Skip to main content
Silang Kata Podcast

Silang Kata Podcast

By Silang Kata Podcast

Seperti permainan teka silang kata, pada setiap episod trio peneraju akan mengupas tiga topik seputar hal sastera dan budaya. Di akhir setiap episod - mereka akan mencari apakah titik persamaan yang menyimpul setiap perbincangan.
Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

S02E04 - Penjara Pentas Perwara

Silang Kata PodcastOct 13, 2020

00:00
01:03:29
S02E04 - Penjara Pentas Perwara

S02E04 - Penjara Pentas Perwara

test
Oct 13, 202001:03:29
S02E03 - Mencari Juara Deklamator

S02E03 - Mencari Juara Deklamator

Sejak tahun 1987, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan telah diadakan secara konsisten saban tahun, menobatkan seorang juara di peringkat kebangsaan.

Tahun ini tidak terkecuali, apabila Tuan Aqi Azmi dari negeri Perak telah dimahkotakan sebagai juara di antara juara. Di dalam episod kali ini, kita berbicara dengan beliau mengenai perjalanan beliau bermula sebagai seorang deklamator. Sebagai seorang dari bidang kejuruteraan, bagaimanakah perbezaan tersebut melorongkan minat beliau ke arena deklamasi puisi? Paling berharga, apabila Tuan Aqi turut berkongsi tip dan panduan mendeklamasian puisi.

Silang Kata Podcast juga telah menghubungi wakil penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan 2020, iaitu Tuan Zaifulnizan Haji Wagiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rumusan mengenai penganjuran tahun ini, di dalam norma baharu.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. 

Penerbit: Azree Ariffin
Tetamu: Aqi Azmi & Zaifulnizam Wagiran

PENGHARGAAN

Logo : Saharil Hasrin Sanin
Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd).
Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian
Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

Oct 06, 202055:27
S02E02 - E-Buku & Trend Pembacaan

S02E02 - E-Buku & Trend Pembacaan

Bagaimanakah pandemik COVID19 memberikan kesan kepada trend pembacaan dalam format E-Buku? Begitulah apa yang dibincangkan dalam episod kali ini yang diterajui oleh Hafiz Latiff. Ikuti kupasan daripada dua tetamu kami iaitu Fatin Syamimy - CEO Iman Publications yang memberikan perspektif daripada penerbit buku. Manakala, aktivitis buku, Emmy Hermina Natashia membawakan pandangan beliau sebagai seorang pembaca tegar yang menerangkan bagaimana trend pembacaan berubah tatkala musim wabak sekarang ini.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast.

Penerbit: Azree Ariffin
Peneraju: Hafiz Latiff
Tetamu: Fatin Syamimy &Emmy Hermina Natashia

PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd).

Suara Latar
Intro & Outro : Zamir Azfar
Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

Jun 01, 202050:02
S02E01 - Industri Kreatif, Gastronomi & Maghribi

S02E01 - Industri Kreatif, Gastronomi & Maghribi

Dalam pembuka tirai musim kedua ini, kami menjemput dua orang sahabat kami yang pernah bertugas di Perbadanan Kota Buku iaitu Aliff Basri dan juga Alia Wanda Nazri yang kini sedang berada di Marrakesh, Maghribi. Antara yang dibincangkan adalah perubahan yang harus dilaksanakan oleh industri kreatif dalam mendepani kesan global wabak COVID19, juga bagaimana cross-medium atau silang bidang harus digiatkan di antara semua bidang kreatif. Pastinya, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Alia tentang pengalamannya sebagai seorang anak muda yang membuka perniagaan gastronomi pelancongan di Marrakesh, Maghribi. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin Tetamu: Aliff Basri & Alia Wanda Nazri PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd). Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
May 04, 202046:60
Trailer Musim Kedua | Kembali Berkumandang

Trailer Musim Kedua | Kembali Berkumandang

Nantikan Musim Kedua Silang Kata Podcast pada 29 April 2020.
Apr 22, 202000:59
Episod Khas: Perintah Kawalan Pergerakan

Episod Khas: Perintah Kawalan Pergerakan

Setelah tidak merakamkan podcast buat beberapa bulan, akhirnya para peneraju Silang Kata Podcast kembali berbicara di corong pembesar suara anda. Sebelum memulakan musim kedua, kami saling bercerita mengenai perkembangan diri masing-masing dan bagaimana wabak COVID19 telah mengubah segala perancangan yang telah dilakukan. Episod ini telah dirakamkan dalam talian secara berasingan, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan. Mohon maklumbalas anda:  https://forms.gle/WddLBRkuHmFRdUgf9?fbclid=IwAR2i5-UiJB9fvj-ftQlOwAo7WQ5FvUc8sLxaMU2LAevKk9XJv0hY3dXVC8A Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar : Zamir Azfar Penyanyi Nyanyian Melayu: Nurainol Wahidah
Apr 14, 202025:14
S01E12 | Ibu Kota Buku Dunia

S01E12 | Ibu Kota Buku Dunia

Akhirnya, Silang Kata Podcast telah sampai ke episod terakhir untuk musim pertama.

