Skip to main content
Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul Jamil

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: www.patreon.com/hasrizal
Paypal: paypal.hasrizal.com
Revolut: revolut.me/hasrizal
Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

Baik Buruk Sebaran Visual Foto dan Video Peperangan di Palestin

HasrizalNov 06, 2023

00:00
07:31
Ancient Arrogance Dismissing Youth

Ancient Arrogance Dismissing Youth

Let’s break down how some political figures quickly dismiss the youth. Did you hear about Hillary Clinton calling American college students protesting for Palestine ignorant of history? That’s quite a statement, especially about these students, supposedly the cream of the cream, from top American universities. This is not a modern issue. The arrogance is ancient. As ancient as the humans themselves. It echoes a story from the Quran, where the young Prophet Ibrahim - peace be upon him - challenges the older leaders, the elites. In Chapter 21, Verse 60, the response he receives is dismissive: “We heard about this young man who speaks ill about them, what was his name again? Ibrahim!?” The way they mockingly struggle to recall his name shows their attempt to undermine him, not by debating facts, but by belittling his youth. This kind of dismissal is an ad hominem attack, discrediting the person because they are young, assuming they lack knowledge or understanding. But here’s a reality check: age does not define the validity of one's arguments. Don’t be discouraged by this tactic. Remember, this same elite arrogance contributed to Hillary Clinton's loss to Trump. It’s a reminder that those who fail to respect and engage with all voices, regardless of age, risk becoming irrelevant. Keep raising your voice. Truth matters, no matter who speaks it or their age. Your perspective is valid. Stay informed, stay vocal! #YouthVoice #palestine #alleyesonrafah #eyesonrafah #gaza #endgenocide #palestine🇵🇸 #bebaspalestin #فلسطين #فلسطين🇵🇸 #غزة #الأقصى

May 15, 202402:44
Kebangkitan Anak Muda Kampus Amerika Syarikat

Kebangkitan Anak Muda Kampus Amerika Syarikat

Kebangkitan anak muda di kampus-kampus Amerika Syarikat. Meneladani bagaimana perjuangan anak muda bernama Ibrahim (alayhi al-salam) diremehkan oleh orang tua dengan alasan “ala anak muda, bising je lebih!” daripada Surah al-Anbiya’ ayat ke-60. #bebaspalestin #palestin #palestine #ibrah #anakmuda #solidariti #gaza #anbiya

May 15, 202407:30
Sahaja Aku Gembira Lillahi Ta’ala

Sahaja Aku Gembira Lillahi Ta’ala

Sudah menjadi kebiasaan dalam kelaziman hidup ini, kita menyambut hari raya dalam suasana gembira, bertemu keluarga dan sahabat handai. Tetapi semasa lebih 30 ribu saudara kita di Palestin telah dibunuh, dan yang masih hidup pula berdepan dengan kebuluran dan penderitaan yang tak sudah, hati kita berbelah bagi. Serba salah antara hendak bergembira dalam kesedihan terkenangkan mereka. Ada kalanya hingga datang rasa malas beraya, seumpama raya itu jadi tidak bermakna. Malah mungkin setengahnya rasa terhina dan bersalah hendak bergembira pada hari raya. Di sinilah pentingnya untuk kita mengembalikan kegembiraan hari raya itu kepada punca gembira yang sebenar. Kita menginsafi hakikat kegembiraan kita mestilah datang daripada Allah subhanahu wa ta ‘ala. Dalam erti kata yang lain, kita gembira kerana Allah. Gembira kerana selesai menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan. Gembira dapat membayar zakat fitrah. Gembira meraikan perubahan diri serba sedikit ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kegembiraan itu adalah hasil kurniaan Allah, peluang untuk kita beribadah dan melakukan benda-benda yang Dia suka. Jika kita gembira kerana Allah, maka kita ada kekuatan untuk mengimbangkan di antara gembira dan sedih. Kegembiraan kita tidak menggambarkan seolah-olah kita melupakan saudara-saudara kita yang menderita. Manakala kesedihan kita pula tidak sampai hingga kita terlupa, Aidilfitri ini adalah hari perayaan yang Allah berikan kepada kita. Allah bukan bagi saja-saja, malah sampai ke tahap Allah haramkan kita berpuasa. Berdosa. Mengkhianati Abu al-Qasim, Nabi ﷺ. Semalamnya berdosa jika tidak berpuasa. Esoknya berdosa jika berpuasa. Pada hari raya Aidilfitri, kita diwajibkan bergembira. Tetapi dengan kegembiraan yang bukan datang daripada adat budaya semata-mata, apatah lagi gembira yang lalai, hingga melupakan Dia, meninggalkan solat. Sebaliknya kita gembira dengan kegembiraan halal yang Allah sediakan hari khusus untuknya. Satu Syawwal tahun ini, satu Syawwal yang amat saya rasakan bahawa sesungguhnya “sahaja aku gembira, Lillahi ta‘ala.” #aidilfitri #aidilfitri1445 #aidilfitri2024 #selamathariraya #hariraya #hariraya2024

May 15, 202403:01
Episod 6: Ayat 6 Surah al-Hashr: Usaha Siapa?

Episod 6: Ayat 6 Surah al-Hashr: Usaha Siapa?

AYAT 6 SURAH AL-HASHR Allah swt bezakan harta tinggalan musuh sama ada harta itu ditinggalkan selepas selesainya peperangan (ghanimah), atau harta yang ditinggalkan tanpa terjadinya peperangan (al-fai’). Bani Nadhir mengalah dah meninggalkan Madinah, bukan dengan usaha umat Islam, tetapi dengan Allah sendiri mencampakkan rasa takut ke dalam hati Yahudi Bani Nadhir yang khianat kepada perjanjian mereka bersama komuniti Madinah. Hari ini, pembelaan dan kemenangan untuk Palestin, sama ada ia akan meninggalkan ghanimah atau al-fai’, kita perlu fikir sebagai saksi kepada jenayah G yang dilakukan oleh ziyonees ke atas Palestin, apa usaha kita? Dan tidak malukah selepas 30 ribu dibunuh, masih ada yang memilih berkecuali? Isunya bukan soal apa orang kata, tetapi kita sendiri untuk berdiri di hadapan Tuhan. Nak cakap apa kepada anak-anak kalau kita sibuk dengan hal sendiri semasa Palestin dimusnahkan, barat bangkit, manakala kita memilih untuk neutral tidak melakukan apa-apa? #bebaspalestin #palestin #gaza #palestine #hentikanpeperangan

May 15, 202403:09
Episod 5: Ayat 5 Surah al-Hashr: Strategi Boikot

Episod 5: Ayat 5 Surah al-Hashr: Strategi Boikot

AYAT 5 SURAH AL-HASHR Nabi ﷺ telah memerintahkan para sahabat untuk memusnahkan pokok-pokok tamar milik Bani Nadhir yang berada di luar tembok yang melindungi perkampungan mereka. Tindakan baginda ini telah dimanipulasi oleh Bani Nadhir dengan menyebarkan kata-kata menyoal apakah jenis nabi memusnahkan pokok-pokok yang tidak bersalah? Propaganda Bani Nadhir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sebahagian sahabat yang turut tertanya-tanya dan meragui tindakan mereka. Lalu Allah swt menegaskan dalam ayat ini, bahawa tidaklah pokok-pokok tamar milik Bani Nadhir itu yang dimusnahkan dan sebahagiannya dikekalkan melainkan semuanya adalah dengan izin Allah Subhanahu wa Taala. Matlamatnya adalah untuk mencetuskan kehinaan dan kelemahan ke atas golongan pengkhianat ini. Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi rahimahullah ketika mengulas tentang ayat ini mengatakan bahawa pertempuran ketenteraan adalah sesuatu yang jelas. Tetapi apabila pertempuran itu membabitkan kepentingan ekonomi dan harta benda, banyak dilema dan konflik yang boleh mengelirukan kita. Mengambil ibrah akan perkara ini, kita boleh memikirkan tentang strategi boikot yang dilancarkan untuk melemahkan golongan Bani Nadhir moden ini. Tindakan boikot ini turut hadir bersama-sama dengan kesan sampingan yang boleh menimbulkan tanda tanya tentang kewajarannya kerana sebahagian yang menjadi mangsa adalah pihak yang tidak bersalah; seperti pokok-pokok tamar yang tidak bersalah dalam konteks Bani Nadhir ini tadi. Namun, kita tidak harus lupa bahawa Nabi ﷺ ketika memerintahkan agar pokok-pokok tamar ini dimusnahkan, ia bukanlah dimusnahkan sepenuhnya tetapi secara berfokus. Tumpuan adalah kepada pokok-pokok tamar yang menjadi perlindungan kepada Bani Nadhir dan menjadi kekuatan mereka. Manakala pokok yang tidak memberikan apa-apa kesan signifikan ditinggalkan walaupun ia adalah milik Bani Nadhir. Tidak sekali-kali pokok tamar ditebang semata-mata kerana ia milik Bani Nadhir. Pendekatan ini selari dengan tindakan yang dilakukan oleh gerakan Boycott, Divestment, and Sanction (BDS) yang tidak memukul rata semua jenis boikot. Mereka membahagikannya kepada kategori-kategori tertentu merujuk kepada konteks global dan lokal berbeza di antara satu negara dengan satu negara yang lain. Langkah melemahkan musuh seperti Bani Nadhir moden melalui jalan ekonomi perlu diambil secara serius. Ia perlu dilakukan secara berilmu lagi berstrategi. Khususnya sebagai umat Islam, kita tidak harus lupa kepada keizinan Allah yang berada di belakangnya. Ada dosa pahala ke atas diri kita semasa memboikot. Kita tidak melakukannya kerana mengikut hawa nafsu atau saling hina-menghina menyoal mereka yang tidak bersetuju dengan pilihan kita. Walhal strategi boikot dan melemahkan musuh di jalan ekonomi ini mempunyai pelbagai konteks dan strategi yang perlu diraikan. Tegakkan agama, dan jangan berpecah belah dalam urusan berkenaan (Q42:13). #ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine

