Skip to main content
Radio Pendidikan KPM

Radio Pendidikan KPM

By Radio Pendidikan Mendidik Jiwa dan Minda

Himpunan Podcast terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #Podcast Pendidikan
Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

Peminangan Puteri Gunung Ledang KOMSAS

Radio Pendidikan KPMMar 29, 2024

00:00
24:26
Peminangan Puteri Gunung Ledang KOMSAS

Peminangan Puteri Gunung Ledang KOMSAS

SINOPSIS
Selepas kerangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana, Sang Setia dan beberapa orang Inderagiri.

Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya hanya Tun Mamat dan dua orang pengiring sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung Ledang. Tun Mamat telah menyaksikan pelbagai keajaiban sewaktu berada di puncak gunung tersebut. Tun Mamat mendapati buluh perindu berbunyi, bunga bunga menyanyi, balai diperbuat daripada tulang. dan atapnya daripada rambut. Setelah diberitahu tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sultan sebelum berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang, Tun Mamat dan rombongannya telah kembali semula ke Melaka. Tun Mamat telah menyampaikan segala perkhabaran kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melupakan hasratnya kerana tidak sanggup memberikan darah anakandanya sebagaimana yang dikehendaki oleh Puteri Gunung Ledang.
Mar 29, 202424:26
Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Hindari Sifat Negatif

Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Hindari Sifat Negatif

Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman murid-murid dapat dinilai dan diukur. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.


Feb 02, 202428:09
Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Konsep Kenabian

Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Konsep Kenabian

Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul, mukjizat dan ulul azmi. Penjelasan tentang sifat dan keistimewaan ini dapat membantu pelajar memahami siapakah nabi dan rasul serta apakah peranan mereka . Seterusnya dijelaskan juga hikmah rasul daripada kalangan manusia. Kecintaan terhadap rasul dapat dipupuk apabila mereka memahami konsep kenabian ini dengan sepenuhnya.  


Jan 26, 202424:04
SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau

SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau

Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.

Jan 26, 202427:29
SEJARAH TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

SEJARAH TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan

masyarakat sehingga kini.

Jan 24, 202427:14
SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjadikan Melaka masyhur.

Jan 23, 202422:32
SEJARAH TINGKATAN 2 - Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

SEJARAH TINGKATAN 2 - Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Rancangan ini menerangkan tentang keunikan warisan kerajaan Alam Melayu yang mempunyai berbagai latarbelakang kepercayaan.

Jan 23, 202423:04
SEJARAH TINGKATAN 3 - Pentadbiran Barat Di Sarawak

SEJARAH TINGKATAN 3 - Pentadbiran Barat Di Sarawak

Rancangan ini mengisahkan pelbagai strategi digunakan oleh Dinasti Brooke untuk menguasai Sarawak. Peluasan kuasa barat di Sarawak berlaku secara beransur-ansur. Pentadbiran cara barat diperkenalkan turut digabungkan bersama-sama pentadbiran tempatan.

Jan 23, 202429:37
SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat Di Negara Kita

SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat Di Negara Kita

Rancangan ini mengisahkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) diketuai oleh Residen Jeneral. Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Persuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat serta kesan-kesannya.

Jan 23, 202425:20
SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi Di Negara Kita

SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi Di Negara Kita

Rancangan ini berfokus kepada kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita semasa pentadbiran British. Perbincangan akan menyentuh kesan sosial tersebut dalam beberapa aspek khusus iaitu Perkembangan Bandar, Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum, Perkembangan Pendidikan, Perkhidmatan Kesihatan, serta Pembinaan Penjara.