Dalam segmen pertama, SKP mengundang Ara, pelajar praktikal di Legasi Oakheart untuk menceritakan pengalamannya menganjurkan sebuah acara di Kafe Buku Oakheart  (KABO) iaitu PENASKHAH. Acara ini adalah sebuah acara baca puisi intim yang menjemput penulis-penulis buku Legasi Oakheart, membacakan naskhah mereka di hadapan khalayak.

Tahun 2020, adalah tahun yang amat bermakna buat industri buku kerana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO. SKP berbincang apakah makna pengiktirafan ini dan bagaimana warga kota Kuala Lumpur boleh mendapat manfaat daripadanya.

Sebagai penutup tirai, segmen terakhir didedikasikan untuk mengimbau semula pengalaman mengendalikan Silang Kata Podcast, termasuklah menceritakan segala jerih-perih dan cabaran dalam menerbitkan podcast berbahasa Melayu ini. SKP juga menceritakan mengenai perancangan mengujakan untuk musim yang akan datang. 


Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast.  

Penerbit: Azree Ariffin
Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah  

Penghargaan Suara Latar
Intro & Outro : Zamir Azfar
Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

Nov 27, 201958:22
S01E11 | Pesta Buku Antarabangsa

S01E11 | Pesta Buku Antarabangsa

Pesta Buku Frankfurt kembali lagi! Setiap tahun, perwakilan industri buku Malaysia akan berangkat ke sebuah kota di Jerman, iaitu Frankfurt untuk membawa karya-karya negara. Namun, apakah sebenarnya yang mereka lakukan di sana dan mengapa dikatakan bahawa setiap orang yang terlibat di dalam industri perbukuan harus ke Frankfurt walau sekali dalam hidup?

Selain acara pesta buku konvensional, kini acara perdagangan hak cipta dalam format fellowship seperti Istanbul Fellowship Program dan Indonesia Partnership Program telah menjadi pentas yang penting dalam dunia perbukuan antarabangsa. Apakah bezanya dan impaknya pula lebih bagus berbanding penyertaan di dalam pesta buku biasa?

Bagaimana pula dengan penulis? Apa ruang yang boleh diteroka sekiranya mereka memilih untuk mengunjungi acara-acara buku antarabangsa sebegini? Apakah penulis boleh mendapat manfaat daripada penyertaan di pesta buku, atau ada alternatif yang lain?

Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast.

Penerbit: Azree Ariffin
Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah

Penghargaan Suara Latar
Intro & Outro : Zamir Azfar
Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

Oct 16, 201901:01:16
S01E10 | Panggung Seni Persembahan

S01E10 | Panggung Seni Persembahan

Seni Persembahan - itulah fokus Silang Kata Podcast minggu ini. Azree mengimbau kenangan membawa Hafiz dan Eja ke sebuah rakaman rancangan televisyen di Indonesia iaitu Golden Memories Asia, dan mereka bercerita mengenai pengalaman dan pemerhatian sewaktu berada di dalam Studio 5 Indosiar. Hafiz pula menyambung mengenai pengalamannya menonton teater di Jogjakarta, serta ketika pementasan teater interaktif di #KABO. Perbincangan mengenai kepentingan menghargai dunia seni persembahan, dikemudikan oleh Eja. Mereka bercerita mengenai pengalaman menonton teater dan juga pengalaman terlibat secara langsung di dalam produksi sebuah teater. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Oct 09, 201956:01
S01E09 | Ekranisasi & Sasterawan Negara

