Skip to main content
Rahsia Al Quran : Surah Al Baqarah

Rahsia Al Quran : Surah Al Baqarah

By Kelas Rahsia Al Quran

Rakaman kelas yang disampaikan oleh YBhg Al Fadhil Sheikh Said Abdellatif Karawia di Qaiser Darussalam Publications dari Tahun 2016 hingga Tahun 2020. Kelas ini sudah ditamatkan sejak tahun 2020. Sila join Group Rahsia Al Quran Sheikh Said di Facebook untuk info kelas dan juga Ceramah Khas Sheikh dari masa ke semasa.



Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

Rahsia Ayat 106 (#3) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

Rahsia Al Quran : Surah Al BaqarahMar 14, 2020

00:00
01:30:40
Rahsia Ayat 106 (#3) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

Rahsia Ayat 106 (#3) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

12 Mac 2020

Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 150-155

Hanya sedikit ayat yang dari syariat sahaja yang dimansukhkan. Al Quran senang dihafal jika diamal. Kita diwajibkan untuk amal Al Quran tetapi bukan semua ayat perlu amal. Ayat-ayat mansukh hanya dibaca, tidak perlu diamal. Yang penting, kita perlu belajar dengan guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullah SAW.

3) Ayat Mansukh Surah Al Baqarah (2:191 & 217) digantikan dengan ayat Nasikh Surah At Taubah (9:5 & 36)

Mar 14, 202001:30:40
Rahsia Ayat 106 (#2) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

Rahsia Ayat 106 (#2) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

5 Mac 2020  

Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 144-149  

Ayat-ayat Nasikh dan Mansukh di dalam Al Quran menunjukkan kepada kita kuasa Allah dan kebesaran Allah Tabaraka wa ta'ala. Kita tidak boleh hanya tahu adanya ayat-ayat Nasikh & Mansukh di dalam Al Quran tanpa memahami tiap-tiap ayat itu. Kita perlu fahamkan rahsia di dalam ayat-ayat itu.  

2) Ayat Mansukh Surah Al Baqarah (2:109) digantikan dengan ayat Nasikh Surah At Taubah (9:29)  

Mar 06, 202001:28:52
Rahsia Ayat 106 (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

Rahsia Ayat 106 (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

27 Feb 2020  

Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 138-143  

Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita tentang hukum ayat mansukh (batal) di dalam Al Quran. Ayat mansukh hanya dalam HUKUM SYARIAT sahaja, yakni tentang perintah dan larangan Allah contohnya tentang solat, puasa, wasiat, arak dan lain-lain. 

1) Ayat Mansukh Surah Al Baqarah (2:115) digantikan ayat Nasikh Surah Al Baqarah (2:144)

Feb 28, 202001:18:28
Rahsia Ayat 105 (#5)

Rahsia Ayat 105 (#5)

20 Feb 2020  

Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 131-137  

Orang kafir dari Ahli Kitab & Musyrik tidak suka Allah SWT turunkan kebaikan (Al Quran) kepada Rasulullah SAW  & kita (orang Islam) kerana mereka hasad. Sifat orang yang hasad ialah tidak suka (sakit hati) apabila orang lain mendapat nikmat.  Adakah hati kita bersih dari hasad?  Hanya orang-orang beriman yang hatinya bersih dari hasad akan masuk syurga. Setiap hari Allah SWT akan melihat hati kita bukannya wajah kita.  

Feb 21, 202001:54:10
Rahsia Ayat 105 (#4)

Rahsia Ayat 105 (#4)

13 Feb 2020  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 121-130  


Sheikh terangkan kenapa di dalam ayat ini disebutkan "diturunkan ke atas kamu" bukannya "diturunkan kepada kamu" dan juga kenapa Allah SWT gunakan perkataan "kebaikan" bukannya "Al Quran".

Feb 15, 202001:46:54
Rahsia Ayat 105 (#3)

Rahsia Ayat 105 (#3)

6 Feb 2020  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 105-120  

Pada kuliah ini, Sheikh menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan perbezaan di antara HUB & MAWADDAH.