Jan 23, 202426:07
SEJARAH TINGKATAN 4 - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita

SEJARAH TINGKATAN 4 - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita

Rancangan ini membincangkan tentang konflik dunia merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Jan 23, 202424:25
SEJARAH TINGKATAN 4 - Faktor Kedatangan Jepun Ke Negara Kita

SEJARAH TINGKATAN 4 - Faktor Kedatangan Jepun Ke Negara Kita

Rancangan ini mengisahkan tentang kedatangan Jepun ke negara kita selama tiga tahun setengah dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 yang menyebabkan perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Jan 22, 202424:54
SEJARAH TINGKATAN 4 - Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British

SEJARAH TINGKATAN 4 - Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British

Rancangan ini mengupas tentang penyerahan Sarawak kepada British dan penerangan mengenai sejarah moden Sarawak yang bermula dari rejim keluarga Brooke pada 1841 dan berakhir pada 1941 semasa zaman pendudukan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diambil alih oleh pihak British.

Jan 17, 202426:11
SEJARAH TINGKATAN 4 - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak

SEJARAH TINGKATAN 4 - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak

Rancangan ini menerangkan reaksi penentangan masyarakat dan tindakan penduduk tempatan serta melahir semangat nasionalisme yang membawa kepada pembunuhan seorang pegawai British.

Jan 17, 202425:19
Sejarah Tingkatan 4 -Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia - Lambang Negara

Sejarah Tingkatan 4 -Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia - Lambang Negara

Rancangan ini mengupas tentang Lambang Negara serta kepentingan Lambang Negara kepada masyarakat Malaysia.Fokus utama tentang lambang serta kepentingan lambang negara akan memberikan kefahaman tinggi kepada masyarakat berbilang kaum.

Jan 16, 202417:43
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Tatabahasa : Kata Adjektif

Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Tatabahasa : Kata Adjektif

Tajuk ini akan mendedahkan pemahaman terhadap jenis kata adjektif untuk murid tingkatan dua. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan pembentukan kata adjektif. Murid-murid turut dibimbing membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diberikan. Penyampai membincangkan jenis kata adjektif secara koheren. Pada akhir pengajaran diakhiri dengan pentaksiran dalam bentuk item Objektif Aneka Pilihan (OAP) dan formatif setelah semua subtopik selesai dibincangkan.

Jan 16, 202425:49
SEJARAH TINGKATAN 4 - Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun

SEJARAH TINGKATAN 4 - Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun

Rancangan ini membincangkan penentangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun, seterusnya peristiwa penyerahan kalah Jepun di negara kita dan keadaan Negara kita selepas itu

Jan 16, 202423:54
Bahasa Melayu Tingkatan 5 - Peribahasa

Bahasa Melayu Tingkatan 5 - Peribahasa

Peribahasa yang diketengahkan adalah peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bentuk soalan yang berkaitan dengan peribahasa.

Jan 15, 202424:29
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Cerpen: Talia Dan Raksaksa

Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Cerpen: Talia Dan Raksaksa

Cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad” ini berkisarkan tentang hubungan antara manusia dan haiwan. Hubungan yang terjalin tanpa dirancang tersebut telah membuahkan bibit-bibit keakraban antara anak kecil yang bernama Talia dan haiwan yang dikenali dengan nama raksasa Qadqad. Antara komponen penting sastera yang akan diberi penelitian ialah sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, serta nilai dan pengajaran. Seterusnya, kupasan cerpen ini akan menerangkan secara terperinci tentang tips untuk menganalisis komponen sastera tersebut dengan cara yang lebih praktikal. Sesi pembelajaran akan diakhiri dengan latihan pengukuhan untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkaitan topik yang dibincangkan. Pentaksiran berbentuk formatif juga akan diberikan setelah selesai perbincangan setiap sub topik.

Jan 15, 202428:27
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Drama : Mahkamah

Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Drama : Mahkamah

Tajuk Drama Mahkamah ini akan menceritakan tentang keadilan dalam menentukan sesuatu keputusan. Segala kesalahan yang dilakukan oleh seseorang perlulah diadili tanpa mengira pangkat, darjat, umur atau keturunan. Terdapat dua kes yang diceritakan dalam drama ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sipnosis, tema dan persoalan, serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam drama yang telah dipelajari.

