THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW
By The Benda Boleh Bincang Show
MC/HOST โข WRITER โข VLOGGER ๐ FULL-TIME CONTENT CREATOR
Contact: faizalmukhtar@gmail.com
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOWMar 06, 2022
Boring. Boring. Boring ๐ซฅ
Ep. 257 | #TanyaSisChenta Dedikasi Lagu Nan Syahdu ๐ป๐ต๐ถ
Setiap di antara kita pasti ada satu lagu cinta yang menghadirkan 1001 lipatan kenangan!
Ep. 256 | #Retrospektif Seniman Legenda M. Nasir! โก๏ธ
Kehebatan bakatnya tersirat makna dan misteri yang mendalam. Mengagumkan malah memukau syahdu dalam puitis bait lirik dan lagu berjiwa rasa. Lebih berdekad lamanya merentas zaman, nama M.Nasir tetap abadi di puncak seni!
Ep. 254 | #ApaBola Perkembangan Terkini Lagi Sensasi!
Berita perpindahan pemain. Isu semasa liga sedunia. Kontroversi sensasi dan banyak lagi. Semuanya bersama pengulas kegemaran anda, Fadhil Zubir dalam segmen #ApaBola!
Ep. 253 | #REVIEW Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (2022)
Di atas permintaan ramai serta sempena seminggu tayangan rasminya di pawagam, kami bawakan anda ulasan penuh FilemMat Kilau oleh Studio Kembara yang kini telah berjaya memecahkan rekod kutipan box-office terlaris sepanjang zaman di Malaysia.. dan masih terus meledak!
Barisan Panelis Undangan:
Comic Niezam | Syafiq Zulakifli | Fizlee Hafizย
Ep. 219 | #TanyaSisChentaRaya๐๐โจ๐
Bersempena sambutan Syawal yang masih meriah diraikan, mari kita sama-sama perdengarkan cerita serta soal jawab cinta menarik di kala Hari Raya ini!
Ep. 218 | Syawal Seminggu Sudah: Awak OK ke tu? ๐คโจ๐ซ
Selalunya sesudah seminggu Syawal berlalu, ramai yang sudah kembali bekerja dan berurusan rasmi seperti biasa. Terlalu banyak rasanya yang terbuku lalu terbenam di dalam hati sejak beraya, beraya dan terus beraya tak ingat dunia kan?
Jom join The Benda Boleh Bincang Show untuk meluahkan segala ย pada malam ini bersama DJ bertugas dan ramai lagi tetamu undangan istimewa!ย
Ep. 211 | #OpenMic Unplugged๐ค๐งโจ๐
Hampir seminggu sudah kita berpuasa. Sejauh manakah cerita anda setakat awal Ramadan ini. Jom marilah kita kongsikan bersama malam nanti dalam sesi mikrofon terbuka The Benda Boleh Bincang Show!
Ep. 208 | Rahsia Ramadan Besar Zikril!๐ฅ
Selama ini co-moderator BBB telah beraksi dengan penuh komitmen. Dengan bulan puasa yang diharungi kala ini, tentunya pelbagai cabaran dan dugaan baharu tetap berlangsung. Persoalannya: Tidaklah bernama Zikril Hafiz jika tidak dengan rahsia dan muslihat tersendiri!ย
Ep. 207 | Tanyalah Gayour - Edisi Ramadan Special 2022! โญ๏ธ๐
Lama betul kita tak usik Gayour kan? Entah apa pula celoteh beliau untuk podcast ini. Katanya ada serangan dan ancaman tikus yang membuatkannya tidak senang duduk. Nak tau.. moh kita dengar ramai-ramai sekarang!ย
Ep. 205 | Superhero Yang Sempurnaโก๏ธ
Is there such thing as a perfect superhero dalam dunia komik? Konsep pragmatik dan realistik ini sebenarnya banyak kelihatan dalam cerita-cerita yang kita baca namun mampukah ia kekal untuk dunia hari ini. Para panelis pada malam ini mungkin ada jawapannya!
Ep. 204 | #TanyaDuoChenta - Tips Asas Berdating ๐
Berjalan di taman tasik. Bersiar di shopping mall. Berpawagam di bioskop. Itu antara kelaziman apabila keluar berpacaran di kala dua merpati sejoli sedang hangat mengenal hati budi.
Persoalannya: Apakah ada lagi rahsia luar biasa yang belum didedahkan untuk kita ketahui? ๐ฒ
Ep. 203 | Sesi Mikrofon Terbuka ๐ฃ.๐ฃ
Ibarat melayan konsert di Panggung Anniversary Wembley. Nyanyi-nyanyi ada. Joget lambak ada. Lawak jenaka ada. Silap mata ada. Demostransi memasak pun ada!
