Dua Posen Podcast
By Ashraff Mokhtar
Dua Posen PodcastJul 25, 2021
Seramnya Kolej Kasturi (Ft. Alif Norm, Ismail Saber & Miki Namsen)
Bahagian terakhir sesembang bersama roommate di UiTM Alor Gajah, kali ini bercerita tentang pengalaman paranormal masing-masing semasa belajar di sana. Malas nak cerita lebih. Nak taip pun takut.
Eksiden Di Pedas Linggi (Ft. Alif Norm, Ismail Saber & Miki Namsen)
Bahagian kedua untuk borak-borak kosong bersama roommate masuk air di UiTM Alor Gajah berdiskusi tentang bagaimana kereta Proton Waja lowered aku berpusing di Pedas Linggi, bala demi bala menghadapi masalah birokrasi hal ehwal pelajar, kokurikulum dan musim sejuk ala Winter Sonata di Lendu.
Tentang Lendu-fornia (Ft. Alif Norm, Ismail Saber & Miki Namsen)
Kita bersama dengan roommates yang masuk air bercerita tentang kenangan belajar selama tiga tahun di UiTM Alor Gajah, makanan-makanan bahaya tapi enak di Kafeteria universiti, dan tips-tips mentekedarah di kawasan panas sekitar kampus.
"Aaidaa, Ulang Balik!" (Ft. Daiyan Trisha)
Fasa Indie Daiyan (Ft. Daiyan Trisha)
Q&A Syok Sendiri (Ft. Najwa Latif & Syafika Latif)
Ini merupakan part terakhir untuk perbualan bersama Najwa Latif dan Syafika Latif di mana kita berbincang tentang pandangan dan perkembangan diri sedari awal persahabatan sehingga hari ini, Goody Bag sempena pengambilan Vaksin Astrazaneca, Kuih Donat dan kenapa Najwa memilih Akwa Arifin sebagai teman hidup eh sori sebagai duo kolaborasi dalam nyanyian.
Menjadi Anak Indie (Ft. Najwa Latif & Syafika Latif)
Ini merupakan part dua untuk perbualan bersama Najwa Latif dan kali ini kita bawakan sekali kakak beliau, Syafika Latif untuk membincangkan perbezaan antara bekerja bersama syarikat rakaman dan menjadi artis independant. Kita juga bercerita tentang pembikinan lagu raya terbaru dan ragam Q&A Instagram Najwa yang gayanya seperti tengah high. Kehkehkeh.
Busuknya Zaman Sekolah (Ft. Najwa Latif)
Dengarkan perbualan bersama Najwa Latif, ibu segala artis BBNU tentang persahabatan yang sudah sedekad lamanya, tahun pertama bekerja sebagai seorang penyanyi artis rakaman dan apa yang Najwa harapkan beliau tahu sebelum melangkah masuk ke industri seni yang penuh pancaroba ini.