Jan 15, 202425:07
Bahasa Melayu Tingkatan 3 :Cerpen: Legasi Tapai Ubi

Bahasa Melayu Tingkatan 3 :Cerpen: Legasi Tapai Ubi

Tajuk Cerpen Legasi Tapai Ubi ini akan membincangkan tentang kegigihan dan kesungguhan seseorang yang membuktikan makanan tradisi ini menjadi sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sinopsis, tema dan persoalan, plot penceritaan, watak dan perwatakan, latar serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam cerpen yang telah dipelajari.

Jan 15, 202426:33
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 : Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 : Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

Dalam bahagian pengenalan murid didedahkan kepada asal-usul penciptaan gurindam. Murid juga diperdengarkan dendangan gurindam oleh guru untuk membangkitkan keseronokan dan menarik minat murid untuk mendalami isi pelajaran. Isi pelajaran menyentuh aspek maksud gurindam mengikut rangkap, tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Pada akhir pelajaran, murid diberikan soalan pemahaman untuk menguji tahap pemahaman mereka.

Jan 15, 202429:51
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Anak Angkat Menurut Pandangan Islam

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Anak Angkat Menurut Pandangan Islam

Rancangan ini akan membahaskan tentang pengertian anak angkat, hukum mengambil anak angkat menurut perspektif Islam serta hikmah pengharusan mengambil anak angkat.

Jan 15, 202428:05
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Poligami – Islam Menghadkan Bilangan Isteri.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Poligami – Islam Menghadkan Bilangan Isteri.

Rancangan ini membincangkan tentang pengertian, hukum serta syarat-syarat poligami. Turut dibincangkan ialah kesan berpoligami yang tidak berlandaskan syarak dan hikmah-hikmahnya di samping isu-isu berkaitan poligami.

Jan 15, 202429:52
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Hadhanah

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Hadhanah

Rancangan ini membincangkan tentang anak kecil memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya termasuk menitikberatkan hak penjagaan (hak Hadhanah) apabila berlakunya perceraian agar dapat menjadi insan yang berguna.

Jan 08, 202423:47
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - As-Sayyid Jamaluddin Al- Afghani

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - As-Sayyid Jamaluddin Al- Afghani

Rancangan ini membincangkan tentang biodata, keperibadian, pendidikan dan sumbangan As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bidang Pemikiran dan Gerakan Islam Seterusnya menganalisis idea islah beliau secara terperinci.

Jan 05, 202429:17
SEJARAH TINGKATAN 2 - Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

SEJARAH TINGKATAN 2 - Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Rancangan ini adalah tentang kegemilangan kerajaan yang unggul di Alam Melayu yang menghubungkait cara dan kepentingan pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, topik ini menjelaskan cara penyebaran agama Islam Kesultanan Melayu Melaka serta kesannya dan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan.

Jan 05, 202425:27
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - HAMKA Permata Nusantara

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - HAMKA Permata Nusantara

Rancangan ini membincangkan tentang riwayat hidup tokoh Hamka Permata Nusantara, sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran dan kegigihannya mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara.

Jan 05, 202423:58
Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Syair: Burung Nuri

Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Syair: Burung Nuri

Tajuk syair Burung Nuri ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap syair serta komponen sastera yang terkandung dalam syair ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam syair yang telah dipelajari.

Jan 05, 202426:28
Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Sajak : Bintang

Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Sajak : Bintang

Tajuk sajak bintang ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang telah dipelajari.

Jan 05, 202424:39
Bahasa Melayu Tingkatan 3: Sajak -Kijang Yang Lelah

Bahasa Melayu Tingkatan 3: Sajak -Kijang Yang Lelah

Tajuk sajak Kijang Yang Lelah ini akan membincangkan tentang maksud sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang telah dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.