May 15, 202403:21
Episod 4: Ayat 4 Surah al-Hashr: Allah Yang Tentukan Hukuman ke Atas Mereka

Episod 4: Ayat 4 Surah al-Hashr: Allah Yang Tentukan Hukuman ke Atas Mereka

AYAT 4 SURAH AL-HASHR Kita mahu Bani Nadhir itu menerima akibat sebagai hukuman seperti yang kita bayangkan, supaya hati kita puas. Tetapi Allah sendiri yang tentukan bahawa hukuman ke atas mereka bukan kemusnahan total. Sebaliknya mereka menanggung seksa dengan kehinaan hidup dalam buangan. Manakala hukuman muktamad ke atas mereka adalah azab Neraka di akhirat kelak. Walaupun Bani Nadhir dan yang seumpama mereka melakukan kezaliman ke atas umat Islam, hakikatnya mereka disimpulkan oleh Allah sebagai musuh-Nya dan musuh Rasul-Nya. Maka Allah jualah yang paling berhak menentukan bentuk balasan ke atas mereka. Ayat ini sekali lagi secara langsung atau tidak langsung mengingatkan kita bahawa bencana oleh Bani Nadhir perlu ditangani dengan kita meletakkan kesungguhan serta keutamaan pada mengukuhkan kualiti serta kekuatan diri kita sendiri. Lawan tetap lawan. Tetapi jangan lupa bangkit dengan iman. #ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine

May 15, 202401:02
Episod 3: Ayat 3 Surah al-Hashr: Hina Dalam Buangan
May 15, 202400:58
Episod 2: Ayat 2 Surah al-Hashr: Minda Bani Nadhir Hari Ini

Episod 2: Ayat 2 Surah al-Hashr: Minda Bani Nadhir Hari Ini

AYAT 2 SURAH AL-HASHR Jangan naif berfikir tentang kelompok pengkhianat seperti Bani Nadhir itu. Kita tidak sangka mereka boleh kalah disebabkan oleh kekuatan yang mereka ada. Dan mereka memang bukan sebarangan sebab akal fikiran mereka berada di tahap mempercayai Tuhan pun tidak boleh mengalahkan mereka. Tetapi Allah swt datang kepada mereka dari jalan yang tidak disangka-sangka. Iaitu dengan Allah mencampakkan rasa takut yang melampau di dalam jiwa mereka. Kombinasi jahat dan takut, adalah ramuan luar biasa yang menjadi ancaman hingga ke hari ini. #ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine

May 15, 202401:02
Episod 1: Ayat 1 Surah al-Hashr: Palestin dan Tasbih

Episod 1: Ayat 1 Surah al-Hashr: Palestin dan Tasbih

SURAH AL-HASHR AYAT 1: Dunia bangkit bersama-sama bersolidariti dalam isu Palestin di dalam pelbagai bentuk, pentas dan jalanan, sebagai isu kemanusiaan bersama melangkaui agama. Namun, bagi kita umat Islam, kita mengambil teladan ayat pertama surah al-Hashr ini, bahawa semuanya bermula dengan Tasbih. Ucapan “Maha Suci Allah” menyucikan akal fikiran dan perasaan kita daripada sebarang sangkaan yang tidak layak terhadap Allah swt. Mungkin dalam mendepani panjang lagi kroniknya isu Palestin, hati kita tertanya-tanya, “apakah Allah tidak mendengar doa kita?” “apakah Allah tidak peduli kepada apa yang berlaku di Palestin?” Maha Suci Allah daripada semua itu. Jalannya panjang, seperti dalam teladan surah ini. Surah al-Hashr, yang memulakan perbahasan konflik Bani Nadhir, dengan sebuah TASBIH yang maha agung. #ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine

May 15, 202401:47
Pendidikan Yang Anti Iqra’

Pendidikan Yang Anti Iqra’

Kita bukan saja-saja lawan #pendidikanfatamorgana yang memaksa anak-anak sudah boleh membaca sebelum Tahun 1 di sekolah.

May 15, 202403:31
Tanggungjawab Menguruskan Pendapat Yang Bukan Pendapat di Media Sosial

Tanggungjawab Menguruskan Pendapat Yang Bukan Pendapat di Media Sosial

Kita padam sesetengah komen, atau block sesetengah pengomen, bukan sebab berhati tisu atau tidak open minded. Dunia sudah cukup bising dengan 1001 suara. Pendapat yang bukan pendapat, yang bertujuan tidak mempunyai manfaat malah memudarat, selagi ada cara, kecilkan ruang benda seperti ini daripada terus berleluasa. #tanggungjawabbersama #muhasabah #tazkirah

May 15, 202403:01
Kepompong Bangsa dan Agama Bermula Dengan Rencam Pelbagai Jenis Sekolah Rendah

Kepompong Bangsa dan Agama Bermula Dengan Rencam Pelbagai Jenis Sekolah Rendah

Kecenderungan masyarakat kita untuk mudah tersentap dengan isu-isu agama dan bangsa, mahu tidak mahu turut disumbangkan oleh rencamnya jenis-jenis sekolah di dalam sistem pendidikan kita. Apabila mula bersekolah, kanak-kanak keluar daripada keluarganya di rumah, bergaul dengan manusia lain yang berbeza kebiasaan, serta budaya dan bangsa. ‘Social construct’ yang terjadi di dalam diri kanak-kanak itu penting untuk membina ‘cultural competency’, iaitu kemahiran bergaul di dalam budaya yang pelbagai. Jika proses itu terlepas di zaman kanak-kanak, sama ada individu berkenaan akan terus berusaha kekal berada di dalam zon selesa, kepompong atau ‘bubble’ masing-masing sehingga dewasa, atau pun jika terpaksa bergaul kerana desakan kerja misalnya, ia terjadi dengan rasa tidak selesa. Perubahan memerlukan masa yang lebih panjang, dengan kepercayaan yang rapuh. Bersekolah di sekolah yang sama, terutamanya semasa sekolah rendah, tidak menjejaskan perkembangan jati diri bangsa dan agama murid, jika negara mempunyai dasar, polisi dan amalan yang baik untuk semua rakyat berasaskan pedagogi yang betul. Saya kongsikan sedikit pengalaman semasa mendaftar anak bersekolah di Finland, suatu ketika dahulu. Finland sebagai negara yang berusaha menekankan semua murid pergi ke sekolah yang sama, iaitu sekolah terdekat di rumah. Sekolah yang sama baik, sama berkualiti, dan saksama menjaga soal bahasa ibunda dan agama murid,. #pendidikanfatamorgana

May 15, 202403:55
Ajal Mereka Semakin Hampir: Renungan Surah al-A’raf

Ajal Mereka Semakin Hampir: Renungan Surah al-A’raf

Wali kepada mereka adalah syaitan dan syaitan hanya lemah dengan Bani Adam yang hatinya ikhlas. Ajal regim Zionis itu semakin hampir, dizahirkan melalui kesedaran besar-besaran penduduk negara Barat. Kita tidak tahu bila ajalnya. Apa yang pasti, ia tidak akan terlewat atau terawal walau sedetik. Dan syaitan sebagai pelindung dan sumber kekuatan regim penjajah itu, akan tumpas apabila Palestin dibebaskan demi Palestin, dan bukan lagi menjadi tunggangan sang penguasa timur dan barat yang menunggangnya demi kepentingan masing-masing. #bebaspalestin #palestin #palestine #فلسطيني #فلسطين #gaza

May 15, 202402:45
Bolehkah Sembuh Jika Ada ADHD?