Feb 08, 202001:38:26
Rahsia Ayat 105 (#2)

Rahsia Ayat 105 (#2)

30 Jan 2020  

Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 96-104  

Kupasan yang menarik : Kenapa Allah SWT mulakan ayat ini dengan 'Tidak' ? Apakah kaitan orang-orang kafir dari ahli kitab & orang musyrik di dalam ayat ini? Kenapa ayat ini masih relevan pada zaman sekarang?

Jan 31, 202001:46:39
Rahsia Ayat 105

Rahsia Ayat 105

23 Jan 2020


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 88-95  

Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita tentang perasaan Ahli Kitab,  yakni tentang apa yang di dalam hati mereka. Ayat 105 ini ada kaitan dengan ayat 104 di mana Allah mengajar kita untuk pilih perkataan yang baik sebelum diucapkan. Ucapan kita adalah sangat penting kerana...? 

Jan 25, 202001:52:14
Rahsia Ayat 104

Rahsia Ayat 104

16 Jan 2020  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 82-87  


Apabila Allah SWT berfirman "Wahai orang-orang beriman" akan datang seterusnya adalah perintah daripada Allah. Maka, jika tiada iman, tidak ada perintah. Kalau manusia tidak beriman, tiada perintah daripada Allah.


Jan 21, 202001:32:14
Rahsia Ayat 102 (#3) & 103

Rahsia Ayat 102 (#3) & 103

10 Oktober 2019  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 74-81 

Tentang ahli sihir  : Allah SWT beritahu kita bahawa orang-orang yang belajar sihir tidak mendapat manfaat dan akan memudaratkan mereka. Mereka akan rugi dunia dan akhirat.

Jan 10, 202001:57:57
Rahsia Ayat 102 (#2)

Rahsia Ayat 102 (#2)

3 Oktober 2019 


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 68-73  

Tentang 2 malaikat, sihir dan Harut & Marut.  

Kita akan tahu bahawa banyak cerita tidak benar yang telah dikeluarkan oleh orang-orang Yahudi. Mereka kufur kepada Allah SWT dan ikut ajaran syaitan. Jinn & syaitan mengajar sihir kepada manusia selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS. Harut dan Marut bukan malaikat.


Jan 10, 202001:44:47
Rahsia Ayat 102

Rahsia Ayat 102

26 September 2019  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 58-67  

Allah SWT telah beritahu kita bahawa sebahagian daripada Bani Israil mengikut ajaran syaitan. Manusia diciptakan sebagai hamba untuk menyembah Allah SWT, oleh itu jika seseorang tidak menyembah Allah & tidak mahu ikut ajaran Allah, maka dia akan ikut ajaran syaitan. Dari ayat ini juga, Allah beritahu kita bahawa Nabi Sulaiman tidak kufur, bukan seperti kisah Isra’iliyyat.

Jan 10, 202002:05:37
Rahsia Ayat 101

Rahsia Ayat 101

20 September 2019 


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 52-57  

Dalam ayat ini Allah SWT akan beritahu kita tentang orang Yahudi (ahli kitab) telah berdusta, mungkir janji dan tukar syariat Allah.  Surah Al Baqarah adalah surah yang kedua dan terpanjang dalam Al Quran, kisah pertama adalah kisah Nabi Adam & Iblis (tentang akidah), seterusnya kisah Nabi Musa & Bani Israil. Kebanyakan cerita dalam Surah Al Baqarah adalah tentang akidah Bani Israil.

Jan 10, 202001:51:40
Rahsia Ayat 100

Rahsia Ayat 100

12 Sept 2019 


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 44- 51  

Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita tentang sifat orang-orang Yahudi. Sejak dari zaman Nabi Musa AS, setiap kali mereka ikat janji dengan Allah, mereka akan memungkiri janji kecuali sedikit sahaja dari mereka yang beriman.

