dalam kita semua, yang jahat perlu dihindari semua. Di akhir surat Rasul Paulus kepada Titus ini, kita telah dinasihati untuk berwaspada kepada kecenderungan untuk melampau; Titus 3:9, “jauhilah perbahasan yang sia-sia, … segala ini tidak membawa faedah”. Titus diutus ke Kreta untuk mengajar mereka apa yang sesuai dan selaras dengan asas kepercayaan yang benar. Ajaran-ajaran yang tidak sehat, yang antara lain memberi tumpuan atau fokus melampau kepada satu-satu isu dari satu sudut untuk kepentingan peribadi telah menyerap ke dalam kelompok-kelompok yang sedang bertumbuh. Seperti orang-orang percaya dalam gereja awal, kita hari ini juga menghadapi cabaran-cabaran sama.

Pembentukan dan pembaharuan adalah agar kemuliaan Allah diperlihatkan. Kita memberi tema perbualan kita sebagai, “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:10. Kita akan menghayati tema perbualan dari 4 sudut.

[1] Kedewasaan Mematangkan Kita, Titus 2:2-3.

[2] Firman Allah Ditegak Dalam Perkahwinan dan Rumahtangga, Titus 2:4-5.

[3] Orang Muda Menjadi Teladan Baik Yang Tidak Dapat Dikecam, Titus 2:6-8.

[4] Allah Dimuliakan Dalam Kerjaya Kita, Titus 2:9-10.

Haleluya! Puji Tuhan!

Tuhan memberkati semua.

Lydia

[Dikongsi dalam Ibadah Keluarga, Isnin, 08 June 2020, 8.30 PM]

Jun 08, 202015:24
E29: TITUS 2: “PEMBENTUKAN KEROHANIAN DALAM RUMAHTANGGA”

E29: TITUS 2: “PEMBENTUKAN KEROHANIAN DALAM RUMAHTANGGA”

Shalom!

Dalam siri “O Mama Saya Mahu Kahwin”, kita telah berbicara di Bahagian Ke-2, bahawa rumahtangga adalah tempat dimana pembentukan dan pembaharuan rohani terjadi.

Dalam perbualan kali ini, kita membaca Titus 2 dan mengambil tajuk “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga” sebagai tema perbualan kita.

Dari ayat 14, Titus 2; kita memberi tajuk pembualan kita sebagai “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”. “…Juruselamat kita Yesus Kristus, yang telah menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik.” Titus 2:13-14.

Untuk menghayati “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”, kita melihat dua perkara – (1) Pembaharuan Oleh Kasih Karunia Allah, Titus 2:11-14, dan (2) Model Rumahtangga Yang Diperbaharui, Titus 2:2-10.

Bagi merumuskan perbualan kita dari Titus 2; kita boleh katakan bahawa “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga” dipancu oleh kasih karunia Tuhan yang menyelamatkan kita agar rumahtangga kita dibaharui. Kerana kasih karunia Tuhan kita boleh berkata “tidak” kepada cara hidup yang tidak memuliakan Tuhan. Dari Titus 2:12, kasih karunia Tuhan “mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini.” Kita tidak mengasingkan diri, tetapi kita terlibat secara aktif dalam kehidupan seharian manusia sejagat; kita menolak hal-hal yang jahat dan melibatkan diri dalam kerja-kerja baik dan memuliakan Tuhan. Kita hidup dalam kebijaksanaan, beribadah kepada Tuhan dan melaku kebaikan untuk manfaat manusia sejagat. Yang baik bermula dan dibentuk dalam rumahtangga dan keluarga kita.

Tuhan memberkati.

Lydia

[Firman Tuhan Untuk Ibadah Keluarga, Jumaat 05 June 2020, 8 PM]

Jun 05, 202013:51