Bolehkah Sembuh Jika Ada ADHD?

Mendoakan agar individu yang telah pun menerima diagnosis ADHD supaya sembuh dengan memakan ‘ubat’, mungkin tidak begitu tepat dan mengguris hati sesetengah mereka. Sebabnya, individu ADHD tidak akan sembuh daripada ADHD berkenaan. Tiada kesembuhan, kerana ia bukan penyakit dan situasinya bukan sementara. Stimulan yang diambil bukan ubat, stimulan yang diambil adalah bantuan untuk membolehkan fungsi-fungsi eksekutif yang terganggu kerana ADHD itu diatasi selama mana stimulan tersebut masih berada di dalam sistem tubuh badan individu berkenaan. Jika stimulan yang diambil adalah versi rembesan perlahan seperti Concerta ataupun Tyvense, dengan nama yang berbeza-beza di antara satu negara dengan satu negara lain, maka kesan baik daripada pengambilan stimulan itu akan aktif di dalam tubuh badan lebih kurang dalam sepuluh ke dua belas jam. Selepas daripada itu individu berkenaan akan kembali kepada keadaan asalnya. Analogi mudah untuk kita faham ialah seperti orang rabun yang memakai cermin mata. Bila pakai cermin mata, pandangan yang kabur itu dapat dijelaskan. Apabila cermin mata itu ditanggal, maka dia kembali ke sifat rabun yang asal. Begitulah juga dengan individu ADHD. Cuma perubahan baik ialah stimulan yang memperbaiki fungsi eksekutif membolehkan banyak pekerjaan yang dahulunya sukar untuk dibuat kini mungkin dapat dibuat dengan lebih baik. Seterusnya, menghasilkan hasil yang lebih mendatangkan rasa kepuasan dan gembira. Boleh mengurangkan kebarangkalian kegagalan melunaskan aktiviti, projek, kerja, pembelajaran, dan pengajian. Ia boleh menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik. Maka kalau daripada dimensi itu mungkin doa sembuh ini tadi ada munasabahnya. Namun, mendoakan kesembuhan kerana makan ubat, hakikatnya individu ADHD tidak akan sembuh kerana ia bukan penyakit, dan stimulan bukan ubat. Ia adalah kelainan otak di antara mereka ini dengan individu-individu yang bukan ADHD. Ia telah ada semenjak lahir dan ia kekal sepanjang hayat. Apa yang barangkali berubah adalah strategi mengatasi gangguan-gangguan tersebut dan bagaimanakah cabaran-cabaran dan kelebihan yang ada di sebaliknya dapat dimanfaatkan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik.

May 15, 202402:41
Pendidikan Malaysia Kena Ikut Acuan Kita Sendiri?

Pendidikan Malaysia Kena Ikut Acuan Kita Sendiri?

Apabila saya kongsikan cerita mengenai sekolah-sekolah di Finland yang sama adil sama rata untuk semua murid di negara berkenaan, antara komen menarik yang saya terima ialah apabila munculnya dakwaan bahawa kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Finland kerana pendidikan kita perlu mengikut acuan kita sendiri. Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan acuan kita sendiri? Memberikan pendidikan yang sama adil, sama rata untuk semua murid bukanlah inovasi yang dicipta oleh negara Finland berkenaan. Ketika saya membaca buku Adab al-Mu'allimin yang ditulis oleh almarhum Muhammad Ibn Sahnun, meninggal dunia pada tahun 817 Masihi, lebih kurang kurun yang ketiga Hijriyah, saya tertarik dengan satu bab di dalam kitab berkenaan yang Ibnu Sahnun tajukkan sebagai "ما جاء في العدل بين الصبيان" iaitu "Bab Mengenai Berlaku Adil Kepada Anak-anak." Di dalam kitab berkenaan, selain daripada soal adab-adab guru yang mengajar dan murid yang belajar, terdapat banyak kandungan membabitkan soal polisi dan dasar pendidikan, mengikut bahasa orang sekarang. Dan di dalam kitab itu, Ibnu Sahnun memetik sepotong hadis Nabi ﷺ daripada Anas bin Malik Rallahu Anhu Rasulullah ﷺ bersabda, “sesiapa yang mendidik dan mengambil tanggungjawab ke atas tiga kanak-kanak daripada umat ini kemudian tidak mengajarnya secara saksama, bahawa yang miskin belajar bersama dengan yang kaya dan yang kaya bersama dengan yang miskin, maka pendidik itu akan dibangkitkan di Mahsyar bersama golongan pengkhianat.” Walaupun hadis ini didhaifkan oleh Al-Nasa'ie, Ibn Main dan Al-Zahabi, penekanan yang diberikan oleh Ibn Sahnun di abad kesembilan itu boleh memberikan indikasi kepada kita bahawa pendidikan masyarakat di zaman itu ditekankan agar berbentuk egalitarian dan tidak elit. Jika Ibnu Sahnun hidup pada tahun 2024 ini dan beliau berpeluang melawat sekolah-sekolah di Finland dan di Malaysia, negara manakah pada pandangan Ibnu Sahnun mengikut teladan pendidikan Islam yang beliau nukilkan di dalam kitabnya? Dan kembali kepada persoalan asal jika kita tidak boleh mengikut contoh daripada negara lain kerana kita ada acuan kita sendiri, apakah acuan pendidikan kita yang kita dakwa itu?

May 15, 202402:49
Di Ireland Rakyat Berkuasa Meminda Perlembagaan Negara

Di Ireland Rakyat Berkuasa Meminda Perlembagaan Negara

Di Ireland, Artikel 47 Perlembagaan Negara menyatakan mekanisme dan peranan ahli Parlimen (TD) serta rakyat negara ini, jika pindaan mahu dilakukan ke atas Perlembagaan Negara.

May 15, 202401:38
Rakyat Ireland Keluar Mengundi Untuk Meminda Perlembagaan Artikel 41

Rakyat Ireland Keluar Mengundi Untuk Meminda Perlembagaan Artikel 41

Hari ini Jumaat 8 Mac 2024, rakyat Ireland keluar mengundi untuk meminda Perlembagaan Ireland, Artikel 41, berkaitan definisi KELUARGA dan peranan wanita di dalam rumah. Adakah referendum ke-39 dan 40 ini perlu untuk memperbaiki kualiti hidup dan integriti masyarakat, atau sebaliknya? Saya berkongsi beberapa maklum balas ringkas mengenai dua usul berkenaan. Semoga bermanfaat.

May 15, 202406:33
George Galloway Antara Rochdale dan Bumi Berdarah Itu

George Galloway Antara Rochdale dan Bumi Berdarah Itu

Apabila George Galloway menang dalam pilihanraya MP di Rochdale baru-baru ini, beliau dicemuh sebagai mementingkan isu Gaza dan bukannya isu tempatan pengundi yang mengundinya. Dulu-dulu mungkin ia dakwaan yang ada makna. Hari ini, selepas 7 Oktober 2023, dunia menyaksikan bagaimana semakain bertambah kerajaan yang tidak peduli kepada penderitaan rakyatnya, adalah kerajaan yang sama complicit bersama Zio**** di Palestin. Dasar luar tidak lagi terpisah daripada dasar tempatan. Jika dahulu, orang Islam mungkin keliru mana yang lebih baik antara Trump dan Biden. Sebabnya, walaupun dasar tempatan di AS itu mungkin ada perbezaan, dasar luar negara berkenaan sama sahaja, dan nasib yang menimpa Palestin tidak ada apa-apa bezanya. Kini, sistem dua parti semakin dibulatkan sebagai sama sahaja menjadi alat lobi Zionis dan menganiaya penduduk Palestin. Kemunculan George Galloway di dalam Westminster, mudah-mudahan membuka lembaran baharu untuk tahun 2024 menyaksikan masyarakat dunia membuang kedua-dua belah pihak yang berkongsi hati yang kejam itu. Ireland pun sama juga. FG dan FF mudah-mudahan menemui penamat kepada penguasaan mereka semenjak merdeka dahulu lagi. #freepalestine #palestine #gaza #rafah #georgegalloway