Jan 10, 202001:46:51
Rahsia Ayat 99

Rahsia Ayat 99

5 September 2019  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 38-43  

Allah SWT turunkan ayat ini kerana Nabi Muhammad SAW sedih orang-orang Yahudi tidak mahu terima Islam. Al Quran jelas, dakwah Rasulullah SAW pun jelas. Orang-orang yang mengingkari/derhaka pada Al Quran adalah fasik.

Jan 09, 202001:51:15
Rahsia Ayat 97 (#3) & 98

Rahsia Ayat 97 (#3) & 98

29 Ogos 2019  


Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 31-37  

Walaupun Allah SWT turunkan Ayat 97 ini khusus untuk orang Yahudi kerana tak sukakan Jibril (alasan tak mahu masuk Islam) tetapi dalam ayat ini Allah tidak sebutkan orang Yahudi. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memusuhi Jibril tidak kira dari orang Yahudi, Nasrani ataupun orang Islam, mereka akan jadi musuh kepada Allah SWT.

Jan 09, 202001:51:08
Rahsia Ayat 97 (#2)

Rahsia Ayat 97 (#2)

22 Ogos 2019


Talaqqi : Surah Al A'raf 23-30

Sehingga sekarang masih ramai yang katakan Al Quran dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Apabila kita baca Ayat 97 ini, kita akan dapat lihat bahawa Al Quran adalah benar-benar firman Allah SWT.

Jan 09, 202001:35:49
Rahsia Ayat 97

Rahsia Ayat 97

15 Ogos 2019 


Talaqqi : Surah Al A'raf 12-22 

Seperti Ayat 94, Ayat 97 juga adalah jawapan dari Allah SWT. Kenapa Ayat ini diturunkan dan apakah cerita disebalik Ayat ini?

Jan 09, 202001:53:09
Rahsia Ayat 94-96

Rahsia Ayat 94-96

8 Ogos 2019  


Talaqqi : Surah Al A'raf 1-11  

Dari ayat-ayat ini, Allah SWT beritahu kita orang-orang Yahudi banyak menipu dan iman mereka tidak betul. Kita juga akan tahu bahawa orang-orang Yahudi telah tukar ayat-ayat Allah dan membuat penambahan yang tidak betul di dalam Taurat.

Jan 09, 202001:33:58
Rahsia Ayat 93 (#2)

Rahsia Ayat 93 (#2)

1 Ogos 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 158-165

Allah SWT mahu Bani Israil ambil Kitab Taurat dengan bersungguh-sungguh supaya mereka ambil, baca, faham dan amal.  Allah tidak mahu mereka ambil Kitab Taurat dengan malas, tidak suka atau bermain-main dalam agama.

Jan 09, 202001:42:48
Rahsia Ayat 93

Rahsia Ayat 93

25 Julai 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 152-157  

Allah SWT beri peringatan kepada Bani Israil bahawa Bani Israil hanya telah beriman kepada Taurat kerana mereka takut sahaja, bukan kerana mereka telah percaya Allah atau sayang kepada Allah SWT. Melalui ayat-ayat ini, kita akan tahu bagaimana sifat-sifat, hati & akhlak Bani Israil.

Jan 09, 202001:44:31
Rahsia Ayat 92

Rahsia Ayat 92

18 Julai 2019  


Pada ayat ini, Allah SWT berikan peringatan hanya kepada Bani Israil pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kisah ringkas tentang kekufuran Bani Israil di zaman Nabi Musa AS yang telah mengambil anak lembu (patung) sebagai sembahan walaupun setelah mereka diperlihatkan banyak bukti-bukti kebenaran. Mereka termasuk dalam orang-orang yang zalim.

Jan 09, 202001:26:25
Rahsia Ayat 90 (#3)

Rahsia Ayat 90 (#3)

11 Julai 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 142-146  

Pada Ayat 90, Allah SWT banyak kali sebutkan perkataan kufur. Ahli kitab yang dari Yahudi & Nasrani yang tidak percaya pada kitab Allah & kufur pada ayat-ayat Allah adalah orang kufur. Mereka dapat dunia yang sementara dan rugi akhirat. Dunia kita adalah sehingga kita mati, bukannya sehingga Hari Kiamat.