Ep. 202 | Filem Game On Tak On!๐น ๐พ.โก๏ธ
#SINEMASANASINI Sejak Super Mario Bros, Street Fighter, Mortal Kombat, Tomb Raider, Resident Evil, Hitman dan banyak lagi adaptasi game popular ke filem direalisasikan.. semacam masih ada rasa 'mixed feelings' di kalangan ramai peminat.
Moh le kite cerita dan kongsi sama-sama, Yob!
Ep. 201 | #NOTANETIZEN Kerja Kosong Masih Kosong!
Kini rata-rata peniaga kekurangan tenaga pekerja. Nyata ianya sangat mencabar demi menjalankan urusniaga. Jika dulu ramai mengeluh lambakan pekerja asing, sekarang sebaliknya terjadi. Mana pergi orang kita? Apakah endemik berjaya dihadapi jika pekerja tak cukup? Bilakah solusi akan ada bertemu kesudahannya?
Speaker: Jazmi Jamal & Zikril Hafiz
Ep. 200 | #SEASONFINALE Expo Extravaganza Extreme! ๐ฅ๐๐
Syabas sekali lagi semua kerana berjaya sampai ke penghujung sebuah musim bersiaran yang cukup menakjubkan. Sebagai penutup tirai Musim ke-4 kali ini, kita ada kejutan dalam kejutan dalam KEJUTAN YANG MENGEJUTKAN!
Ep. 199 | #JomUsrahUnplugged โจ๐
Kisah cinta Laila dan Majnun perlu dibaca secara tafsir dan takwil iaitu tersurat dan tersirat. Sekiranya kisah ini dibaca sepintas lalu pembaca akan merasakan seperti kisah percintaan antara seorang lelaki kepada wanita dan kegilaan lelaki tersebut untuk mendapatkan wanita yang dicintainya sehingga menjadikan dirinya gila atau tidak keruan!
Ep. 198 | #REVIEWSPOILER - THE BATMAN (2022)! ๐ด
Selepas seminggu siaran sinema, maka akhirnya tibalah masa untuk kita mengulas secara serius dan spoiler segala yang terkandung menerusi pengalaman tontonan filem terbaharu, The Batman
Grand Royal Rumble 3-Way Wrestling Showdown: Faizal Mukhtar x Fadhil Zubir x Zikril Hafiz ๐ฅ๐ฅ๐ฅ
Ep. 197 | Serikandi Sinema Selamanya! ๐ฌ๐
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada hari ini, mari kita imbas kembali angkatan aktres dan superstar sinema wanita yang mewarnai arena perfileman sejagat sejak dulu, kini dan selamanya!
Special Guest Appearance: Deanna Nassier ๐คฉ๐ฅณ๐
Ep. 196 | Tiru OriKopi: Inovasi atau Piracy?โ ๏ธ๐ด
Ada yang melabelkannya sebagai 'Tiruvasi'. Satu gagasan ideologi yang kononnya dibenarkan atas nama kemajuan progresif dan perkembangan produktiviti industri. Hakikatnya bersama kita bincangkan menerusi perdebatan hangat malam nanti!
Ep. 195 | Problem-Problem Superhero Dulu, Kini & Forever! ๐ค
Superhero diciptakan Tuhan untuk menolong, membantu malah menyelesaikan masalah sejagat. Namun pernahkah anda termenung sejenak sambil bertanya: Bagaimanakah dengan problem yang dihadapi mereka pula? Apakah yang membelenggu benak dan sanubari Spider-Man atau Batman? Siapakah yang mampu menghulurkan tangan tanda simpati dan empati tatkala Groot dan Hulk masih diulit resah tutur kata berkongsi keluh kesah di hati?
Ep. 194 | #GOTW Nyuu Bellka! ๐๐๐ค
Malam ini kita bersama seorang gadis cantik rupawan @nyuu.bellka yang dikatakan memiliki koleksi komik teramat dahsyat dan haibat mengalahkan koleksi komik tuan moderator sendiri! ๐ฅ
Ep. 193 | #OpenMic Live Session! ๐ฅ
Malam ini kita kembali freestyling dalam segmen sukaramai yang suka-suka hatilah nak buat apa pun!
Ep. 192 | Andaikata Kisah Hidup Anda Difilemkan ๐ฌ๐ฅ
Ramai pernah menonton filem-filem adaptasi kisah benar dan biografi hidup yang hadir dengan inspirasi serta semangat tersendiri. Namun dapatkah kita semua membayangkan sekiranya kisah hidup anda pula difilemkan sebagai satu naskah box-office yang hebat?!