May 15, 202402:13
Sekolah Elit: Kitaran Zalim Perlu Berhenti

Sekolah Elit: Kitaran Zalim Perlu Berhenti

Jika ada sesiapa berkumpul dan mula bersembang tentang hari-hari gemilang di sekolah dahulu, sekolah yang elit, terkenal, keputusan peperiksaan terhebat negara, ia tidak pernah gagal mendatangkan rasa mual pada diri. Jika hasil bersekolah di sekolah serba lengkap tersebut menjadikan kita berjaya menyambung pelajaran dan seterusnya menjadi manusia berjaya, gunakan pendidikan berkualiti dan akal fikiran yang ada untuk memberhentikan kitaran zalim ini. Kita ada macam-macam jenis sekolah. Ada sekolah serba lengkap, ada sekolah yang sangat daif. Apa yang hendak dibangga jika di sebalik kejayaan kita ada ramai yang terpinggir kerana ketidakadilan di dalam polisi zaman berzaman. Sekolah itu jika asalnya adalah untuk membantu anak orang susah, kembalikan ia ke fungsi asal. Jika kita bekas anak orang susah, jangan lupa, tanggungjawab kita selepas senang adalah untuk beredar daripada kitaran itu agar anak orang kaya dan anak orang miskin, sama-sama ada peluang berjaya apabila sekolah berfungsi mengecilkan jurang latar belakang keluarga untuk maju ke hadapan. #pendidikanfatamorgana #pendidikan #sekolahelit #sbp #mrsm #budayaelit

May 15, 202403:08
Empayar Sombong Ada Ajalnya

Empayar Sombong Ada Ajalnya

Empayar sombong ada ajalnya. Seperti kebun dalam surah al-Kahf. Jangan berasa lemah di hadapan kesombongan mereka. Bukan banya empayar bisnes, malah negara haram I itu juga menuju kemusnahan oleh diri sendiri dari dalam seperti kata Profesor Ilan Pappe baru-baru ini.

#bebaspalestin #freepalestine #palestin #palestine #gaza #rafah

May 15, 202404:39
Kerosakan Pusingan Kedua: Surah al-Isra’ Ayat ke-4

Kerosakan Pusingan Kedua: Surah al-Isra’ Ayat ke-4

Suatu ketika dahulu, mempercayai bahawa kerosakan pusingan kedua yang kaum Yahudi lakukan sebagai seangkuh-angkuh manusia adalah apa yang Yahudi Zionis lakukan pada hari ini, bunyinya agak eksklusif. Ia terhad kepada pendapat ilmuan bidang al-Quran. Namun selepas 7 Oktober 2023, hal ini menjadi nyata kerana sepanjang sejarah manusia yang diketahui, kita belum pernah melihat golongan seangkuh dan sezalim mereka yang menjajah Palestin hari ini. Bebannya ke atas kita, selain mangsa sebenar di bumi berkenaan, adalah kita menjadi saksi kepada bencana ini. Menjadi saksi bukan perkara kecil, seperti yang Allah swt sumpah di dalam surah al-Buruj, “wa syahidin wa masyhud” #freepalestine #bebaspalestin #palestin #gaza

May 15, 202401:48
Empat Bulan Membuktikan Empat Perkara

Empat Bulan Membuktikan Empat Perkara

Empat bulan membuktikan empat perkara: 1. Slogan hak asasi manusia oleh kuasa Barat tidak universal. Hanya layak dinikmati oleh golongan yang mereka takrif sebagai manusia. Orang Palestin tidak termasuk. 2. Gila kuasa boleh mendorong orang politik menjadi sangat jahat dan kejam, demi mengekalkan kedudukan dan melindungi diri daripada sebarang pendakwaan andai sudah tidak berkuasa. 3. Pelbagai badan dan mekanisme antarabangsa untuk melindungi manusia daripada bencana kezaliman seperti yang pernah terjadi di dalam sejarah, tidak berfungsi. Hanya resolusi, bercakap tanpa tindakan dan impak. Undang-undang mencegah jenayah geno**** agar tiada lagi sesiapa menjadi mangsa bencana holocaust, tidak mempunyai apa-apa makna pada menghalang Zionis menghapus penduduk Palestin khususnya di Gaza. 4. Regim Zionis berjaya membuktikan bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja kerana tiada siapa yang mampu atau mahu menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka mahu lakukan. Dan perangai-perangai syaitan regim Zionis itu jangan kita sangka terhad hanya boleh lahir daripada mereka kerana mereka Barat atau Zionis. Sebaliknya, kita juga boleh berperangai dengan perangai yang sama apabila kita ditimpa penyakit angkuh, meremehkan kebenaran dan memandang rendah manusia lain yang tidak seperti kita. #bebaspalestin #bebasgaza #palestin #gaza #rafah #palestine #freepalestine #فلسطين #فلسطين🇵🇸

May 15, 202403:58
Andai Perang Ini Berpanjangan Dan Afrika Selatan Gagal di ICJ

Andai Perang Ini Berpanjangan Dan Afrika Selatan Gagal di ICJ

Andai Perang Ini Berpanjangan Dan Afrika Selatan Gagal di ICJ

May 15, 202407:06
Bencana Pendidikan Yang Lemahkan Fikir

Bencana Pendidikan Yang Lemahkan Fikir

Serumit mana pun masalah pendidikan, kita tidak tersesat jalan. Kita tahu pendidikan datang dari mana dan kita perlu membawanya ke mana. Oleh kerana kita tahu Islam menuntut pendidikan itu bentuknya bagaimana, kita tidak teragak-agak untuk terus berkonfrontasi dengan tetapan dalam sistem semasa yang tidak kena. Ia bukan berasaskan pendapat peribadi semata-mata, tetapi asasnya ialah kerana kita tahu bahawa Islam meletakkan pendidikan perlu bentuknya seperti ini. Ia tidak merujuk kepada pendidikan agama Islam. Tetapi pendidikan secara dasar, untuk semua. Permulaannya ialah, apabila Allah mengisytiharkan Adam 'alayhi al-salam sebagai khalifah di atas muka bumi ( surah al-Baqarah 2: 30), malaikat pantas menimbulkan pertanyaan: "Ya Allah, mengapakah Engkau jadikan di atas muka bumi ini khalifahnya adalah makhluk yang berisiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah? Sedangkan kami para malaikat adalah makhluk yang sentiasa bertasbih memuji dan menyucikan-Mu?" Ayat mudah untuk memahami perkara ini adalah seumpama ada satu tugasan yang kita hendak beri kepada salah seorang pekerja. Calon yang pertama akan buat benar-benar seperti yang kita arah, manakala calon kedua pula mungkin buat dan mungkin tidak buat, malah mungkin akan melakukan kerosakan. Pemikiran mudahnya, sudah tentu kita akan melantik calon yang pertama. Pekerja yang akan buat benar-benar seperti yang disuruh. Jadi, kalau malaikat itu makhluk yang akan buat seperti disuruh sebagaimana surah At-Tahrim ayat 6 tegaskan, mengapa Allah swt tidak melantik malaikat jadi khalifah? Allah swt menyatakan bahawa, "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu." Allah swt tidak menafikan kebimbangan malaikat di awal tadi. Sebaliknya, ada sesuatu tentang Adam dan keturunan-keturunannya yang Allah tahu namun malaikat tidak tahu atau belum tahu. Apakah ia? Di dalam ayat yang berikutnya, Allah swt mengajar Adam dan Adam belajar apa yang Allah ajar serta mengembangkannya. Lalu Allah swt memerintahkan malaikat buat sebagaimana yang Adam buat, jika mereka benar seperti yang mereka dakwa. Malaikat tidak boleh melakukannya. Kata malaikat: "Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak ada ilmu kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami sahaja." (al-Baqarah 2: 32) Malaikat boleh belajar boleh faham, tetapi ilmu dan faham mereka statik. Mereka tidak diberi keupayaan seperti Adam untuk boleh belajar, faham, analisis, sintesis, kembangkan, sebagai keperluan asas keperluan dan kemakmuran hidup di atas muka bumi. Walaupun Adam 'alayhi al-salam dan keturunannya ada risiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, risiko itu boleh diminimumkan jika potensi Adam dipenuhi iaitu mereka belajar. Belajarnya pula ialah belajar yang mencambahkan, mengembangkan, dan mengukuhkan keupayaan mereka berfikir. Oleh yang demikian, masalah tidak boleh berfikir ini bukan benda kecil. Kita memang bingung dengan kemunculan 'KBAT' di dalam sistem pendidikan sekarang ini. Tetapi membuang KBAT pula bukan solusinya. KBAT memang diperlukan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau High Order Thinking Skills (HOTS) adalah kualiti manusia yang menjadikan manusia itu manusia. Al-Jurjani (meninggal dunia 1078m) mentakrifkan: الإنسان حيوان ناطق "Manusia itu adalah hidupan yang rasional / mantiqi" Apabila manusia tidak boleh berfikir, pelbagai bencana terjadi. Sesungguhnya negara-negara yang serius berfikir tentang pendidikan tidak melihat sekolah sebagai masa untuk kanak-kanak perlu belajar segala-galanya. Ia perlu menjadi agenda sepanjang hayat, sebagai lifelong learners. Sekolah sepatutnya menjadi tempat kanak-kanak belajar bagaimana hendak belajar, bagaimana hendak tahu, suka belajar dan suka untuk tahu. Bukan institusi pembunuh minat belajar dan rasa ingin tahu yang wujud di dalam fitrah setiap bayi yang lahir.