Jan 09, 202001:44:51
Rahsia Ayat 90 (#2)

Rahsia Ayat 90 (#2)

4 Julai 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 138-142  

Allah SWT telah menciptakan kita dengan percuma dan berikan banyak nikmat untuk kita secara percuma.  Allah tidak ambil apa-apa langsung dari kita, bahkan Allah akan membeli jiwa orang mukmin dengan nilai yang mahal.

Jan 09, 202001:39:38
Rahsia Ayat 90

Rahsia Ayat 90

27 Jun 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 132-137  

Pada ayat ini Allah SWT beritahu kita tentang orang kafir dari ahli kitab yang menjual diri mereka di jalan yang sangat buruk, akibatnya mereka rugi di dunia & akhirat. Apakah maksud menjual diri mereka?

Jan 09, 202001:30:54
Kuliah Khas - Rahsia Bulan Ramadan

Kuliah Khas - Rahsia Bulan Ramadan

2 Mei 2019  


Apakah rahsia bulan Ramadan dan bagaimana kita beramal ibadah seperti yang Allah SWT mahukan?

*Harap maaf, audio dirakam selepas kelas bermula dalam 10 minit.

Jan 09, 202001:46:33
Rahsia Ayat 89

Rahsia Ayat 89

25  April 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 125-131  

Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita rahsia baharu tentang orang Yahudi. Orang Yahudi katakan mereka percaya Allah tetapi mereka mengingkari Al Quran apabila ia telah datang kepada mereka. Al Quran telah turun dari sisi Allah SWT kepada semua manusia, supaya manusia semua menjadi Islam.

Jan 08, 202001:58:53
Rahsia Ayat 88 (#2)

Rahsia Ayat 88 (#2)

18 April 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 119-124  

Hati Bani Israil tertutup kerana mereka telah ingkar pada ayat-ayat Allah dan tolak perintah Allah SWT. Oleh itu Allah melaknat mereka , keluarkan dari rahmat Allah.  Manusia ada pilihan dalam akidah, pilih IMAN atau pilih KUFUR.

Jan 08, 202002:06:54
Rahsia Ayat 88

Rahsia Ayat 88

11 April 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 111-118  

Bani Israil katakan hati mereka sudah tertutup.  Apakah maksud hati mereka sudah tertutup dan kenapa mereka katakan begitu?


Jan 08, 202002:05:55
Rahsia Ayat 87 (#3)

Rahsia Ayat 87 (#3)

4 April 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 102-110  

Masalah Bani Israil ialah mereka tidak percaya ghaib. Mereka hanya percaya pada apa yang mereka nampak sahaja. Oleh itu, Allah SWT jadikan Nabi Isa AS 100% ghaib, lahir tanpa bapa. Lalu, Bani Israil telah berpecah kepada 2 golongan iaitu Yahudi yang tidak percaya Nabi Isa dan Nasrani yang percaya Nabi Isa.


Jan 08, 202002:07:22
Rahsia Ayat 87 (#2)

Rahsia Ayat 87 (#2)

28 Mac 2019  


**Sebelum kelas bermula ada penerangan tentang Surah At Talaq

Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 95-101

Kitab Taurat telah diturunkan kepada Nabi Musa AS dan setelah beliau wafat, Allah SWT telah hantarkan ramai nabi-nabi dan rasul-rasul yang berpegang kepada ajaran Nabi Musa AS dan Kitab Taurat yang asal kepada Bani Israil. Namun Bani Israil telah mendustakan ajaran mereka dan membunuh sebahagian nabi-nabi. Nabi terakhir dari Bani Israil adalah Nabi Isa AS, kelahirannya luar biasa, dikurniakan mukjizat dan diturunkan Kitab Injil kepadanya. 