Ep. 191 | Sifat-Sifat Client Yang Disayangi/Dilaknati Semua!
Segmen #NotaNetizen kali ini membawa kita mengenali dan memahami anatomi diri seorang insan yang digelar 'client'.
Hadirnya begitu misteri. Sekejap suka, sekejap benci. Namun itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi!
Ep. 190 | Supervillain: Agenda Penjahat & Penyangak Komik! ๐ฅ
Lex Luthor, Joker, Thanos, Ultron dan semestinya ramai lagi adalah sekadar menyebut beberapa nama popular yang berkhidmat sebagai supervillain sepenuh masa. Persoalannya: Apakah resume dan portfolio yang terkandung dalam akaun @linkedin mereka?
Ep. 189 | #GOTW Niezam Udin (Pt. 2)
Ini merupakan kesinambungan daripada wawancara yang terdahulu bertarikh 21/1/22
Ep. 188 | #OpenMic Sampai Lebam! ๐ข
Nak nyanyi? Nak kongsi? Nak sembang kari berapi sampai larut pagi? Inilah medan dan gelanggang paling serasi untuk anda selagi tak kering gusi berbasa basi tanpa rasa segan silu di hati!
Ep. 187 | #TanyaSisChenta ๐
Anda ada perselisihan faham dengan pasangan anda? Makwe merajuk tak tentu pasal ayam kepci out of stock? Meroyan gila ditinggalkan pakwe sebab main TikTok kuat sangat sampai lupa diri?
Chill. Tiada sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan di alam percintaan penuh pancaroba ini!
Bersama Panelis Tetap: Deanna Nassier ๐น
Ep. 186 | Mash-Up! Mix-Up! Movie MegaVaganza! ๐ฌ๐ฅ
Pernahkah anda terbayangkan di mana Bujang Lapok bertemu Do Re Mi? Da Di Du berjumpa Sepahtu? John Wick bergasak Jefri Zain? Star Wars bertembung Jula Juli Bintang Tiga?
Mari kita bentangkan sejarah alternatif yang sememangnya MUSTAHIL DIFILEMKAN SEPANJANG ZAMAN!
Ep. 185 | Mental Stamina Challenge! ๐ง
Setiap hari bermacam ragam asam garam dan haram perlu kita hadap. Ada kalanya sampai ke tahan brain tak boleh brain. Kekuatan dalaman dan luaran terpaksa dikerah para panelis kali ini dalam segmen #NotaNetizen demi melayan benda-benda boleh membodoh lagi diperbodohkan itu, wahai umat sekalian!
Ep. 183 | Jom Usrah Kembali Lagi!โจ๐
Di atas permintaan krew penerbitan dan tenaga produksi termasuk ramai pendengar setia, maka kami bawakan kembali Ustaz Syafiq Zulakifli untuk segmen soal jawab sukaramai malam Jumaat di seantero pelusuk Clubhouse dan Podcast mayapada ini!
Ep. 182 | #TanyaBrosChenta ๐ ๐ฆข
Salam bersua semula menerusi segmen soal jawab cinta sukaramai.
Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan tentang percintaan dan perhubungan, panelis pilihan kami akan membantu merungkainya segera.. Asssiiikkk, dong ah!
Ep. 181 | Meroyan Meraban Madness Multiverse!
Di atas permintaan ramai yang terlalu ramai melampau punya ramai, maka malam ini kita bedah bongkar treler rasmi terbaharu filem sekuel @doctorstrangeofficial in the Multiverse of Madnes bersama @fahimzahar @myaksiz ๐ฅ
#LIVE #SINEMASANASINI #KEDAIKOMIKONLINE #BENDABOLEHBINCANGSHOW
Ep. 180 | Oh Sexy, Sexy, Sexy Media! ๐บ
Siri bercakap dengan netizen kembali lagi ke udara bersama para panelis popular terkemuka.
Hari ini dibicarakan tentang wacana dan wahana sebaran serta pelantaran komunikasi semasa yang terlalu ghairah merencam minda dan nuansa jiwa!
Ep. 179 | Hit Pause & Relax!
Kita hidup dalam dunia yang semakin rumit, rencam dan runcing. Complex, conflicted dan ada kalanya continuously confusing.
Take a chill pill and relax.
Step back. Smile. Everything eventually can be solved, gang!
#NOTANETIZEN #CNYSPECIAL #GONGXIFACAI ๐ฅ๐ฅ๐ฅ
Ep. 178 | #NEWSLOT Elyzian dan Anda!