May 15, 202408:10
Konsep Pendidikan Menurut Pandangan Alam Islam

Konsep Pendidikan Menurut Pandangan Alam Islam

Program bersama Sekolah Rendah Islam al-Azhar, Perlis pada 12 Februari 2024.

May 15, 202401:29:11
Menjawab Persoalan ADHD, Anxiety dan Bangkit Pasca Diagnosis

Menjawab Persoalan ADHD, Anxiety dan Bangkit Pasca Diagnosis

Menjawab Persoalan ADHD, Anxiety dan Bangkit Pasca Diagnosis

May 15, 202425:47
The Injection of the Religious Flavour Into Zionism
Jan 15, 202405:14
Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Gaza, atau bagaimana?
Jika kita sandarkan komitmen solidariti kita kepada usaha menyebarkan foto-foto mangsa yang terkorban, jumlah yang terkorban itu sudah berganda-ganda jauh lebih besar daripada apa yang terjadi dua bulan yang lalu. Ketika menyentuh hal ini dua bulan yang lalu, saya berdepan dengan serangan daripada sesetengah netizen. Seumpama mereka hanya membaca tajuk, lantas salah faham dan tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca, bahawa konflik Palestin ini memerlukan kita bernafas panjang. Ia tidak boleh bergantung semata-mata kepada emosi amarah dan sedih yang berhubung rapat dengan penyebaran imej dan video grafik mangsa kekejaman Zionis itu.
Teruskan bersolidariti, jangan patah semangat dan murung dengan kesedihan demi kesedihan yang melanda.
Fokus, kukuhkan diri, ikuti laporan berita setiap hari, fahamkan daripada dimensi yang pelbagai, agar lebih memahami.
Jangan lupa berusaha bersama-sama memperbaiki diri, meningkatkan kelayakan kita ketika berdoa, agar Allah lebih memandang doa kita, para hamba-Nya.
Sambutlah juga solidariti dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia yang buat pertama kalinya membuka mata untuk melihat siapakah syaitan sebenar di sebalik segala musibah yang berlaku ini.
Bebas Palestin!
Artikel penuh di blog
PALESTIN.SAIFULISLAM.COM
#bebaspalestin

Jan 12, 202404:01
Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵
Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan ulama kita di Tanah Melayu di Nusantara, bukan perkara baru. Namun dahulukala, kita tidak jumpa masyaikh dan tok-tok guru kita menggunakan bahasa-bahasa demikian dalam ucapan ataupun tulisan mereka. Mereka tidak menggunakan bahasa kesat ketika menyampaikan agama.
Sesuatu yang mungkin orang ramai kurang faham kerana tidak mengalaminya ialah ujian di meja penceramah. Apabila kita duduk di meja ceramah, bermulalah satu ujian yang besar. Mungkin di peringkat amatur orang ramai berkata, “oh ini geng-geng ‘ustaz sampul’ belaka!” Masyarakat menganggap ustaz atau penceramah itu mahu menjaga kedudukannya berdasarkan kepada lumayannya sagu hati yang diberikan di dalam sampul tadi.
Tetapi di satu peringkat, wang bukan menjadi tarikan utamanya lagi. Bukan itu yang menarik perhatian dan mendatangkan lebih kepuasan kepada penceramah. Sebaliknya, apa yang lebih menguji malah beracun iaitu sokongan orang ramai. Orang angguk dengan pendapat kita. Orang ketawa dengan gurauan kita.
Kalau kita buat lawak, beratus-ratus malah beribu orang gelak, ‘feeling‘ ketika itu, masya Allah! Kalau kita cakap satu benda yang betul, beribu orang mengangguk kerana bersetuju dengan benda yang kita cakap, ujiannya sangat mendalam.
Saya yakin ramai yang tidak pernah kenal dan sudah lupa tentang siapa saya untuk mengulas hal ini.
“Siapa beliau nak cakap tentang hal ini?”
Saya tidaklah sepopular nama-nama besar yang ada hari ini. Tetapi serba sedikit, sekurang-kurangnya saya pernah berada di dalam situasi itu. Di pentas ceramah, di kaca tv saban waktu, poster dan banner di sana sini, berceramah keliling dunia, Allah rezekikan sedikit untuk berada di dalam situasi berkenaan.
Hakikatnya, setiap kita yang duduk di meja ceramah, kita diuji dengan ujian-ujian khusus untuk orang agama.
Artikel penuh di blog
www.saifulislam.com

Jan 08, 202409:28
Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok-tembok Rome
Dec 26, 202309:52
Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan”

Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir.

Kata Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu:

بسم الله الرحمن الرحيم، من خالد بن الوليد إلى ملوك فارس، فالحمد لله الذي حل نظامكم ووهن كيدكم، وفرق كلمتكم… فأسلموا وإلا فأدوا الجزية وإلا فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة.“

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang daripada Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi, segala puji bagi Allah yang telah membubarkan pemerintahanmu dan melemah hancurkan perancanganmu dan memecahbelahkan kesatuanmu, terimalah Islam atau bayarlah jizyah, jika tidak, aku datang bersama dengan satu kaum, yang mereka itu cintakan kematian seperti kamu cintakan kehidupan.“

Semangat inilah yang berada di belakang mereka yang berjuang membebaskan bumi Palestin yang tidak ada di dalam jiwa keji, pengecut, penakut yang ada pada tentera Zionis yang sedang berleluasa di bumi Isra wal Mi’raj itu.

Dec 20, 202303:17
Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

Harapan saya ialah pertembungan yang berlaku di antara pihak yang mahu menganjurkan acara ini dan mereka yang tidak bersetuju, sebolehnya biarlah pertembungan itu lahir dalam bentuk menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kedua belah pihak pada mencari jalan untuk mengharmonikan sesama rakyat Malaysia yang ada latar belakang yang berbeza dan bukan semata-mata menyambung bahasa pertembungan daripada masyarakat di tanah air yang sudah begitu kronik terpisah hidup dalam dunia masing-masing walaupun kita masih lagi berbangga untuk mendakwa Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, pelbagai agama, tetapi ia sukar untuk diserlahkan dalam hal-hal yang seperti ini.
Namun dalam suasana semasa ketika pelbagai perkara yang menyedihkan berlaku terutamanya dengan serangan yang terjadi di Palestin, jika kita hendak bersuka ria, nak berseronok, itu hak masing-masing, terpulanglah dengan agenda masing-masing, Friday night, Saturday night, Sunday night tetapi jika ia membabitkan penganjuran oleh rakyat Malaysia sendiri, sesama pelajar Malaysia, Mungkin masa ini adalah masa yang tidak sesuai, adalah lebih baik untuk perbelanjaan yang ada disumbangkan untuk membantu mangsa kepada peperangan tersebut yang amat memerlukan kepada bantuan.
Berusahalah untuk duduk semeja, berbincang dan mencari jalan yang lebih aman dan harmoni, menjauhkan diri daripada sikap memandang rendah dan memperlekeh antara satu sama lain, apatah lagi menyerang, mengaibkan sesama kita rakyat Malaysia dengan mencari keburukan, kesalahan, hal-hal peribadi individu-individu yang kita tidak setuju kerana itu adalah akhlak rendah yang tidak menggambarkan kualiti pelajar yang dibiayai sama ada oleh kerajaan ataupun oleh keluarga masing-masing dengan jumlah yang begitu besar untuk belajar di luar negara, tetapi berada hanya di tahap demikian untuk mengadu domba atau membawang bak kata orang sekarang.
Take care, jaga diri baik-baik, usahakanlah untuk mencari jalan perdamaian dan persahabatan sesama kita.
Artikel penuh di
https://saifulislam.com/2023/11/penganjuran-malam-malaysia-perbalahan-yang-menguji-jati-diri/

Nov 28, 202309:47
Panduan Boikot Menurut Pengasas Gerakan Boikot Sendiri: Omar Barghouti

Panduan Boikot Menurut Pengasas Gerakan Boikot Sendiri: Omar Barghouti

Perkongsian Omar Barghouti di majlis berkenaan menunjukkan bahawa boikot perlu dilakukan hasil daripada penelitian, mempertimbangkan kesan yang boleh dihasilkan dan bukan semata-mata untuk memuaskan emosi marah kita terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan kezaliman ke atas penduduk Palestin.