Jan 08, 202001:47:53
Rahsia Ayat 87

Rahsia Ayat 87

21 Mac 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 91-94  

Pada ayat ini, ada beberapa kisah baharu dan pelajaran tentang Bani Israil. Selain itu, ayat ini akan ajar kita tentang susunan pilihan yang penting dalam hidup kita.


Jan 07, 202002:05:19
Rahsia Ayat 86

Rahsia Ayat 86

14 Mac 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 82-90  

Pada ayat ini,  ada rahsia baharu tentang Bani Israil, rahsia yang mereka tidak suka orang lain tahu. Kita nampak di dalam Al Quran, Allah SWT selalu bukakan rahsia Bani Israil dan Allah beritahu Nabi Muhammad SAW dan orang Islam.

Jan 07, 202001:42:54
Rahsia Ayat 85 (#3)

Rahsia Ayat 85 (#3)

28 Feb 2019  

Sebelum kelas bermula, ada penerangan Surah Yunus Ayat 85-86.  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 60-68

Orang-orang yang ambil sebahagian perintah Allah SWT dan ingkar pada sebahagian yang lain, balasannya adalah kehinaan di dunia dan azab yang paling berat di Hari Kiamat. Pelajaran dari Ayat 85 untuk kita adalah supaya kita tidak mengikut  jejak langkah Bani Israil. 

Jan 07, 202002:07:51
Rahsia Ayat 85 (#2)

Rahsia Ayat 85 (#2)

21 Feb 2019


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 60-68 

Pada ayat ini, Allah SWT akan beritahu kita tentang keadaan Bani Israil dan terdapat banyak pelajaran dan ikhtibar untuk kita kerana Allah SWT tidak mahu kita ikut Bani Israil. 



Jan 07, 202001:52:11
Rahsia Ayat 84 (#3) & 85

Rahsia Ayat 84 (#3) & 85

14 Feb 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 53-59  

Pada Ayat 84, Allah SWT melarang Bani Israil menumpahkan darah sesama sendiri dan usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing. Bani Israil sudah baca Taurat, sudah tahu dan faham perintah dan larangan Allah SWT. Mereka telah berikrar dan bersaksi namun pada Ayat 85, Allah SWT telah ceritakan Bani Israil sudah melanggar perintah dengan sengaja.

Jan 07, 202001:46:17
Rahsia Ayat 84 (#3)

Rahsia Ayat 84 (#3)

7 Feb 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 45-52  

Sambungan tentang larangan yang Allah SWT perintahkan kepada Bani Israil. Sebagai orang Islam, kita perlu ikut suruhan dan larangan Allah SWT. Pada siri ini, Sheikh juga terangkan kepada kita asal usul Bani Israil dan sifat-sifat mereka.

Jan 07, 202001:46:23
Rahsia Ayat 84

Rahsia Ayat 84

31 Jan 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 36-44  

Pada ayat ini, Allah SWT telah ikat/angkat perjanjian kedua dengan Bani Israil. Perjanjian ini adalah perintah-perintah larangan Allah SWT. 

Jan 07, 202001:42:22
Rahsia Ayat 83 (#7)

Rahsia Ayat 83 (#7)

24 Jan 2019  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 28 -35  

Ulangkaji tentang 8 perkara yang Allah SWT telah ikat/angkat perjanjian dengan Bani Israil, yakni Bani Israil telah bersetuju untuk melaksanakan perintah-perintah Allah SWT. 

Jan 07, 202001:47:56
Rahsia Ayat 83 (#6)

Rahsia Ayat 83 (#6)

25 Okt 2018  


Dalam ayat ini, perkara ke-7 ialah Dirikan solat & ke-8 ialah Tunaikan zakat. Adakah kita faham kenapa Allah SWT perintahkan kita untuk dirikan solat? Dan apakah kaitan solat dan zakat?