Malam ini kita memperkenalkan satu slot segmen baharu yang akan menjawab segala persoalan anda tentang perkembangan dunia teknologi, multimedia, komputer, metaverse, NFT, ICT, CMS, CPU, USB, API, HTTP, SEO, XML DAN BANYAK LAGI
Dikuasakan bersama secara eksklusif oleh Elyzian Interactive โกโกโก
Ep. 177 | #GOTW Kartunis Gandum!
Wawancara eksklusif terus dari Singapura bersama Kartunis Gandum!
Ep. 175 | #TanyaSisChenta Kembali!
Segmen sukaramai kami kini kembali lagi!
Ep. 174 | Superstar Filem Action Hong Kong!
Jackie Chan. Jet Li. Donnie Yen. Chow Yun Fat. Sammo Hung. Bruce Lee dan ramai lagi.
Andai anda seorang peminat serta pengikut setia sinema Hong Kong, nama-nama besar di atas pastinya akan meremangkan bulu roma anda!
Ep. 173 | Style. Itulah Gaya, Mutu dan Keunggulan!
Jom bercakap pasal style in general.
Style berketerampilan. Style berkarya. Gaya bersosial, berhubungan dan sebagainya. Semuanya bakal dibicarakan oleh panel-panel tetap menerusi segmen #NotaNetizen
Asal ada style, kita kasi on sampai jadi!
Ep. 172 | #GOTW Niezam Udin - Pt. 01
Kisah hidup beliau belum pernah didokumentasikan menerusi saluran History Channel, National Geographic atau AFC sekalipun.
Namun begitu tetamu undangan kita hari ini berjaya mencipta sejarah tersendiri sepanjang kariernya malah wajar diberikan penghormatan sewajarnya!
Ep. 170 | Tanya Brader Chenta โค๏ธโ๐ฅ
Disebabkan Sis Chenta masih bercuti panjang.. kita tetap teruskan lagi sesi soal jawab kemusykilan dan persoalan cinta bersama bebrader pula!
Ep. 169 | Kuiz Perdana #BattleoftheBest!
Siapakah di antara peserta kita dalam segmen #SinemaSanaSini pada malam ini yang bakal dinobatkan sebagai juara sulung dan ulung pengabdi filem terhebat masa kini?
Bukti battle bagai buku bertemu ruas. Ibarat jauhari mengenal manikam. Umpama mimpi dalam mimpi!
EP. 168 | Nafsu Kamu Menghantu! ๐ป
Bila nafsu nafsi bertakhta di minda, beraja di mata dan bersultan di hati.. ke mana akhirnya diri kita nanti?
Segmen #NotaNetizen membongkar dogma dan enigma manusiawi dari perspektif kontemporari terkini dalam episod kali ini.
Ep. 167 | Legenda Komik Hong Kong Terulung!
"Jangan nanti keranda yang diusung, baru bercucuran air mata!"
Alam Perwira. Juara Wira. Wira Tunggal. Pendekar Laut. Raja Rimba. Dewataraya.
Ini komik-komik legendaris Hong Kong yang malar segar serta mempunyai ramai peminat tegar seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Apakah anda di sana pernah terjebak jua?
Ep. 166 | #GOTW Aliah Abdullah ๐ด
Dunia peragawati, bibliografi dan minimalis merupakan fokus bual bicara untuk segmen Guest of the Week (GOTW) pada malam ini.
Bersama tetamu undangan, Aliah Abdullah!
Ep. 165 | Anugerah Juara Fast Food Sedunia!๐๐ญ.๐ฎ๐๐
Segmen sukaramai #FoodFoodieFoodist kembali lagi untuk Majlis Gala Gilang Gemilang Anugerah Fast Food Terhebat Sepanjang Zaman.
Bersama kombo pengacara pandu-lalu popular tanahair, FM & AM! โญ๐ฅ๐ฃ
Ep. 164 | #TanyaBraderChenta ๐ ๐
Bebrader Chenta kembali lagi untuk menjawab segala persoalan dan kemusykilan hubungan kasih sayang muda-mudi yang sedang hangat bercinta di luar sana! ๐
Ep. 163 | Blockbuster Batal, Bang! ๐
๐ปโโ๏ธ ๐ฌ โ๏ธ
Spider-Man arahan James Cameron, Superman Lives oleh Tim Burton, Batman: Year One karya Darren Aronofsky, Justice League versi George Miller. Serius la ada nak buat filem-filem ni dulu? Ke mana arah tuju dan status projek sejak sekian selama? Atau adakah ia masih marak terbakar di dalam development hell?