Saya menutup perkongsian ini dengan kita merenung kepada sepotong hadis Nabi ﷺ yang terdapat di dalam Sahih Muslim:
من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان‏
“Sekiranya sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah ia dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (hadith riwayat Muslim)

Saya ingin menyentuh tentang perkataan yang dipakai oleh Nabi ﷺ di dalam hadis tersebut. Bahawa tindakan yang kita lakukan terhadap kemungkaran yang kita lihat, bukan hanya mencegah atau menghalang. Perkataan yang dipakai di dalam bahasa Arab itu bukan falyamna’hu (فليمنعه) ataupun apa-apa yang memberikan maksud memberhentikannya, menghalangnya, atau mengepungnya. Tetapi perkataan yang baginda pakai adalah falyughayyirhu (فليغيره) “hendaklah dia mengubahnya.”

Maka mencegah kemungkaran mestilah mempunyai kualiti pada tindakan tersebut yang berpotensi mengubah kepada sesuatu yang lebih baik. Tindakan kita untuk mencegah kemungkaran tidak harus berada pada baseline yang rendah selama-lamanya dengan alasan “yang penting saya buat sesuatu.” Tetapi kita kena selalu memikirkan apakah langkah yang lebih efektif, paling efektif, untuk sebuah perubahan itu dapat dihasilkan.

Dan ini adalah merupakan satu saranan yang begitu produktif daripada Nabi ﷺ agar kita mengutamakan kualiti. Berbanding tindakan yang berasaskan semata-mata kepada sentimen.

Emosi itu adalah api yang akan padam apabila bekalan minyaknya berakhir.

Minyak itu datang daripada ilmu, pemerhatian, dan perbincangan, mesyuarat dan semua itu diperintahkan oleh agama agar menjadi sebahagian daripada modus operandi kita pada membantu Palestin dan Muslim seluruhnya.

Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/11/panduan-boikot-menurut-pengasas-gerakan-boikot-sendiri-omar-barghouti-bds/

#bebaspalestin

Nov 22, 202309:30
Isu Palestin di Ireland: Antara Rakyat dan Kerajaannya
Nov 21, 202306:53
Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Cipolla - Webinar 'Membedah Kebodohan'

Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Cipolla - Webinar 'Membedah Kebodohan'

Lima Hukum Asas Kebodohan Manusia oleh Carlo M. Cipolla, petikan Webinar sepanjang 5 jam bertajuk 'Membedah Kebodohan'.

Nov 13, 202302:56
Foto Dan Video Dari Gaza: Tak Kongsi Maknanya Tak Simpati?
Nov 10, 202307:58
Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

Pada suatu ketika, seorang pemimpin yang dipuja puji oleh pengikutnya sampai ajal dan bertemu dengan kematian. Pemimpin agung itu dikebumikan dan atas rasa cinta kasih sayang pengikutnya, mereka membina sebuah patung yang rupanya tidak ubah seperti pemimpin itu semasa hayat beliau. Pada suatu hari, seekor burung kecil hinggap di atas hidung patung berkenaan. Burung kecil itu melepaskan hajatnya dengan penuh kehinaan ke atas hidung pemimpin yang agung itu. Kemudian burung itu pergi begitu sahaja, pemimpin yang agung itu tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang dirinya daripada dihina oleh burung itu tadi.
Mengapakah situasi itu berlaku? Jawapannya sangat mudah:
Walaupun yang dinajiskan itu adalah seorang pemimpin yang agung tetapi dia hanyalah sebuah patung. Burung yang kecil itu, tidak bernama, satu daripada burung yang banyak, tetapi burung itu adalah burung hidup, burung sebenar, burung yang hakiki.
Abu al-Hasan Ali al-Nadwi Rahimahullah di dalam sebuah buku kecil bertajuk Ila al-Islam min Jadid, atau "Kembali Semula Kepada Islam", di dalam salah satu daripada bab buku itu bertajuk, بين الصورة و الحقيقة, iaitu "Di Antara iIusi dan Realiti", beliau menjelaskan:
Hukum alam menetapkan bahawa realiti akan sentiasa mengalahkan ilusi.
Palestin sedang diganyang oleh musuh-musuh Allah yang tulen.
Palestin sedang menanti Muslim kembali kepada Islam agar kita menjadi Muslim hakiki dan bukan sekadar ilusi.
Artikel penuh di blog
https://saifulislam.com/2023/11/palestin-2023-antara-ilusi-dan-realiti/
#bebaspalestin

Nov 08, 202311:46
Perangkap Red Herring Media Melarikan Perhatian Dunia
Nov 06, 202318:22
Strategi Ibu Bapa Berinteraksi Dengan Anak di Rumah Perihal Konflik di Palestin
Nov 06, 202329:60
Baik Buruk Sebaran Visual Foto dan Video Peperangan di Palestin
Nov 06, 202307:31
Perbezaan Tiga Istilah Besar Dalam Isu Palestin

Perbezaan Tiga Istilah Besar Dalam Isu Palestin

Mungkin persoalan membezakan di antara Zionis dan Yahudi tidak begitu ketara kepentingannya di dalam konteks di Palestin. Namun di luar daripada bumi Palestin, perkara ini perlu diberikan perhatian secara khusus kerana kita perlu berlaku adil untuk tidak mengelompokkan orang orang yang beragama Yahudi sebagai golongan yang by default bersetuju dengan apa yang dilakukan di Israel. Malah mereka juga giat bekerjasama dengan gerakan gerakan anti kepada Zionis, bersolidariti dengan penduduk tempatan di lokasi masing masing memperjuangkan hak penduduk Palestin.
Jika kuasa Zionis memperalatkan istilah anti semitism, sebagai istilah yang diguna pakai untuk mengkritik sesiapa sahaja yang cuba mengkritik mereka dalam bentuk ketenteraan, politik dan polisi polisi lain yang menindas penduduk Palestin, khususnya umat Islam, sedangkan kritikan yang dikemukakan itu adalah merupakan kritikan terhadap Zionism, kepada gerakan Sohyuniyyah dan bukannya kepada Yahudi, agama Yahudi yang tidak menjadi asas kepada apa yang dilakukan oleh pengganas di bumi Palestin tersebut.
Hal ini perlu ditegaskan kerana ia merupakan point utama untuk diberikan sebagai satu amaran kepada Amerika Syarikat kepada negara negara Eropah yang melakukan perkara yang sama pada tidak membezakan di antara Hamas dengan penduduk Palestin sebagai juga merupakan sikap yang sama di bawah kategori anti semitism.
ASAS ILMU
Sebagai kesimpulan, akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan, oleh kerana isu Palestin ini adalah merupakan isu global dan membabitkan peperangan maklumat, informasi, propaganda, maka sangat penting untuk kita terus dari semasa ke semasa menghalusi penggunaan istilah cara kita memaparkan berita mengulas nya mengambil kira konteks dan pelbagai lagi dimensi lain yang hanya boleh dilakukan jika ada kesungguhan dan keikhlasan dalam diri kita untuk mengasaskan semangat membela Palestin dengan asas ilmu seperti yang dianjurkan oleh agama kita sendiri.
Artikel penuh di:
https://saifulislam.com/2023/10/perbezaan-tiga-istilah-besar-di-dalam-isu-palestin-israel-yahudi-zionis/

Oct 26, 202316:13
Crisis in Palestine: Our Role as Teachers

Crisis in Palestine: Our Role as Teachers



As teachers, should we tell our students in front of the classroom, are we supporting Palestine or Israel? 

As an individual, no one can or should force us to believe in something or support whatever we decide to support. We are all free men and women to determine our options.

But we must professionally uphold the integrity of being educators and teachers by understanding our priorities. Being teachers, what matters the most is the learning, the process. Hence, we need to deploy specific pedagogies to serve this objective. As teachers or educators, learning sciences should already become our second nature to refer to. It is always the basis of our work. 