S01E09 | Ekranisasi & Sasterawan Negara

Setelah beberapa minggu tidak bersiaran bersama, akhirnya kali ini Azree, Hafiz dan Eja kembali berdiskusi bertiga, membicarakan topik-topik menarik berkaitan hal seputar sastera budaya. Azree memulakan bicara dengan menyatakan rasa gembira dengan berita penganugerahan gelaran Sasterawan Negara kepada Dr Siti Zainon Ismail dan memulakan topik berkaitan bagaimana anugerah ini dapat memberikan impak kepada seorang penulis dan masyarakat di sekitarnya. Minggu ini Eja memperkenalkan sebuah istilah iaitu 'Ekranisasi'. Dengan memberikan penjelasan dari bidang perfileman, diskusi ini cuba mengupas mengenai makna istilah ini dan kaitannya dengan karya tempatan. Untuk khalayak pembeli buku berkembang, maka pemain dalam industri buku seharusnya memulakan koloborasi dengan pihak-pihak di luar bidang buku - begitulah perbicangan topik yang diutarakan oleh Hafiz, sebagai pelengkap segmen ketiga. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Oct 02, 201950:32
S01E08 | Menulis Buku Di Kafe

S01E08 | Menulis Buku Di Kafe

Sempena pembukaan semula Kafe Buku Oakheart (KABO) di lokasi barunya di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi - Silang Kata Podcast telah dirakamkan ketika majlis buka pintu KABO secara eksklusif bersama tetamu KABO. Kami berbicara mengenai trend kafe buku yang menggabungkan model perniagaan kedai buku dan kafe - juga pendapat mengenai bagaimana kafe sebegini dapat menarik minat orang ramai kepada buku. Seterusnya, alang-alang bercerita mengenai kopi - bagaimana pula kaitannya dengan penulis? Terdapat segelintir penulis perlu minum kopi apabila ingin menulis. Di topik terakhir, kami membincangkan pula mengenai siapa yang membeli buku, terutamanya judul-judul sastera di kafe buku sebegini? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Tetamu Jemputan : Azwar Kamaruzaman, Hafizul Osman & Huzaifah AJ Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Sep 18, 201955:18
S01E07 | Persahabatan Malaysia & Indonesia

S01E07 | Persahabatan Malaysia & Indonesia

Sempena Indonesia International Book Fair, Silang Kata Podcast secara eksklusif membawakan tamu undangan dari seberang iaitu Ibu Kartini Nurdin dan puterinya Dian Andiani dari Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Kami berbicang secara santai di Rumah Obor, Jakarta sambil menjalinkan persahabatan yang merapatkan kedua-dua negara melalui penerbitan buku. Kami bertanyakan kepada Dian selayang pandang keadaan industri penerbitan buku di Indonesia dan hal-hal berkenaan gerakan literasi. Dian turut bercerita serba sedikit mengenai Indonesia International Book Fair yang baru sahaja melabuhkan tirai. Dalam segmen seterusnya, kami meneroka pengalaman Indonesia menjual dan mempromosikan hak cipta perbukuan di peringkat antarabangsa dan cabaran-cabaran yang dihadapi. Tentunya, Dian berkongsikan mengenai Geran Terjemahan di Indonesia yang amat membantu penjualan hak cipta Indonesia kepada penerbit luar negara. Silang Kata Podcast amat gembira, Ketua Pengurus Yayasan Pustaka Obor Indonesia, Ibu Kartini Nurdin sudi untuk menyertai perbincangan pada segmen ke-empat. Kami bertanyakan pendapat Ibu Kartini mengenai kepentingan penterjemahan dan pertukaran judul antara Malaysia dan Indonesia. Turut diperkenalkan, kerjasama penerbitan baharu antara Yayasan Pustaka Obor Indonesia dan Legasi Oakheart iaitu novel 'Jalan Tak Ada Hujung' karya Muchtar Lubis. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Tetamu Jemputan : Dian Andiani Penampilan Khas: Ibu Kartini Nurdin Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Sep 12, 201901:04:03
Episod Khas: Salam Dari Jakarta

Episod Khas: Salam Dari Jakarta

Kali ini Silang Kata Podcast bersiaran dalam sebuah episod khas, langsung dari Jakarta, Indonesia. Dirakamkan di kafe Filosofi Kopi, episod kali ini menampilkan Hidayu Hatta & Syakirah Razali sebagai tetamu jemputan. Dengarkan sembang kedai kopi - kami berbicara mengenai kembara kami ke Jakarta, Indonesia.
Sep 03, 201918:00
S01E06 | Mengacara & Bersanding

S01E06 | Mengacara & Bersanding

Buat pertama kalinya, Silang Kata Podcast menjemput tetamu bagi berkongsi pengalaman iaitu Saufi Ahmad, seorang pengacara majlis perkahwinan. Saufi dan Azree saling bersembang tentang pengalaman masing-masing mengacarakan majlis perkahwinan termasuklah: - Apakah perbezaan antara Emcee dan Deejay? Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara keduanya.   - Apakah elemen-elemen yang penting di dalam Majlis Persandingan Melayu? Azree dan Saufi saling berkongsi tentang peranan pengacara majlis yang boleh membantu tuan rumah melancarkan acara.  - Saufi berkongsi tips dan perkara-perkara penting yang perlu diperhalusi ketika menghadiri majlis perkahwinan Melayu. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin @azreeariffin Peneraju: Azree Ariffin & Saufi Ahmad @emceesaufi Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Aug 27, 201945:26
S01E05 | Baca atau Deklamasi Puisi?