Jan 05, 202425:50
 Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Seloka Santap Istiadat

Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Seloka Santap Istiadat

Tajuk seloka santap istiadat ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap seloka serta komponen sastera yang terkandung dalam seloka ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam seloka yang telah dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu subtopik dibincangkan.

Jan 05, 202426:40
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Peristiwa Menarik Dalam Novel

Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Peristiwa Menarik Dalam Novel

Tajuk Peristiwa Menarik dalam Novel membincangkan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam keempat-empat buah novel yang dikaji oleh murid-murid Tingkatan 4. Murid-murid diberikan panduan untuk memilih peristiwa yang boleh dianggap menarik. Dalam pelajaran ini juga murid dibimbing untuk menulis esei pendek dengan menyatakan peristiwa serta hujah yang boleh menyokong peristiwa tersebut.

Jan 04, 202426:09
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Tatabahasa: Jenis Kata

Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Tatabahasa: Jenis Kata

Tajuk jenis kata membincangkan subtopik jenis-jenis perkataan (morfologi). Murid-murid didedahkan dengan definisi dan pecahan yang ada dalam setiap jenis kata. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci penggunaan kata termasuklah cara mengeja kata tersebut. Analisis kesalahan umum penggunaan setiap jenis kata turut dikupas. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu subtopik yang dibincangkan. Murid perlu kenal jenis kata untuk membolehkan mereka menjawab soalan kemahiran bahasa dalam SPM BM Kertas 2 khususnya.

Jan 04, 202422:26
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Syair Bidasari

Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Syair Bidasari

Dalam bahagian pengenalan murid diperdengarkan dendangan syair oleh guru untuk membangkitkan keseronokan dan menarik minat murid untuk mendalami isi pelajaran. Isi pelajaran menyentuh aspek maksud syair mengikut rangkap, tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Pada akhir pelajaran, murid diberikan soalan pemahaman untuk menguji tahap pemahaman mereka.

Jan 04, 202428:33
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Teknik Menulis Pendahuluan

Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Teknik Menulis Pendahuluan

Tajuk penulisan pendahuluan karangan ini  akan membimbing murid menghasilkan pendahuluan karangan jenis pantun dan takrif umum. Tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang  penghasilan pendahuluan yang mempunyai ‘impression’ yang baik dan tautan yang mantap. Sesi pembelajaran bermula dengan analisis soalan hinggalah penghasilan dua jenis pendahuluan ini secara sempurna. Teknik ini membolehkan murid menghasilkan pendahuluan menggunakan tajuk karangan yang lain. Teknik terarah ini mampu membantu murid untuk tidak memasukkan isi karangan ke dalam bahagian pendahuluan karangan.

Jan 04, 202420:59
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Drama Berkhidmat Untuk Negara

Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Drama Berkhidmat Untuk Negara

Tajuk drama Berkhidmat Untuk Negara  ini membincangkan sinopsis/binaan plot drama bagi memberi gambaran keseluruhan cerita. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, latar masyarakat, perwatakan, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan inti cerita, komponen sastera dalam drama yang telah dipelajari dan soalan berbentuk KBAT berdasarkan isu dalam drama yang dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif diberikan pada akhir sesi pembelajaran sebagai latihan pengukuhan

Jan 04, 202424:34
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - Ayat Hukum – Adab Pergaulan Dalam Rumah

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - Ayat Hukum – Adab Pergaulan Dalam Rumah

Rancangan ini membincangkan tentang bacaan ayat kefahaman An-Nur: 58-59. Murid akan mengetahui tentang tuntutan hukum, sebab serta kaedah mengamalkan adab-adab pergaulan dalam rumah.

Jan 03, 202427:04
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - U'quudut Tabarru’aat – Al-Hibah, Al-Wadi'ah dan Al-Qardhu

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - U'quudut Tabarru’aat – Al-Hibah, Al-Wadi'ah dan Al-Qardhu

Rancangan ini membincangkan secara terperinci tentang 3 jenis Akad Tabbaru’ dari segi bahasa dan istilah, dalil keharusan akad, rukun dan syarat akad.