I don't think we should or need to begin the conversation by saying, "I think it's Hamas who did it or not", or "Israel who did it or not", for at least two reasons. First, it doesn't matter what our opinion is, especially to the actual victims there in Palestine. They don't get any benefits, and they are not affected by our support or our decision to go against any of them, and it has no learning value.

But if we really want to engage our students in discussing the current issues in Palestine, especially if we are teachers or educators responsible for teaching social studies and especially history, then we might begin the conversation by asking the students, "Are you aware of what happened in Gaza, so and so, recently?"

Invite the students to think. 

Some might say, "Oh, I think Hamas are the criminals." And then some others might say, "Oh, I think it is Israel who is doing so and so." So, our responsibility as teachers is to guide our students, mediate the differences of opinion by helping them to investigate, make some comparisons between resources, and help them to think. 

Especially in history, historical thinking and investigating resources are the foundation of everything. And students deserve to be guided. Also, from the perspective of media literacy, students need our help to understand what is behind media, how to identify bias and specific interest, be it explicit or implicit, try to make some comparisons between different narratives and help to reach a conclusion.

We might be happy or unhappy with the conclusion that the students arrive at, but be it negative or positive, as teachers, we must understand how they actually arrive at the conclusion. They deserve to realise they did the right thing if it's right. And if the judgment has something wrong with it, we need to highlight to the students what went wrong and how that can be improved.

And, of course, in the end, we also need to guide our students on how to coexist in peace when opinions are divided and become very binary. That can be achieved by inviting students to investigate and learn about the virtues, values, and characters behind these events. Humanise the situation. Try to understand from that point of view.

Because justice and injustice, bullying, oppression, and wrongdoings are not only in foreign lands far, far, far away from our reality. It is universal. It happens in our schools, homes, and in our society. 

Without the learning process, there is no education. It is an indoctrination. An indoctrination doesn't need teachers or educators. Anyone can do it. 

An indoctrination makes teachers and educators irrelevant.

RIZAL.IE

Oct 20, 202303:53
Mengapa Ireland Kuat Menyokong Palestin?
Oct 16, 202308:16
Kenapa Amerika Syarikat Berbelanja Besar Untuk Regim Z itu?
Oct 11, 202324:48
SIrah dan Maulid: Antara Bahasa Akal dan Bahasa Kasih Sayang

SIrah dan Maulid: Antara Bahasa Akal dan Bahasa Kasih Sayang

Memetik saranan Said Hawwa di dalam bukunya agar musim kehadiran sambutan Maulid al-Rasul ﷺ , dimanfaatkan kesediaan masyarakat untuk berprogram, dengan mengadakan pengisian yang mendekatkan kita dengan Baginda ﷺ. Namun pengisian itu eloklah diusahakan agar seimbang di antara mengungkapkan Sirah dengan bahasa yang memberi kepuasan berfikir, dengan bahasa yang memberi kemanisan berperasaan. Asalkan kedua-duanya berlaku di dalam ruang lingkup garis panduan halal haram agama Islam ini.

Sep 29, 202305:35
ADHD: Advokasi Bukan Promosi

ADHD: Advokasi Bukan Promosi

Seronokkah jadi individu yang ada ADHD?
Apabila kita banyak memperkatakan tentang satu satu perkara, ada kecenderungan dalam masyarakat kita, perkara tersebut menjadi viral, diperkatakan, dan banyak benda pelik yang tidak berlaku di tempat lain berlaku di dalam masyarakat kita.
Makanan, pakaian, macam-macam benda, selalu dibentuk oleh apa yang tular, Tetapi ADHD bukan makanan, bukan minuman, bukan trend, bukan hype.
ADHD adalah cabaran yang benar-benar dihadapi oleh individu yang mengalaminya. Menjadi individu ADHD, bukan glamour, bukan eksklusif. Menjadi individu ADHD bermaksud telah berlaku banyak perkara yang mendukacitakan, mengecewakan, merugikan, mensia-siakan potensi dan peluang hidup.
Dan jika diagnosis seorang dewasa diterima begitu lambat seperti usia saya di akhir empat puluhan, pastinya ADHD yang tidak dikesan lebih awal itu telah meninggalkan tingkah laku, tabiat dan pelbagai kecederaan dalaman kepada individu ini tadi.
ADHD ini bukan alasan. ADHD adalah penjelasan. ADHD mungkin akan menjelaskan apabila penjelasan-penjelasan lain tidak dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh individu berkenaan.
ADHD bukan sesuatu yang terjadi kerana sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. ADHD berpunca daripada berbezanya cara otak kita berfungsi, disebabkan oleh aspek-aspek yang mungkin membabitkan faktor fizikal kepada otak itu sendiri. Saya tidak mahu mengupas lanjut sisi tersebut kerana saya bukan ahlinya.
Semasa belajar di Finland dahulu, apabila saya sudah dapat melihat kebarangkalian saya mungkin akan sekali lagi gagal melunaskan pengajian seperti tiga empat kali sebelumnya, mencuba dalam tempoh lebih sepuluh tahun, saya berada di dalam keadaan emosi yang sangat rendah. Setelah tanah air ditinggalkan beratus ribu duit habis, apakah perjalanan ini akan berakhir sekali lagi dengan sebuah kegagalan?
Ketika itu, saya kuatkan azam dan berkata kepada diri sendiri seandainya saya berjaya menghabiskan pengajian ini dan memang benar saya mengalami ADHD, saya mahu melakukan advokasi terutamanya untuk individu-individu yang berhasrat untuk menyambung pengajian. Mudah-mudahan kesedaran tentang apa itu ADHD dapat diambil kira sebelum memulakan perjalanan. Dapatlah kesakitan, kesusahan dan masalah yang individu seperti saya hadapi, dicegah daripada berlaku kepada orang lain.
Tapi nampaknya itu bukan rezeki saya.
Namun, advokasi itu masih boleh diteruskan. Mungkin bukan sebagai seorang yang berjaya tapi sebagai seorang yang gagal. Gagal, tetapi menjadikan kegagalan itu sebagai modal untuk meneruskan perjalanan. Baginya, kejayaan bukanlah sebuah destinasi tetapi sebuah kembara hidup menuju ke negeri abadi.
adhd.hasrizal.com
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon:
https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Sep 26, 202303:30
Cerita Otak ADHD Balik Kampung

Cerita Otak ADHD Balik Kampung

Merenung kembali musim panas baru baru ini, kali ini saya pulang bersama keluarga dan kena uruskan sendiri semua fungsi eksekutif berbanding pulang bekerja sekejap-sekejap sebelumnya. Sebagai individu ADHD, banyak sekali kejadian berkaitan yang berlaku.

Antaranya, saya kehilangan wallet ketika solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Alhamdulillah selepas solat Jumaat, imam yang bertugas telah membuat pengumuman meminta supaya pemilik wallet berjumpa dengan beliau ataupun pihak masjid untuk mendapatkannya semula. Syukur, semua kad, dokumen penting diperolehi semula.

Sebelum daripada itu pula, saya tertinggal banyak peralatan komputer di Airbnb yang kami sewa. Saya tidak menyedarinya kecuali selepas hampir seminggu apabila dihubungi.

Memandu kereta juga mengundang sakit kepala dek macam-macam sistem yang kita tidak biasa. Saya minta bantuan anak untuk jadi co-pilot, memberikan kepada saya Mykad, kad Touch n Go, kad bank, atau wang tunai, apabila perlu membayar tol, parking dan sebagainya.

Di dalam diam, kita tahu betapa 'overwhelming' otak memproses fungsi fungsi eksekutif berkenaan. Lalu banyak jugalah kesilapan dan kesalahan diri yang terjadi.

Apa yang saya nak kongsikan dalam video pada kali ini adalah kepentingan untuk kita 'own' hal tersebut. Tidak menjadikan ADHD sebagai alasan untuk menormalisasikan benda salah kepada tidak salah sehingga kita tidak rasa ada keperluan untuk meminta maaf.

ADHD tidak menjadikan kita tidak mukallaf. Kita bukan orang gila. Semuanya berlaku dalam keadaan kita sedar, dosa dan pahala masih berjalan sebagai seorang Muslim. Cuma dengan diagnosis dengan kefahaman kita mengenai bagaimanakah pre frontal cortex dan frontal lobe kita buat kerja, kita tahu bahawa kesilapan-kesilapan yang kita kesalkan itu bukanlah sepenuhnya bersandar kepada moral. Bukan sebab perangai kita tidak senonoh, pemalas, pendendam, atau pemarah. Tetapi otak kita secara fizikalnya ada cabaran untuk melakukan perkara yang sepatutnya lebih mudah andai dilakukan oleh yang bukan seperti kita. Menginsafi dimensi tersebut, muda- mudahan kita lebih terbuka hati untuk meminta maaf apabila ia memang salah kita.