S01E05 | Baca atau Deklamasi Puisi?

Setiap kali menjelmanya bulan Ogos, semangat kemerdekaan pasti akan terasa di seluruh negara. Pada waktu ini jugalah pengucapan puisi akan bergema dengan berlangsungnya Sayembara Deklamasi.Episod kali ini memberi fokus kepada deklamasi puisi dengan membincangkan hal ini dari sudut: - Bagaimanakah caranya mahu menghayati sesebuah puisi? Setiap orang pasti ada cita rasa yang berbeza. Apa pula perbezaan sajak dan puisi? - Acara Baca Puisi: Bagaimanakah landskap acara baca puisi di Malaysia. Adakah ia benar-benar medan penghayatan puisi atau sekadar alasan untuk berhimpun? - Sempena musim sayembara deklamasi puisi yang sedang berlangsung, ayuh telusuri sejarah perkembangan pertandingan ini dan persoalan adakah ia perlu diberikan suatu evolusi untuk menarik anak muda? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Aug 20, 201953:13
S01E04 | Sang Pengembara Di Usia 30-an

S01E04 | Sang Pengembara Di Usia 30-an

Sempena Hari Raya Aidil Adha, Silang Kata Podcast pada minggu ini bersembang-sembang santai tentang pelbagai topik, termasuklah:

- Pernahkah anda menerima soalan-soalan cepumas sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara? Kami berbincang tentang hal ini dari perspektif sosio-budaya Melayu. 

- Pengembara & Pelancong; yang mana satukah anda? Setiap orang pasti ada gaya travel yang berbeza; maka ikuti perbualan kami tentang hal ini.

- Sempena minggu ulang tahun kelahiran Eja dan Azree, kami berbincang mengenai perubahan fasa kehidupan setelah mencapai dekad 30-an.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com

Penerbit: Azree Ariffin
Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah

Penghargaan Suara Latar
Intro & Outro : Zamir Azfar
Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah


Aug 13, 201937:17
S01EO3 | Mengasah Bakat Sastera Melalui Zine

S01EO3 | Mengasah Bakat Sastera Melalui Zine

Orang Muda - itulah fokus perbincangan Silang Kata pada minggu ini. Azree bercerita mengenai pembinaan bakat dan minat seni sastera dan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Sejak di bangku sekolah lagi, Eja menegaskan bahawa pendedahan kepada sastera di dalam pendidikan dapat memberi ruang kepada anak-anak untuk mengekspresikan diri. Hal ini dapat didorong dengan pengenalan medium Zine sebagai wadah alternatif pembacaan, sebagaimana yang diterangkan Hafiz.  Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
Aug 06, 201958:32
S01E02 | Kelangsungan Budaya & Kesenimanan

S01E02 | Kelangsungan Budaya & Kesenimanan

Dalam episod kedua ini, setiap peneraju membincangkan topik yang diinspirasikan daripada buku pilihan masing-masing. Eja memulakan bicara mengenai topik Survival Artis yang diinspirasikan daripada buku 'Real Artistes Don't Starve' (Jeff Goins). Hafiz mengupas mengenai kepengarangan seorang penulis dengan merujuk kumpulan puisi Shafiq Said iaitu 'Netramu Buruj Di Langit Malam'. Perihal Polisi Kebudayaan ditekankan oleh Azree dengan memetik buku 'Rekayasa Kebudayaan'. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar
Jul 30, 201952:39
S01E01 | Membaca, Mendengar & Menonton
Jul 30, 201950:42
Trailer Musim Pertama | Bakal Berkumandang

Trailer Musim Pertama | Bakal Berkumandang

Nantikan Silang Kata Podcast, sebuah podcast terbaru yang akan membincangkan hal seputar seni, budaya, sastera, gaya hidup dan yang berkaitan. Diterajui dan diterbitkan oleh Azree Ariffin bersama Hafiz Latiff dan Sayidah Muizzah, setiap episod baru akan dimuatnaik pada hari Rabu. Nantikan kemunculannya pada 31 Julai 2019. #SilangKataPodcast
Jul 26, 201900:57