Jan 07, 202001:50:57
Rahsia Ayat 83 (#5)

Rahsia Ayat 83 (#5)

18 Okt 2018 


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 9-18  


Dalam ayat ini ada 5 perkara tentang ihsan, sangat penting untuk kita semua. Segala di dalam Taurat, ada di dalam Al Quran. Perlaksanaan adalah berbeza bagi Bani Israil dan Islam.  Contohnya zakat, solat, caranya berbeza dengan yang sekarang.


Jan 07, 202002:17:43
Rahsia Ayat 83 (#4)

Rahsia Ayat 83 (#4)

11 Okt 2018  


Talaqqi : Surah Al An'am Ayat 1-8  


Dalam ayat ini ada 8 perkara yang akan bawa Bani Israil ke syurga.   

Yang pertama : Jangan sembah selain Allah.  Hanya sembah Allah (Taat).  Sembah Allah kerana itu hak Allah. Allah yang menciptakan kita, yang lain tidak buat apa-apa.  Sembah Allah ada cara-caranya.


Jan 07, 202002:06:46
Rahsia Ayat 83 (#3)

Rahsia Ayat 83 (#3)

4 Okt 2018 


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 114-120 


Ayat ini sangat penting, bukan hanya untuk Bani Israil tetapi penting untuk semua. 8 perkara di dalam ayat ini adalah asas dalam ISLAM.


Jan 07, 202001:52:08
Rahsia Ayat 83 (#2)

Rahsia Ayat 83 (#2)

27 Sept 2018  


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 104-113  


Dari ayat ini kita akan tahu agama Bani Israil dan apa perbezaannya dengan agama Islam. Seperti yang kita tahu, agama Allah hanyalah satu, iaitu ISLAM. 

Jan 06, 202001:51:50
Rahsia Ayat 83

Rahsia Ayat 83

20 Sept 2018  


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 104-108  


Pada ayat ini Allah SWT  ceritakan tentang perjanjian yang diikat dengan Bani Israil.  Ada 8 perkara di dalam perjanjian itu. 

Jan 06, 202001:50:53
Rahsia Ayat 79-82

Rahsia Ayat 79-82

18 Sept 2018 


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 96-103  


Sambungan tentang Allah memberi azab yang besar kepada golongan Yahudi yang menulis kitab Taurat dengan tangan mereka sendiri.

Jan 06, 202001:53:30
Rahsia Ayat 79

Rahsia Ayat 79

6 Sept 2018  


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 90-95  


Seperti yang telah kita pelajari sebelum ini, terdapat 4 golongan Yahudi yang jahat. Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita tentang golongan yang ke-4 iaitu orang Yahudi yang tidak buta huruf, yang baca, faham kitab Taurat, tetapi mereka telah mengubah Kitab Taurat & menulis kitab baru dengan tangan mereka sendiri.

Jan 06, 202001:57:50
Rahsia Ayat 78-79

Rahsia Ayat 78-79

30 Ogos 2018  


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 83-89  


Orang Yahudi terdiri daripada 4 golongan :  

1) Orang Munafik : Orang yang pergi jumpa orang beriman  

2) Orang yang tegur orang munafik (Ketua Yahudi)  

3) Orang buta huruf yang tidak tahu apa-apa dari kitab. Hanya ikut ulama mereka yang hanya cakap apa yang mereka suka dan tidak ikut Taurat/Allah.  

4) Orang yang menulis kitab dengan tangan mereka sendiri.



Dec 30, 201901:37:25
Rahsia Ayat 77

Rahsia Ayat 77

16 Ogos 2018  


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 77-82  


Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita tentang sifat-sifat Bani Israil. Bani Israil tahu Allah, tahu perintah-perintah Allah, tahu apa yang Allah mahu dari mereka tetapi mereka tetap ingkar. 

Dec 30, 201902:12:43
Rahsia Ayat 76-77

Rahsia Ayat 76-77

9 Ogos 2018  


Talaqqi : Surah Al Maidah Ayat 71-76


Sambungan hujung ayat 76 : "Tidakkah kamu berakal?" Kata-kata dari ketua Yahudi kepada orang munafik Yahudi.

Dec 30, 201901:55:38