Ini juga penting untuk kita amalkan supaya kita tidak dikecam oleh masyarakat sebagai golongan yang menjadikan diagnosis ADHD sebagai alasan untuk lepas tangan. Masyarakat sendiri sudah rumit untuk memahami apakah itu ADHD, dan masih ramai menganggap ia sebagai mitos atau benda rekaan 'Barat'. Apatah lagi ketika individu ADHD sendiri tidak menserasikan pandangan alam Barat dengan kita di timur, terutamanya sebagai individu Muslim.

Bagi saya, ADHD ini adalah cabaran yang memerlukan duit dan memerlukan pendidikan serta ilmu. ADHD memerlukan duit kerana untuk mendapatkan diagnosis pun sudah mahal. Diikuti dengan stimulant yang hendak diambil setiap bulan, kosnya juga mahal.

Ada pun mengenai ilmu dan pendidikan, kita sukar untuk memahami diri kita sendiri, apatah lagi orang lain. Bertambah-tambah lagilah susah untuk faham apa itu ADHD, dan cabarannya. Kecuali jika kita terbuka hati untuk mencari ilmu berkaitan dengannya. Sains, agama, moral, kemasyarakatan... Maka marilah sama-sama kita utamakan agenda membaca yang perlu berterusan ini. Terus mencari ilmu dan mengkaji.

Jangan letakkan harapan untuk mengubah dunia atau orang di sekeliling kita. Sebaliknya, gunakanlah ilmu pengetahuan itu untuk menyokong kelangsungan perjuangan diri kita sendiri.

Bersama keyakinan tidak ada satu perkara yang berlaku dalam hidup ini melainkan ada hikmah dan kebaikan di sisi Allah swt.

Satu dua tiga perkara yang kita keluh kesahkan menjadi beban kepada hidup ini , terlalu kecil untuk dibandingkan dengan sejuta rahmat Allah. Kasih sayang dan kebaikan yang Dia berikan tidak terbanding dengan beberapa kekurangan diri yang ada.

Mudah-mudahan sabar dan reda kita itu dibalas dengan syurga Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Amin.

Hasrizal

adhd.hasrizal.com

Sep 26, 202305:58
Islamikkah Sistem Pendidikan Kita Jika Murid dan Guru Teraniaya?

Islamikkah Sistem Pendidikan Kita Jika Murid dan Guru Teraniaya?

Islamikkah sebuah sistem pendidikan jika sendi-sendi yang mengoperasikan pendidikan itu bersalahan dengan prinsip-prinsip Islam? Misalnya: Katakanlah kaedah peperiksaan yang kita pakai meletakkan keputusan bergantung kepada markah peperiksaan akhir tahun. Seorang murid yang cemerlang sepanjang tahun mendapat markah rendah kerana semasa peperiksaan akhir tahun beliau kurang sihat dan ada masalah keluarga. Akibatnya, dia kehilangan peluang mendapat biasiswa. Adakah keadaan itu selari dengan Islam yang mengharamkan kezaliman? Apakah ada kaedah peperiksaan lain yang lebih menepati prinsip Islam? Jika guru dibebankan dengan tugas yang bukan tugasnya sebagai seorang guru, tidakkah ia menyalahi hukum ijab kabul yang kita kenal dalam muamalat Islam? Jika dalam muamalat ada isu riba, gharar, dan sebagainya, apakah ijab kabul guru semasa menandatangi surat perlantikannya sebagai seorang guru? Iltizam dengan Islam menuntut kita mengkritik sistem pendidikan bukan semata-mata kerana kita tidak kompetetif berbanding negara lain. Tetapi kita akan disoal di hadapan Allah swt di Akhirat bukan hanya perihal solat, malah termasuk hal seperti ini. Jika kerja kita mendatangkan mudarat dan aniaya kepada murid, tiadakah dosa dan pahala tercatat di situ? Setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan mengenai kerja-kerjanya. #ISUPENDIDIKAN #PENDIDIKAN #MUHASABAH

Sep 08, 202304:25
Apakah Orang Yang Berhijrah Tidak Patriotik?

Apakah Orang Yang Berhijrah Tidak Patriotik?

Orang yang berhijrah ke negara lain tidak sayangkan tanahairnya, tidak patriotik, malah pengkhianat! Benarkah begitu? Kata orang putih, "love is a verb". Cinta itu adalah kata perbuatan. Cinta tidak punya apa-apa makna jika ia hanya slogan kosong dan sentimen membuta tuli semata-mata. Memang benar, setiap orang yang berhijrah itu ada sebab-sebab peribadi masing-masing. Tetapi itu tidak bermaksud mereka tidak sayangkan tanahair. Sayangkan seseorang, kita buat benda yang memberi manfaat dan kegembiraan kepada orang itu. Jika kita sayangkan negara, kita buat benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada orang sekeliling kita, kepada negara. Tanya diri masing-masing, apakah yang aku buat setiap hari? Pada masa yang sama, cinta boleh terluka jika insan yang kita sayang membuat perkara yang memalukan dan melukakan hati kita. Demikian juga rasa sayang kepada negara. Ia akan terluka apabila negara dibelenggu korupsi dan hal-hal yang mengaibkan. Apatah lagi, selepas menjadi buah mulut dunia, kita belum menampakkan kesungguhan untuk membanterasnya. Semoga saya tetap menjadi seorang insan yang bermanfaat untuk tanahairnya walaupun berada jauh entah di mana. Ilmu yang dipelajari, diamal, dikongsi, buku yang ditulis, dua buah 'model school' yang diperjuangkan, semuanya demi pesan Nabi saya, Nabi Muhammad ﷺ bahawa: خيرُ الناسَ أنفعُهُمْ لِلناسِ "Sebaik-baik manusia, ialah manusia yang bermanfaat kepada orang ramai." Ikhlaskan hati memberi makna cinta kepada negara dengan memberi fokus kepada amal sendiri, kerana satu hari kita akan berhijrah meninggalkan tanah air itu. Di bumi mana entah, tetapi kita akan dikuburkan. Di dalam kubur, kita tidak akan ditanya tentang amal orang lain. Sebaliknya kita akan disoal tentang amalan diri masing-masing, oleh Tuhan yang buat kita. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66. Hasrizal Ireland 31 Ogos 2023 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Aug 31, 202305:17
Malu Dengan Konflik?

Malu Dengan Konflik?

Kalau boleh kita mahu ada standard tertentu sebagai 'baseline' kehidupan bermasyarakat. Kita malu orang agama bergaduh, malu industri buku agama dan ilmu berkrisis, malu melihat orang politik bercakaran. Tetapi hakikatnya, realiti kehidupan tidak pernah ideal menurut standard berkenaan. Tiada yang baharu. Seawal beberapa tahun pasca kewafatan Nabi Muhammad ﷺ umat ini sudah perlu berhadapan dengan 'krisis paling memalukan' apabila generasi yang dididik oleh Baginda ﷺ sendiri terjebak di dalam perang saudara. Bukan setakat malu-malu, banyak nyawa sampai terkorban, pergi tidak berganti. Tetapi... Walaupun kita kena terus berusaha memperbaiki diri dan secara proaktif mengelak daripada terjebak atau mencetuskan 'perkara-perkara yang memalukan itu tadi', apa yang perlu kita fokus adalah kekuatan yang agama kita bekalkan untuk menguruskan krisis dan fitnah paling besar, walau sebesar mana pun ia. Agama datang tidak berfungsi menutup fitrah manusia daripada kebarangkaliannya melakukan kerosakan atau menimbulkan masalah. Tetapi agama datang mengajar kita, semasa masalah timbul, macam mana kita nak selesaikan masalah itu. Sama ada kita yang menonton, atau mereka yang terlibat, kita sama-sama sedang diuji. Adakah kita memilih untuk diam dan berkecuali, atau memilih untuk terlibat, melibatkan diri? Jika terlibat, kita terlibat bersama mata yang bagaimana? Mata lalat yang sentiasa mencari kekotoran walaupun terbang di taman bunga? Atau mata lebah yang semasa terbang di celah semak samun pun tetap mencari bunga dan madu untuk mengutip kebaikan dan manfaat kehidupan? "Dialah Allah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan sebagai UJIAN, untuk menguji siapa di kalangan kamu yang mengelokkan amalan?" (Al-Mulk : 2)

Aug 09, 202302:48