Skip to main content
Podcast UKK

Podcast UKK

By ukk ksbks

Platform terbaru secara digital yang dijalankan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang. Platform ini diwujudkan adalah untuk menyampaikan info-info terkini berkaitan UKK. Selain itu ia merupakan medium buat warga kampus untuk berkongsikan pandangan dan maklumat kepada rakan-rakan di Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang
Available on
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

EP4. Bual Bicara Kerjaya: Perkongsian Inspirasi buat Bakal Graduan

Podcast UKKDec 04, 2020

00:00
59:51
EP4. Bual Bicara Kerjaya: Perkongsian Inspirasi buat Bakal Graduan

EP4. Bual Bicara Kerjaya: Perkongsian Inspirasi buat Bakal Graduan

Episod Finale untuk Season 1 kali ini khas kami bawa salah seorang sahabat Kaunselor Encik Nik dalam dunia perubatan, Doktor Akmal Jaafar, seorang doktor muda dan pegawai perubatan di Johor. Beliau berkongsikan beberapa input yang mampu memberikan inspirasi kepada pelajar Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang dalam membuat persediaan menempuh alam kerjaya kelak. Antara topik yang menarik dikongsikan adalah pengalaman beliau menjalankan housemen-ship dan beberapa strategi yang digunapakai oleh beliau sehingga hari ini. Daripada perbincangan hobi membawa kepada hal serius cabaran mendepani covid-19 telah dikupas seeloknya. Episod finale ini juga memerlukan warga kampus untuk mengisi borang kehadiran dan maklumbalas bertujuan penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih. www.bit.ly/scb-maklumbalas

Dec 04, 202059:51
EP3. Borak Santai bersama Kelab Peers

EP3. Borak Santai bersama Kelab Peers

Episod ketiga untuk Podcast UKK membawakan kepada pendengar berkaitan dengan salah satu kelab yang bernaung di bawah Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang. Perbincangan ini melibatkan wakil barisan Majlis Tertinggi yang baharu bagi Sesi 2020/2021. Borak santai ini pulak berbicara pelbagai topik daripada makanan kegemaran setiap panel membawa ke isu yang besar seperti perancangan dan halatuju Kelab Peers untuk sesi kali ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat semua yang mendengar kerana kami percaya, walaupun dalam kesibukan tugasan harian, anda akan dapati betapa seronoknya bila berpersatuan. Pelbagai input menarik jugak dikongsikan oleh setiap panel berkaitan kelebihan menyertai aktiviti kelab dan persatuan secara amnya. Semoga bermanfaat!

Nov 13, 202058:26
EP2. Daripada Aku kepada Kamu

EP2. Daripada Aku kepada Kamu

Episod Podcast UKK kali ini sangat istimewa sempena dengan kemasukan pelajar baharu ke UiTM Kampus Sungai Buloh. Podcast bertajuk Daripada Aku kepada Kamu ini membawakan dua orang panel hebat iaitu senior daripada kedua-dua fakulti di UiTM Kampus Sungai Buloh. Saudara Muhammad Amirul Mukminin dan Saudari Sayyidah Insyirah berkongsikan pengalaman sepanjang berada di kampus. Dalam masa yang sama mereka juga memberikan tips dan pesanan kepada adik-adik yang bakal menempuhi dunia Sarjana Muda yang penuh mencabar. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat pendengar semua!

Oct 16, 202048:52
EP 1. Suara MPP

EP 1. Suara MPP

Podcast buat julung kali diterbitkan oleh UKK UiTM Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang melibatkan temubual bersama Saudara Muhammad Hafiz Safar, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pergigian juga merangkap Exco Penempatan Kolej dan Non Residen, MPP UiTM Shah Alam. Intipati perbincangan berkisarkan pengalaman beliau mengendalikan isu sewaktu pandemik COVID-19 selain daripada pesanan dan nasihat buat warga kampus terutamanya para siswa/siswi sekalian.

Sep 18, 202044:44