Jan 02, 202429:51
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia-Perlembagaan Siri 1

SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia-Perlembagaan Siri 1

Rancangan ini mengupas tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia yang menerangkan ciri-ciri kerajaan Demokratik Berparlimen 

Jan 02, 202422:09
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Perlembagaan Siri 2

SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Perlembagaan Siri 2

Rancangan ini  membincangkan tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia yang menerangkan ciri-ciri kerajaan Demokratik Berparlimen yang merangkumi Perlembagaan, Raja Berperlembagaan, Badan Pemerintah, Pilihanraya dan Parti Politik.

Jan 02, 202421:11
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Keluhuran Perlembagaan Kepentingan Perlembagaan

SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Keluhuran Perlembagaan Kepentingan Perlembagaan

Rancangan ini mengupas tentang Keluhuran Perlembagaan serta kepentingan perlembagaan kepada masyarakat Malaysia. Murid-murid dibimbing untuk memahami maksud keluhuran yang membawa kepada ketaatan rakyat terhadap Perlembagaan Malaysia.

Jan 02, 202415:18
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Kuasa Pemerintahan

SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Kuasa Pemerintahan

Rancangan ini mengupas tentang Kuasa Pemerintahan serta kepentingan Kuasa Pemerintahan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum Diakhir penulis ingin menegaskan tentang sistem pemerintahan yang menjadi tonggak utama pentadbiran negara

Jan 02, 202418:34
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Jenayah Dalam Islam

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Jenayah Dalam Islam

Rancangan ini membincangkan tentang perincian pengertian jenayah dan pembahagian tiga hukum jenayah iaitu qisas, hudud dan takzir meliputi jenis-jenis kesalahan, kaedah pensabitan dan syarat pelaksanaan hukuman jenayah Islam.

Jan 02, 202426:38
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Membunuh Tanpa Sengaja

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Membunuh Tanpa Sengaja

Rancangan ini membincangkan tentang topik yang diambil daripada Ayat 92, Surah An-Nisa’ Dalam ayat ini, Allah menerangkan dengan terperinci tentang jenayah membunuh tanpa sengaja.

Jan 02, 202427:01
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Peranan Mahkamah Syar'iyyah di Malaysia

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Peranan Mahkamah Syar'iyyah di Malaysia

Rancangan ini membincangkan tentang sejarah penubuhan, matlamat penubuhan dan struktur organisasi Mahkamah Syariah. Perana dan bidang kuasa Mahkamah Syariah turut dibincangkan.

Jan 02, 202427:33
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Hukum Harta Wakaf

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 - Hukum Harta Wakaf

Rancangan ini membincangkan maksud hukum wakaf, menyenaraikan rukun serta syarat harta wakaf termasuk kaedah istinbad hukum dengan tepat dan peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi Islam di Malaysia.

Dec 29, 202323:54
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4- Tegahan Mempersendakan Agama

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4- Tegahan Mempersendakan Agama

Rancangan ini membincangkan pengertian mempersendakan agama. Kupasan terhadap perkara-perkara yang dikategorikan sebagai mempersendakan agama. Terdapat cadangan dalam menangani isu-isu mempersendakan agama.

Dec 29, 202328:44
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4- Manfaat Kejadian Alam

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4- Manfaat Kejadian Alam

Rancangan ini menerangkan pengertian alam. Murid akan mempelajari tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Dec 29, 202326:24
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4- Nuzul Al-Quran

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4- Nuzul Al-Quran

Rancangan ini menjelaskan pengertian, cara dan peringkat Nuzul al-Quran. Murid akan mengetahui kepentingan Nuzul al-Quran secara berperingkat dan beransur.

Dec 29, 202325:00